TABUNGAN

Thursday, January 27, 2011

Sabrina's 1st party

Besday girl yg cumel

aku sdg mengontrol raina yg melasak

pertandingan mkn bola

anak-anak yg super cumel

Entri ni sepatutnya aku buat awal lagi tetapi asyik tertangguh je maka baru hari ini dapat menghapdet cerita ni.Ahad lepas aku telah diajak oleh kaklong untuk ke 1st besday party baby sabrina. Sabrina ni merupakan anak kepada seorang blogger terkenal iaitu Ladynoe, sapa yang x kenal dengan blog fofular perempuan jomblo nya itu kan.Antara blog yang paling aku suka baca.

Ok majlis adalah diadakan di Desa Petaling which is ktorang sesat barat mencari jalan.Nasib la ade puan Dayu yang mempunyai gps.ok gps adalah sangat2 membantu ye dikala tersesat. Aku xde gps sbb hp aku terlampau canggih hahah. ok sila berangan prince charming akan dtg bg aku hadiah android sejibik :p

Kami sampai pun dah lewat dan majlis pun dah bermula. tapi xpela kan asalkan kita attend majlis tu. Majlis adalah sangat meriah dengan budak2 tecik yang comel.Time ni 1st time bersua muka dgn puan dayu tapi x dapat nk sembang lama sebabnya aku adalah merangkap tukang mengejor raina yang super lasak dan sapela aku di mata dayu kan. Jika dibandingkan dengan blog cikai aku ni dgn kehebatan blog puan dayu. Fuhh bila raina dah dapat kaki ni memang pening la meligat betul dia. Pengsan woo nk mengejornya.

Sabrina memang comel dengan tutu dan topi nya tu. (sabrina..auntie geram betol bdn montok kamu rs macam mau gigit2 sajork). Suka betol aku dengan majlis sabrina ni sebab so colourful n banyak sangat candies dan chocolate. Goodie bag pon sgt2 besh. Teruja tgk noe berusaha keras utk majlis sabrina ni. Pengorbanan seorang mak yang sentiasa mahukan yang terbaik utk si anak kan.Tapi sori sgt2 sbb x sempat nk amik gambar candies n goodie bag disebabkan x bwk kamera la heheh.

Apepun thanks la noe sebab sudi melayan kami ni.Parti sabrina mmg best.

pic kredit to : Puan Dayu (sory dayu terpaksa kiben pic dari kamu sbb daku xde kamera,jgn marah ha..)

Tuesday, January 25, 2011

: Super Serabut :


Minggu lepas dan minggu ini adalah minggu yang super serabut bagi aku. Bermula pada minggu lepas aku telah ditimggalkan bersendirian oleh suami aku yang menyahut seruan tugasnya. Aku ditinggalkan hampir 3 minggu kerana pada masa ini suami sibuk shot untuk program Le tour De Langkawi. Yang seronoknya tentulah suami aku sebabnya sambil bekerja sambil menjelajah malaysia. Aku plak tentula jeles sebab suami aku dapat pi tempat2 yang best dan stay kat hotel2 yang best. tapi xpela aku pasrah je sebab dia pergi pun demi mencari rezeki yang halal cewahh..

Sepanjang ketiadaan suami, aku jadi kelam kabut sedikit (ok..bukan sedikit tp banyak ye). Yela bila suami xde aku ibarat patah kaki (salah aku jugak sbb fobia drive). Ok aku fobia bersebab ye.. aku fobia sebab dah nk masuk 3 kali eksiden.Aku ni harap je badan besau tp hati lembik woo. Bile suami xde aku la yang harus kesana sini menguruskan segalanya2. dari membayar bil sehinggala membeli barang2 dapur.segala-galanya dengan pengangkutan awam hocay. Aku ni bukanya x pernah beli brg dapur sendiri tetapi sebelum ni aku dah terbiasa apa2 sahaja urusan dirumah dilakukan bersama suami.

Nak dijadikan cerita pagi semalam suami ade transfer duit kat aku. Dia suruh aku jelaskan bayaran sewa umah, bil-bil dan membeli barang dapur. Disebabkan suami bekerja pegang kamera jadi dia agak susah la dia nk membalas kesemua sms aku. Masa tu aku sms dia utk minta no akaun tuan rumah tetapi xde balasan langsung dr suami aku. Disebabkan aku bakal memulakan kerja baru pada esok hari jadi aku harus menyetelkan sume tu pd hari ini jugak. Jadi aku dgn bijaknye telah memunggah laci dan mengambil slip bank in bulan lepas utk mengetahui no acc tuan umah.Aku lupa plak yg tuan umah aku ni dah meninggal dunia dan kesemua duit sewa suami aku bank in kat wife dia. Aku sendiri pon xtau no acc wife dia.hanya suami aku sorg je yg tau. Dan setelah duit sewa itu selamat di bank in baru la aku dpt sms dr suami aku menyatakan no acc sebenar. Ape lagi kelam kabut la aku kol anak tuan umah say sori sbb dh salah bank in. si anak tuan umah ni aku mmg anti sikit sbb kasar sgt. dia plak mrh2 aku suh aku withdraw balik duit tu. So aku dgn kelam kabut naik teksi ke RHB taman permata tetapi pihak bank xde authority utk refund duit yang tersalah acc. Ya allah dugaan plak. Aku pon kol customer service tp dorang pon ckp hal yg sama.

Nak xnk aku terpaksalah merayu kat anak tuan umah ni supaya withdraw sendiri duit tu sbb dorang je waris tuan umah kan. So aku pon telah dibebel oleh anak tuan umah tu td. Dalam ms yg sama aku pon dibebel jugak oleh suami aku. Ya Allah serabutnya otak aku. Lepas setel masalah sewa umah aku pon balik.Bila dh sampai umah baru aku teringat yg aku x bayar bil lagi.Masyallah..! so aku pon terpaksa keluar cari teksi untuk membayar bil pulak.Lepas bayar bil aku terus ke umah.Sampai di rumah sekali lg aku baru teringat aku terlupa pi bayar duit kredit kad pulak. Pehh memang mencabar betul la. ni baru kene tinggal laki sekejap je belum bertahun. Kalo bertahun xtau la ape jadi dgn aku ni.

Keadaan umah aku jangan cakap la mmg super bersepah x sempat nk ngemas. Takpe la kang suami dh dekat nk balik baru aku kemas ngeh ngeh ngeh..Aku mmg tak boleh wat keja dalam keadaan kelam kabut sbb nanti mmg banyak la bende aku lupa.

Sekarang ni aku tgh serabut memikirkan macam mane la aku nk shot wedding client minggu ni tanpa suami. Sebabnya kebiasaan suami yg jadi cameraman dan aku yg direct tp disebabkan suami ade job lain dan terpaksa digantikan dengan cameraman yg lain so aku jadi buntu sebab aku xtau cara keje dia mcm mane. ok..aku adalah super garang di location ok. sebagai editor aku kene tau sume cutting shot. so cameraman harus tau ape yang aku nak terutama sekali dari segi angle. hehehe..

mood: Aku adalah super serabut

Monday, January 24, 2011

SPORTING CONTEST


huhu.. x sangka pula telah di tag oleh si gadis manis ni. apepun terima kasih bykkkk ye dear. Ok kali ni terasa dipanggil2 untuk join contest ni. Contest ni diberi nama 'Sporting Contest'. Memang sporting abis la hehehe. ok meh..nak cerita sikit tentang contest ni :-

SYARAT-SYARAT JOIN CONTEST

1. Mestilah berwarganegara Malaysia
2. Umur tak kisah la berapa pun :)
3. Pic yang disnap mestilah menunjukkan yg anda adalah seorang yang sporting.
5. Pic yag dipertandingkan tidaklah berunsurkan lucah atau 18sx :)
6. dikehendaki membuat mimik muka yang paling menarik (seperti gambar diatas)
7. Anda juga dikehendaki menjawab soalan yang diberikan
8. Selepas anda join.. tinggal link anda di entry ini untuk semakan dan bukti penyertaan.
CARA NAK JOIN CONTEST

1. Buat entry bertajuk SPORTING CONTEST
2. Letakkan banner Sporting Contest di entry anda. Kalau nak letak kat side bar pun boleh
3. Letakkan Syarat-syarat Join Contest pada entry anda (syarat 1-8) &
( **kalau korang nak copy paste dari cini pun bley.)
4. Ceritakan serba sedikit tentang entry SPORTING CONTEST
5. Jawab soalan di bawah :

Dimanakah gambar itu diambil?

Tuliskan serba sedikit mengenai blog ini


ha..tu la antara syarat2nya ok.

Ok ..untuk join contest ni aku persembahkan la gambar yang x seberapa ni. ni je la gambar sporting yang nan hado pon kan. gambar ni diambil sempena majlis perkahwinan aku pada 2 mei 2009 di umah mak bapak aku di banting,selangor. yang anak dara reramai tu tentulah kawan-kawan aku huhu..

ok..tentang blog peneraju contest ini iaitu cik GADIS CUTE ni mmg la sgt simple,kemas dan yang paling best comel macam tuan nye ye hehe *ok..entri bodek membodek,hrp2 leh menang ye awk. Yang paling bestnye tuan punya blog ni sangatla pemurah dan suka buat contest untuk kasi blogger2 yang lain hadiah. Paling suka header blognya yg simple dimple tu. lawo woo.ok kawan2 blogger yang lain..meh reramai kita serbu blog gadis cute ni ok..

jom scroll down tgk pic ape yang aku masukkan untuk contest ini ye..cekidot :)


Buruk sangka vs baik sangka. mane satu pilihan anda?


Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk

Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut

Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Orang menawan, disangka pakai susuk
Orang nampak ceria, disangka berlakon saja

mana tahu, yang diam itu kerana berzikir kepada Allah?
mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah?
mana tahu, yang masam itu kerana mengenangkan dosa?
mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya?
mana tahu, yang ceria itu kerana cergas cerdasnya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.

Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.

Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.

Kesimpulannya,
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.

Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.

Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Berbaik sangka lah dengan sesama kita.

Friday, January 21, 2011

Derma organ

*abaikan rupa kad aku yg dah buruk tu huhu

Sebenarnya tahun ini merupakan tahun kelima aku menjadi seorang pengikrar / pemegang kad penderma organ. Keputusan ini bukan diambil secara suka-suka tetapi aku dah lama memendam hasrat untuk menderma organ. Aku mengambil masa lebih kurang 3 tahun untuk berfikir tentang keputusan ini. Dalam masa 3 tahun itu aku bukan saje membuat bacaan tentang kempen-kempen derma organ malah aku banyak membuat bacaan tentang hukum menderma organ di dalam islam.

Sebenarnya ramai juga diantara golongan masyarakat kita ini yang menentang sekeras-kerasnya tentang pendermaan organ ini tetapi melalui sumber bacaan aku dapati didalam islam tidak pernah melarang umatnya jika ingin menderma organ dengan niat ingin membantu. Orang-orang islam juga boleh menderma organ kepada orang yang bukan islam. Namun di Malaysia derma organ hanya akan dilakukan sekiranya si pengikrar / pemegang kad telahpun meninggal dunia. Walaubagimanapun jika ahli keluarga si pengikrar / pemegang kad tidak bersetuju organ tersebut diambil maka pihak hospital tidak ada hak untuk membantah walaupun seseorang itu mempunyai kad penderma organ. Ha..macam tu la lebih kurang undang-undang di Malaysia ni.

Aku dah pun menjadi pengikrar / pemegang kad sejak tahun 2007 lagi. ha..cuba tgk kad aku tu pun dah buruk kan. Melalui kad itu korang pun tau kan ape yang aku nk dermakan. Aku telah berhasrat untuk mendermakan jantung dan juga buah pinggang aku. Aku tidak punya wang ringgit yang banyak untuk membantu tetapi mungkin apa yg ada pada aku ni boleh digunakan untuk menyelamatkan nyawa orang lain .

Jadi, jika ada antara anda yang berhasrat untuk menderma organ boleh la mendaftar dengan Pusat Sumber Transplan Negara atau layari http://www.hkl.gov.my/content/ntrc.htm untuk info. Terima kasih :)

Wednesday, January 19, 2011

Strees bukan jalan untuk hamil

doa aku yang satu

Pagi tadi aku mendapat satu emel dari Fatina Aziz. Sesiapa yang merancang untuk hamil pasti akan kenal siapa itu Fatina Aziz. Itupun kalau korang rajin membaca atau membuat pernyelidikan di lama-laman web atau forum-forum. Antara kandungan emel beliau mengatakan tentang ada satu kajian yang dijalankan oleh Eunice Kennedy Shriver National Institute of Child Health and Human Development melibatkan sebanyak 270 pasangan yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengesan sejauh mana keupayan setiap pasangan untuk hamil. Dan mereka menggunakan air liur (saliva) untuk mengesan tahap kesuburan setiap pasangan yang diuji.

Kemudian mereka telah menemukan pasangan yang sukar untuk hamil mempunyai enzyme alpha-amylase yang tinggi dalam air liur pasangan terbabit.Untuk makluman semua, kehadiran enzyme alpha-amylase adalah satu petunjuk yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan stress.

Jadi melalui kajian ini dapat memberi petunjuk kepada kita bahawa stress atau keadaan tertekan akan memberi masalah untuk kita hamil kelak.

Tuesday, January 18, 2011

Sakit


Dari malam tadi kepala aku terlampauuuuuuu sakit. Berdenyut-denyut seperti diperah-perah dan petang ini aku demam.

Ya Allah berikanlah aku kekuatan melalui segala2 ini. Aku sudah tidak kuat lagi.Hati aku rapuh. Badan pula tidak sihat.


Tutup dan senyap



Lama rasanya x hapdet blog. Mood untuk menaip tiada. Pergi berlalu dibawa angin. Kebelakangan ni terlalu banyak perkara yang menyakitkan berlaku. Aku tidak mahu menyokong sesiapa kerana bagi aku yang salah itu tetap salah. Berlaku salah faham mungkin. Aku perlu jaga hati setiap pihak kerana di kiri kanan aku adalah madu dan racun ( hai dila..kau pikir hati org tp hati kau). Ya hati aku telah biasa disakiti. telah biasa menangisi.

Semalam aku dengan secara rasminya telah menutup akaun facebook. Mungkin untuk sementara atau mungkin untuk selamanya.Mungkin bukan aku yang sepatutnya menutup akaun facebook sendiri tetapi biarlah aku yang melakukanya semata-mata tidak sanggup lagi melihat 'perang senyap'. Mata aku sakit.Hati aku pedih. Aku ingin sekali memiliki kayu sakti yang membuatkan aku mempunyai kuasa untuk memadam api di dalam hati seseorang. Mungkin aku x mampu memberikan nasihat-nasihat yang boleh menyedarkan orang itu tapi aku x punya kuasa. Susah nak mengubah sikap seseorang itu jika ianya tidak lahir dari hati ikhlas individu itu sendiri. Kerana mulut badan binasa dan x semena-mena aku juga terpalit sama. Alhamdulillah itu dugaan.

Keputusan aku untuk menutup facebook kerana kata-kata dalam facebook la yang membuatkan banyak hati terasa walaupun secara khususnya ianya tidaklah ditujukan kepada orang itu masakan aku berani membuat kenyataan di facebook. think it! (jgn mudah judge org sebelum kau tanya org tu sendiri) Bila berlaku salah faham niat aku cuma satu untuk menjernihkan keadaan tetapi persoalan tetap menjadi persoalan. Aku tidak mahu banyak.Aku tidak mahu lebih. hanya mahukan jawapan kepada punca sebenar. itu saje.

Setiap manusia ade kelemahan dan kekurangan. Walau kau cakap itu memang sikap kau tp kadang2 sikap kita itu perlu diubah. Diubah kepada yang lebih baik.lebih matang. Bukan sikap negatif dan ego kau yang tinggi itu dibawa sampai mati. Hanya kerana kata-kata banyak hati terasa.Hanya kerana kata-kata ade orang yang akan terpalit sama. Aku bercakap bukan untuk menyokong sape-sape. Aku tidak suka menyokong sape-sape.Bagi aku salah tetap salah. Kau betulkan statement kau sebelum membenci aku.Kalau kau benci dia sebab sikap dia, Jangan kau benci aku sebab aku ni sebahagian dari dia. Aku tidak pernah 'back up' sape-sape. Bagi aku jika dia salah dia perlu perbaiki. Jika kau salah kau fikir jalan untuk sempurna. Jika aku salah aku akui. Jika tukang cerita salah maafkan dia.mungkin dia naif ( cerita kau best kan).

Sekali lagi aku tegaskan, Kau gaduh sebesar mana pun jangan sesekali keluarkan ayat 'kau tak sekolah tinggi'. Aku pantang. walau bukan kena batang hidung aku sekali pun aku cukup pantang ayat sebegitu. Pelajaran tinggi atau rendah jangan dibuat main.Itu sensitiviti. jika kau marah seseorang sekalipun, marah la atas sebab utama perbuatan salah dia pada kau tapi jangan sesekali mengeluarkan ayat 'tak sekolah tinggi'. Maaf ini pendapat aku saje.

Mungkin entri aku kali ini panjang.padat. pedas dan mungkin akan membuatkan banyak hati yang akan terluka.mungkin. atau terasa.barangkali. tapi aku tulis entri ini ntuk melepaskan ape yang terbuku di hati aku. Jika ada yang tidak puas hati mari.. jangan segan silu dail nombor aku kita berborak panjang. Aku tidak marah.itu hak kau. Apepun aku berkata berdasarkan ape aku rasa.jika x suka aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kau. Apepun sebelum kau meletakkan aku sebagai penyebab sekalipun cuba kau fikir dalam2 situasi aku sekarang bagaimana. Cuba kau pakai kasut aku berdiri di tempat aku, kau akan tahu inilah persaan aku yang perlu aku hadap. Aku di tengah2,kau perlu tahu itu.

mood: kelaut..mari jumpa aku di twitter.

Baiklah mari kite tutup buku kisah duka ini..aku x mahu dengar lagi sebab kau xkan paham,kau xkan ubah,kau xkan pikir itu silap kau. jadi aku mahu ikat rapi buang jauh2 dan mahu pergi. Pergi membuka buku baru dalam hidup aku yang bakal aku hadap segala2nya. bai

Sunday, January 16, 2011

Halimunan


aku nak jadi halimunan sebab senang nak belasah orang2 yang buat aku marah tanpa menonjolkan identiti aku.

mood: MARAH

Friday, January 14, 2011

Mulut berbau @#@%$$#^$&*

ini mulut pink

Aku rasa aku ade satu deria panjang kat hidung aku. Aku jenis cepat alert org yang mulut berbau #$@#%$ (pengsan)..wekk. Dari dulu lagi sebenarnya aku mudah alert pada bau mulut org. Kenkadang orang lain x perasan tapi aku dah tau terlebih dulu dah yg seseorang tu mulut berbau atau tidak. Serius aku x suka!. Aku x katalah yang aku ni bermulut wangi. Fitrah manusia kan sama..kadang2 xleh lari dari situasi mulut berbau tetap how to manage that bau2an longkang yang keluar dari mulut tu kan.

