TABUNGAN

Wednesday, April 6, 2016

Anda sukar hamil? Masalah wanita? CEPAT BACA ENTRI INI


Tahukah Anda PCOS Mengganggu Kitaran Haid & Menjadi Punca Sukar Hamil ??



Tentu ramai yang tak tahu apa itu PCOS kan..dan bagi pengidap itu sendiri tak menyedari yang dia sebenarnya ada masalah PCOS..itulah punca ramai wanita sukar hamil..


Apakah Polycystic ovarian syndrome (PCOS)??


Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol.
Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil??





Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan, i.e hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.





Bagaimana Puteri Vanilla dapat membantu anda??


• menyuburkan rahim umpama baja gred A++
• mengatasi masalah haid tidak teratur dan senggugut
• membersihkan vagina dari keputihan dan bendasing
• menguatkan otot rahim
• memperbetulkan kedudukan rahim

Betul ke boleh berjaya hamil???



SPV hanyalah minuman tambahan yang mempunyai khasiat untuk meningkatkan kesuburan. Anda yang tiada masalah kesihatan dan tiada masalah pada sistem peranakan digalakkan mencuba!!







Dengan pengambilan SPV yang konsisten, berserta doa dan tawakkal, in shaa Allah anda akan nampak jalannya. Jangan terus serahkan bulat-bulat pada takdir tanpa ada usaha dan ikhtiar.

Kita hanya berusaha, apapun segalanya dengan izin Allah. Yang penting kita konsisten dan disiplin insyaAllah ada sinar bagi anda.



Jika anda nak dapatkan produk hebat ini, Sila whatsapp saya di 017-2197065

Sila layari fb page Kedai Oh Cantik

Monday, April 4, 2016

Ketiak hitam berkerak? Jom try tips ni


Masalah ketiak hitam mesti buat ramai yang malu dan tak confident dengan diri sendiri kan? Sebenarnya masalah ni bukannya di alami oleh korang je tapi hampir semua wanita di dunia ni! Kulit ketiak menjadi hitam akibat mencukur atau mencabut bulu ketiak, dan ianya mungkin juga disebabkan oleh bahan kimia yang terdapat di deodorant yang digunakan.


Kalau nak memutihkan ketiak hitam, korang tidak perlu menggunakan produk yang mahal tetapi hanya memerlukan baking soda untuk memutihkan ketiak secara semulajadi.
Berikut adalah cara nak putihkan ketiak secara semulajadi :
Cara 1
1. Campurkan 1 sudu teh baking soda dengan air secukupnya. Campur keduanya sampai berbentuk scrub.
2. Sapu campuran tersebut 2x sehari setelah mandi. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Sapuan baking soda membantu untuk membuang sel kulit mati pada ketiak menjadikan ketiak lebih putih.


3. Bilas dengan air bersih.h.
4. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.

Cara 2
1. Campurkan dengan 1 sudu eh baking soda bersama dengan cuka atau perahan lemon/limau nipis.
2. Sapu campuran tersebut pada ketiak, biarkan selama 15 minit hingga setengah kering.
3. Gosok ketiak korang sampai butiran baking soda dan cuka atau perahan lemon/limau nipis bercampur dengan kotoran ketiak. Kotoran ketiak  yang terhasil sebenarnya adalah sel kulit mati. 
4. Bilas dengan air bersih.


5. Amalkan rutin tersebut sehingga ketiak menjadi putih. Apabila kulit ketiak sudah putih, hentikan rutin tersebut kerana pemakaian baking soda yang berlebihan akan membuat keradangan kulit.

Selamat mencuba dan semoga berjaya ya!

Tuesday, March 22, 2016

JOM TENGOK GERHANA BULAN PENUMBRA PADA MALAM 23 MAC


Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang akan berlaku pada Rabu ini (23 Mac). 
Ketua Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Wan Hakimah Abd Rahim dalam satu kenyataan di sini berkata fenomena gerhana tersebut hanya dapat mula disaksikan apabila bulan mulai terbit pada pukul 7.21 malam sehingga 9.55 malam ketika bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi. 

“Ini merupakan gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat adalah lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi atau kedudukan “Apogi” 77.5 peratus.
“Bulan akan melintasi bayang penumbra Bumi semasa fasa maksimum,” katanya. 
Beliau berkata pihak ANGKASA; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Starfield Instruments Supply akan menganjurkan program Gerhana Bulan Penumbra mulai pukul 7.30 malam hingga pukul 9.30 malam di Planetarium Negara.

Menurutnya ANGKASA akan menyediakan beberapa teleskop untuk tujuan mencerap Gerhana Bulan Penumbra dan planet Musytari selain orang awam dialu-alukan untuk membawa teleskop sendiri. -Bernama

Tuesday, March 15, 2016

IKEA Pulau Pinang bakal dibuka 2018


Cawangan IKEA pertama di negeri utara iaitu di Pulau Pinang akan dibuka pada 2018. Ianya bakal dibangunkan di Batu Kawan.
Menurut orang kuat francais IKEA di Singapura, Malaysia dan Thailand, kerja-kerja di tapak plot berukuran 24 ekar di Batu Kawan sudah pun dijalankan.
Ikano telah bekerjsama dengan Aspen Group pada bulan September 2014 untuk membeli 245 ekar tanah dari Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang untuk membangunkan Aspen Vision City (AVC), di mana untuk menempatkan gedung IKEA.
Selain itu, pembangunan seluas 245 ekar itu termasuk 30 dan 45 ekar pembinaan pusat beli-belah serta 170 ekar lagi untuk pembangunan campuran.
Pelan pembangunan jangka panjang untuk AVC termasuk kondominium, menara pejabat , sekolah antarabangsa, Hospital Columbia Asia dan taman seluas 24 ekar.
Nilai kasar pembangunan AVC dianggar sebanyak RM8 bilion dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun.
Sumber: The Star

Wajah baru WAZE 4.0 untuk para android


Ciri -ciri baharu mula diperkenalkan untuk memberi nafas baru serta menampakkan rekaan yang lebih kemas serta relevan ke atas aplikasi penunjuk arah yang digemari ramai iaitu WAZE 4.0.
Khas buat para pengguna telefon pintar jenis android, anda kini boleh mula memuat turun aplikasi WAZE 4.0 diGoogle Play Store. Kesemua ciri baharu yang diterapkan adalah untuk memudahkan para pengguna secara optimistik di mana, pengguna mampu mendapatkan pandu arah, laporan serta berkongsi dengan lebih ringkas.


Peta Waze, menu dan sistem laporan jalan raya adalah direka untuk memberi impak kepada tahap kejelasan penglihatan pengguna. Ia secara tidak langsung menjadikan peta tidak berserabut, butang yang lebih terang dan menggunakan pin yang berwarna sebagai penanda mengikut jenis laporan.
Selain itu, aplikasi ini turut dirombak kembali dengan fokus yang lebih kuat khas untuk pemandu yang sedang dalam pemanduan. Kini, seseorang hanya perlu mengetik sekali di atas skrin paparan demi mengakses bermacam jenis ciri utama yang terdapat pada aplikasi Waze terkini. 

Walau bagaimanapun, namanya masih dikekelkan sebagai Waze seperti mana yang semua orang tahu. Perjalanan anda kini akan lebih lancar dan teratur memandangkan ia turut dilengkapi sistem ETA panel baru yang bisa menyalurkan maklumat berkenaan jalan raya kepada anda dengan lebih efisyen, hanya menggunakan satu ketik sahaja.
Bukan itu sahaja, Smart Calender pula adalah ciri yang diperkenalkan untuk sentiasa memberi amaran kepada anda supaya anda bisa sampai ke destinasi tepat pada masanya. Smart Calender akan memberi tahu anda sebarang kemungkinan buruk yang akan berlaku sehingga menjejaskan perjalanan sebelum anda meninggalkan rumah. Ia turut berfungsi untuk menghantar peringatan supaya anda bertolak pada masanya berdasarkan keadaan trafik serta jarak waktu pemanduan. Yang paling menarik, Waze 4.0 mampu menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar anda.


