TABUNGAN

Tuesday, June 29, 2010

inilah berlaku bile otak kite berkecamuk

lately aku x tau ape kena dengan diri aku. segalanya serba tak kena..serba tak menjadi dan serba kalut. Mungkin inilah berlaku bila otak kita berfikir 1001 benda dalam tempoh waktu yg sama. Jadi otak kita menjadi keliru dan tidak dapat membuat sebarang penerimaan atau pemprosesan data. ya! otak kita seperti komputer.
perkara ini berlaku pada aku, segala ape yang aku lakukan serba tak kena. segala ape yang aku pegang jatuh dari pegangan. bayangkan..aku sedang memegang gelas yg dipenuhi air lalu x semena-mena gelas itu jatuh lalu air itu tumpah tanpa aku tau ape puncanya. sudu yang aku pegang juga tersasar dari mulut aku. minyak panas didalam kuali juga tumpah dari tangan aku. segala ape yang aku taip terlalu banyak kesilapan ejaan. aku kabur..
di tesco pula, ketika sedang berjalan menyorong troli aku saban kali terlanggar orang sehingga aku di marah 'ooi buta ke!'. Demi Allah aku kabur..aku blur..aku blank.. :( aku x tau ape yang aku sedang pikirkan sehingga aku jadi kosong dan khayal dalam dunia aku sendiri.
di rumah pula, bila suami minta tolong ambilkan kicap aku bagi dia sikat. jauh sangat beza antara kicap dan sikat kan..tapi otak aku cam tidak boleh berfikir dan tidak boleh menerima ape2. bila pulang dari kerja, aku kepenatan dan aku sunyi. ya! aku sunyi sekali. suami pula sudah tentu pulang lewat seperti biasa. bila aku sunyi aku akan menatap semua gambar2 raina yang di mms oleh kaklong. bile aku lihat gambar2 itu aku runtun..aku rindu. ahhh! aku tutup hp lalu bergolek2 di atas katil seperti keresahan..
ya allah..bukan ini yang aku dambakan..
jadi sekarang aku perlu lari..lari jauh dari benda2 binawe ini..aku perlu lari dari perasan2 gundah ini..beri aku sedikit keceriaan..aku sangat ingin perlukannya.. cukuplah selama ini aku berlindung di balik cermin..aku berpura2 seolah2 aku sedang gembira tetapi sungguh aku x dapat sangkal bahawa rahsia dihati ini tiada siapa yg tau..walau jari laju menaip..walau pena tegak berdiri melakar cerita..walua bibir mekar menguntum senyum namun rahsia tetap rahsia..
minggu ini aku akan bersama kesemua cinta hati aku..moga hidup aku berbunga disitu.
kuat dila! ko boleh maa...

selingan : awan berbentuk jenazah

MasyaAllah

pagi tadi terbaca di laman 12 akhbar kosmo mengenai berita gempar di kelantan apabila seorang tentera yang baru pulang dari solat subuh terserempak dengan kepulan awan berbentuk seperti jenazah.


besar sungguh ciptaan Allah ini. Mungkin hikmah di sebalik kejadian ini adalah untuk menyedarkan kite sume di muka bumi ini bahawa kite semakin menuju akhir zaman. mari la sesama kita mengambil ikhtibar dari ape yg berlaku. Moga kita menjadi manusia yang lebih bermuhasabah diri. InsyaAllah...
Amin..

Monday, June 21, 2010

wanita aset 50 juta


semalam aku terbaca salah sebuah majalah hiburan di rumah anak buah. lalu aku terpandang satu artikel mengenai Dato' siti Nurhaliza yang merupakan artis wanita terkaya di Malaysia. beliau mempunyai aset bernilai 50 juta.


WOW..sangat membuat aku teruja..


Kalau la aset itu merupakan milik aku sudah pasti aku akan memberi sepenuh keselesaan (bukan kemewahan tetapi keselesaan) kepada kedua ibu bapa dan juga keluarga aku. bagi aku itu paling utama. kemudian aku akan beri keselesaan untuk mak mertua aku dan baru aku akan pikirkan keselesaan buat aku pula.


seterusnya aku akan bawa ibu dan ayah ke mekah dan membuat amal jariah. kata orang harta yang kita ada bukan harta milik kita selamanya jadi amal jariah itu sangat penting.


tetapi..itu hanya angan-angan kosong aku sahaja. walaupun aku x kaya tetapi aku punyai jantung hati yang sudah cukup buat aku sempurna. jantung hati aku tentu lah keluarga aku sendiri..


p/s: yang kaya janganla bongkak..