Bagi aku mulut berbau terjadi atas banyak sebab. antaranya ialah mulut yang banyak bakteria.Bakteria ni terjadi sbb kt x gosok gigi dengan betul dan masih ada sisa-sisa makanan terselit dan tersentil di celah-celah gigi. selain itu disebabkan pemakanan seperti kerap minum kopi,mkn petai,jering atau kerdas. Lagi satu mulut akan berbau kalo kt kurang cakap atau terlebih cakap.

lawan mulut sape paling busuk

Bagi aku senang je, x payah nk berabis dit buat rawatan atau spa mulut (ade ke spa mulut?). juz korang prepare je la mentos / dentene atau ape2 je la yg berasaskan mint kat dalam beg korang.kunyahla setiap sejam atau setengah jam. kompom mulut korang akan sentiasa segar bugar kan.Bile mulut dan nafas korang berbau harum, org tentu akan suka dekat dgn kita ye tak.Lagi satu tang gosok gigi tu gosoklah gigi dengan betul. Gosok sekali bahagian lelangit mulut dan juga lidah. Okay selamat mengharumkan mulut.

*Aku giler dentene. pi memane mesti ade dentene.

Wednesday, January 12, 2011

Mimpi baby biskut

baby BISKUT menangis

Malam tadi aku terlelap agak awal selepas siap melipat kain. Terlelap dalam keadaan yang lapar sebab malas makan. Orang kata x elok tido dalam keadaan lapar sebab nanti kita akan didatangi dengan mimpi buruk (wallahualam..aku xtau samada betul atau tidak). Memang aku tido agak nyenyak malam tu sehinggakan dikejut oleh suami untuk makan malam pun aku langsung x endahkan (sebenarnya tu tanda protes ok!). Dalam tido yang nyenyak tu, aku telah dihiburkan dengan satu mimpi yang aku kategorikan sebagai mimpi balada kot hehehe..

Ok la kat sini aku nak ceritakan kronologi mimpi aku tu, Cekidot!

1) aku ,ibu,kaklong n raina pi bersiar-siar di sebuah tasik.aku x tau tasik ape ntah tapi macam ala2 tasik shah alam je.

2)Kat tasik tu ktorang makan2 tepi tasik sambil bergelak ketawa melayan si kecik raina

3) Kami didatangi sebuah kereta iswara putih
( no plat kete x sempat tgk hehehe). dalam kete tu ada sepasang suami isteri berbangsa cina mendukung seorang baby boy yang agak comel.

4) Muka si isteri agak kesedihan dan kerisauan

5) pasangan suami isteri tersebut nak membuang bayi itu lalu aku perasan akan gerak geri mereka lantas aku menegur mereka
' aloo..u mau buang itu baby ka?' dan dijawab oleh si isteri 'ya, saya x mau ini baby. u mau ka?'

6) aku berkata
' eh, apsal u mau buang ini baby? tara baik tau! yo..hansap punya olang maa..'. maka si isteri menjawab 'saya x mau ini baby..saya manyak utang hidup pon susah mey'.

7) aku berkata sekali lagi
'ok la..u jgn buang ini baby. u kasi sama saya saja.saya pon belum ade anak'. ' u betul ka mau ini baby?' tny si isteri itu lagi. ( si suami hny diam seribu bahasa,bisu kot).

8) ' ya la..sy serius maa' ( tetiba baby itu menangis bila aku cuba untuk mendukungnya,mungkin muka aku mcm singa dalam iklan syampoo clear tu kot).

9) Si isteri lantas mengambil semula baby itu dari dukungan aku dan berkata ' haiya...sy rs ini baby x mau sama u la, dia x mau olang melayu..mungkin dia mau chinese jugak' aku dengan nada agak bengkek berkata ' ek eleh..pe jadahnye..sama gak kalo ko buang dia kat tepi tasik pastu org melayu yg jmp so anak ko org melayu gak yg akan amik nnt..dah x pyh byk songeh meh baby tu aku bwk balik' ( aku segera mengambil semula baby tersebut).

10) Lalu ibu berkata kepada aku ' eh angah..ko biar betul ni nk bela anak cina?' aku pon menjawab dgn selamba ' ala rilek la bu..kt amik je dulu budak ni..kang kalo agak2 x best nk jaga budak ni kt anto la kat jabatan kebajikan' ( kahkahkah..best x jawapan sengal aku ni). Lalu ibu hanya mengiyakan saje pendapat aku ni sebab malas nk melayan anak dia yg sengal ni. wekk :p

11) Maka setelah berbincang lalu pasangan suami isteri cina tersebut bersetuju menyerahkan baby nya kepada aku. Lalu aku bertanya ' ini baby nama apa?' Maka si isteri td menjawab ' baby ini nama BISKUT' . Aku agak terkejut ' what? BISKUT'? NI APE PESEN NAMA LA YG KORANG BAGI.BABY PUNYA LA COMEL ALIH2 NAMA BISKUT.

