TABUNGAN

Thursday, April 30, 2009

korg tatap la ye...







hui sume...jap lagi dhila nk kuar dgn tasya nk pi wat ukiran inai. ni aku bg korg tgk pic pre-wedding aku. sbb dah lame sgt janji kat korg kan...sabtu ni aku akan dinikahkan. takut gler la jadi bini org ni sbb aku ni agak pemalas orgnye heheheh..pas ni kene jadi org yang rajin.kene gosok baju laki,kene masak n byk lg. harap2 sume ok...

Tuesday, April 28, 2009

cutiiiiiiiii


esok i.m marriage leave.... tatotnyeeeeeeee. mulai esok blog ini akan sepi dr aktiviti apdet sehingga 10mei. akan beroperasi semula 11mei. pada yang dijemput tu jemputla dtg ye...


p/s: tunjuk cikit jer...

Monday, April 27, 2009

berdebar sgt ni...

Mak aih!!!! bior betik ni lg 5 ari aku dh nk kawen. ooo rasa mau mohon pada yg kuasa agar dilambatkan sedikit waktu tu. en.ticker yg ensem leh tolong x lambatkan sikit jarum masa kamu tu. huhuhu...rasa nk nangis+gelak pon ade bile tgk separuh doorgift kat dewan masih lum siap packing lg.ditambah pula dengan kemalasan di tahap impak maksima ni.boleh jadi sawan tapioca mcm ni heheh..nmpknye mlm ni harus menjadi lebih gigih menyiapkan sume sebab rabu aku dh start cuti n mau balik kampung. sok ibu nk dtg jentayu. mau tolong kemaskan umah katanya. oooh tenkius ye ibuku..( kene tahan telinge mst ibu bebel sbb umah aku dh jadi mcm tempat pelupusan sampah hahhaah). haip...! bukan malas ok tp xde masa hehehh. cait! alasan je xde masa tu.
al-kisah mlm td aku,mr.kacang n pn.laily sabrina (e.j a.k.a my chubby mommyku) pi la meredah kawasan laluan yg gulap gulita semata2 nk amik pahar yang disewa. ooohh makcik itu terlalu murah menyewakan pahar2nye. nk tergelak rasanye bile makcik tu cakap sewanye hanya rm1.50 shj utk satu pahar.trimas ye makcik..trimas juga pd e.j a.k.a my chubby mommyku yg sudi menunjukkan jln yg menyeramkan siap meredah kwsn istana bandar lagi tu walaupon ko sedang memboyot. sungguh comel perut ko bulat jer kompom baby boy.
mmg kelako mlm td tp akhirnye dpt jugak pahar2 itu. pas amik pahar sempat jugak singgah umah ibu ayah. sesampai je aku n mr.kacang n ayah melayan lak cite bukit kepong. abis citer pkul 11mlm. kami terus gerak balik kl disebabkan aku kene keje sok pagi tu. mr.kacang mmg berani mati drive sambil tutup mata sebab dh ngantok sgt. ha tu la ikut lagi jalan putrajaya yg jauh tu kan dh ngantok. sampai kl je mr.kacang drop aku kat jentayu then masuk umah trus kabooom zzzzzz....

p/s: ngantoknye kat opis ni bosan lak tuh huarggghhhh zzzzz :p

Thursday, April 23, 2009

aku kejam...

