TABUNGAN

Monday, February 29, 2016

MATTA FAIR 2016 muncul lagi? Ini tips penting yang wajib anda ambil tahu


Seperti yang anda tahu, Matta Fair 2016 akan berlangsung pada 11-13 mac ini. Mesti anda semua tak sabar nak tahu pakej-pakej dan tawaran pelancongan ke luar dan dalam negara kan. Dalam keseronokkan kita nak nak terjah Matta Fair itu nanti, jangan dilupakan ada beberapa tips dan info yang harus anda ambil kira. Jom kita lihat apakah tips dan info berguna yang boleh diguna pakai.




Tips Pengangkutan 

Kereta:

  • - Jika anda memandu, anda boleh parkir taman di sekitar kawasan PWTC, Hentian Putra atau tempat letak kereta terbuka.
  • - Berikut adalah tip jika anda tidak mahu menghabiskan masa mencari tempat letak kereta : Pandu sehingga ke Seri Pacific Hotel (lama Pan Pacific Hotel)    pintu masuk dan ke tempat letak kenderaan valet yang menelan belanja kira-kira RM15-RM45 bergantung kepada berapa lama masa anda parkir.Tidak perlu  bersusah-payah kerana anda hanya berjalan kaki tak sampai 5 minit ke Pameran MATTA dari pintu masuk hotel.
  • - Anda digalakkan datang awal.
  • - Parkir di Pusat Membeli-belah Sunway Putra dan berjalan di atas.
  • - Elakkan meletak kenderaan di sepanjang jalan kerana anda boleh disaman oleh polis.
  • - Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas, anda perlu untuk menuju ke sana sebelum pukul 11 pagi.


Dengan Teksi:

  • - Dapatkan teksi ke MATTA Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra atau PWTC.
  • - Pastikan teksi menggunakan meter (tambang)


Dengan Bas:

  • - Bas Rapid berhenti di luar Kedai Kasut Jukebox bertentangan dengan Stesen Bas Puduraya dan bas ini akan pergi ke Hentian Putra yang bertentangan    PWTC. Kos kira-kira RM1.20 untuk satu tiket.


Dengan Kereta Api:

  • - STAR LRT berhenti di Stesen PWTC dan boleh  berjalan kaki ke Pameran MATTA.
  • - PUTRA LINE LRT berhenti di Stesen Masjid Jamek dan anda tukar dengan tren STAR LRT.




Tips pembelian pakej




  • - Bagi memastikan anda mendapat pakej percutian yang dapat meminimumkan pengeluaran wang anda lakukan survey telebih dahulu. Pakej apa yang perlu anda pilih? Yang paling bijak dan save adalah anda beli pakej semasa Matta Fair. Waktu ini harga memang berbaloi. Kerana harga fair. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk buat booking. Dan sebelum pergi ke Matta Fair tu, pastikan anda letak budget dan bawa bersama. Terus booking jika kena dengan citarasa dan gerak hati anda. Perlu diingat, waktu tu ramai orang, jadi ambil tempat yang sesuai sebelum membuat tempahan. Catat segala pertanyaan yang terbuku dan simpan segala rekod sekiranya anda telah membuat tempahan.




Tips Keselamatan

  • -Kita sedia maklum di Matta Fair , orang ramai akan berasak-asak dan sangatlah tidak sesuai untuk membawa budak kecil atau bayi kerana dikuathiri anak kecil tersebut berasa kurang selesa dan akan meragam. Selain itu, bimbang jika kita terlepas pandang atau terleka sehingga menyebabkan kita terpisah dengan anak yang dibawa. 
  • - Awasi setiap gerak geri dengan orang yang berada di sebelah kita dan sentiasa berjaga-jaga dengan barangan peribadi seperti telefon bimbit, beg duit, tas tangan, barang kemas dan sebagainya. Ini kerana kita tidak dapat menjangka jika orang di sebelah kita ada niat yang tidak baik seperti menyeluk saku atau meragut.
  • - Pastikan berhati-hati dengan kad bank / kad kredit agar tidak tercicir
  • - Pastikan periksa beg dan zip beg dengan rapi sebelum bergerak ke booth seterusnya
  • - Elakkan meletak beg duit dan telefon bimbit di poket belakang






Tips memilih lokasi penginapan / percutian

  • - Pastikan memilih lokasi penginapan yang berdekatan dengan kemudahan awam
  • - Pastikan anda membuat sedikit review atau pembacaan terlebih dahulu tentang tempat / hotel yang akan dipilih
  • - Pastikan anda membuat pengiraan terlebih dahulu agar pembelian pakej berbaloi. Lebih elok jika dibuat perbandingan terlebih dahulu.
  • - Jika anda bercuti bersama keluarga, pastikan kemudahan tempat penginapan bersesuaian dengan anak-anak dan elakkan memilih lokasi penginapan yang tidak ada ciri-ciri keselamatan.
  • - Rancang terlebih dahulu lokasi dan fikirkan kesesuaian lokasi mengikut bajet, orang yang dibawa, kemudahan awam, ciri keselamatan dan sebagainya.
  • - Pilih tarikh yang sesuai agar tidak menganggu waktu persekolahan anak-anak jika berhasrat bercuti bersama keluarga.

Friday, February 26, 2016

Tips: 7 budaya jepun yang anda perlu tahu sebelum bercuti ke Jepun


Nota: Penulisan ini telah di tulis oleh Amirul Lurima, dan di kongsikan semulaoleh saya. Semoga tips ini dapat membantu anda yang ingin bercuti ke Jepun.
Jepun sangat kaya dengan budaya mereka yang sangat unik. Masyarakat Jepun yang lemah lembut dan sopan menjadikan Jepun lebih istimewa dan menarik. Jika kita merancang bercuti ke Jepun, kita perlu tahu serba sedikit budaya dan amalan harian mereka disana. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kita sebagai pelancong melakukan perkara yang kurang disenangi oleh orang Jepun. Kami kongsikan antara budaya Jepun yang perlu tahu sebelum melancong ke Jepun.
1. Tiada TIPPING

Amalan memberi tip adalah dianggap kurang sopan dikalangan masyarakat Jepun. Upah kerja yang dilakukan oleh mereka adalah hasil dari tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh majikan. Oleh sebab itu, orang Jepun tidak menerima sebarang tip dan itu dianggap kurang sopan dan tidak menyenangkan. Jika anda terhutang budi atau dibantu oleh seseorang diluar skop kerja, pemberian kecil seperti hadiah lebih disenangi berbanding duit
2. Penggunaan Bahasa Inggeris

Penggunaan bahasa Inggeris di Jepun sangat rendah dan Bahasa Jepun merupakan bahasa utama pengantaran di sana. Oleh kerana itu, tidak pelik jika hampir semua orang Jepun yang anda jumpa tidak tahu bahasa Inggeris. Mereka akan menggunakan bahasa jepun kepada anda walaupun mereka tahu anda adalah pelancong. Jika anda tidak tahu bahasa Jepun, cuba berbahasa Inggeris dengan perlahan bersama isyarat tangan supaya mereka memahami. Belajar sedikit bahasa Jepun ringkas adalah sangat membantu. Jika anda mempunyai tour guide, ini bukan masalah.
3. Bersin di tempat awam

Masyarakat Jepun terkenal dengan budaya menjaga kebersihan yang sangat tinggi. Bersin di khalayak ramai juga dianggap tidak sopan kerana dianggap sesuatu perbuatan yang kotor dan menjijikan. Jika terasa mahu bersin, cuba tahan atau bersin di tempat yang sedikit sunyi dan bukan di kawasan orang ramai. Saranan memakai topeng muka yang selalu digunakan oleh orang Jepun jika berasa kurang sihat.
4. Tunduk atau Bow

Masyarakat Jepun dan Korea sangat terkenal dengan budaya tunduk atau bow. Amalan bow ini digunakan ketika bertemu dengan individu lain sebagai tanda hormat dan menyapa dengan cara yang baik. Caranya amat mudah, hanya perlu tunduk sedikit kepala bersama badan dan orang yang kita jumpa itu akan buat perkara yang sama. Jangan terlampau tunduk ke bawah kerana ia kelihatan pelik.
5. Simpan sampah dalam poket atau beg

