TABUNGAN

Wednesday, July 20, 2011

Doa si penjual kerepek


inilah lelaki penjual kerepek itu

masa pulang dari keje menyusuri pintu lif di stesen lrt masjid jamek, seorang lelaki berkerusi roda yg menjual kerepek menegur aku dr blkg minta bantuan agar dia dpt sama msuk kedlm lif.aku pon membantu dia masuk ke lif. lelaki td mgucapkan t.ksh sambil aku bertanya :

berapa hrg kerepek ni?...

singgit je kak..amik la kak sebungkus.

saya beli sebungkus ye...

terima kasih kak..sy doakan akak murah rezeki..jwb lelaki td


aku berkata..'insyallah sy pon doakan awk. awk doakan sy mudah mengandung n cpt dpt anak ye


lelaki itu menjwb..sy akan sentiasa doakan akak..(sambil lelaki itu menyeka airmata)

aku rs terharu dengan lelaki itu.

aku menjawb ' terima kasih sbb doakan sy..terima kasih byk2..

lelaki itu menjawab ' kak..jasa akak beli kerepek sy ni sy ingat sampai nafas sy yg terakhir..sy akn sentiasa doakan akak murah rezeki..cpt dpt anak..moga Allah makbulkan doa sy yg serba kekurangan.

sekali lg aku mengucapkan terima kasih..x terkata apa2..hati aku jadi runtun

mulia sungguh lelaki itu.

pada kwn2 yg selalu melalui stesen lrt masjid jamek , jika terjumpa lelaki berkerusi roda yg menjual kerepek..bantulah dia dengan membeli kerepek2 nya. semoga niat kita yg ikhlas dpt meringankan beban lelaki itu..

Ya Allah muliakan la lelaki itu..amin

Sekitar 1st booth dhilalicious & dhila plus+ couture di kompleks media karangkaraf





Friday, July 15, 2011


Temui kami DHILABLOGSHOP di booth sempena majlis hi tea butik get gorgeous di Kompleks media karangkraf shah alam pada hari ahad 17 julai 2011 dan dimajukan oleh majalah rasmi Dara.com.

Ade pelbagai koleksi pakaian plussize dan juga produk macarons yang comel dari Dhilalicious. Temui kami di sana ya.. :)

Wednesday, July 13, 2011

wordless wednesday : Berhujung minggu bersama encik kunen yang kuyu

Berhujung minggu bersama encik kunen yang kuyu dan boolat. Gambar diambil semasa hari pengundian coklat m&m di the curve minggu lalu. Saya pilih kunen tau bukan atas dasar politik bersih yang tak berapa nk bersih tapi sebab jatuh hati pada mata kuyu yang comel heheh... Encik kunen..awk buat peace tu alahai comelnya jari kontot awk.nk buat peace jugaklah.

ok sila abaikan amoi di belakang itu .

Sunday, July 10, 2011

Bila hati dah Jenuh

Waktu penting untuk aku melunaskan segala yang tergantung jadi makin tergantung sebab aku kerosakan satu bende penting dalam hidup aku. walau bende ni penting dalam hidup aku tetapi bende ni bukan dalam wishlist aku buat masa ni. Jauh sekali untuk aku memikirkan untuk membeli yang baru.

Tapi bile benda ni rosak. Aku jadi jenuh. Aku rasa nk menyumpah.Aku rasa mcm nk pijak je bende ni. bende ni la handphone aku yang dah mula menunjukkan tanda-tanda sawan. Bile bende ni makin menyawan aku jenuh sgt pikir untuk beli yang baru walhal handphone baru bukanla satu kepentingan bagi aku buat masa ni. haishhhh...saje je kan nk kopakkan poket aku.

Dan sekarang aku jadi jatuh hati kat benda ni. sofistikated. elegan,hebat. Ditanya nape aku tidak berminat menggunakan iphone mahupun blackberry. Jawapan aku simple iaitu 'Aku tak minat'. Jadi sekarang dah tiba waktu kerja kuat untuk cuba mendapatkan bende dibawah ni.Tarik nafas dalam-dalam.


dalam mimpi je kot*
Samsung Galaxy S2

Saturday, July 9, 2011

Sabar itu menang


Jika anda dikata orang, apa anda akan buat? lawan? sabar? Jika anda lawan, keadaan akan bertambah genting. Belum tentu anda menang, sebaliknya akan lebih banyak rahsia terbongkar. Jika anda sabar, mungkin juga orang menganggapkannya benar, tetapi ia mampu mematikan sebarang hujah.