Thursday, June 17, 2010

bayar hutang tag

huhu..tag ini diberi oleh iman umi. dah lama dia bg kat aku suh jawab tp aku baru berkesempatan nk jawap kesemua tag ini. so kepada iman umi..daku dah jalankan tanggungjawab yg diamanahkan ni hehhe..ehem..
so mari kita membaca (skema ayat...x hengat)

a) 23 Perkara rawak ttg diri saya

1- saiz badan aku chubby. kalo chubby mestilah comel kan agagga..bluuwekk

2- Masa kecik2 dulu hobi aku adalah melaram dan berangan. abis sume lipstik ibu aku kerjakan. konon-konon aku yg paling cantik time tu (cantik kerrrr)..


3- aku sgt risau klu time masuk kelas matematik.sbb aku paling x suke subjek tu. markah exam aku paling tinggi 2/100. itu dh cukup bangga wat aku.


4- aku sgt x seronok dan x sedap ati bila tiba waktu merentas desa kat sekolah. sbb aku ni x suka lari2 ni..aku lebih rela balik umah tido lagi syok


5- aku teringin sgt nk pegi disneyland dan Madam Tussaud


6- Adik beradik aku 3 org je.aku no 2. anak no 2 ni lebih berdikari heheh...

7- Sy dapat cucu pada usia 26 tahun bila anak buah suami aku dah ade anak. kira aku ni nenek vogue la (oopsss..bukan nenek tp auntie ok) aku muda lagi..xmo xmo..

8-Sy start puasa penuh masa darjah 3. darjah 1 dan 2 aku selalu puasa half day. aku sanggup minum air paipsi (air paip daa...)

9- ibu aku adalah wanita yg sgt super. diet aku rosak hny sbb masakan ibu aku. x leh tahan wooo...tu pasal kakak aku yg kurus tu jd makin mengembang

10- Ms di tingkatan 5, aku gaduh dgn sorang pelajar india ni. dia ejek aku fadhila belacan.pastu aku amik pembaris terus aku selak skirt sekolah then nmpk sepende kaler coklat sambil tarik tocang rambut dia kah kah kah..

11- aku suka kaler purpel. ape jenis purple pon aku suke..tu sbb time kawen nk jugak pki songket purple

12- aku pandai wat laksa sardin. laksa aku tu selalu menjadi igauan ramai hihihi

13- aku memsang azam nk bukak plussize boutique

14- Yg aku suka sgt mkn adalah laksa,laksa dan laksa lagi

15- Ms aku nk nikah,tok kadi tetiba balik kampung...pehh menguji kesabaran betul.nasib ade tok kadi lain replace.

16- aku paling takut binatang yg bekulit licin mcm ular...meremang n geli

17- 1st time aku masak ayam kurma,suami puji sedap terus aku kembang semangkuk

18- aku dan suami selalu berangan nk pakai ezora (sbb kami tau hny ezora saje yg kami mampu beli,nk beli alpad duit x cukup lipat plak)

19- aku suka produk mekap seploh hengget kat aptaun (uptown daa)..sbb dh tau nk beli yg mahal x mampu huhuhu

20- Sy xde pakwe tp skandal ramai la..hahaha

21- aku kawen 2 mei 2009, sekarang dh setahun lebih masih berusaha dan berdoa moga rezeki zuriat menjadi milik kami

22- aku x suka mkn kulit ayam. aku takut sbb mcm2 penyakit disebabkan kulit ayam

23- aku sgt letih bile dh pnt2 edit wedding video tetiba sound delay. mmg aku naik hantu!