Waze telah menjadi aplikasi yang paling berguna untuk para pengguna jalan raya serta berfungsi menjadi peneman setia tatkala anda memerlukan bantuan. Versi 4.0 yang wujud kini adalah merupakan evolusi nyata yang bisa mengurus perjalanan anda dengan sempurna. Aplikasi ini turut direka khas untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang komprehensif pada tahun 2016.
Waze adalah aplikasi percuma yang terdapat di hampir 160 buah negara, dalam 45 versi bahasa. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.waze.com

Friday, March 11, 2016

PELIK! Kembar tapi lain bapa. Macam mana tu?


Vietnam mengesan satu kes ganjil membabitkan pasangan kembar yang mempunyai bapa berbeza selepas ujian DNA dilakukan berikutan rupa mereka yang berbeza.
Kembar milik pasangan suami isteri itu menjalani ujian DNA baru-baru ini atas permintaan si suami berikutan perbezaan rupa bayi terbabit.
Menurut laporan media Vietnam, lelaki berkenaan didesak keluarganya supaya membuat ujian DNA itu berikutan perbezaan rupa bayi terbabit dan ujian mendapati dia adalah bapa hanya kepada seorang kembar berkenaan.
Kembar itu yang kini berusia dua tahun, mempunyai jantina yang sama, dilahirkan pada hari yang sama dalam selang masa beberapa jam namun kelihatan amat berbeza sepenuhnya. Seorang bayi berambut tebal dan kerinting manakala seorang lagi berambut nipis dan lurus.
Presiden Persatuan Genetic Vietnam, Le Dinh Luong, berkata ujian itu dilakukan di makmal Pusat Analisis dan Teknologi Genetik dan kes berkenaan amat ganjil bukan hanya di dunia, malah di seluruh dunia.
“Perbezaan itu menunjukkan kembar berkenaan mempunyai ibu yang sama tetapi bapa berbeza.
“Ia boleh berlaku jika telur si ibu disenyawakan dengan sperma dua lelaki berbeza hasil dua hubungan seks berasingan dalam tempoh subur wanita itu,” katanya. -AFP

Thursday, March 10, 2016

Pecah Tembelang! Lelaki viral jaga kekasih koma PENIPU



Dalian, China: Tembelang seorang kekasih 'sempurna' akhirnya pecah apabila teman wanitanya sendiri mendedahkan teman lelakinya sendiri yang menyebabkan dia koma selama lapan bulan.

Liu Fenghe, 25, berikrar untuk menjaga dan setia di sisi kekasihnya, Lin Yingying, 22, setelah Lin koma akibat cedera parah di kepala pada 2014.

Kisah Liu menjadi viral dan mendapat perhatian media tempatan sehingga ada yang memanggilnya sebagai "model kekasih". Difahamkan, Liu menggunakan wangnya dan juga turut meminjam wang dari rakannya untuk membiayai kos rawatan kekasihnya itu.



Namun semuanya terbongkar setelah Lin yang sedar pada Mei tahun lalu baru-baru ini mendedahkan penyebab sebenar dia koma adalah kerana dibelasah oleh Liu.

Selain itu, Lin juga turut berkata Liu turut beberapa kali mengugutnya.

Laporan dari Telegraph menyebut, Lin sudah sedar 10 bulan lalu, namun tidak menamakan siapa yang menyerangnya kerana terlalu takut dengan akibat yang bakal menimpanya.

Lin mendakwa Liu menjaganya selama 8 bulan disebabkan rasa bersalah dan bukannya cinta.



Setelah mengetahui perkara itu, Bapa Lin kemudian membuat laporan polis.

Pasangan tersebut menjalankan perniagaan bakeri dan Lin mendedahkan dia dipukul selepas bertengkar mengenai roti yang dibakarnya hangus. 


Kredit: Siakapkeli.my

Friday, March 4, 2016

Isi teks penuh Deklarasi Anti - Najib. Jom baca!


Berikut adalah teks penuh Deklarasi Rakyat yang dibaca oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di majlis deklarasi anti-Najib hari ini:
1. Kami, warga Malaysia seperti nama-nama berikut ingin menyatakan kebimbangan kami terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial datam negara.
2. Kami ingin menarik perhatian rakyat Malaysia terhadap kerosakan yang telah dilakukan kepada negara di bawah pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.
3. Di bawah pentadbirannya negara jatuh tersenarai sebagai salah satu daripada 10 negara yang paling banyak mengamalkan rasuah mengikut laporan Ernst and Young Asia Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Malaysia juga telah jatuh empat anak tangga Indeks Persepsi Rasuah 2015, dari 50 ke 54.
4. Ini adalah kerana dianya percaya yang wang tunai boleh mempastikan kedudukannya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Dia percaya bahawa duit adalah segala-galanya-"Cash is King".
5. Peruntukan kepada semua Kementerian dan institusi awam termasuk universiti telah dikurangkan kerana ketandusan kewangan. Walaupun telah diperuntukkan, tidak ada sumber kewangan.
6. Pada tahun 2009, beliau telah menubuhkan satu Dana Kekayaan Negara (Sovereign Wealth Fund) bertujuan untuk menjana pendapatan bagi Kerajaan.

7. Dia menubuhkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kemudiannya dibebani hutang sebanyak RM42 bilion yang tidak dapat ditanggung. Tanya tidak lagi menjadi Dana Kekayaan. Sebaliknya Dana Hutang Negara.
8. 1MDB telah meminjam RM20 bilion untuk membeli tiga janakuasa elektrik pada harga yang RM12.1 bilion, melebihi harga pasaran. Walaupun diberi kontrak untuk membina janakuasa baru selain lanjutan bagi konsesi yang hampir tarnat, syarikat-syarikat janakuasa 1MDB ini telah dijual pada harga RM9.83 bilion dengan kerugian berjumlah RM2.27 bilion.
9. 1MDB juga telah melabur atau meminjamkan sebanyak US$1.83 bilion kepada Petrosaudi International (PSI) Limited diantara 2009 dan 2011 di datam projek-projek dan aset yang tidak wujud. Bank Negara Malaysia telah meminta supaya 1 MDB membawa pulang semula wang tersebut ke Malaysia kerana kebenaran yang diberi untuk pelaburan berdasarkan kepada maklumat yang tidak tepat. Daripada jumlah ini, sebanyak US$1.45 bilion telah secara langsung atau tidak langsung disalurkan kepada syarikat Good Star Limited dan lain-lain syarikat dibawah penguasaan Low Taek Jho.
10. Untuk menutup kehilangan wang tersebut, 1MDB telah melupuskan pelaburan dan Pinjaman ke PSI untuk us$2.318 bilion, dengan mendakwa yang ianya telah membuat keuntungan sebanyak us$488 juta. Bagaimanapun, tidak ada sesen pun daripada jumlah ini yang dipulangkan ke Malaysia. sebaliknya 1 MDB mendakwa yang wang tersebut telah dilabur di datam dana di Kepulauan caymans, yang kemudiannya telah di bongkar sebagai sebuah firma pengurusan pelaburan tidak berlesen. KpMG telah disingkir sebagai juruaudit 1MDB kerana enggan mengesahkan nilai pelaburan dana Caymans yang penuh misteri.
11. 1MDB mendakwa juga yang pelaburan di Kepulauan Caymans ini telah pun ditebus sepenuhnya. Sebanyak US$1.22 bilion telah dilaporkan ditebus pada 5hb November 2014, tetapi telah digunakan pada hari yang sama untuk membayar ganti rugi kepada Aabar Investments PJS. Ini merupakan gantirugi kerana menamatkan opsyen yang diberi kepada
Aabar untuk membeli 49 peratus saham di datam syarikat-syarikat janakuasa 1 MDB. Ini merupakan satu penipuan kerana, syarikat induk Aabar, International Petroleum Investment Corporation(IPIC), tidak pun menyebut tentang penerimaan pembayaran tersebut di datam akaunnya yang diaudit dan tersiar di London Stock Exchange. Sebaliknya akaun IPIC menyebut bahawa 1MDB terhutang sejumlah US$481 juta kepadanya kerana penamatan opsyen tersebut.


12. 1MDB juga telah mengambil hutang berjumlah US$975 juta daripada konsortium Deutsche-Bank pada bulan September 2014, untuk tujuan yang sama iaitu membayar ganti rugi kepada Aabar. Akhbar the Wall Street Journal membongkar bahawa wang tersebut telah digunakan untuk membayar pihak lain di British Virgin Islands yang mempunyai nama yang lebih kurang sama iaitu,"Aabar Investment PJS Limited", yang dimiliki oleh pihak yang tidak ada kena mengena dengan IPIC. Penipuan licik ini telah berjaya memperdayakan juruaudit 1MDB, Deloitte Malaysia yang mempercayai bahawa bayaran telahpun diterima Aabar kepunyaan IPIC.
13. 1MDB mengumumkan bahawa ia telah membuat tebusan kedua dan terakhir berjumlah RM1.1 bilion daripada pelaburan di kepulauan Cayman pada bulan Januari 2015. Pada mulanya Perdana Menteri memaklumkan kepada Parlimen bahawa jumlah tersebut telah dimasukkan ke datam Bank BSI di Singapura. Dua bulan kemudian, pada bulan Mei 2015, dia memberitahu Parlimen bahawa, ianya bukanlah di datam bentuk wang tunai, tetapi aset. Kemudian, dijelaskan pula yang aset-aset ini merupakan"unit"yang bermakna bahawa tanya tidakpun ditebus. Ini membuktikan yang 1MDB dan Perdana Menteri telah berulang-kali menipu rakyat Malaysia. Ianya juga bermakna bahawa wang yang dilaburkan di datam Petrosaudi yang kemudiannya dilabur semula di Kepulauan Caymans, masih lagi hilang dan tidak dapat diperakukan.
14. Seorang bekas naib ketua bahagian UMNO Batu Kawan telah membuat laporan polis berkenaan kehilangan sejumlah wang yang besar oleh 1MDB. Tiada sebarang siasatan dilakukan polis. Sebaliknya pengadu telah disoal-siasat polis, ditahan dan didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan(Langkah-Langkah Khas)2012(SOSMA)kerana mensabotaj
ekonomi negara. Peguam beliau juga ditahan dan didakwa dibawah Akta yang sama. Ini menakutkan sesiapa sahaja yang ingin melapor pada Polis berkenaan dengan 1 MDB.
15. Akhbar Wall Street Journal melaporkan yang Najib mempunyai US$681 juta Dolar di datam akaun peribadinya di Ambank.
16. Najib pada mulanya menafikannya, tetapi kemudian mengakui bahawa dianya mempunyai sejumlah wang yang banyak di datam akaun peribadinya, Dia mendakwa menerima derma dari seorang Arab, kemudian ianya menjadi derma untuknya memenangi Pilihanraya Umum ke-13 kemudian pula menyatakan ianya adalah kerana dedikasi beliau menentang keganasan. Dia kemudiannya mendakwa menerima duit berkenaan daripada seorang Putera Raja Arab Saudi,
dan kemudian daripada Raja Arab Saudi yang telah mangkat.
17. Kemudian seorang Menteri Arab Saudi menyatakan bahawa tidak terdapat apa-apa rekod berkenaan sebarang hadiah daripada Arab Saudi. Beliau mencadangkan bahawa wang tersebut mungkin merupakan peaburan. Tetapi jumlahnya kecil.
18. Najib menyatakan hasrat untuk menyaman Wall Street Journal di mahkamah tetapi dia tidak berbuat apa-apa. Sebaliknya dia meminta peguamnya bertanya kepada Wall Street Journal kenapa akhbar itu menyiarkan laporan tersebut.
19. Hingga ke hari ini WSJ berterusan mengeluarkan laporan demi laporan dengan fakta terperinci berkenaan dengan duit sejumlah US$681 juta yang terdapat di datam akaun peribadinya. Dianya masih tidak mengambil tindakan saman terhadap WSJ, sesuatu yang boleh dilakukan di negara di mana WSJ diterbitkan.


20. Khuatir dan syak dengan jumlah wang banyak dalam akaun peribadi Najib, satu pasukan petugas ditubuhkan di Malaysia untuk menyiasat sumber wang tersebut. Empat institusi Kerajaan terlibat, Polis Di Raja Malaysia, Peguam Negara, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
21. Belumpun pasukan petugas berjaya selesaikan penugasan mereka, Peguam Negara disingkir oleh Najib atas alasan beliau sakit dan tidak mampu meneruskan tugasannya. Secara terang Najib telah memberi gambaran yang tidak benar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Tuanku bagi menggantikan Peguam Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dilumpuhkan apabila pengerusi serta beberapa ahlinya dipindahkan oleh Najib bagi menghalang penyiasatan keatas 1 MDB. Pengerusi baru, kenalan Najib dilantik dan beliau secara spontan menyatakan yang Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.
22. Najib kemudian melantik Peguam Negara baru. Peguam Negara baru menolak cadangan Bank Negara untuk tindakan diambil sambil mendakwa yang tidak ada apa-apa di dalam laporan tersebut yang menunjukkan bahawa Najib melakukan kesalahan.
23. Rayuan Bank Negara tidak diendahkan.
24. peguam Negara yang baru juga menolak lagi satu laporan daripada SPRM. Kandungan laporan tidak didedahkan dan ancaman dibuat terhadap pendedahan laporan tersebut.
25. peguam Negara baru juga tanpa penjelasan yang munasabah menolak cadangan dari dua institusi yang mempunyai kuasa dan kepakaran datam bidang mereka.


26. penolakan ini juga menghalang perkara tersebut dibawa ke mahkamah di mana semua bukti dapat diketengahkan dan dibicarakan. Dengan ini Peguam Negara memain peranan sebagai pendakwa dan juga hakim. Proses undang-undang terhalang.
27. Timbalan Perdana Menteri yang disingkir kemudian mendedahkan yang peguam Negara yang lama telah menunjuk bukti kesalahan yang dilakukan Najib bersangkutan skandal- skandal tersebut. Di masa yang sama, beberapa agensi Kerajaan asing, iaitu Switzerland, Singapura, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Britain, telah memulakan siasatan ke atas 1MDB.
28. Akhbar di Malaysia ditapis menyebabkan rakyat lebih bergantung kepada laporan media asing. Tetapi apabila rakyat berbincang atau menulis berdasarkan laporan media asing, Kerajaan menerusi Ketua Polis Negara menjemput sesiapa sahaja untuk membuat laporan polis agar polis dapat menjalankan soal siasat terhadap orang itu.
29. Ini bercanggah dengan kegagalan polis menyiasat laporan polis yang dibuat terhadap Najib, Jho Low dan laporan Bank Negara dan SPRM kepada Peguam Negara. Peguam Negara juga mengugut untuk jatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan terhadap sesiapa yang bertindak membocor maklumat Kerajaan. Ini bermakna yang kesalahan jenayah di datam pentadbiran Kerajaanpun akan dilindung daripada pengetahuan awam.
30. Peguam Negara mengumumkan bahawa sebahagian daripada sejumlah RM2.6 bilion (sebanyak RM2.3 bilion)telah dipulangkan kepada Arab Saudi. Selain daripada kenyataan ini tiada bukti lain yang dikemukakan.
31. Rakyat juga semakin menderita.
32. GST yang dikenakan Najib, kenaikan kadar tol lebuhraya, kesemuanya mengakibatkan kenaikan kos sara hidup, memaksa perniagaan ditutup, menyebabkan industri kepunyaan asing menghentikan operasi dan berpindah kepada negara lain. Ini mengakibatkan peningkatan kadar pengangguran.


