TABUNGAN

Wednesday, September 29, 2010

bubur cha cha dan pengat pisang idaman kolbu

bubur cha cha jatuh chenta pandang pertama

pengat pisang very the tak tahan

korang perasan x sejak akhir2 ni kerap hujan kan. waktu malam masa setiap manusia enak dibuai mimpi kadang2 hujan turun.tau2 je mesti kt dah sejuk menggigil. tu yang rasa liat je nk bangun pi keje kan. dan waktu2 macam ni la perut kt akan berdendang sayang dan berlagu riang. aku pula, kalo waktu2 macam ni mula la terbayang bubur cha cha dan pengat pisang hangat. sedap jika dihirup bersama biskut lemak cap ping pong.hehehe..

dan waktu ini,aku sgt2 memerlukan ibu. sebabnya pengat pisang yang ibu buat mmg paling sedap yang pernah aku rasa.ni pun sambil menaip dok craving pengat pisang ibu. selain pengat pisang, bubur cha cha pon salah satu peberet aku.sedap dimakan hangat2 tau.lagi sedap kalo ditambah keladi atau keledek. ouhhh so nyummeh..

insyallah cuti hujung minggu ni aku nak masak bubur cha cha la.tp pengat pisang aku x reti buat plak.pisang ape yg sesuai untuk dibuat pengat yek? jom kt selongkar almari pakcik google...cari resepi :)

Monday, September 27, 2010

ini dugaan..terima dengan redha

contoh gambar PCOS

arini pi HKL wat checkup sbb rs teramat sakit kat bahagian pinggang,pangkal ari2 dan bahagian peranakan. bertambah teruk lagi sakit itu dah menjalar ke sekitar payudara. sakitnya teramat sangat sampai aku terpaksa menekan-nekan breast dan perut aku. jadi aku decide amik cuti emergency kerana kesakitan ini membuatkan aku xde mood mahu ke opis.

pukul 6 pagi rasa pedih kat pangkal ari2 jadi aku bingkas ke tandas dan membuang apa yg patut. selepas tu aku sambung tido sehingga terlajak ke pukul 9. apa lagi terus bangun dan cepat2 buat sarapan. bagitau suami yang aku nk ke HKL sebab risau sangat pasal sakit ni. sebenarnye sakit ni aku dh rasa dekat 2 bulan tapi aku diamkan aje. alhamdulillah puasa terakhir aku period secara natural tanpa bantuan sebarang ubat seperti sebelum ni. so aku pun pikir, oh ini mungkin sakit sebab nk period kot. tapi selepas suci period aku sakit balik.kali ni lagi teruk sebab dah menjalar ke pangkal payu dara.

pukul 2ptg aku sampai ke HKL. masa jumpa doktor aku ceritakan kesemua masalah aku ni dan doktor pun buat pemeriksaan. melalui pemeriksaan doktor kata cyst yg aku alami dah berada di kedua2 belah kilang telur. kilang telur mula membengkak. untuk pengetahuan korang sume, sebelum ni aku buat rawatan kat HUKM sbb aku ade PCOS (polycystic ovarian cyst syndrom). tp aku stop sebab x larat setiap kali jumpa doktor mcm2 pula kene bayar. dan ade pula sesetengah ubat tidak diberi percuma malah kena beli kat farmasi HUKM sebab ubat-ubat tersebut kategori ubat terkawal dan mahal. last aku traetment kat HUKM bulan julai tahun lepas. time tu kena beli ubat tiga kotak rm365. nasib baik masa tu bawak duit lebih. x sangka pulak semahal itu. pastu laproskopi rm50. pap smear rm 50. tu yag buat aku x larat nk teruskan rawatan.

tp kali ni sakit tu dtg balik dan rs makin teruk pula. aku decide pi HKL je la. sbb itu hospital kerajaan dan mungkin bayaranye pon x semahal HUKM.malam ni aku kena puasa kerana esok akan buat ujian darah. dan dua minggu lagi aku akan berjumpa doktor Arlina untuk buat pemeriksaan buah pinggang. kalo buah pinggang aku ok baru dia akan transfer kes aku ke jabatan O&G untuk rawatan cyst tu.

aku redha dengan sume ujian Allah. aku antara insan yang dipilih untuk melalui segala ini. jadi aku harus kuat dan tabah. ok..xnakla sedih2 lagi..org kata kalo muka monyok x cantik kan..jadi kene sentiasa ceria. rs sakit tu insyallah aku leh tahan dan sembunyikan.

Sunday, September 26, 2010

hati mesti kuat

semalam aku ke majlis open house salah seorang rakan, disana aku terjumpa seorang rakan yg sedang mengendong satu nyawa zuriatnya. maka aku seperti biasa terdetik lagi bila agaknya aku akan jadi seperti dia. merasai setiap moment-moment indah mengendong anak di dalam rahim sendiri. cemburu??? oh aku cuba lari dari perasaan itu. aku hepi n gembira bile melihat ibu-ibu mengandung.

aku ade seorang kawan yang bakal berkahwin dan seperti biasa keterujaanya nak berkahwen amat2 terserlah. sampai topik baju ape yg dipakai ms mengandung pon sibuk duk citer. bagi pendapat aku, x perlula terlalu teruja sgt sampai mcm tu sekali. uruskanla hal perkahwinan tu terlebih dahulu. aku senyap je setiap kali dgr dia bercerita mcm tu. bagi aku, dia masih belum jadi isteri yg sah lagi jadi x perlu terlampau obvious cerita nak mengandung la, nak mkn ape time mengandung,nak pakai ape time mengandung,muntah2 ke x time mengandung nnt bla..bla..bla..
kadang-kadang meluat pun ade.

ade lagi sorang tu pulak siap nak bet sape yg mengandung dulu. aduuyaii..aku tau la aku dh kawen lama tp x mengandung lagi tp tolongla kalo bercakap tu jgn mengguris perasaan org boleh x. aku x pahamla manusia2 ni nape perlu bebatak mcm tu sekali. aku pon x tau nak kata ape la lagi..lantak korang la kan..

Tuesday, September 21, 2010

tanpa dendam dihati


Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri

Bagiku Bukan Musibah

Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja

Yang Jelik Penuh Dusta

Kau Bebas Warnai Diriku

Di Minda Yang Kelabu


Chorus

Siapa Diri Ini

Tuhan Yang Memahami

Amarah Dan Kecewa

Hanyalah Bara Membakar Jiwa


Sungguh Pun Ku Terkilan

Terguris Perasaan

Ku Pilih Berdiam Diri

Tanpa Dendam Dihati


lirik ni memang kena sgt dgn diri aku melalui situasi yg aku dan suami sedang lalui sekarang. kami xakan berdendam pada sesiapa cume terguris perasaan sahaja dengan sikap segelintir manusia yang meletakkan tanggapan negatif pada kami dan lebih2 lagi bila aku dikatakan menjadi punca semua ini. aku cume terkilan dan terguris tapi aku x membenci. biar aku berdiam diri.kerana diam itu adalah jalan terbaik.

aidilfitri 2010

pic raya ketiga..pi tesco cari brg dapor

hye..rata2 ramai yang dh upload pic2 raya kat blog n facebook. tapi entah kenapa aku malas betol nk upload pic raya. sebabnya dari awal raya lagi aku memang xde mood nk beraya.antara sebab paling utama kakak aku n gula2 hati aku si raina tu beraya di kampung sekinchan dulu. so rumah ibu kat banting agak sunyi pada raya pertama. suami pulak dari malam raya pertama dok tanya raina aje..dia kata sunyi la raina xde. raya rasa x meriah. nak keluar beraya pon xde mood.

raya tahun ni aku x apply cuti raya pon. ari isnin dah masuk keje. malam raya sehingga pagi raya kedua aku melepak umah ibu. tengahari pulak aku bergegas ke hospital memandangkan kesihatan aku x bape nk elok masa tu. mana xnya..org lain sume bersuka ria beraya tapi aku demam n batuk teruk pulak,jatuh merudum mood aku masa tu. selepas hospital aku terus beraya di keramat belah suami pulak. nasib ade kaklong suami yang datang dari johor so rasa best la jugak. ye la..aku rasa dengan kaklong suami aku ni aje yang leh kamcing. dia memang best la..

ari ahad pulak, kaklong suami dah berangkat balik ke johor. aku plak duk lepak kat umah je. suami pulak tahun ni katanya x kemana sgt. hanya nak banyak rest kat umah. nasib baik malam tu family banting sume datang umah aku..wahhh memang sgt2 best sbb dpt cium2 raina..

isnin pulak aku dah kembali bekerja..memang boring la di saat org sibuk pi beraya tp aku sibuk kat opis. ni la lumrah makan gaji hehe..erm..itu je la citer aidilfitri 2010 aku yg x bape nk best pon..