Akhirnya, aku dh siap jawab tag ni.. so aku xde pass tag ni kat sesape pon sbb aku tau korang pon malas nk jawab tag panjang mcm ni. tp aku suke je sbb 1st time dpt tag. so aku jawab dgn sepenuh jiwa... :)


    Wednesday, June 16, 2010

    adik beradik & cik amoi banting

    yadda..yadda..jumaat dua minggu yang lepas kami ke studio kak kc untuk bergambo. (hehe..nampak sgt aku malas hapdet blog kan..kisah dua minggu lepas baru nk hapdet skrg). bukan xde masa berlebih tapi aku mmg tarak mood. nak blogwalking pon tgk pada tajuk2 entri dulu. kalo aku rasa cam menarik je baru aku baca. giler pemalas aku kan..

    ok la..pic di grey studio ni sebenarnya pic aku bersama kakak dan adik aku. tidak lupa jugak bersama cik raina aka cik amoi banting tu. walaupun aku rasa seperti sesi gambo2 cik raina je yg banyak tapi aku puas dan hepi jugak. nasib baikla cik amoi banting tu pon x banyak ragam dan mmg 'camera frendly' jugak. tersengih-sengih macam kerang busuk. macam2 gaya kami kerjakan cik amoi sorang tu.

    seronok dapat bergambar di studio macam ni. x perlu berpanas dan berpeluh macam shot outdoor. dan yang pasti kami akan hired kak kc @ the littlebigshot untuk bergambo lagi. ye! kami mmg sawan gambo heheh..



    ok la jom kite tgk pic2 kami tu ye...jgn korang termuntah ijau sudah la..
    raina aka cik amoi banting
    mari kita iyom cik amoi
    see the camera..sayang

    kami

    Monday, June 14, 2010

    15 wanita hebat di mataku

    entri ini sebenarnya aku nak buat dari last week lagi tapi entahla mood aku x sampai2 lagi. jadi hari ini aku gigihkan juga untuk siapkan entri ini. mengapa aku memilih angka 15? sebenarnya aku nak hasilkan sebanyak 27 orang bersempena genap umur aku 27 tahun hari ini tetap aku shortlist sehingga menjadi 15 orang maka aku abadikan satu kisah yang sebenarnya aku susah nak bagitau kat orang.

    aku ade satu sikap iaitu bila aku mengkagumi seseorang itu, aku jenis x akan cakap kat sesiapa. Kerana bagi aku tidak perlu lah terlalu memuji cukupla sekadar memuji di dalam hati saje. disini aku ade 15 senarai wanita yang aku suka sangat tengok mereka. aku suka cara mereka berpakaian, identiti mereka, keperibadian mereka dan banyak lagi.

    diantara 15 senarai nama mereka ini aku pilih bukanla kerana untuk mengipas atau sebaliknya. harap tiada sesiapa yang menyalah ertikan niat aku. aku memilih mereka ini kerana lahir dari hati aku sendiri dan aku ikhlas mengkagumi mereka. bagi aku mereka ini punya kelebihan tersendiri yang memberi contoh positif bagi diri aku.

    dan mereka-mereka itu ialah :-

    kategori wanita yang cantik dimataku:-
    1. lisa saadun - gadis yang cantik dan manis serta humble
    2. tya adnan - ibu muda yang sangat2 manis di mata aku
    3. khayrany fadzlyny - ibu muda yang pakai ape saje tentu nampak cantik
    4. hanis zalika - gadis model yang punya rambut dan wajah yang menawan
    5. rina salleh - gadis kurus tinggi yang berjaya
    6. zahida rafiq - aku suka tgk muka dia walaupun nampak plastik
    7. erra fazira - aku suka kelembutan dan keayuan dia
    8. nasha aziz - aku admire cara dia bercakap
    kategori wanita tabah di mataku :-
    1. Aisha rahim - kisah anaknya si kecil Nashrah memberi aku kekuatan dan ketabahan
    2. Dr.Jemilah Mahmood - kerana dia aku nak sgt join MERCY tapi aku x layak
    3. Pn.Mesiah - dia ibuku (wanita tabah yang aku sayang sampai bila2)
    kategori wanita bertuah di mataku:-
    1. Fiena Rahim - aku suka cara hidup dia. bagi aku dia punya kehidupan sempurna
    2. Ladynoe - bagi aku dia bertuah dalam kesederhanaan
    kategori wanita berjaya di mataku:-
    1. Dato ct - aku kagum dgn dia dan kejayaanya sehingga dia punya kehidupan yg selesa
    2. Tan sri zetty - aku kagum dgn dia dlm bidang eko dan perbankan
    p/s: aku x berkesempatan nk upload pic setiap daripada mereka ni..nnt bila ade kelapangan akan aku upload k..

