TABUNGAN

Tuesday, October 27, 2009

entri lepas geram..


semalam aku n hubby telah ke tesco ampang dengan hajat untuk membeli peti sejuk dan juga mesin basuh. memandangkan kami berdua xdela bajet besar sgt so kami decide untuk beli di tesco je. so sesampainye di tesco kami telahpun ke bahagian elektrik untuk memilih mane satu yg berkenan di hati dan termampu dek poket kami. setelah proses pilih memilih kami pon memanggil salah seorang jurujual kat situ.kami telah memilih peti sejuk jenama samsung rm806.30 dan juga sebuah mesin basuh jenama LG rm629.90. bagi kami dua bende ni amat2 berpatutan dgn kemampuan kami.


so..kami pon berlegar-legar sekitar situ utk mencari jurujual. bile terjumpa jurujual kami terus bertanyakan barang2 yg kami mau tu tapi jurujual disitu tidak menyarankan kami beli peti sejuk n mesin basuh yg kami pilih td. katanya harga memang murah tetapi itu harga display item saje. kalo nk stok yg baru memang dah xde.lebih kurang mcm dialog kat bwh ni la..


jurujual :kalo abg n kakak nk cepat leh la amik display item ni tp saya x jamin dgn kualiti dia,bg sy better amik yg baru je', kalo abg n kakak nk tau kat tesco ni mane2 brg elektrik yg ade sen kat belakang harga bermakna itu sume harga display item'

aku: erkkk..mcm tu plak ek. xknla kite nk beli display item..dah ade scratch la..

jurujual :amik yg baru je la kak..nanti kami antar pon barang dlm kotak.kalo akak nk jugak yg murah ni xde kotak tp warranty tetap same je. ala...beza dengan yg baru rm100 je kak..

aku: hmmmm...mcm ne bang?

suami: xpela kite pilih je yg lain. kite cari la harga yg affordable..

aku: dik..akak pikir jap, karang akak panggil lagi.( masa ni otak aku dah serabut memikirkan kentahape2an tesco ni)


so..kami pon pilih sekali lagi.


suami: dila, kite amik peti ais pensonic dengan mesin basuh samsung je la. yg ni xde sen belkang harga sure ade stok baru.

aku: dila ikut abg je.. (lalu memanggil jurujual td)

jurujual: so akak dh pilih ke?

aku: dik..akak nk yg ni la. penghantaran bape lame ek? (sambil tunjuk ape yg aku nak)

jurujual: alamak kak..yg ni sume dah xde stok la akak..kalo ade pon akak kene bg ktorg masa seminggu itupon xleh janji sbb driver lory xde.penghantaran cas rm40 x kire dekat ke jauh.

aku: ni pe kejadahnye pulak..sume xde stok.kalo xde stok watpe tayang kat sini.kasi angkut humban belakang la. drebar xdela ape la.. (aku dah mula hangen ni)

suami: dik..kalo kami pi tesco cawangan lain ade x brg2 ni?

jurujual: dalam rekod saya sume tesco klang valley dah xde brg2 ni kecuali tesco seremban n johor je.

aku: ape nak dihangguk sampai ke seremban johor tu. ermmm xpela dik ktorg pi tmpt lain. waste my time je la..

sebelum balik sempat plak aku ckp kat budak jurujual tu mcm ni dik, pasni panggil staf2 tesco tlg angkat brg2 ni humban je eloknye...tayang kat sini pon xde pekdahnye..bengkek betol aku dibuatnye la. jurujual tu pon mesti bengang kat aku tp aku lg hangin ko tau x.


akhirnye...aku dan suami beli kat carrefour je..ready stok n penghantaran pon percuma. kdg2 aku x pahamla servis dorg yg mcm haram jadah ni.mcm mane la dorg ni..servis teruk cekik darah plak tu..pastu jual kat customer brg2 yang dah x semenggah mcm tu..eeei geram aku.


Friday, October 23, 2009

dunia makin tua, manusia makin kejam


serius aku sgt sedih membaca rentetan cerita ini. nape begitu kejam manusia sekarang? tidak ade kah sedikit kekesalan dan simpati pada si kecil yang masih tidak mengetahui ape2. memang bangsat mak n jantan tu. semoga ALLAH membalas perbuatan 2 ekor setan ni.


bergenang air mata aku baca kisah ni. org lain berusaha mcm2 utk dapatkan zuriat tp ko? ko siksa anak ko mcm binatang. weh!! binatang pon pandai jaga anak la. hantu betol !!! aku sedkit emosi kerana aku terlalu sedih + marah.


beberapa hari sebelum kejadian ni, terpampang di buletin utama kisah bayi kena buang. kdg2 aku x paham la dorg ni. dorang xde ke rasa kesian tgk muka baby tu. aku kalo tgk baby je aku mesti rs kesian, sayang. kalo aku pegang baby je mesti aku nk peluk n cium2 baby tu.sebab aku rs damai sgt bile tgk muka baby.tp dorg ni senang2 je tinggalkan bayi dlm keadaan kesejukan n kelaparan.AKU SEDIH!!!


ape nk jd dunia sekarang???? dunia makin tua,manusia makin kejam mcm manusia zaman jahiliah (tanda2 akhir zaman)

p/s: semoga arwahyarhamah adik alia aiman dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 solehah..damaimu disana

Thursday, October 22, 2009

open house & house warming pn.anil

kasi bergambo sbelum pulang
hamboiii3x kemain lagi (suke pic ni ceria je..)

ntah ape yg diboraknye..suke benor (tgk pewot kaklong beso)


kelakonye muke aku time ni


ex-3 dara pingitan (anil..baju kamu lawo la)

sabtu yg lepas kami telah ke rumah pn.anil di desa villa condo. pada mulanye kami tersesat jugak tp alhamdulilah jumpa gaks. kami tibe agak lewat kire2 pukul 9 mlm gitu, ingtkan nk jumpe blogger2 yg lain tp xdpt sbb kami lambat bebenor sampainye.

fuhhhh...mmg sgt2 shantek umah pn.anil. minat sgt tang lampu chandeliar tu. menggugat hati betol. lebih-lebih lagi warna peberet aku ungu n grey...aduiiii suke. mula2 rs nebes jugak jmp anil ni..yela pertama kali jumpa xtau orgnye mcm mane tp bile dah jumpa hambek ko...rupe2nye anil ni pon gile2 mcm aku gak.heheheh...

so...jom la lyn gambo ye..sbb penyakit M tgh melanda skrg.rs mls nk menaip.

p/s: pn.anil...sowi sy telah mengkiben pic2 ni di mukebuku anda..wink

Wednesday, October 21, 2009

cyst & endometriosis

contoh cystademas



Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.



Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.



Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.



Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.



Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.



Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.



Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.



Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.



Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.



Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
· Sakit perut
· Rasa perut penuh dan tak selesa
· Rasa berat pada ari-ari
· Sukar atau kerap kencing
· Sakit semasa hubungan seks
· Muntah dan loya.



Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.



Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.




endometriosis

Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.



Rawatan pembedahan
Sekiranya ubatan tidak memberikan hasil yang memuaskan, doktor akan menyarankan pembedahan seperti endometrial ablation. Pembedahan cystectomy disarankan kepada mereka yang mengalami endometriotic cyst.





Wednesday, October 14, 2009

kisah semalam











kadang-kadang perkara yg x disangka dan dijangka itulah yg berlaku dlm kehidupan kita. ape yg perlu kite lakukan adelah tenang dan menerimanye dgn hati yg terbuka.kejadian semalam telah membuka sedikit mata dan fikiran ku betapa pentingnya pengetahuan dan kesedaran dalam diri. tiada siapa mahu ianya terjadi tetapi kite harus beringat. dan yang pasti hikmah tetap ade di sebalik cerita duka seorang manusia.

semalam...

sudah bersiap rapi ke ofis seperti biasa bekerja demi mencari rezeki diri. dan seperti biasa suami yang akan menghantar aku ke ofis dan waktu balik sahaja aku menggunakan pengangkutan awam. sudah siap sedia mahu memulakan perjalanan ke opis tibe-tibe enjin kereta tidak boleh dihidupkan. suami berkali-kali mencuba namun tetap jua hampa. suami keluar dari perut kereta lalu memeriksa enjin kereta. alangkah terkejut apabila suamiku memberitahu bahawa bateri kereta lemah. aku sedikit kehairanan kerana suami baru sahaja menukar bateri keretanya dua minggu yang sudah tetapi mengapa ia lemah pula? suami pula menghubungi kawan2nye bertanyakan jika mereka mempunyai 'jumper'. alhamdulilah seorang rakanye memiliki 'jumper' tersebut. apabila disambungkan dengan keretanya alhamdulilah kereta kami dapat dihidupkan..

dari peristiwa kereta rosak itu, aku membuat keputusan mengambil cuti kecemasan semalam dan suami mencadangkan agar aku ke hukm semalam memandangkan aku ade masa. kenapa ke hukm???

aku kesana bukan saje-saje tetapi dengan tujuan yang satu. tibe ke hukm aku terus berjumpa staff nurse dan memberitahu ingin berjumpa doktor kerana masalah haid ku yang tidak teratur sekian lame. kemudian staff nurse menjelaskan aku harusla pergi kemana-mana klinik dan mohon surat rujukan doktor.untuk pengetahuan semua, jabatan obsetrik dan genekologi ( O&G) hukm, akan memeriksa mereka yang mempunyai surat rujukan doktor sahaja.

lalu...

kami membuat keputusan terus ke pusat perubatan primer hukm di bandar tun razak untuk membuat pemeriksaan. setelah mendaftar kami diarahkan ke tingkat 2. disana aku diarahkan untuk berjumpa doktor Tan C.E di bilik 10. secara jujurnya aku sgt2 selesa dgn doktor ni. tutur katanya sgt lembut dan penerangan yg diberikan sgt2 memuaskan aku. ketika berjumpa doktor tersebut aku menerangkan masalah haid ku yg tidak teratur dan aku seringkali berasa sakit di bahgian pangkal perut dan juga aku selalu period pain tapi tiada period. setelah mengambil segala keterangan aku disuruh memakai kain yg disediakan. staff nurse dtg membantu dan aku disuruh baring dan mengangkang. dia menyuruh aku mengangkang seperti wanita yg mahu bersalin. pada masa tu, aku mmg x tahu mcm ne nk mengangkang seprti itu. doktor tan ketawa kecil dan memberitahu staff nurse tersebut yang aku belum ada pengalaman bersalin lalu staff nurse tersebut membantu aku. setelah itu doktor memasukkn sejenis alatan plastik yang telah direndam dgn sejenis cecair sejuk yang aku sendiri tidak tahu apekah namanye lalu alatan tersebut di masukkan kedalam alat sulitku dan ditekan. rasanya agak sakit dan dicampur dgn rasa malu kat doktor dan nurse tersebut. doktor bercakap sesuatu yg aku sendiri tidak tahu term-termnye kepada nurse td sambil nurse td mencatit ke dalam rekod perubatan. setelah alatan tersebut dikeluarkan, doktor memasukkan jarinya ke alat sulitku dan dia bagita keadaan serviks ku ok.. setelah itu..doktor membuat pemeriksaan ultrasound tetapi beliau gagal melihat keadaan ovariku berikutan dinding perutku yg agak tebal.


kemudian...


doktor menyuruh aku memakai balik seluar dan memanggil suamiku masuk untuk menerangkan keadaan diriku. doktor mengesahkan aku mengidap polycystic ovarian synd (PCOS) dan kemungkinan besar aku mengidap endometriosis. doktor tan telah membuat satu surat dan mengarahkan aku terus ke jabatan obsetrik dan genekologi ( O&G) untuk pemeriksaan pakar. katanya pakar akan membuat 'detail checkup' dan jika ya, mungkin aku akan dioperate ataupun ditebuk berdasarkan keadaan aku tika itu. segala-galanya berpihak pada keputusan pakar tersebut pada 2 november nanti. aku harapkan segala2nye baik-baik saje nanti.


jadual ini adelah untuk remind diri aku sendiri :-
  1. 2 nov 2009 - temujanji pakar gynea pukul 10 pagi

  2. 12 nov 2009 -temujanji pakar dietian pukul 9 pagi

  3. 27 nov 2009 - puasa & checkup

  4. 8 dis 2009 - temujanji doktor Tan C.E

aku harap semuanye berjalan lancar dan aku sihat seperti wanita normal....insyallah

Monday, October 12, 2009

bersabarla wahai hati...pena seorang hamba


Ujian dan dugaan itu datang dan pergi dalam hidup, silih berganti bagaikan siang dan malam…ujian itu hadir tanpa mengenal siapa…tanpa mengenal rupa…ujian itu datang tiba-tiba tanpa kita sangka dan tanpa kita duga, itulah kehidupan. Kehidupan ini ibarat roda, ada masanya kita di atas dan ada masa pula kita dibawah. inilah realiti kehidupan yang kita tempuh dan harungi sehari-hari…