aku kejamkah????adakahhhh??? al-kisahnye smlm aku dan mr.kacang bertengkar. aku sendiri x tahu kenapa. aku penat+pressure+serabut dgn keje yg melambak2 kat opis n mcm2 lagi sampai ambulans dtg berlegar2 ats kepala aku ni (mcm adengan katun tuh..). berita dari bos yg mengatakan bank-bank di malaysia mengalami bnyk kerugian kesan masalah ekonomi betul2 bagi impak negatif pd sume staff termasuk aku sekali. dan semalam mood aku agak berkecamuk mcm daki yg melekat yg susah nak tanggal. argghhh...tibe2 smlm leh plak bos menakut-nakutkan aku sbb tinggal bape ari je lagi aku dh nk kawen. aduuuyaiii...bos ni pon satu sabo je la.
semalam balik dr keje aku terus jumpe mr.kacang untuk pi umah kak ida. dlm perjalanan kami bertengkar hny sebab yg remeh temeh. aku penat jadi aku x mahu jawab pertanyaan mr.kacang tu, aku perlu rest tau..tapi aku dah menengking mr.kacang. argghhh aku kejam. aku sgt menyesal. abg..dila xde niat langsung nak lukakan hati abg. x de niat pon nk tinggi suara. :( aku terus mintak mr.kacang antar ke rumah. aku marah xnk tengok muka dia. aku off hp terus. dan aku tertido sampai pukul 9 malam. solat maghrib aku terbabas. bila terjaga aku on hp n bertalu-talu mesej dr mr.kacang. mr.kacang kol bnyk kali tp aku x angkat. satu mesej dr mr.kacang bgtau dia tunggu depan umah. argh aku xmahu buka pintu aku biarkan dia berjam2 lamanye.aku ego semalam...aduyaiii kenapa aku begitu kejam semalam. begitu sabar lelaki itu dengan sikapku semalam...setelah hampir berjam2 lamanye aku x buka pintu lalu aku terima satu mesej dr mr. kacang dengan ayat begini..dhila..abg minta maaf kalo ada sakitkan hati dhila.abg usaha jaga hati dhila.abg sayang dhila.segala masalah kite berdua selesaikan berdua.abg masih nak dila...dhila mcm dah x sayang abg lagi. ( hati aku luluh..hati aku hiba membaca ayat itu. dia mohon maaf pada aku walau ternyata aku yg salah...kejam betul aku ni)

to mr.kacang...dhila minta maaf. dhila sayang abg,sayang sume. kadang-kadang tekanan yang menyebabkan perilaku kite diluar batas. dhila cube kawal emosi. dhila akan jadi isteri yang baik utk abg. kenapa abg terlalu bersabar dengan perangai dhila.abg diam je kalo dhila marah abg,abg diam je kalo dhila keluar kete tanpa salam cium tgn abg, abg diam je masa dhila campak garfu kat abg...uwaaa,,,,,kenapa aku kejam. ya allah...tingkatkanla kesabaran aku. aku x mahu jadi orang yang kejam mcm ni. INI BUKAN AKU..AKU X MCM NI SEBENARNYE... :(

Wednesday, April 22, 2009

setel kisah aritu..

alhamdulilah...masalah kek dah selesai. akhirnya setelah puas mengoggle. aku terjumpa satu kakak yg dekat dengan keramat mmg selalu wat kek n cuppies. tu pon setelah masuk dalam kahwinmall.com baru terjumpa kakak ni. nama dia kak ida, so nice person x letih menjawab soalan aku yg bertubi-tubi pasal kek. mula2 aku demand nk kek tema dasar laut. kak ida cakap dia leh wat kan tp semalam mr.kacang xnk kek dasar laut tu tapi aku suke...UNIK. tp nak wat mcm ne disebabkan kek tu dia jugak yg akan bayar n lagipon itu kek masa acara potong kek kat dewan nnt so aku ikutkan jela pe yg mr.kacang nak. rupenye dia nk kek rona putih dan ade hiasan ros merah atas kek tu. so baiklah mr.kacang...dhila ikut je la. toksah majuk2 lagi ye...
so pd sesape yg nak tgk hasil tangan kak ida tu leh la klik SINI.

p/s: tq kak ida coz sudi amik tempahan last minit ni...:P

Monday, April 20, 2009

boleh kamu bantu saya????

HELP ME..................
to all my frennnn....nk mintak tolong kat u all sume. tlg bagi sumber idea katne aku nk cari wedding cake ni. masa dah suntuk. ekceli wedding cake abg rais a.k.a husband cousin mr.kacang yang nk wat kan. tup..tup.. cancel last minute lak..kalo korg ade idea mane2 leh tempah kek kawen yg cantik n affordable bgtau ASAP tau. korg rasa yg mane ok antara fondant cake atau cream cake??

p/s: to kwn2 yg sudi sedekah idea tq so much..jasamu dikenang..luv u olls..

kisah sedih di hari minggu... :(


Sabtu malam kusendiri
Tiada teman kunanti
Di sekitar kulihat dia
Tiada seindah dulu
Mungkinkah ini berakhir
Aku tlah patah hati
Walaupun kuberkata bukanBukan itu..*
Penyesalanku semakin dalam dan sedih
Tlah kuserahkan semua milik dan hidupku
Aku tak mau menderita begini
Mudah-mudahan ini hanyalah mimpi...Hanya mimpi..
Kisah sedih di hari Minggu
Yang slalu menyiksaku
Kutakut ini kan kubawa
Sampai mati..