12) Si isteri td menjawab ' haiya..ini baby lahir xda planning punya..dia keluar saje saya x tau tau bagi nama ape, so saya pun bg nama biskut la..' Aku berkata ' hmm..hentam je la biskut pon biskut la'. Nanti aku tukor la nama dia jadi Anuar Zain ( ngeh ngeh ngeh..yg ni aku tambah sendiri bg sedap cerita..jgn marah haa)

Lalu aku pon membawa baby biskut pulang ke rumah dengan hati yang riang. Setelah hati aku berbunga riang maka aku pon tersedar dari tido yg nyenyak lantas mencekik sepinggan nasik.

* ni betol2 mimpi..bukan cerita rekaan ok dan ini hanya mimpi xde kene mengena dgn sesape pon. sila jgn perahsantan ok.

Tuesday, January 11, 2011

Tips menghidu kecurangan suami

ihsan gugel

Antara tips-tips ini adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri. Jadi isteri memang x boleh 100% percaya laki. Dan lelaki zaman sekarang susah nak setia pada yang satu. bukak internet tgk gambo pompuan sexy sebar no hp dan layan. isteri? sbb dia pikir sayang laki bile dia nk buat bende x elok dia akan pikir laki. tapi laki? memang aku x pernah percaya. Walau hidup dia dah diturunkan seribu bala namun perangai buruk tetap ada. Wahai lelaki...kau x pernah pikir ke perasaan isteri kau?!

1. Tahu tak siapa yang berpotensi untuk menjadi kekasih suami kita? - teman rapat, kawan sekerja yang selalu outstation bersama dan juga kekasih lama atau perempuan2 gila yang suka tayang badan kat internet.(bajet hot la kunun tp muka n perangai cam haram)

2. Kekasih lama - tanpa mengetahui apa sebab suami berpisah dengan dia, sebenarnya is a bigger threat. Suami mungkin masih ada rasa cinta kepada kekasih lama. Jika tiba-tiba bertemu semula, awas lah! Memang perasaan cinta itu akan timbul semula lebih2lagi kalau kekasihnya itu pun memang layan suami kita.

3. Bila suami mula jaga badan dan berdandan - tak macam selalu, selekeh atau tak ambil kisah penampilan diri! Ini menunjukkan suami dah mula beri perhatian kepada somebody.

4. Taliponnya selalu silent atau padam kalau kat rumah - memang ada yang dia sembunyikan. Periksa sekali sekala handphonenya tu! Kalau ada sms yang mencurigakan, tanya dia. Atau ada sms yang pelik2, kadang tu itu adalah kod rahsia dia berdua.

5. Suami pakai dua handphone atau lebih! Ini memang perlu diragukan! Apalagi kalau handphone satu lagi tu selalu off kalau di rumah!

6. Suami mula dingin atas katil! atau mula nampak kelemahan kita, mula komplen kita tak pandai itu tak pandai ini! Kalau tak komplen pun, dia masam muka

7. Suami banyak tenung hp sambil senyum2…haa, ini baru mula menjalin hubungan

8. Suami mula pelupa!…fikirannya celaru dan asyik ingat girlfriend dia, jadi banyak benda yang dia lupa

9. Kalau out station kita nak ikut, dia beriya-iya pujuk kita tak payah ikut! mungkin dia dah janji dengan girlfriennya nak jumpa masa outstation! Biarpun girlfriend tu jauh, sekarang ni ada tambang murah air asia

10. Memberi perhatian lebih pada kita…ha ini sebenarnya nak mengaburi mata supaya dia boleh divert kita punya syak wasangka

11. Selalu lewat tidur - dia hendak bersms dengan kekasihnya atau berchatting! Biasanya lewat malam tu masa yang boleh menimbulkan suasana romantis

12. Mula tergagap-gagap bila nak menjawab pertanyaan kita yang tiba-tiba, misalnya tanya sape call abg td?sape sms abg tu?!!

13.Mula tak berapa ambil peduli anak-anak biarpun selama ini dia sangat mengambil berat hal anak-anak

14. Rajin menghantar anak ke persatuan waktu cuti dan isteri di rumah. Masa ni dia gunakan untuk menghubungi kekasihnya.

15. Suami kerap sms dengan seseorang. dan bila malam selalu dpt misscall dari pompuan.misscall tu signal supaya suami kt sms pompuan ni. SHIT!!