Antara benda yang susah untuk dilihat di Jepun adalah sampah. Mereka tidak sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata. Cinta mereka kepada Negara sangat tinggi dan mengotorkan Negara adalah satu amalan yang hina. Masyarakat Jepun sangat menjaga kebersihan. Oleh itu, jika anda tidak jumpa tong sampah, simpan dahulu sampah itu sama ada dalam poket atau beg. Jika tidak, akan ada orang Jepun yang memarahi anda dan ini bakal mencemarkan imej anda dan Negara sendiri.
6. Jangan gunakan Chopstick untuk memberi makanan


Jika anda sedang makan di restoran Jepun dengan menggunakan Chopstick dan ingin memberi makanan kepada kawan disebelah anda. Jangan gunakan chopstick sebaliknya angkat pinggan itu dan hulurkan pada mereka. Amalan memberi makan menggunakan chopstick mengingatkan mereka kepada kematian. Dalam upacara pengebumian di Jepun, mereka menggunakan kayu untuk mengalihkan tulang mayat yang dibakar. Oleh sebab itu, amalan ini sangat dilarang di Jepun.
7. Teknologi yang sangat moden di semua tempat

Jepun terkenal dengan teknologi moden dan ciptaan robot yang canggih. Anda jangan terkejut jika ada sesetengah mesin yang tiada butang untuk ditekan, paip air yang mengeluarkan air dengan sendirinya malah kaunter makanan yang tiada pelayan dan hanya ada sebuah patung robot menyambut ketibaan anda. Melancong ke Jepun membuat anda melihat masa depan Negara anda di masa akan datang.

Thursday, February 25, 2016

Korang nak Mc Donald FREE tak? Kalau nak baca ini dulu


Hai..Korang nak Chicken Muffin Mc Donald free tak? 
Kalau nak... scroll bawah dan baca ok.

McDonald’s Malaysia are having their Chicken Muffin Giveaway now. Enjoy and Simply flash the mobile coupon at selected McDonald’s Restaurant to redeem this offer and many more.
This giveaway is only valid from 8am – 10am. Terms and conditions apply. Limited quantity available, while stock last.

Terms and Conditions:
  • Only valid at participating restaurants according to redemption dates
  • Limited to first 250 customers per outlet, per day, from 8am to 10am.
  • Only one free Chicken Muffin ala carte per customer
  • Not valid via Drive-Thru or McDelivery services
  • Queue tickets will be given out from 8am at participating restaurants according to redemption dates
  • Other terms and conditions apply
Date: 22nd February 2016 to 7th March 2016

Participating McDonald’s Restaurant and Redemption Dates:
  • 22 Feb 2016: McDonald’s Ampang Park, McDonald’s Bandar Utama
  • 23 Feb 2016: McDonald’s Jalan Gopeng, McDonald’s NKVE
  • 24 Feb 2016: McDonald’s Alor Mengkudu, McDonald’s Pengkalan Ipoh
  • 25 Feb 2016: McDonald’s Section 3, McDonald’s Greenlane
  • 26 Feb 2016: McDonald’s Bandar Baru Bangi, McDonald’s Caltex Sunway Prai
  • 29 Feb 2016: McDonald’s Kota Bahru, McDonald’s Subang
  • 1 March 2016: McDonald’s Kuala Terengganu, McDonald’s Melaka Mall
  • 2 March 2016: McDonald’s Teluk Cempedak, McDonald’s Bukit Indah JB
  • 3 March 2016: McDonald’s Seremban 2, McDonald’s KL Sentral
  • 4 March 2016: McDonald’s Terminal Larkin
  • 7 March 2016: McDonald’s Titiwangsa


p/s: Cepat-cepat redeem sementara stok masih ada. Lambat melepas....


Wednesday, February 24, 2016

Hanya 2 orang didunia ini sahaja yang tahu rahsia resepi ayam goreng KFC


Ramai yang gemar makan di restoran makanan segera KFC terutamanya ayam gorengnya yang dirasakan begitu enak sekali. Tapi ramai tak tahu rahsia besar tentang hidangan KFC yang digemari ramai ni. Rahsia besar KFC ini dikatakan hanya diketahui oleh 2 orang sahaja.
Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.
KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.
Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resepi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang eksekutif yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resepi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyukarkan lagi rahsia tersebut bocor, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.





Hanya dua orang eksekutif yang mengetahui resepi lengkap tersebut manakala eksekutif ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resepi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.


Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:
“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”

Berdosakah perkahwinan tanpa anak? Antara stigma masyarakat dan perasaan sendiri


Assalamualaikum...

