TABUNGAN

Monday, September 27, 2010

ini dugaan..terima dengan redha

contoh gambar PCOS

arini pi HKL wat checkup sbb rs teramat sakit kat bahagian pinggang,pangkal ari2 dan bahagian peranakan. bertambah teruk lagi sakit itu dah menjalar ke sekitar payudara. sakitnya teramat sangat sampai aku terpaksa menekan-nekan breast dan perut aku. jadi aku decide amik cuti emergency kerana kesakitan ini membuatkan aku xde mood mahu ke opis.

pukul 6 pagi rasa pedih kat pangkal ari2 jadi aku bingkas ke tandas dan membuang apa yg patut. selepas tu aku sambung tido sehingga terlajak ke pukul 9. apa lagi terus bangun dan cepat2 buat sarapan. bagitau suami yang aku nk ke HKL sebab risau sangat pasal sakit ni. sebenarnye sakit ni aku dh rasa dekat 2 bulan tapi aku diamkan aje. alhamdulillah puasa terakhir aku period secara natural tanpa bantuan sebarang ubat seperti sebelum ni. so aku pun pikir, oh ini mungkin sakit sebab nk period kot. tapi selepas suci period aku sakit balik.kali ni lagi teruk sebab dah menjalar ke pangkal payu dara.

pukul 2ptg aku sampai ke HKL. masa jumpa doktor aku ceritakan kesemua masalah aku ni dan doktor pun buat pemeriksaan. melalui pemeriksaan doktor kata cyst yg aku alami dah berada di kedua2 belah kilang telur. kilang telur mula membengkak. untuk pengetahuan korang sume, sebelum ni aku buat rawatan kat HUKM sbb aku ade PCOS (polycystic ovarian cyst syndrom). tp aku stop sebab x larat setiap kali jumpa doktor mcm2 pula kene bayar. dan ade pula sesetengah ubat tidak diberi percuma malah kena beli kat farmasi HUKM sebab ubat-ubat tersebut kategori ubat terkawal dan mahal. last aku traetment kat HUKM bulan julai tahun lepas. time tu kena beli ubat tiga kotak rm365. nasib baik masa tu bawak duit lebih. x sangka pulak semahal itu. pastu laproskopi rm50. pap smear rm 50. tu yag buat aku x larat nk teruskan rawatan.

tp kali ni sakit tu dtg balik dan rs makin teruk pula. aku decide pi HKL je la. sbb itu hospital kerajaan dan mungkin bayaranye pon x semahal HUKM.malam ni aku kena puasa kerana esok akan buat ujian darah. dan dua minggu lagi aku akan berjumpa doktor Arlina untuk buat pemeriksaan buah pinggang. kalo buah pinggang aku ok baru dia akan transfer kes aku ke jabatan O&G untuk rawatan cyst tu.

aku redha dengan sume ujian Allah. aku antara insan yang dipilih untuk melalui segala ini. jadi aku harus kuat dan tabah. ok..xnakla sedih2 lagi..org kata kalo muka monyok x cantik kan..jadi kene sentiasa ceria. rs sakit tu insyallah aku leh tahan dan sembunyikan.

15 comments:

  1. oh, hope akak bersabar dan kuat dgn ujian Tuhan. Akk antara insan yg terpilih :D

    ReplyDelete
  2. akak besabar ye. insyaAllah, akak akan pulih.
    sy pun tgh ade prob ni. da 4 hari kncing tak lawas dan kncing bedarah. pegi klinik, doc kasi ubat je. tak check. tp sy try mkn ubt dulu if tak ok jgk, sy pegi check kt spital. :)

    ReplyDelete
  3. poyaty : thanks sudi jenguk blog akak ye..akak redha jika ini ujianye

    ReplyDelete
  4. najma: akak akan sentiasa bersabar selagi mampu. najma sakit ape? kalo kencing berdarah tu nahaya kan. dah pi hospital? kalo klinik ni kdg doc pon x dpt detect penyakit sebenar? mtk doc bg potassium, mungkin najma kena kencing berkuman. tp better pi hospital terus.kalo teruk doc akan refer pakar terus. sama2 kt bersabar ye..

    ReplyDelete
  5. dhila..sabar ye..
    Semua nyer ada sebab..
    Kita pon lepas raya ni nak sambung balik check up

    ReplyDelete
  6. eh,yeke dhila...sabar ye awk....nie semua dugaan darinye.....berdoa dan berdoa ye...semoga awak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  7. mun: masih didalam rawatan..ape2 dila uupdate ye

    ReplyDelete
  8. tu lah. nanti saya pegi check la lepas habis ubat dari klinik.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah kak. Harap akak byk2 bersabar yea. Big hugs! =')

    ReplyDelete
  10. dhila, take care.. & keep us update. at least boleh terluah apa yg terbuku di hati at the same time bg info tu kwn ttg itu. be strong!

    ReplyDelete
  11. dhila.....
    knp la aku lmbt tahu smua ni.....
    be strong k
    bykkn bdoa pd Nya

    ReplyDelete