TABUNGAN

Thursday, December 30, 2010

selamat tinggal 2010

Selamat tinggal 2010

Tahun ni tahun yang penuh dugaan.Penuh sakit.Penuh sedih.Penuh emosi dan penuh tangis. Walau ade kegembiraan tapi kegembiraan yang palsu demi orang2 di kiri kanan aku. Aku harap tahun depan 2011 aku mulakan dengan satu sinar baru. Sinar yang boleh bukak seluas-luasnya mata orang. sinar yang mampu buat aku bahagia.

selamat tinggal 2010. kau pergi tersemat pegun dalam ingatan aku. Aku impikan 'miracle' di tahun baru ini. Ya Allah, permudahkan la segala perjalanan hidupku. murahkanla rezeki ku.

selamat datang 2011. bai 2010

Tuesday, December 28, 2010

Mengawal emosi dan amarah


Apakah itu marah?

• Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
• Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
• Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak
terkawal
Apa yang berlaku apabila anda marah?

• Degupan jantung meningkat
• Tekanan darah meningkat
• Pernafasan menjadi cepat dan pendek
• Mengalami ketegangan otot-otot
• Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan
badan terasa kuat dan pantas
Bagaimana perasaan marah timbul?

Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang,
sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda.
Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang
menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam.
Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat
sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.

Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?

3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:
• Meluahkannya
• Menahannya
• Menenangkan diri

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?

Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas
dalaman anda:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat
diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan
kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?

Kenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan
bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah
mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara - perkara yang dapat mengurangkan
kemungkinan anda menjadi marah.
Dari buku catatan anda akan dapat mengetahui:
• Cara yang paling berkesan untuk menangani kemarahan anda
• Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya
anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ianya benar- benar berlaku nanti
• Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah
dengan:
o Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap
o Membina daya ketahanan diri terhadap stres

mode: aku tengah marah.bai

Monday, December 27, 2010

ni ngidam ke atau mengada-ngada?



tetiba tekak aku malam ni nk makan buah-buahan, jagung bakar dan aiskrim strawberry. APEKAH??? so craving lar...

Friday, December 24, 2010

macaron comel


sangat suke tgk macaron. sangat comel :))

Thursday, December 23, 2010

petua murah rezeki dan amalan doa

Tergerak hati pagi ni nak cari info2 berguna yang boleh aku amalkan sepanjang kehidupan. sekurang-kurangnya aku ingin gunakan internet sebagai sumber ilmu dan secara x langsung aku boleh kurangkan aktiviti lagha' mcm fb,twitter n ym. sebab bila difikirkan benda tu sume x mampu tolong aku waktu susah jadi aku perlu cari sesuatu yang lebih berfaedah.

Dengan kuasa pakcik google aku mencari sesuatu dan aku terjumpa satu blog yang amat berguna. blog tersebut ada menceritakan tentang petua2 untuk murah rezeki dan aku rasa ianya sangat2 berguna. insyallah segala ape yang diterangkan akan aku amlkan.dan perlu selaras dengan niat kerana ALLAH dengan ikhlas.

Antara yg boleh aku konsikan dengan korang sume tentang petua murah rezeki adalah :-

  1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.
tentang perkara no.2 tu kalo korang x sure surah Al-waqiah tu mcm mane korang google la ek..gunakan inisiatif korang sendiri.nakkan sesuatu kene usaha kan,tak gitu..

selain itu, aku ade juga mencari doa2 murah rezeki yang boleh kita amalkan setiap kali selepas solat."Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


jadi marilah kita sama2 mengamalkan doa dan amalan ni..Insyallah kita akan diberkati kerana Allah itu maha kaya.



Sunday, December 19, 2010

Cry




lagu ni aku suka dgr time sedih.

sekarang...

aku bersedih!

hati menangis x siapa yg tahu???