Hari ini, syukur dan Alhamdulillah masih bernafas di bumi yang maha esa ini. Kali ni nak sentuh tentang perkahwinan tanpa anak. Anak..ya anak adalah anugerah dan amanah Allah kepada pasangan yang telah berumahtangga. Tiada satu pun pasangan yang mendirikan rumahtangga ingin hidup tanpa zuriat penyambung keluarga. Jika ada pun, mungkin pasangan itu seharusnya diklasifikasikan sebagai pasangan yang 'gila' mungkin.

Seperti aku sendiri, berkahwin hampir memasuki tahun yang ketujuh  namun perancangan Allah itu tak siapa yang tahu kan.. Sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata. Pelbagai usaha telah aku lakukan samada yang moden mahupun tradisional. Sesungguhnya setiap usaha itu indah. Indahnya kerana aku dapat belajar banyak perkara tentang dunia sakit puan. Banyak ilmu yang aku dapat melalui perbincangan bersama gynea, pembacaan buku-buku tentang masalah sakit puan dan secara tidak langsung banyak terma perubatan yang dapat dipelajari. Itukan satu ilmu juga dan ilmu itukan adalah rezeki. Nampak tak? Bagaimana besar perancangan Allah itu kerana tanpa kita sedar banyak rezeki yang dia beri. Cumanya terkadang manusia itu saling salah menyalahi nasib dan takdir.


Aku bersyukur kerana tanpa zuriat inilah aku dapat merasa macam-macam pengalaman yang wanita lain mungkin tidak merasa. Sepanjang pengalaman TTC (Trying to Concive), dapat rasa pengalaman TVS (Transvaginal Scan) dimana skop kamera kecil yang aku jangka saiznya menyerupai berus gigi elektronik dimasukkan untuk melihat keadaan rahim.Pengalaman berdebar-debar dan meleleh air mata ketika kamera tersebut perlahan-lahan memasuki tubuh ini sambil melihat skrin yang ada disebelah. Selain itu, pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan apabila kesakitan yang amat sangat disekitar payudara sehingga menjalar ke tulang belakang selepas makan sejenis pil bernama ' Provera (Medroxyprogesterone Acetate)'. Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya sehinggakan nak berjalan ke bilik doktor pun perlu dipapah. Rupanya tubuh badanku sama sekali tidak boleh menerima kehadiran ubat tesebut. Selepas gagal Provera, doktor menukar ubat kepada Metformin dan Duphaston. Sekali lagi, aku merasakan kesan yang teruk dengan kedua-dua jenis ubatan ini. Tubuh badan menjadi panas sehinggakan waktu pagi di ofis dengan suasana aircond yang kuat namun aku seperti orang yang berlari 1000km,badan  menjadi panas dan berpeluh yang teruk, mood pula 'swing' tak tentu hala. Pernah sekali, aku mengamuk marah-marah tanpa sebab hanya kerana disebabkan kesan ubat tersebut. Setahun setengah aku ambil tersebut dan akhirnya aku 'surrender' kerana result NOTHING. Selepas 4 tahun berulang alik ke O&G HUKM, akhirnya aku berhenti untuk menerima sebarang rawatan kerana kecewa dan ketika itu aku fikir untuk detox tubuh badan dari sebarang chemical medicine. 

Rawatan O&G di HUKM


Stok ubat
I'm TTC MALAYSIA member


Pada tahun kelima, aku kembali lagi usaha TTC di Klinik Pakar Doktor Hamid Arshad dan pada ketika itulah setelah menjalani TVS, doktor dapati masalah besar aku adalah 'Retroverted Uterus' (Rahim terbalik) dan PCOS (Polysistic Ovarian Syndrome). Selama 4 tahun rawatan di HUKM, aku hanya tahu masalah aku adalah PCOS sahaja, tidak tahu pula tentang Retroverted Uterus. Doktor Hamid mencadangkan aku mengambil Clomid selama satu cycle dan alhamdulillah setelah mengambil ubat Clomid dan lakukan scan, doktor dapati ada satu telur saiz agak besar. Alhamdulillah berbunga-bunga rasa hati. Doktor mencadangkan cucuk Puregon dan mengambil Pregnyl. Namun, jika tertulis bukan rezekiku maka tidaklah ia. Setelah prosedur ubatan tersebut, aku alami haid dan prosedur tersebut dianggap GAGAL. Doktor Hamid mencadangkan aku lalui prosedur pembedahan Laproskopi dan sehingga kini aku masih lagi dalam usaha untuk mengumpul duit bagi menjalaninya.

