TABUNGAN

Wednesday, February 17, 2016

Jom daftar dan sertai larian HELLO KITTY pertama di Malaysia

Para peminat Hello Kitty pasti akan teruja dengan berita di mana pop ikon paling tercinta mereka bakal tampil untuk Larian Hello Kitty (Hello Kitty Run) buat pertama kalinya di Malaysia. Larian tersebut akan dilangsungkan pada 6 Mac 2016 di Taman Botani Perdana. 

Harga penyertaan adalah RM150.00 seorang. Setiap peserta bakal menerima pek larian edisi terhad yang mengandungi kemeja-T, tag pengenalan larian, medal penamat, beg dan bola lembut berantai 4”. 





Dengan tema “Fruity Rush”, larian ini menjanjikan ekstravaganza pelbagai aktiviti seisi keluarga yang menyeronokkan termasuk permainan carnival, booth bergambar, kraf buah-buahan dan sebagainya. Larian sejauh 5km ini menampilkan empat zon checkpoint dengan hiasan dan ahli sorak berkostum. Khemah-khemah dengan semburan haruman buah seperti mangga, durian, strawberi dan lemon akan didirikan di empat checkpoint tersebut.

Hello Kitty Run di Asia Tenggara South telah pertama kali diadakan di Singapore sejak tahun 2014.
Untuk maklumat lanjut, layari www.hellokittyrun.com.my atau laman Facebook “Hello Kitty Run Malaysia”.

No comments:

Post a Comment