    Thursday, June 3, 2010

    phobia




    sebenarnya dah lama nak buat entri ini. tapi kene ikut queau la sbb banyak cerita yang nk di taip (haisshhh mcm byk benor kan).takpe..takpe..sedang giat menghapdet scr marathon ni. ok terus pd topik utama ya..

    aku ade satu fobia yang memang aku x boleh nak kawal. nak tau ape yang aku fobia sgt? heheh..aku fobia sgt pada eskelator. tetapi turun eskelator shj ya. naik eskelator mmg aku suke. kadang2 aku terpaksa berlakon konon2 x takut depan ofismate aku. memandangkan dari stesen lrt bagsar menuju ke dataran maybank memerlukan aku turun eskelator maka aku la yang akan turun paling last sekali. ofismate selalu ketawakan aku bila tgk time nak turun tu kaki aku teragak2 kejap macam nak langkah kejap macam nak tekan break pon ade.



    kenapa jadi macam tu ek?


    ha..al-kisahnye, dulu masa aku student lagi..biasala student dpt cik PT(PTPTN) aku pun pergi la ke KLCC. masa nak turun eskelator tu leh plak kaki aku terlajak then aku jatuh tergolek macam nangka busuk. masa tu mmg x dapat nk digambarkan dgn kata2. memang malu tahap gaban la. lepas jatuh tu aku leh bangun dan cepat2 jalan. malu beb sume orang tengok. dah la ramai yang tengok,pastu harus montot aku ni sakit sebab dah jatuh bedebuk kan. aduuuyaiii mmg macam2 hal betul la. nasib seluar x koyak time tu. kalo koyak mau nye aku nangis kat situ gak.

    sejak dari peristiwa itu la, aku amat fobia nak turun eskelator. aku lebih rela naik lif dari eskelator. paling seram bile turun eskelator kat stesen lrt kg,baru tu. ya allah..mmg curam. seram je hehehe..


    korang ade fobia ape2 x? share la kat sini...
    p/s: fobia turun eskelator = phobitucator (ni aku reka sendiri de..)

    muka tua aku dan kacang

    semalam baca blog atikah adnan dan iman umi . tetiba perasan ade sesuatu yang menarik perlu dicuba. jadi untuk menghilangkan tahap mengantok di ofis so aku pon cubala bende itu.



    dan hasilnya




    ....




    ....




    ...


    ........




    muka tua kami..MASYAALLAH

    sangat la cun dan encem hahhahaah




    Tuesday, June 1, 2010

    graduasi cik hana & cik ojet

    tahniah cik hana & cik ojet

    Sabtu yang lepas aku berkesempatan menghadiri graduasi BFF iaitu cik hana dan cik ojet. Mereka ini konvo buat kali yg ketiga iaitu di dalam bidang diploma lanjutan pendidikan. walaupun cuaca yang agak terik namun kami sume tidak patah semangat sama-sama meraikan kejayaan mereka ni. alhamdulilah mereka berdua dah bergelar guru sekarang.
    mereka yg best

    kesempatan menjejakkan kaki ke UITM S.A tidak aku sia-siakan dengan mengimbau kembali kenangan-kenangan sepanjang 5 tahun bergelar siswi. ouuhh teringat kembali semasa itu aku adalah salah seorang ahli kelab siswi sepi (KSS) heheh. kelab yang kami tubuhkan sendiri kerana kami ni sume solo dan xde bf. (leh plak mcm tu kan).ye la kami tubuhkan kelab ni sbb boleh dikatakan bebudak uitm ni mesti ade bf tapi kami ni xde. yang kelakarnya, selepas kelab itu ditubuhkan sorang-sorang ahli KSS dah ade bf. kah kah kah..mmg kelakar cam bebudak x matang pun ade time ni.
    aksi menggeletis

    selain itu, aku dapat juga mengimbau kenangan sebagai warga seroja yang nakal.kami la student yang selalu pulang kolej lewat dan muka kami jugalah yang paling terer bab panjat pagar uitm heheh..selain itu aku teringat kenangan mendaki bukit tonggek untuk sampai ke fakulti.


    ouhh kami didera oleh kengkawan


    oooh..uitm dah terlalu banyak perubahan. pembinaan bangunan baru pun pesat dibangunkan. segala2nya di dalam kenangan.


    p/s: tahniah cikgu hana dan cikgu ojet.semoga menjadi pendidik yang berkaliber