TABUNGAN

Saturday, January 16, 2010

ade kisah

ya..

memang aku ada kisah dan cerita yg lebih kepada rasa hati aku. kata minda aku. tapi aku masih simapan dan aku masih tahan.

insyallah..

aku akan tari kan jari jemari aku untuk mencoret segala apa yg aku rasa. yang pasti aku punya hati dan perasaan yg perlu kau pikirkan.

aku muak..

muak menjaga hati orang-orang yang terlalu sangat dijaga hatinya sehingga langsung tidak pernah memikirkan perasaan orang. jika aku senyap, itu tanda aku sedang perhati sikap kamu. jika aku ketawa, itu tanda aku gembira tetapi jangan pijak kepala aku. jika aku senyum, kamu perlu tahu makna senyumku..kerana aku sentiasa memerhati.

Hormat.

ya..aku masih menghormati kamu tetapi tolong pikir perasaan orang lain dan jangan sampai aku hilang hormat pada dirimu. jaga tutur katamu kerana tidak semestinya kamu lebih tua dari ku jadi kamu betul segalanya.

yang paling penting..jangan kamu sombong kerana hartamu. KAMU SUNGGUH ANNOYING!!

off~~

K.A.W.A.N





permulaan tahun baru ini aku dan kawan-kawan baikku telah bersama-sama menjalani photoshot. photoshot ini kami lakukan setelah hampir 10 tahun bersahabat. moga aktiviti sebegini dpt diteruskan lagi.kami memang rapat sejak zaman uitm lagi. 5 tahun belajar bersama. masih segar di ingatan ..pergi kelas bersama, makan nasi lemak jati bersama, makan megi bersama, ponteng kelas bersama. segala2nye kami lakukan bersama.

bohong kalau aku katakan yg kami x pernah berbalah sesama sendiri. bohong juga kalau aku katakan kami x pernah bermasam muka tetapi itulah yg sebenarnya mengeratkan lagi hubungan persahabatan kami.

bagi pemilihan photog kali ini aku telah memilih chot touch kerana aku sendiri meminati hasilnya yg sgt menarik. permulaanya kami berniat utk photoshot di studio saje tp memandangkan group kami agak besar maka kami telah memilih putrajaya sebagai lokasi photoshot.

kepada kalian (ina,tacker,nat,nad,hanna,ayu,min,adi,hanis,aida,jon n hubby) moga kalian tetap bersama aku selamanya..kalian mmg KAWAN sejati aku..sayang korang...

p/s: tq pd yon bakar,izzat helmy n etc..korg mmg best.pic menarik sgt2..

bukan selamat tinggal

salam..

agak lama aku tinggalkan dunia blogging ni kerana aku lebih selesa sehari suntuk mengadap buku muka ku. hati meronta untuk menulis dan berblogging semula tp jari jemariku seperti dikunci oleh satu rasa.malas. kali ini aku gagahi jua jari jemariku menaip kerana terlalu bnyk cerita ceriti yg ingin aku luahkan.

aku tidak hebat. penulisan aku tidak la boleh dibanggakan.aku tidak tahu berpuitis malah aku tidak tahu langsung bagaimana mahu mencuri hati kalian bagi membaca penulisanku. pg ini 16 januari 2010 pkul 4.10 pg, mataku masih segar menatap segala isi perut komputerku. tp mindaku kosong lantas aku pikir mungkin aku patut berblogging semula.

harap aku akan terus berblogging..chaiyok2x