Saturday, December 18, 2010

manusia tidak pernah lari dari perasaan ini


suami menyentuh perutku lalu berkata " by next year, kalo dila pregnant kan seronok.agak2 anak tu ikut muka abg ke muka dila ek?

aku : huh... :(

Thursday, December 16, 2010

Rawatan Mandul / Kesuburan

aku terjumpa blog ni pagi td. aku tak tau keberkesanan rawatan ni tp juz nk sharing dgn korang yang sedang plan nak hamil.

http://farid65.tripod.com/acuresort/id2.html

Wednesday, December 15, 2010

benefiber


bulan lepas aku ade terbaca iklan tentang benefiber kat nuffnang. nampak gayanya macam satu produk yang bagus sesuai untuk org2 yang dalam proses diet. so aku pon ape lagi terus la register untuk dapatkan sample produk ni.

lama jugak la aku menunggu dan minggu lepas baru sampai sample ni kat umah. mengikut keterangan label produk ni bagus sekali untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan kerana ianya berasaskan fiber. ianya boleh dicampur ke dalam makanan atau minuman kita. aku nk ckp banyak ttg keberkesanan produk ni pon xleh sbb baru je nk mencuba. apakata korang try register untuk dapatkan sample dan cuba sendiri ok.

so kepada sesape yg berminat nk mencuba sample produk ni boleh klik SINI

Monday, December 13, 2010

gula-gula hatiku dah besau

raina 1 year

raina 10 month

raina 6 month

raina with pak usu (geng menyakat)

raina 3 month

baru sekarang berkesempatan nk buat satu entri khas buat gula-gula hati aku cik RAINA EVAQAIRINA. kesayangan aku ni sekarang dah menginjak umur setahun. dah macam-macam ragam dia buat. dah makin licah dan lasak. buat aku terlalu rindukan dia setiap hari. gelagat dia sentiasa mencuit hati aku. tak puas rasanya peluk cium dia. rasa kalo boleh 24jam nak ngadap si kecik ni.

rindu tak terkata. banyak perkembangan positif semenjak dia meningkat umur. cepat ikut apa yang org ajar. terbaru dah pandai cakap 'finish' sambil buat gaya tangan. dah pandai cakap no! no!no!. sejak dah pandai berjalan ni,memang letih sikit la dok mengejar dia je tapi itula memori indah sebenarnya.

raina..jika dah besar dan dah pandai baca..ummi ngah nk raina tau yg ummi ngah terlalu sayangkan raina. jadi la anak yg solehah dan baik budi pekerti. sayangi keluarga kita dan hormatila org tua ye sayang..ummi ngah nak raina jadi doktor bila besar nanti..insyallah..

selamat pengantin baru aida & jon

aku n suami

my best fren poeber

aida n jon

souvenir yg sgt2 kreatif

congratz

sesi nikah

sepatutnya entri ni aku buat dua minggu yg lepas tp memandangkan mood berblogging merudum ditambah pula dengan kuasa internet di rumah yg macam nk kena hempok memang buat aku hilang mood.

entri ini khas nk wish selamat pengantin baru pada member selepak aku iaitu aida n jon pd 27 nov yg lepas.majlis diadakan di flat sri kedah tmn melati, kl. walaupun pelbagai dugaan menimpa dorang sebelum kahwin namun syukur majlis dorang berjalan dgn lancar sekali. ekceli, pengantin lelaki ni terlibat dalam kemalangan teruk sehingga menyebabkan rusuk kanan patah, jari kaki patah dan mcm2 lg sehingga menyebabkan mereka hampir2 menangguhkan majlis dorg ni. namun berkat kwn2 yg dok basuh dorg hari2 majlis pon diteruskan.

cuma masa majlis pernikahan, pengantin lelaki terpaksa duduk di kerusi memandangkan dia xleh duduk bersila. x kisah la kan janji yang penting majlis berlangsung dgn jaya nya. tema dorang adelah hitam pink. masa attend majlis dorang ni aku betul2 x sangka baju yg aku pakai tu betul2 ikut warna tema kanopi dorang ni. adehhh...termalu la aku sekejap hehehe.

tp x kisahla janji vogue gitu kan..(vogue kerr). pada aida n jon..semoga dapat menjalani kehidupan alam rumahtangga dengan aman dan bahagia. congratz