16. Paling teruk bile bergaduh,suami mula menghina isteri. tu tanda si suami mula benci isteri sedikit demi sedikit.

17.Bila isteri dah tido,si suami bergayut di talipon.suara slow giler romantik. SHIT!!!

18. Kemana saje mesti hp x lekang dari pegangan dan hp disorok di pelipat kain pelikat supaya isteri x dpt baca hp tu.SHIT!!

Kawan2, aku bukan prejudis terhadap lelaki aka suami. Tapi percayalah aku 100%, kalau suami mula menunjukkan salah satu sikap di atas memang dia ada kekasih!!! Biarpun suami kita ni jenis sembahyang tak tinggal, atau nampak alim!! (yg ni mmg ssh nk dpt)Ini betul! tapi zaman sekarang suami liat sembahyang. Mati idop semula kau mmg susah cari suami yg betul2 bimbing ilmu agama atau x tinggal solat 5 waktu. Suami didunia mmg mudah dicari tetapi suami dunia akhirat kau potong jari pun susah nk dapat.

*aku suka tgk suami kwn aku si ain tu. Contoh suami dunia akhirat.

Sunday, January 9, 2011

Entri lepas geram

illustrasi by dhila- lepas geram.bai

Saturday, January 8, 2011

I LAP U OLL

i loikkkeeee :p

WEHHUWW... semalam bukak blog je bila tengok ruangan follower terus rasa macam nak senyum sampai telinga sambil kelip-kelip mata wink wink. Alhamdulillah semakin bertambah follower aku ni. Gembira riang ria hati ni hehehe..

Terima kasih yang menggunug kepada semua follower , readers n silent readers blog aku yang tak seberapa ni. Pada mulanya sepi tanpa berpengunjung blog ni tapi alhamdulillah arini semakin meriah. Bila dah meriah maka tuan rumah harusla sentiasa bersemangat waja nak menghapdet setiap hari kan. Selain tu haruslah selalu menjenguk blog-blog follower yang budiman sekelian dan blog-blog yang lain juga.

mood: hepi sambil melonjak-lonjak. I LAP U OLL :D

Friday, January 7, 2011

Perjumpaan blogger yang belum mengandung?


wah tajuk diatas sungguh x menahan kan? hek hek hek. semalam aku fb chat dgn kawan alam maya yg aku anggap kamcing iaitu pn.Suhaida rokman (sue). macam biasa kami bertanyakan khabar dan bersembang tentang inf0-info usaha untuk mengandung. Ye mmg topik itu sahaja yang kami gemar bincangkan. Daripada info2 perubatan sehinggalah info makcik tukang urut dan produk2 yang dikatakan mampu membuat wanita mudah mengandung.

Dalam sibuk2 bertanya itu dan ini, sue secara tiba-tiba memberi idea untuk mengadakan gathering bagi para blogger / fbians yang senasib dengan kami ni. Sebenarnye sue nak join blogger gathering yang diorganize oleh kaklong tp aku x dapat join gathering tersebut atas sebab-sebab tertentu. Lagipon gathering yg kaklong buat tu bagi aku lebih menjurus pada blogger2 yang dh ade anak. Jadi sue xnk join la gathering tu sbb aku xde kan. jadi dari situ la timbul idea nak buat satu gathering untuk para isteri yang belum mengandung ni.

Tujuan gathering ni diadakan adalah untuk berkenalan dengan lebih rapat disamping tu boleh la kite sume berkongsi info2 yang boleh diaplikasikan. Selain tu boleh juga kt bertukar2 petua kan. Gathering ini diadakan adalah untuk menjadikan kita lebih rapat dan xnak ada diantara para isteri yang masih belum mengandung ni rasa rendah diri mahupun tertekan kerana masih belum dikurniakan zuriat.

Gathering ni masih lagi didalam rangka perancangan yang teliti.ye la bukan senang nk kumpulkan semua orang sebab masing2 pon ade agenda tersendiri kan. Jadi aku masih mengumpul seberapa banyak para blogger/fbians yang nak join gathering ni. segala maklumat tentang tarikh dan masa,tempat dan tema masih di dalam perancangan.

Ade ke yang nk join gathering ni? Jika ade mane-mane blogger yang berminat boleh pm/chat/tinggalkan komen di blog ni ok. jika ade yg nk emel boleh anta ke dhilah_13@yahoo.com

*Terbuka untuk semua blogger/fbians. blogger yg baru kenal ataupun x kenal pon dialu2kan untuk join program ni hocay.. :)


Tuesday, January 4, 2011

videographer perkahwinan anda


our promo vid




ha ade ke pembaca blog kesayangan aku ni yg bakal melangsungkan perkahwinan? kat sini aku nk promo la sikit tentang bisnes aku dan suami. Kami merupakan wedding/event videographer yg berpengalaman hampir 3 tahun. Harga pakej2 kami belum pernah berubah walau harga barang2 dah naik sekarang hihihi. Kami masih lagi mengekalkan harga lama bagi setiap pakej dan ianya sangat affordable.