Wednesday, April 15, 2009

panduan bagi yang nk kawen je ok...yg lum lagi tu just utk general knowledge korg je..

dlm kesibukan kite sume ( bride to be) membuat persiapan perkahwinan memasing. apa kata kite cube keluarkan sedikit minda kite utk menerima info yang berguna utk panduan kite sume yang bakal melayari alam perkahwinan. info dibawah ni amat berguna sekali utk kite2...so sila la baca..

CARA BERJIMAK MENGIKUT ISLAM
Masa berjimak untuk mendapatkan Zuriat Sempurna Sabda Rasullah s.a.w. "Wahai Ali ! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"


1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau ketua yang bengis.
2. Jangan berjimak antara azan dan iqmah. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjimak pada pertengahan nifsu syaban. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak ia akan menjadi seorang yang suka meminta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim, pada tanganya membuat kebinasaan kepada banyak manusia.
7. Jangan berjimak dengan isterimu di atas loteng. Jika allah mengurniakan anak, nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.
8. Jangan berjimak dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. Jika Allah mengurniakan anak ia akan membelanjakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjimak dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjimak yang dituntut.
1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh dengan kitab allah dan redha terhadap segala pembahagian Allah s.w.t.
2. Pada malam selasa. Jika allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala) kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu domba.
3. Pada malam Khamis. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jummat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah kurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya

so..panduan ni leh la kite amalkan agar kita dikurniakan cahayamata yang baik2..ok..renung-renungkan dan selamat beramal..

Tuesday, April 14, 2009

ahhhh...serabut

pagi ni bile tgk tickers kat atas tu aku jadi makin serabut. pale pon asyik blur2 je. seriously..makin dekat nk kawen ni aku selalu je ting tong. mungkin dari kesan terlalu memikirkan soal kawen sampi pernah sekali kejadian ni berlaku minggu lepas masa balik dr keje. aku terus nak ke pertama komplek. kebetulan mintoya pon nk ke sogo. so ktorng same2 naik star ke stesen bandaraya. sampai je stesen bandaraya aku turun dr tren.bile dah kuar tren tibe2 aku mcm terblur.aku tbe2 jadi ilang arah.aku leh lak x tau aku berada dimana. aku x nmpk mintoya pon masa tu.aku terus capai hp n sms mintoya.aku bgtau aku dah tersilap turun. mintoya membalas dia ckp betul la turun kat bandaraya tp dia x nmpk aku. tu la terlalu bnyk pikir sampai pale jd kosong tbe2. aduuyaiii... td tgk tickers menunjukkan lagi 18hari lagi aku nk kawen.so arini aku nk wat list sebagai mengingatkan aku sendiri..

2 mei (belah pompuan):-
1. catering-done
2. kanopi-done (amik kat uncle taman je)
3.kompang-done (pakai khidmat kompang suami aan)
4.andaman-done (amik kat butik pengantin idaman jelita,banting)
5.doorgift-70% (tggu muffin siap n massukkan dlm kotak songket,bungkus gula2 n masukkan sume dlm goodie bag)
6. hantaran-60% (tggu start cuti kene bermati-matian siapkan,wat simple je)
7. baju nikah -next week baru amik dari kak ani (ZN Collections,pertama komplek)
8. baju sanding-26hb fitting(amik dr butik idaman jelita)
9.pelamin-done(amik di butik yg sama-design pelamin baru ala roman english contemporary)
10. tq tag-done
11.bus-done(bus utk family pompuan nk ke majlis 3mei nnt.
12. pengapit-ayu n aqasha
13. penginapan untuk belah lelaki-done (hotel impian,morib dan villa morib)

