TABUNGAN

Thursday, February 18, 2016

Mahu jatuh cinta? Anda wajib tengok ni!

Korang minat tarian tak? 

Kalau korang sejenis pencinta bidang seni, apakata hujung minggu ini ramai-ramai kita saksikan pementasan teater muzikal dan tarian yang dianjurkan oleh kumpulan tari Nyala Dance ini. Untuk pengetahuan korang, Nyala Dance ini memang dah berpengalaman lama dalam persembahan tari. Kalau korang tak tahu nak kemana hujung minggu ni, jomlah kesini bawa satu keluarga dan rasai sendiri aura sertai dibuai rentak tari yang cukup memukau. Hati pun mesti berbunga-bunga. Lagi best kalau korang datang bawa insan tersayang. Buat surprise untuk sang suami / isteri pun lagi ok tau...

Sedikit info mengenai teater tari ini:-

Tajuk      :  TENTANG CINTA (2016)

Tarikh     : 20 - 21 FEBRUARI 2016

Tempat    : PANGGUNG EKSPERIMENTAL UNIVERSITI MALAYA

Kareogrfer : KHAIRULAZHAR MOHTAR

Anjuran     : NYALA DANCE THEATRE

Harga Tiket : RM25



SINOPSIS

Tentang Cinta merupakan sebuah persembahan tari yang diilhamkan sendiri oleh koreografer yang mana ianya menceritakan tentang rasa cinta. Kata cinta dijadikan sebagai subjek yang dominan dalam penyampaian jalan cerita persembahan. Perasaan cinta adalah bentuk perasaan dalaman yang tidak mampu untuk diukur dan disukat tetapi boleh diluahkan untuk difahami dan dirasai. Luahan perasaan inilah yang cuba diterjemahkan oleh koreografer dalam persembahan tari. Terdapat pelbagai rasa cinta. Tidak mengkhusus kepada manusia sahaja. Koreografer cuba menyampaikan cinta itu dalam skop yang lebih luas antaranya seperti cinta kepada Tuhan, cinta pada bangsa, cinta kepada kekasih, cinta pada ibu, cinta pada negara dan cinta seorang teman dan segalanya dipersembahkan dalam tari bergenre kontemporari.

 Bagi anda yang berminat untuk dapatkan tiket masuk bpleh hubungi / Whatsapp ke 016-2197784 ( Cik Nana).


No comments:

Post a Comment