TABUNGAN

Thursday, March 31, 2011

Target sekali harung


lama sungguh aku x menulis. serius sejak mula bekerja mood utk berblogging mmg xde. sampai satu tahap aku rasa nk stop blogging dan tutup kemas2. tak perlu lagi nak tabur cerita untuk bacaan sume org tapi aku sayang. sayang kerana blog la tempat aku peruk segala cerita enak dan sentap.

Aku mmg tidak cukup masa berblogging memandangkan waktu kerja aku yang memerlukan aku bekerja dari 8.45 pagi sehingga 10.00 mlm. bak kata orang keluar gelap balik gelap. setiap hari aku akan sampai lewat ke rumah dan sudah tentu masa untuk aku bersosial di internet sangat2la terbatas memandangkan nikmat tidur itu lebih indah dari nikmat internet. serius aku x tipu.

Dalam masa aku mendiamkan diri ini byk sungguh perkara berlaku. Segala2nya semakin menjadikan aku bertambah dewasa dan matang.

Aku kerja mati-matian cuma satu saje. AKU NAK SIMPAN DUIT UNTUK BERUBAT. jika ditanya mengapa sudah tentu jawapan aku adalah aku nk mengandung. lagi dua bulan ulangtahun perkahwinan aku kedua. Suami pula skrg sedang sibuk dok survey sana sini nak bawak aku bercuti katanya. Dalam pada itu, aku kesian tgk dia...boleh dikatakan setiap hari bercerita ttg anak. aku cuma mampu menjawab aku bukan tuhan.

Tahun ni tahun kerja bukan lagi tahun suka ria lepak2 di kedai mamak bercerita kosong mahupun bercerita ttg org2 yg klise. tetapi tahun ini aku panggil tahun target. Banyak target yang dah aku highlight dan berharap moga2 ianya tercapai. Jadi aku harap xdela sape2 yang salah paham dengan aku dan suami kot2 kalo x dpt join ape2 aktiviti kerana kami sendiri ade misi.

kami bukan org kaya yang nk apa sahaja petik jari pon boleh dapat. segala2nya perlu menggunakan tenaga empat kerat demi mencari ringgit.

Wednesday, March 9, 2011

buang habuk

fuh fuh... mak aii lama giler x hapdet blog. ni sume gara2 setelah aku start keje baru ni mmg xde masa untuk sebarang social networking. kepala penuh dengan keserabutan. dengan masalah2 yang klise dari orang2 yang klise..

ok aku akan cuba merajinkan diri menghapdet blog cinta hati aku ni..korang tggu hocay...

: entri taip laju-laju: