TABUNGAN

Monday, August 15, 2011

tentang anak


lately aku seringkali berfikir tentang anak. soal keinginan satu nyawa dilahirkan dari rahim aku sendiri seringkali berlegar-legar dalam kotak minda aku. Ade org kata aku klise. sebab aku baru saje berkahwin selama 2 tahun 4 bulan tapi sudah berkira-kira mahu punya anak. Aku x peduli ape org nk kata tapi naluri keibuan aku makin menebal kini bahkan setiap hari aku sentiasa fikirkan tentang anak.aku mahu anak untuk aku jaga,belai dan curahkan kasih sayang aku. Mungkin kalian tidak tahu perasaan aku kerana kalian sendiri tidak duduk didalam kasut aku menapak seprti mana aku melalui hari-hari sunyi aku. ya, aku sunyi tanpa anak.

Buat masa sekarang aku banyak menghabiskan masa bekerja sehingga malam. kadang-kadang itu saje cara untuk aku menyibukkan diri untuk lari dari memikirkan soal anak. Aku selalu berfikir aku sedang mengendong satu nyawa dalam rahim aku. Bila aku berfikiran sebegitu aku rasa sungguh bahagia.Agaknya begitula perasaan wanita mengandung kan. ? Kasihan juga aku pada suami yang kadang kala mengusap perutku seolah2 aku sedang mengandungkan zuriatnya.

Apalah daya aku selain menunggu rezeki yang satu itu dianugerahkan kepada aku dari yang SATU itu. kadang-kadang rasa bosan untuk memujuk hati yang sunyi ini. Aku paranoid bila memikirkan hari depan aku tanpa anak.Sungguh.

Hanya doa yang dapat aku panjatkan dan hanya usaha yang termampu sahaja dapat aku lakukan.Moga ade rezeki itu buat aku satu hari nanti..Ya Allah.

Thursday, August 11, 2011

comel kan

:)

baby super comel 'eeii gewamm'

Prosedur mengambil anak angkat


Prosedur mengambil anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.

*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.

(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.

(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).

(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Siapa yang layak mengambil anak angkat?

*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.

Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?

*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Peringatan:

Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

- Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia