TABUNGAN

Wednesday, January 18, 2012

wordless wednesday : Respect for all Life

respect for all life.

Monday, January 16, 2012

hujung minggu di bukit bintang

Sabtu yang lepas selepas pulang dari keje, suami pun ajak bersiar-siar.Kebetulan dia cuti jadi angkutla bini dia ni mcm bese ronda2 kl. Hajat dihati nak pegi the curve tapi rasa jemu pulak ke sana so suami terus je melencong ke bukit bintang. Sebenarnya aku waktu tu kurang setuju ke bukit bintang sbb x larat tgk ramai sgt manusia bersesak-sesak. Sampai sane memang pening la nak cari tempat parking. Sume parking penuh. Suami try parking kat pavillion tapi dah full then try pegi starhill pun full dan cuba ke fahreinheit pun full jugak. Masa tu aku dh surrender abis terus ajak en.suami balik lepak mapley je tapi en.suami ni jenis selagi x dpt ape yg dia nak dia xkan stop.Last2 en. suami decide parking je kat lot 10.Alhamdulillah masih ade petak parking yang kosong. Telan liur je bayar parking rm7 nasib la per entry kalo per hour lagi la botak.

Bila dah setel bab parking kami pun ronda-ronda la kat area sg.wang sesaje nk cuci mata. Mak ai.., tengok anak2 melayu yang duduk berlonggok kat situ rasa malunye dan sedih pun ada.Selamber je anak-anak melayu ni berpeluk-pelukan then minum air setan kat public. Terus terdetik kat hati ya allah, jgnla ada ahli keluargaku yang mcm tu. Nauzubillahi min zalik.

Rasa letih jugak berjalan tapi aku rasa seronok sbb dapat keluarkan peluh. ini pun consider exercise jugak kan.Sambil tu boleh la retis amik2 gambo kan..Setelah letih berjalan kami terus ke starhill untuk isi perut. Kami ke restoran Enak.Restoran ni mmg bagus kerana makanan melayu yang dihidangkan mmg terbaik. Suasananya yg sangat comfy memang membuatkan kita rasa santai sambil menjamu selera. Harganya pula jgn ckpla beb, mmg botak kepala nk bayar. Inipun sebab ade org belanja, kalau x jgn harapla aku nk saje-saje mkn kat restoran lima bintang macam ni.Terima kasih linda dan aboy sudi belanja maksu n paksu dinner. len kali belanja lagi ye. i like.. :)

Setelah kekenyangan kami pun layan live band sekejap then terus ke pavillion. Waktu ni pavi dah tutup so kami ronda2 kat depan pavi je sambil tgk deretan patung bear mengikut negara2 dunia. Agak teruja juga tengok macam-macam rupa patung bear mengikut tema negara-negara di dunia ni. Apepun patung bear negara Malaysia mmg terbaik sbb melambangkan jati diri bangsa dan berbilang kaum yang diinspirasikan oleh Imuda.

ok Jom layan gambo. Jangan termuntah pulak ye :p

'goldast man'. bayar rm2 baru boleh amik gambo


Restoran Enak di Starhill

Tenkiu linda.Nanti belanja lagi ye kikiki


nyummeh


country bear di entrance Pavillion

Ha..yg inilah patung bear dari negara kita,Malaysia. Cantik kan..


nota kaki: next ronda2- National Planetarium

Thursday, January 12, 2012

Roaster Eating Day -RED

Semalam terbaca dalam paper yg kenny rogers ada buat promo beli satu set hidangan 1/4 quarter dapat satu set percuma dengan syarat memakai pakaian berwarna merah. So cepat-cepat sms suami ajak makan kenny rogers lepas waktu keje.Kuar opis 8.45malam, suami dah terpacak menunggu depan opis sebab nk bawak bini dia ni makan. Siap pesan kat suami jangan lupa pakai baju merah.

Bile tengok suami dah berbaju merah tapi aku pulak berbaju purple.adui xde langsung tang merahnya tu. so apalagi terus ajak suami singgah rumah sekejap tapi sempat tukar anak tudung merah je baju tetap kaler purple. Redah je la kan janji dapat mkn kenny rogers. bukan senang dorang nk buat promo macam ni. Nasib baik kenny rogers dekat je dengan rumah hanya di Jusco setiawangsa.Tak sampai 5 minit pun jarak dari umah.

Sesampai saje di kenny, tgk orang yang beratur punyalah panjang. Nasib baik stok makanan banyak lagi.Kira berbaloi la beratur panjang semalam. Harap ade lagi promo2 yg best.leh terjah je..


p/s : ayat tunggang langgang tp nk tulis gak.ok layan gambo jom..

semua yg bermerah-merahan beratur panjang


ini je makanan yg kami order.itupon dh giler kenyang


baju bunga purple tp anak tudung merah.belasah je la janji ada gak pkai kaler merah kan..



Wednesday, January 11, 2012

Wordless wednesday : Aku biru

at anti-gravity room, national planetarium. korg kene try masuk sini kalau nk rasa mcm mane suasana tanpa graviti di angkasa.

Monday, January 9, 2012

Ostrich Farm

Lama betul x upate blog. bukan malas nk update, kalau ikutkan mmg banyak sangat nk cerita kat sini tapi bila nak mula menaip je aku rasa erm x perlu kot so tutup pc layan menjahit atau membaking.Jadi untuk entri pertama di tahun 2012 ni aku nak cerita sikit tentang aktiviti cuti tahun baru yang lepas.

Pada cuti tahun baru yang lepas aku dan suami mengambil keputusan utk bercuti di johor. Kalau ke johor sudah tentulah aku melepak kat umah sil di kota tinggi. Jadi kali ini aku beriya-iya benar nak ke ostrich farm. ini semua gara-gara adik aku yang bagitau keseronakan dia ke ostrich farm dengan kwn2 dia tu. Perjalanan dari pekan kota tinggi ke ostrich farm tu memakan masa lebih kurang 45minit jugak la.

Bila sampai ke ostrich farm ni memang seronok sebab kita bebas bersama ostrich-ostrich yang ada kat situ. Tiket masuk adalah rm12 untuk dewasa dan rm8 bagi kanak-kanak atas 2 tahun. Bagi kanak-kanak dibawah dua tahun adalah percuma.Bersebelahan kaunter masuk ada tempat makan dan makanan yang disediakan semuanya berasaskan daging dan telur ostrich tetapi harganya memangla amat cantik sekali ye..

Setiap pengunjung yang datang akan diberi penerangan tentang ostrich oleh uncle francis.Uncle ni mmg fasih dalam banyak bahasa so tiada masalah bagi pengunjung yang datang dari luar negara. Disini pihak pengelola mmg sangat-sangat welcome setiap pengunjung yang datang dan mmg kita akan rasa selesa dengan keramahan setiap pekerja yang ada disitu. Kira berbaloi la bayar rm12 tu hehe..

Jom layan gambo.




Pintu masuk ostrich farm

tiket masuk rm12 sajo

harganya mak aiii

daging ostrich ni mmg sangat lembut.aku try mkn sebatang je cukup. kalo mkn lebih rasa kembang tekak pulak sbb x biasa makan daging ostrich

telur ostrich ni mampu menampung berat manusia sehingga 130kg

ni kalau buat telur goreng mata kerbau mau seminggu x abis

baru menetas

anak-anak ostrich berumur sekitar 6 bulan

ostrich kertu

ostrich ni suka bila dipegang tang leher je.kalo korang pegang kepala dia selamatlah dia kejor korang


ostrich belakang tu tumpang enterprem jap


bagi ostrich makan. sedap x?