TABUNGAN

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday: bos kecik



ww : bos kecik sedang beradu

Monday, October 17, 2011

tragedi 16 oct

Petang ahad yang lepas selepas suami pulang dari keje jam 2 petang, dia menyuruh aku bersiap-siap untuk keluar. Memang jadi kebiasaan jika suami x letih dia suka bawak isteri dia ni keluar. Setelah selesai makan di gerai nasi campur kakak murah di setapak, suami bertanyakan pada aku destinasi mana lagi yang nak dituju. Aku dengan pantas menjawab nak pegi sri pentas 2 sebab aku nak sangat tgk live konsert pertama vokal bukan sekadar rupa. Suami aku mmg on je. dia mmg xde masalah tetapi waktu tu masih awal lagi so suami buat kepeutusan nak lencong ke the curve dulu. Memang the curve ni jadi destinasi wajib saban minggu untuk kami berdua.

Bila sampai je dekat the curve macam biasa la kami dok cuci-cuci mata. Selepas penat cuci mata aku mengajak suami makan hot dog ikea. Aku suka makan hot dog ikea ni sbb harganya sgtla murah ditambah pula karipap panas yang sgt2 sedap bersama air yang boleh direfill banyak kali (itu yg penting ..heheh).

Sedang makan sambil berdiri dan berborak dengan suami (sedia maklum ikea dh x sediakan kerusi untuk makan) aku terdengar siren kereta polis yang sangat kuat. Aku bgtau suami tapi dia kata 'ala..besela tu'. Tetapi bila kereta polis tu semakin dekat aku terdengar polis tu bercakap menggunakan pembesar suara 'berhenti...berhenti...' .Aku terkejut dan bagitau suami lalu suami menoleh dan terus berlari keluar untuk tengok apa yang berlaku. Waktu tu aku tengok orang ramai dah bertempiaran lari menuju ke tepi jalan depan the curve. Aku pun dengan pantas keluar dari ikea juga.

Waktu aku keluar dari ikea tu aku ternampak sebuah kete waja dah tersangkut kat tgh2 divider jalan dan aku nampak polis tengah mengejar seorang lelaki dan polis tu menjerit ' tangkap lelaki tu..tolong tangkap lelaki tu'. Aku nampak suami aku dan beberapa orang lelaki lain berlari mengejar suspek tersebut.Suami cuba menendang suspek supaya suspek jatuh namun tak berjaya. Suspek berlari begitu pantas dan berlari di hadapan aku. Waktu tu aku cuba membantu dengan menarik baju suspek tersebut tapi dia lari sangat laju. Suspek berlari sambil memegang sebuah beg porch berwarna hitam. Aku fikir beg tersebut adalah beg yang berjaya diragut.Mungkin.

Dalam pada itu, polis berperut agak bulat itu dah tercungap-cungap mengejar sambil menjerit ' tolong..kamu semua disana..tangkap lelaki tu' . suspek yang berlari tadi cuba berlari masuk ke dalam the curve tetapi terjatuh setelah dikejar dan ditolak oleh orang awam. Selepas terjatuh itu orang awam membelasah suspek tadi sehingga berjaya ditangkap oleh polis. Aku bergegas berlari ketempat suspek dibelasah tadi untuk ambil gambar. Berderau jugak aku waktu tu Dah macam ala-ala wartawan gitu.

Aku x pasti motif ape suspek tadi dikejar polis. Dari rumours yang aku dengar suspek kemungkinan merompak dan kereta yang dipandunya didalam keadaan yg mencurigakan.
Setelah suspek berjaya ditangkap polis mengucapkan terima kasih kepada semua menggunakan pembesar suara, ' Terima kasih semua...Terima Kasih rakyat Malaysia' dan orang awam yg menyaksikan kejadian tersebut semua bertepuk tangan.Dah macam pertunjukkan pun ada taw..

tak dinafikan ye rakyat Malaysia mmg prihatin kan.. 1st time kejadian macam ni berlaku depan mata sendiri. Dah macam dalam drama gerak khas pulak.

wajah suspek

kereta suspek yg tersangkut kat divider


polis sedang memeriksa kereta suspek

polis dan orang awam sedang mengangkat kereta suspek
(yg baju belang hijau tu la en.suami yg turut membantu)

Tuesday, October 11, 2011

Niat

Ade sesapa pembaca blog picisan aku ni yang tahu tentang info pengajian Master. Aku nak sangat2 tahu dari segi yuran pengajian,tempoh pembelajaran dan sebagainya. Aku sedang pasang niat mahu sambung master dalam pengajian komunikasi massa. Insyallah jika diizinkan Allah swt aku akan cuba laksanakan niat ni tetapi bila waktunya aku masih belum pastikan lagi kerana segala-galanya bergantung pada jadual kerja aku jugak. Aku nk sambung belajar tetapi dalam masa yang sama aku mahu terus bekerja. Aku sayang keje aku sekarang ni walaupon agak stress dengan masalah2 customer tapi sekurang-kurangnya aku tak bergaduh dengan perempuan kerinting setiap hari. Jadi sesiapa yg ade info share la sikit ya..

Niat hati nk sambung belajar dengan sayang2 aku di ofis tapi kebanyakan mereka rata-rata berminat dalam bidang komunikasi korporat. So agak tak sesuai bidang tu dengan jiwa lara aku ni.

Sharing is Caring :)

comel macam anak patung

Dapat satu email dari kawan seopis tentang sorang budak comel macam anak patung.Budak ni nama dia Ira Brown berumur 2 tahun.Muka dia sejibik macam barbie doll. Comel sgt...





Comel kan?

Monday, October 10, 2011

bila kerja jadi keutamaan

lama sangat rasanya tak menulis di blog gara-gara sibuk dengan jadual kerja yang rasanya sampai bila-bila pun takkan habis. Pagi tadi macam biasa aku dikejutkan dengan alarm hp yang sangat nyaring. sedar-sedar saje jenguk ke luar tingkap suasana dah terang benderang dan aku cepat-cepat jenguk jam hp sudah tepat jam 7 pagi. So apelagi menggelabah ayam la aku dibuatnya.
Cepat-cepat kejutkan suami bangun sambil aku tenung jam di hp sekali lagi tetapi aku agak heran kenapa hp aku tertera perkataan sunday lalu dalam hati berkata 'SUNDAY KE MONDAY '?

Aku betul-betul menggelabah sebab dah lambat bersiap ke tempat keje.

'bang..bang...bangun cepat.dah lambat ni'

suami aku yang sememangnya tgh kelat-kelat mata menyahut ' napa dila ni...tido je la?

'eh bang...bangunla pegi keje'
'pegi keje apenya dila ni?'

aku dah start konpius 'ha? eh..arini ari ape bang?'

'la dila ni..hari ape pun dh tak ingat ke?' arini ahad la..mana de keje'
'eh ahad ke? ya allah...sengalnya dila ni bang..dila ingat isnin..risau lambat pi keje'

suami pun menjawab..'takpela..kalo dila nk pi keje pi je la..hahahah' dila ni kan kaco mimpi abg je la'

hahaha..alamak sori yek bang..:p

ha...itula kalo dah dalam kepala ni asyik dok pikir keje je siang malam.sampai hari ape pun dah tak ingat. bila ahad nk pi keje tapi bila start je ari isnin liat pulak nak bangun pagi. dila..dila..