Aku masih teringat akan satu ketika, sewaktu aku menemani suami ke bank. Sambil-sambil menunggu beliau, mataku tiba-tiba terpandang satu susuk tubuh tua yang duduk di kaki lima bersama basikal roda tiga dan sedikit barang-barang perniagaannya. Kasihan sungguh aku melihat kesusahan yang di alami pak cik tua itu. Mana tidaknya sudahlah ku lihat tidak berdaya ditambah pula kurang upaya. “ tabah sungguh hati tua itu, meniti kehidupan dengan kekurangan. Bagaimanalah kehidupan sehari-harian”.., Hati kecilku berbicara. “Kasihan, tidak adakah saudara-saudaranya yang sudi membantu??, kemana anak-anaknya menghilang?? fikiranku mula ligat bertanya persoalan demi persoalan. Jiwa halusku meronta-ronta ingin membantu walaupun yang tidak seberapa. Alhamdulillah keinginan itu tertunai akhirnya.


Syukur….Alangkah baiknya kehidupan aku jika dibandingkan dengan kehidupan pak cik tua itu..apalah sangat ujian yang Allah berikan padaku jika dibandingkan dengan pak cik itu. Apalah sangat kesusahan yang Allah berikan padaku jika dibandingkan kesusahan pak cik itu. Apalah sangat kepayahan yang Allah berikan pada aku jika dibandingkan dengan pak cik itu..beruntung sungguh kehidupan aku..Jika aku diuji sebegitu, bolehkah aku setabah pak cik tua itu??..tuhan…ujian yang sedikit pun kadang-kadang aku bersedih…


Kadang-kadang aku terfikir :


Tuhan Kenapa aku diuji?…kenapa aku dipilih untuk menerima ujian dariMu??..kenapa mesti aku menerima beban masalah ini??..

lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta”.(Al-Ankabut: ayat 2-3)


bersabarlah wahai hati…


Kehidupan itu sebenarnya pertaruhan… justeru, Allah datangkan ujian bagi menilai sejauh mana keimanan dan ketaqwaan sebenar-benar hamba... ingatlah jika kau kuat maka kau akan menang..jika kau lemah, maka kau akan kalah…Allah tidak sesekali akan membiarkan kau dalam kealpaan…percayalah wahai jiwa…


Tuhan kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan??..kenapa tuhan tidak kabulkan impian??, kenapa keinginan aku tidak jadi pilihan tuhan??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :


“…..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui”.(Surah al-Baqarah : ayat 216)


bersabarlah wahai hati…


Kadang-kadang apa yang kau hajatkan kau fikirkan adalah yang terbaik untuk dirimu, akan tetapi perkara yang tak terduga olehmu dengan tiba-tiba sahaja. Kau mula mengeluh dan bersedih. Lupakah kau.. apa yang kau inginkan tidak selalu indah di sisi tuhan, kerana kau menilai hanya dari segi zahir dan luaran sahaja. Boleh jadi, perkara yang tak terduga itu terbaik untukMu..sedarlah…sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.


Tuhan kenapa Engkau uji aku seberat ini?? Kenapa aku diduga sedasyat ini??, lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."( Surah al-Baqarah : ayat 286
bersabarla wahai hati…

Jika kau diuji, yakinlah bahawasanya engkau adalah insan yang terpilih untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Yakinlah, Dia tidak akan menguji hambaNya dengan sia-sia melainkan kau mampu untuk menghadapinya.. sabarlah wahai jiwa, sesungguhnya pertolongan Allah akan menyusul berkat kesabaranmu..Janganlah kau berputus asa dari rahmat Allah...pelangi tidak akan muncul sebelum turunnya hujan…


Tuhan kenapa aku kecewa dengan ujian ini??

Kenapa aku bersedih dengan dugaan ini?? Kenapa aku mengeluh dengan masalah ini??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”.( Surah Ali Imran : ayat 139 )


brsabarla wahai hati…

Janganlah kamu kecewa dan bersedih atas ujian yang menimpa, cubalah kau berlapang dada dengan ketentuan tuhan.... bersabarlah wahai jiwa, kau sebenarnya hamba paling tinggi darjatnya disisi tuhan. Bergembiralah wahai jiwa, berkat kesabaran itu menjadikan kau hamba kesayangan tuhan..

Tuhan bagaimana harus aku menghadapi ujianNya??,… lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',( Surah al-Baqarah : ayat 45 )