Kepada bakal-bakal pengantin yang masih tercari-cari khidmat videographer janganla segan emel atau hubungi kami terus ye. Korang boleh tengok blog perniagaan kami di KACANG PIXTURES. Jika ade yang berminat nak tau lebih lanjut boleh emel terus pd aku di dhilah_13@yahoo.com.

Selain dari bakal pengantin, anda yang nak cari videographer untuk sebarang acara seperti majlis aqiqah,besday party, seminar, dinner atau sewaktu denganya juga sangatla dialu2kan.

sudi2 la ye :)

Bloglist istimewa untuk blogger baru ;)


Anda inginkan trafik blog anda meningkat dan mempunyai ramai follower. Apakata kita mencuba bloglist istimewa untuk blogger baru. Jom kt tgk syarat2nya :-

  1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang;
  2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini;
  3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen;
  4. Tidak wajib untuk menjadi follower ahsfantasy24, namun beliau berbesar hati jika ada yang sudi;
  5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda;
  6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong.
Jadi saya ingin tag 3 0rang istimewa ini:-

1. Mama raina
2. Tikah
3. Hanna

p/s: mari mencuba

Kenapa wanita mudah menangis?


Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita/isteri/ibu mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Monday, January 3, 2011

Nisa dalam kenangan

kenangan bersama baby nisa (baby yg berdiri atas sekali) ketika jalan2 di ikea.pic awal tahun 2010.* aku xde dlm pic ni sbb aku tukang snap gambo.

31 disember 2010 aku ade agenda dengan kaklong untuk bawa raina jalan-jalan di ikea. Macam biasa aku akan naik tren ke taman bahagia menunggu kaklong disana. dalam perjalanan ke taman bahagia aku dapat sms dari kaklong. sms yang di forward dari kak mira. kak mira adalah kawan kaklong merangkap kawan aku juga. Sms tersebut buat aku terkejut,terkesima dan rasa nak gugur air mata masa tu jugak. Sms yang berbunyi 'doctor decide to stop any medicine to nisa.doctor confirm is nisa brain dead'. Macamtu la lebih kurang bunyi sms tu sbb aku x berapa ingat dan dah delete sms tu dari hp aku sebab aku x sanggup nak baca sms lagi. serius aku sedih.

Demi Allah aku terkejut sangat dapat berita tu sebab aku langsung x tahu yang baby nisa sedang dalam kesakitan walau aku ade facebook kak mira tetapi aku langsung x sedar setiap perkembangan. Ya Allah ape la aku ni kan. Lantas bertubi-tubi sms aku balas pada kaklong bertanyakan perkembangan baby nisa. Aku x sanggup nak dengar berita yang tidak enak.

Sesampai sahaja di stesen lrt taman bahagia terus aku ke kereta kaklong yang memang dah menunggu aku kat situ. Bile jumpa kaklong x henti-henti mulut aku bertanyakan tentang baby nisa dan x putus-putus aku berdoa moga baby nisa cepat sihat. Setiap kali memandang wajah raina pasti aku teringat nisa. Walaupun jarang berjumpa tapi aku kenal sangat pada baby nisa dan keluarganya.

Pada petang 31 disember 2010, sekali lagi aku dikejutkan dengan satu sms kak mira kepada kaklong mengatakan 'nisa safely return to Allah at 4.30pm'. Ya Allah aku rasakan macam panahan petir.Terus sebak dada aku dan rasa menggeletar seluruh badan. Jika berat berita yang didengar apatah lagi kak mira dan suaminya untuk menghadapi semua ini.

Sungguh sehingga ke hari ini aku masih lagi tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada arwah baby nisa. Menurut kaklong, baby nisa admit di SDMC hampir seminggu kerana cirit birit,muntah-muntah dan kena sawan. Menurut kak mira mungkin ade benda yang tidak elok dimakan oleh arwah baby nisa di nursery.

Aku berharap sangat2 kepada nursery2 di Malaysia ni seupaya prihatin la terhadap keselamatan anak-anak kecil yang dijaga di nursery anda. Terlalu banyak berita tentang kelalaian pihak nursery. Janganla ada lagi korban nyawa yang tidak diingini. Sesungguhnya anak kecil tidak betah atau tidak mengerti apa-apa. Korang dah amik duit tetiap bulan dari ibu bapa jadi lakukanlah amanah ini dengan sebaiknya umpama korang menjaga anak-anak korang sendiri.

kepada kak mira dan juga abg azmer..diharap bersabar dan redha dengan ujian Allah. Nisa pasti menunggu anda di syurga. Nisa..kami sentiasa merinduimu.

Penutup 2010 yang menyedihkan. Al-fatihah untuk Nur Khairunnisa.