33. Walaupun rakyat membantah, Najib tetap menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik(TPP)Amerika yang mengikis hak kita untuk membuat dasar dan undang-undang yang sesuai bagi negara kita.
34. Hari ini imej Malaysia amat buruk sekali. Selain diklasifikasikan antara 10 negara terburuk mengamalkan rasuah, Malaysia juga dianggap tidak demokratik. Hak kebebasan bersuara juga kebebasan akhbar terhalang, dan rakyat hidup datam ketakutan ditangkap dan ditahan. Akta Majlis Keselamatan Negara digubal untuk memberikan Perdana Menteri dan bukan Yang di-Pertuan Agong kuasa mengisytiharkan sesuatu kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dimana sesiapa sahaja boleh ditangkap dan ditahan tanpa bicara dan didakwa dibawah prosidur yang melanggar batas keadilan yang diterima.
35. Sebaliknya pula jika berlaku kesilapan datam penggunaan Akta ini oleh pegawai Kerajaan, atau di mana terdapat salahguna kuasa, rakyat tidak boleh mengambil apa bentuk tidakan terhadap mereka. Whistleblowers, atau pemberi maklumat, diganggu dan dihukum, dan bukannya diberi perlindungan. Undang-undang lain digunakan yang menyekat kebebasan bersuara menegur salahlaku. Hak asasi yang termaktub di datam Perlembagaan persekutuan tidak lagi membawa apa-apa makna.
36.0leh kerana sebab-sebab ini, kami rakyat Malaysia seperti yang tertera bersetuju dan menyokong
a) penyingkiran Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia menerusi saluran yang aman dan mengikut undang-undang yang dibenarkan.
b) Penyingkiran semua mereka yang bersekongkol dengannya
c) Pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian baru yang Jetas metanggar hak asasi yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan polisi terpilih, dan
d) Pemulihan integriti institusi yang telah dilemahkan, seperti polis, SPRM, Bank Negara dan PAC
37. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tidak mengira kaum, ugama, politik, kepercayaan atau parti, tua atau muda, marilah bersama-sama kami selamatkan Malaysia daripada Kerajaan yang dipimpin Dato Seri Najib untuk membuka jalan kepada mereformasikan institusi demi proses demokrasi dan memulihkan prinsip pengasingan kuasa diantara eksekutif, legislatif dan kehakiman yang akan memastikan kebebasan, kredibiliti, profesionalisme serta integrity institusi-institusi nasional.

Kredit: Malaysiakini

Wednesday, March 2, 2016

AWAS! Video Mereana Mordegard Glesgorv ini BERPUAKA


Mereana Mordegard Glesgorv itulah nama video yang terdapat di Youtube. Kononnya video ini berpuaka dan mempunyai sumpahan!
Kononnya sesiapa yang menonton video ini, akan terkena histeria, membunuh diri dan mencungkil matanya sendiri. Masih tidak dapat dipastikan kebenaran tentang video ini. Kononnya melalui cerita yang tersebar dari mulut ke mulut. Pengirim asal video ini tidak dapat dikenalpastikan sehinggakan alamat IP pengirim asalnya juga tidak dapat dikesan.
Video yang berdurasi selama dua minit ini hanya berlatarkan warna merah. Perhatikan dan tenung wajah lelaki ini lama-lama anda akan perasan wajah lelaki ini berubah-ubah.
Anda mempunyai masa terluang selama dua minit? Jika anda seorang yang berani, anda bolehlah mencuba video ini dan ceritakan pengalaman anda.
AMARAN : Risiko menonton video ini adalah dibawah tanggungjawab masing-masing







Monday, February 29, 2016

MATTA FAIR 2016 muncul lagi? Ini tips penting yang wajib anda ambil tahu


Seperti yang anda tahu, Matta Fair 2016 akan berlangsung pada 11-13 mac ini. Mesti anda semua tak sabar nak tahu pakej-pakej dan tawaran pelancongan ke luar dan dalam negara kan. Dalam keseronokkan kita nak nak terjah Matta Fair itu nanti, jangan dilupakan ada beberapa tips dan info yang harus anda ambil kira. Jom kita lihat apakah tips dan info berguna yang boleh diguna pakai.