Setiap pengalaman yang aku lalui, aku anggap ianya adalah rezeki dan perlu bersikap lebih positif. Aku percaya Allah dah atur cantik untukku cuma aku perlu lebih usaha dan tawakal.

Rupa PCOS pada ovari



Rupa 'good ovum' semasa rawatan di Klinik Doktor Hamid Arshad (yang ketulan besar)


STIGMA MASYARAKAT VS PERASAAN SENDIRI?

Ye... kita sukar untuk lari dari stigma masyarakat dengan mengatakan wanita yang tidak mengandung itu adalah MANDUL atau BAWA SIAL. Aku sendiri merasai pengalaman dikatakan sebegitu namun aku malas ambil pusing kerana aku tidak mahu input negatif meresap dalam fikiran. Perlu diingatkan wanita yang sedang berTTC perlu sentiasa bersikap positif.

Tipulah kalau aku katakan yang aku tak cemburu dan sedih melihat kawan-kawan yang sedang mengandung. Melihatkan gambar kawan-kawan mengandung di facebook pun kadang-kadang hati menangis. Itu lumrah. Cuma kita tidak boleh terlalu terbawa-bawa perasaan sedih itu. Hidup perlu diteruskan kan...Wanita TTC yang sentiasa bersikap negatif sedikit sebanyak ianya dapat menganggu perjalanan haid, pembesaran kualiti telur dan kegagalan prosedur ubat-ubatan dan sebagainya.

LA TAHZAN...JANGAN BERSEDIH. SABAR  Perancangan Allah adalah yang terbaik untuk hambanya. Bersangka baik dengan Allah dan mensyukuri setiap nikmat dan rahmat yang dikurniakan selam ini.


  • Suami MAKA ucapkan syukur kerana mempunya isteri yang sanggup bersusah senang bersama kita
  • Isteri MAKA ucapkan syukur kerana mempunyai suami setia disisi
  • Ibu bapa MAKA ucapkan doa agar pasangan anak dan menantu dikurniakan zuriat bagi mengukuh ikatan kasih sedia ada
  • Kawan MAKA ucapkan doa agar kawan dikurniakan zuriat
  • Saudara mara MAKA ucapkan doa agar pasangan ini dikurniakan zuriat dan bahagia sentiasa

Mulakan dengan mendidik diri agar menghormati perasaan orang lain. Sememangnya manusia itu adalah makhluk yang begitu kompleks. Ada rasa benci, sayang, suka dan sebagainya. Terkadang rasa tidak puas hati kepada orang lain secara tidak langsung melukakan perasaan orang lain.

Bagi anda yang dimurahkan rezeki zuriat, cuba jangan sesekali menyoalkan kepada orang lain yang belum mempunyai cahaya mata dengan soalan-soalan yang mengguris perasaan.


JANGAN TANYA!

  1.  Eh Timah...lama tak nampak, berapa anak kau sekarang? - Lebih baik tanya Kau tinggal mana sekarang?
  2. Kenapa kau tak mengandung lagi, laki/bini kau ada masalah ke?
  3. Joyah..kau tau anak jiran kita tu yang kahwin bulan lepas tu dah mengandung tau.. kau bila lagi?
  4. Kau ni bila nak mengandung ni? Orang lain yang kahwin selepas kau pun semua dah mengandung
  5. Kau ni tak pergi berubat ke?





Tuesday, February 23, 2016

Inilah nama-nama Syaitan / iblis dan tugas-tugasnya yang ramai tak tahu!

Tahukah anda..syaitan/iblis juga mempunyai nama. Setiap apa yang ada dan tercipta ini kesemuanya mempunyai nama. 

Ok jom..kita ketahui apakah nama-nama syaitan/iblis ini. Semoga kita sentiasa dilindungi dari pujuk rayu syaitan yang direjam ini.

1. Zalituun – Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)
2. Wathiin – Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan – Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf – Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah – Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.
6. Masuud – Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.
7. Daasim – Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.


8. Walahaan – Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus – Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.