TABUNGAN

Wednesday, June 29, 2011

dhila plus+ couture akan berada di pasaran mulai 1 julai nanti..kepada rakan2 yg agak sukar mencari baju plussize saya ada jawapanya..tungguuuuuu

Sunday, June 26, 2011

Edisi senyum kamben : Tajupakalee


Lepas habis presentation kat kelas tadi perot gua jadi lapar tak tentu arah. Terus gua 'drop-by' kat sebuah kedai jual roti canai berhampiran kelas.
Pelayan kedai roti canai yang berbangsa mamak ambil order gua berupa roti canai 2 keping banjir dan kopi 'o' ais.

Selesai urusan nafkah perot, gua ternampak satu dua kutu main laptop dari tadi, gua syak kedai mamak ni ada menyediakan perkhidmatan wifi secara free.
Sebagai customer, gua rasa ada hak untuk guna wifi kedai roti canai tersebut secara free juga. Laptop di start-up dan wifi di carik. Tetiba laptop gua prompt
satu window tanya password..

"Dey mamak, sini kejap" Gua memanggil mamak dan melambai tangan cara macam nak tanya soklah susah-susah kat lecturer dalam kelas.

"Yes boss?"

"Sini wifi aper dia punya password?"

"Ooo fast-wood kalu, manyak shinang.. boss masuk sana wifi...sudah ka?" pelayan kedai roti canai mengarahkan gua masuk wifi sampai ada prompt
window mintak password.

"Ok mamak, sekarang you bagi apa password"

"Ok boss amik ni arr... saya cakap satu kali boss terus tulis sana ...dia punya fast-wood 'tajupakalee'" Style mamak tu bagi password kat gua macam
nak bagi dadah, siap cakap slow kat tepi telinga.

Gua pun cekal menaip di ruangan password 'tajupakalee' dalam hati bercakap jugak "Giler susah password mamak ni... tinggi bahasa digunakan.
Lantas gua tekan 'OK'

Ting..tong.. laptop canggih gua prompt lagi window tulis 'Password error!'. Hati gua dah start panas, mentang-mentang gua makan roti canai
ajer 2 keping, takkan password pun tak leh nak bagi. Terus gua memanggil balik mamak tadi yang tengah sibuk amik order kat meja depan pulak.

"Dey tambi, betol ke you punya password. Tak boleh lah!!! main-main lah you!"

"Butol lah boss, sini tempat fast-wood musti 'tajupakalee'. Tak boleh tukar"

"You tengok sini saya tulis arrr 'tajupakalee', sekarang saya tekan 'OK'.. haa you tengok salah lagi" Gua tengok mata mamak tu tepat2
sebagai tanda marah, mamak tengok mata gua sambil geleng kepala.

"Boss, lain kali saya cakap satu kali you dengar baik-baik.. saya sudah cakap itu fastwood 'tajupakalee' you dengar arrr 'tajupakalee' dia punya
tulis ini macam'taju, taju, taju, taju'. You ada sekolah ka?" Celaka betol mamak ni, boleh tahan gampang ayat dia.

Gua terus tekan butang 'shutdown' sambil cakap "tak per lah mamak, lain kali lah gua datang pakai lu punya wifi. Lain kali sebut betul-betul
'tujuh empat kali' boleh tak?"

Saturday, June 18, 2011

lepas lalu


Asam garam hidup tak boleh lari dari melakukan kesilapan tapi ada juga segelintir manusia yang lupa erti kemaafan. ”Secantik mana rupa yang ada, sehebat mana kereta yang diguna takkan sama nilai sebentuk rasa hati’. Kehkehkeh!

Aku dan kau sememangnya berlainan ”kau di tebing aku di alur” tapi jangan lupa kita semua sama. Tetap hanyut apabila embun mengaburi tepian sungai. Wahhh, berpuitis pulak dah! Kehkehkeh! Yes! dia salah, mereka salah, kamu salah aku salah kerana hidup ini tiada siapa yang sempurna.

Lumrah hidup ”bila hati disakiti, yang menang itu yang dicari meninggalkan tahi dicelah kaki” Tapi mungkin kita lupa tiada yang betul bila kita ini umpama membuka kulit kerang ”dipecahnya dua untuk mendapat isi yang belum pasti” dan mungkin kita lupa manusia ini hidupnya seperti roda, jangan difikir hidup ini sentiasa diatas dan bongkak seperti satu hari nanti roda kehidupan kau tidak akan jatuh dibawah.

:.madah petang sabtu.:

kredit to : darkman.com




Kuatkah hati ?


aku x rasa hati aku kuat
sbb hati aku rapuh macam biskut
sbb hati aku renyuk macam tisu

aku x rasa hati aku kuat
sbb kau toreh hati aku
sampai luka itu terlalu dalam

aku x rasa hati aku kuat
sebab aku percaya kau,kau dan kau
jadi tempat aku luah kesah
tp kau pecah sume itu
macam aku ini tiada perasaan

aku x rasa hati aku kuat
bila kesilapan datang dari aku
tapi kau judge aku macam kau malaikat atau tuhan

aku x rasa hati aku kuat
bila setiap penjuru ketawa lihat
aku disaat kejatuhan

aku x rasa hati aku kuat
bila dpt tau kau hina aku di belakang

tapi aku jadi semakin kuat sebab aku ade yang SATU itu
sebab aku ade keluarga aku
sebab aku mula bangkit satu persatu
sebab bila aku percaya bende ni semua akan dapat balik pada kau
sebab bila aku percaya adanya hukum karma
sebab bila aku percaya aku x perlukan kau

FIN.

Wednesday, June 8, 2011

bisnes kecik2

salam semua..

saje nk mempromot bisnes kecik2 aku sekarang ni. masih lagi di tahap 'beginner' org kata. kat sini aku nak promosi kan produk-produk dari DHILALICIOUS. kami ada memasarkan produk seperti macarons , apam polkalicious dan juga homemade cookies in jar.

Produk-produk kami ini adalah pada harga yang berpatutan. scroll down untuk melihat produk-produk dhilalicious.


1. dhila's macarons








minimum order utk macarons ini adalah 10 pcs rm25/box tidak termasuk postage fee. setiap box mempunyai mix color dan mix flavor. antara flavor yg kami ada ialah caramel, kiwi,cappucino,choclate,strawbery,blueberry,vanilla dan lemon. kami juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis dan juga tempahan untuk souvenir atau gift.


2. Cookies in jar








homemade cookies in jar - rasanya rangup penuh rs coklat dan kepingan badam. didatangkan khas bersama jar yg sangat menarik dan juga kedap udara. harga ialah rm26/unit tidak termasuk postage. sesuai juga untuk hadiah kepada org tersayang.


3. Apam polkalicious




apam polkadot sangat comel dan cute. dibuka untuk tempahan. satu box terdapat 25pcs berharga rm15 sahaja. kami juga menerima tempahan dalam kuantiti yg banyak dan juga utk sebarang majlis.


kepada yg berminat utk membuat tempahan produk2 dhilalicious bolehlah email kepada di dhilah_13@yahoo.com dgn menyatakan detail seperti berikut :-

nama:

no. telefon :

alamat :

nama produk yg ingin ditempah :

kuantiti:



kami mengalu-alukan tempahan dari anda..







































bersiaran kembali

hye semua..lama benar aku x jenguk blog. yela masa yg ade mmg agak terhad memandangkan waktu diopis lebih banyak berbanding watu senggang di rumah.

ok semua saksikan la produk saya dhilalicious sebentar lagi...