Tips Pengangkutan 

Kereta:

  • - Jika anda memandu, anda boleh parkir taman di sekitar kawasan PWTC, Hentian Putra atau tempat letak kereta terbuka.
  • - Berikut adalah tip jika anda tidak mahu menghabiskan masa mencari tempat letak kereta : Pandu sehingga ke Seri Pacific Hotel (lama Pan Pacific Hotel)    pintu masuk dan ke tempat letak kenderaan valet yang menelan belanja kira-kira RM15-RM45 bergantung kepada berapa lama masa anda parkir.Tidak perlu  bersusah-payah kerana anda hanya berjalan kaki tak sampai 5 minit ke Pameran MATTA dari pintu masuk hotel.
  • - Anda digalakkan datang awal.
  • - Parkir di Pusat Membeli-belah Sunway Putra dan berjalan di atas.
  • - Elakkan meletak kenderaan di sepanjang jalan kerana anda boleh disaman oleh polis.
  • - Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, anda perlu untuk menuju ke sana sebelum pukul 11 pagi.


Dengan Teksi:

  • - Dapatkan teksi ke MATTA Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra atau PWTC.
  • - Pastikan teksi menggunakan meter (tambang)


Dengan Bas:

  • - Bas Rapid berhenti di luar Kedai Kasut Jukebox bertentangan dengan Stesen Bas Puduraya dan bas ini akan pergi ke Hentian Putra yang bertentangan    PWTC. Kos kira-kira RM1.20 untuk satu tiket.


Dengan Kereta Api:

  • - STAR LRT berhenti di Stesen PWTC dan boleh  berjalan kaki ke Pameran MATTA.
  • - PUTRA LINE LRT berhenti di Stesen Masjid Jamek dan anda tukar dengan tren STAR LRT.




Tips pembelian pakej




  • - Bagi memastikan anda mendapat pakej percutian yang dapat meminimumkan pengeluaran wang anda lakukan survey telebih dahulu. Pakej apa yang perlu anda pilih? Yang paling bijak dan save adalah anda beli pakej semasa Matta Fair. Waktu ini harga memang berbaloi. Kerana harga fair. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk buat booking. Dan sebelum pergi ke Matta Fair tu, pastikan anda letak budget dan bawa bersama. Terus booking jika kena dengan citarasa dan gerak hati anda. Perlu diingat, waktu tu ramai orang, jadi ambil tempat yang sesuai sebelum membuat tempahan. Catat segala pertanyaan yang terbuku dan simpan segala rekod sekiranya anda telah membuat tempahan.




Tips Keselamatan

  • -Kita sedia maklum di Matta Fair , orang ramai akan berasak-asak dan sangatlah tidak sesuai untuk membawa budak kecil atau bayi kerana dikuathiri anak kecil tersebut berasa kurang selesa dan akan meragam. Selain itu, bimbang jika kita terlepas pandang atau terleka sehingga menyebabkan kita terpisah dengan anak yang dibawa. 
  • - Awasi setiap gerak geri dengan orang yang berada di sebelah kita dan sentiasa berjaga-jaga dengan barangan peribadi seperti telefon bimbit, beg duit, tas tangan, barang kemas dan sebagainya. Ini kerana kita tidak dapat menjangka jika orang di sebelah kita ada niat yang tidak baik seperti menyeluk saku atau meragut.
  • - Pastikan berhati-hati dengan kad bank / kad kredit agar tidak tercicir
  • - Pastikan periksa beg dan zip beg dengan rapi sebelum bergerak ke booth seterusnya
  • - Elakkan meletak beg duit dan telefon bimbit di poket belakang






Tips memilih lokasi penginapan / percutian

  • - Pastikan memilih lokasi penginapan yang berdekatan dengan kemudahan awam
  • - Pastikan anda membuat sedikit review atau pembacaan terlebih dahulu tentang tempat / hotel yang akan dipilih
  • - Pastikan anda membuat pengiraan terlebih dahulu agar pembelian pakej berbaloi. Lebih elok jika dibuat perbandingan terlebih dahulu.
  • - Jika anda bercuti bersama keluarga, pastikan kemudahan tempat penginapan bersesuaian dengan anak-anak dan elakkan memilih lokasi penginapan yang tidak ada ciri-ciri keselamatan.
  • - Rancang terlebih dahulu lokasi dan fikirkan kesesuaian lokasi mengikut bajet, orang yang dibawa, kemudahan awam, ciri keselamatan dan sebagainya.
  • - Pilih tarikh yang sesuai agar tidak menganggu waktu persekolahan anak-anak jika berhasrat bercuti bersama keluarga.