TABUNGAN

Tuesday, February 23, 2016

Jangan sesekali ambil mudah tentang air kencing..


Dalam hadist yang diriwayatkan dari Abu Huraihah ra secara mauquf, Rasulullah saw bersabda,:
” Kebanyakan siksa kubur itu disebabkan AIR KENCING.” [Shahih, HR. Ahmad dan Ibnu Majah serta dishahihkan Syaikh al-Albani dalam Irwa’ul Ghalil (280)]
Eloklah sekiranya kita baca betul-betul dan sentiasa beringat ketika nak membasuh air kencing.


Kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.


Kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu. Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.
Saya nak tambah sikit kat sini, semasa kencing, angkat kain tinggi-tinggi, lepas kencing, sila simbah kaki bersih-bersih takut air kencing terpercik dekat kaki. Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

No comments:

Post a Comment