3 mei (belah lelaki):-
1. catering-done
2.dewan-done
3.baju sanding lelaki-done (guna khidmat Den Wahab)
4. baju sanding perempuan-next week baru amik dr kak ani (ZN Collection,pertama komplek)
5.andaman-KF Seri Andaman
6. kek-mr.kacang uruskan
7.bunga telur- khidmat kak as
8.pelamin-done ( khidmat Den Wahab)
9.red karpet-done (Den Wahab jugak)
10.pemuzik tradisional-done
11. doorgift-done (tggu bahulu cermai dr acik siti siap 26hb ni)
12. doorgift utk kanak2-done
13.pengapit-ayu n aqasha
14.Emcee-Cik Yatasha (text utk Emcee baru siap mlm td)
15. banner n bunting-done
16. video slideshow-done (khidmat kacang pixtures)
17.photographer-done (khidmat nazimzafri photography)
18.videographer-done(khidmat kacang pixtures)
19. montaj-done(abg lan kawak setelkan)

nmpaknye aduiii bnyk lagi yg aku kene setelkan. masa dah semakin suntuk......arghhh x larat dah nk pikir. rasa nk cepat2 je abis sume ni..

Thursday, April 9, 2009

transformasi diriku...

xtau nk letak entri pe. ingat nk letak entri eksiden td tp ermmm sok la dila letak entri eksiden tu ek... arini nk citer psl transformasi. kalo af7 ade transformasi dila pon nk jugeek hheheh..

dah dekat 2 bulan akhirnye dila fully bertudung. so korg tgkla pic dulu dan sekarang tu ek.. rasa pki tudung lagi nmpak manissss kot..hheheh*sile ketawa terbahak2 sambil kuar ingus kuikuikui..

p/s: dila pki tudung bukan atas desakan atau paksaan sesape. bukan juga disuruh oleh mr.kacang ke ape ke tetapi atas kerelaan diri sendiri... :)



pic dulu
pic sekarang

Wednesday, April 8, 2009

alahai dewan.....

argghh...skrin ats stage. katne nk letak pelamin uwaaa!!!

dalam dewan

pandangan hadapan luar dewan


khamis lepas pas dila n mr.kacang bis shot utk pre wed kami terus bergegas balik ke rumah untuk salin baju. perghh..mmg x tahan dila bile memakai kebaya siap dgn girdle sekali.berpeluh2 dibuatnye. mr.kacang pon berpeluh jantan segala bile berbaju melayu dr pagi smpi tghari meredah panas terik utk shot. walaupon meleleh peluh jantan tp overall mmg best...
so pas siap salin baju dila n mr.kacang pon terus keluar untuk ke dewan centrum dimana majlis 3 mei nnt akan berlangsung. kami ke dewan untuk lihat dewan tu n sekaligus nk wat layout kat mane pelamin nk diletakkan. sampai je dewan kami minta permission dari pak guard bawah untuk lihat dewan tu.
masuk je dewan dila n mr.kacang terus tgk2 keliling. sampai part stage kami terus terdiam sebab bile tgk skrin projector betul2 di tengah2 atas stage. kalo letak pelamin atas stage nnt akan tutup skrin. nnt time pasang videoklip para jemputan x nmpk plak. x kn nk letak pelamin bwh stage pulak kan..bistu katne nk letak meja mkn beradab. TOLONNNN.....

dila : abg..skrin kat tgh2 stage ni. pe kejadahnye... kat mane nk letak pelamin?
mr.kacang : aduiii...tu la pasal. kat mane plak paksu nk letak pelamin ni? (paksu yg diciterkan adalah Den
Wahab merangkap bapa saudara mr.kacang a.k.a tukang pelamin n baju panten laki)
dila : kite shot pic stage ni la then tunjuk kat paksu. kot2 dia ade idea..
mr.kacang : ok la..tp abg still x dpt nk bayang kat mane nk letak pelamin nnt. xpela kite try tny paksu k..
dila : ok... :(

itula yg menjadi kepeningan lalat ktorg berdua. so kepada kwn2 alam maya ku sekalian..korg ade cadangan x kat ne nk letak pelamin tu ek? tolongla cik dila yg dh ting tong pikir ni ...
uwaaaaa.....