Ketika orang marah diam sahajalah, jangan dilawan, nanti semakin marah dia. Ketika orang tengah berhujah dan memang suka menang, biarkan sahaja mereka bercakap, nanti dia akan berhenti sendiri. Kalau dilawan dan dilayan memang tak akan habis-habis jadinya.


Kalau dah marah gila yang nahas nanti diri anda juga.


Dengar-dengar dikata orang, pilihlah sikap diam, kecuali orang datang minta penjelasan secara tertib kita jelaskan secara tertib. Kalau orang datang maki hamun diam atau senyum saja dan pergi dari situ. Memang susah nak buat, tetapi itulah senjata untuk memadamkan semua cakap-cakap yang tidak sedap didengar.


Apa ruginya dikata orang? Lagi banyak dikata, lagi banyak dapat pahala. Dikata orang itu sakit tetapi kalau hujungnya nanti terserlah kebenaran nikmatnya, masya-ALLAH, indah.


Tak ada manusia bebas dari dikata orang. Siapa pun akan dapat. Semakin besar orang itu, semakin berpengaruh orang itu, semakin kaya dan ternama orang itu, semakin banyak dan semakin keraplah dikata orang.


Nak dilayan semua? Buat apa buang masa. Daripada melayan kata-kata orang lebih baik buat kerja lain. Setiap kerja akan berhasil hujungnya. Kalau tak berhasil pun, ia mendatangkan pengalaman paling berharga. Lama-lama berhasillah.


Layan orang gila akan jadi gila. Layan suka orang mengata akhirnya lebih pakar dari si pengata, Lebih baik diam dan sabar. Nak lawan dan nak layan memang tak terlayan kita.


Pilihlah sabar


At-Tirmidzi meriwayatkan, Nabi s.a.w. bersabda, Sukakah aku beritakan padamu orang yang diharamkan masuk neraka? Jawab sahabat, Ya khabarkan kepada kami ya Rasulullah.
Bersabda Nabi s.a.w., Neraka itu haram atas tiap orang yang lunak, ramah, lapang dada dan mudah baik hubungannya...


Bermakna kalau dikata macam mana pun, sambut dengan senyum. Kalau tak boleh senyum pun, relaks saja, jangan kelam-kabut, jangan mengamuk.


Al-Khatib dalam kitab Irsyadul llasabilirrasyad meriwayatkan, Orang yang sabar itu mulia di dunia dan juga mulia di akhirat. Bahkan orang yang sabar itu hampir-hampir menjadi Nabi.


Jadi, pilihlah sabar daripada lawan. Lawan semakin menyakitkan hati tapi sabar menawar hati. Berlawan dengan kebodohan akan berakhir dengan kebodohan, sebaliknya ketenangan dan kebijaksanaan serta sentiasa untung.


Lihat kisah di bawah bagaimana sabarnya Nabi s.a.w. yang ketika itu memakai serban buatan Najran yang agak tebal pinggiran serban itu, tiba-tiba datang seorang Badwi yang menarik serban Nabi s.a.w. itu dari belakang hingga berbekas pinggiran serban itu di leher Nabi s.a.w. kerana sangat keras tarikan Badwi itu lalu dia berkata, Ya Muhammad, berikan padaku dari harta ALLAH yang ada di tanganmu...


Maka Nabi s.a.w. menoleh pada Badwi itu dan tersenyum, kemudian menyuruh sahabat yang menjaga baitulmal supaya memberi pada Badwi apa yang dimintanya.


Peristiwa ini sepatutnya menjadi kayu pengukur pada maklum balas kita apabila berdepan dengan sikap-sikap yang tidak manis. Kelunakan akan sentiasa memadamkan keangkuhan.


Dunia akan aman oleh kesabaran berbanding keegoan. Hidup anda juga akan aman oleh berbanding pertentangan. Hari ini kita tiada masa lagi untuk membuang-buang waktu berdepan dengan kekalutan manusia sebab kekalutan hidup sudah cukup banyak. Tenang, lunak , sabar dan mubar adalah benteng segalanya.


Apakah sikap kita selama ini apabila ada orang mengata atau mengutuk kita? Kita berasa marah? Nak mengamuk? Mahu belasah orang itu? Mampukah kita senyum dan berdiam diri seperti Nabi SAW?

Saturday, July 2, 2011

dhila plus+ couture


ok pada wanita plussize yg agak sukar mencari baju-baju yg trendy boleh la jenguk2 kedai kecik saya di DHILABLOGSHOP.

jom sopim mopim di sini.