Monday, April 6, 2009

x sabar...

ngeee... x sabar rasanye nk tgk pic2 pre wedd dr abg nazimzafri photography . abg nazim...cepatla edit pic kite tu. dah x sabar nk tgk ni. apepon thanks so so so much more to abg nazim sbb sanggup layan kerenah ktorg yg pd mulanye malu2 kucen masa nk shot tu hahah.. abg nazim ni best sgt. very cool n humble person. berpeluh2 abg nazim shot pic ktorg. TQ ABG NAZIM. bestttt sgtttt..... kelakar pon ade bile tgk mr.kacang lengkap berbaju melayu dengan sampin dan songkok sengetnye. mr.kacang tetap jugak nk sengetkan songkoknye. dia kata macam askar melayu. aduuuyaiii..

so skrg ni ktorg tgh menunggu pic siap. sabar...
p/s: nnt dah siap dila upload k..

Wednesday, April 1, 2009

melayu mudah lupe...

kete bodo yang dimiliki oleh owner yg biadap...

time ni mr.kacang follow rapat so dpt amik pic num plat kete bodo tu

entry kali ni sepatutnye dila citerkan smlm sbb kejadian ni berlaku smlm tp disebabkan lupe bwk kabel kamera so pic yg diamik x dpt ditransfer. so arini dila bwk kabel so dptla transfer pic n wat entry ni. kejadian ni berlaku smlm di waktu pagi semasa dila dalam perjalanan nk ke opis. semalam mr.kacang yg anta dila ke opis sbb kebetulan dia ade hal nk pi bangsar so sekali jalan la kan.. mcm bese gerak dr umah pkul 7.30pg. jalan susur keluar dr jelatek nk ke kl mmg jem. so pas ktorg dah berjaya melepasi jem kat susur masuk datok keramat kami terus lalu jalan yg kat dewan perdana felda tu. sampai je depan menara celcom mmg jem tahap babun punye.. so kereta bergerak agak perlahan untuk melalui susur masuk lebuhraya mahameru tu. masa tgh sesak tu tibe2 datang kereta mercedes e240 dari arah kiri masuk ke kanan.padahal jln tgh sesak nasib baik mr.kacang cepat2 brek. kalo x brek mmg dah bercium dgn bontot kerete mercs tu. kuaang ajor tol..dh la masuk tbe2 pastu x bagi signal n angkat tgn pon xde.sungguh biadap..

pastu mr.kacang dah hangin terus hon kereta tu lame jugak. kereta tu terus pecut langgar lampu merah.x benti pon.mr.kacang pe lagi trus follow kete mercs tu. bila dh dpt follow mr.kacang bukak tingkap terus sound kete tu woiii...bodo ke...kuang ajar. pastu owner kete tu wat tanda bagus terbalik bnyk kali menandakan yg kita down. mmg biadap.
time tu mr.kacang dh mmg hangin. dila pon hangin jugak sbb org tu melayu.melayu yg lupe diri n sgt biadap. mr.kacang trus follow rapat kete tu then dila sempat amik pic kete tu.


mmg bengang tgk melayu mcm ni. dia ingat bile dia pki kete mahal n berpangkat dia pon leh wat sesuke hati x ikut undang2. dia ingat bile dia pki kete mahal dia leh menindas kete murah ke. jgn nk banggalah setakat kete mercs tu. ko ingat bagus sgt ke kete mahal tu. ko tau x maintenance dah la tinggi, road tax pon mahal. ntah2 ko berlagak je pki kete mahal tp poket sakit. sape tau..


walaupon ko tu berpangkat pki kete mahal tp jgn berlagak. ALLAH maha kuasa. dalam sekelip mata je dia leh tarik harta ko sampai ko jatuh terlungkup tau x!!!
tu sebab..bile kita berada diatas kite kena ingat org di bawah. kene sentiasa bersyukur. jgn lupe asal usul...hmmm itulah bangsa kite. mudah lupe diri...

p/s: kepada owner kete tu, jgnla angkuh sgt. sedarla sikit awak kaya tu atas izin ALLAH. kalo ALLAH tarik harta kekayaan tu baru ko tau...