TABUNGAN

Thursday, November 25, 2010

PROMO - KACANG PIXTURES


HYE U OLLS... ok kat sini aku nk promo sikit la..pd sesape yg mencari videographer utk sebarang majlis atau wedding korg boleh la hubungi kami ya.. ape2 majlis pon boleh x kisah samada pertunangan ke, outdoor videoclip ke,besday party ke atau ape saje boleh la hubungi kami. tempahan dibuka sekarang..


pakej yg kami tawarkan amat2 berpatutan. so hepi u olls..

Rahsia cuka


-Minum cuka buah adalah sunnah nabi Muhammad S.A.W

-"Rumah yang menyimpan cuka tak akan menderita dari kemiskinan" - Diriwayatkan oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi

-"Cuka adalah kemudahan bagi manusia" Diriwayatkan oleh Muslim

-"Allah telah meletakkan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku", diriwayatkan oleh Aisyah, Muslim dan Ibnu Maja

-Nabi Muhammad (saw) suka kepada cuka buah.

-Jabir menceritakan, "Suatu hari Rasulullah memperlawa saya ke rumahnya. Dia dihidangkan roti. Dia bertanya: 'Adakah apa-apa sos perasa?" Mereka menjawab "Tidak, hanya ada cuka." Nabi berkata, 'Cuka adalah sos yang paling baik. "
Jabir pernah berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Nabi Allah".
Naf'a berkata, "Aku menyukai cuka sejak aku mendengarnya daripada Jabir." Diriwayatkan oleh Muslim, Abu Dawud, Nasa'i

moral of the story : mari kite beli cuka dan simpan kat umah tp apepon biarlah kita lakukan dgn niat kerana Allah. ingat..bukan cuka yg boleh jadikan kt kaya..yg penting usaha,doa dan tawakal.

Wednesday, November 24, 2010

setiap ape yg dirakam itu menjadi kenangan indah

tak pernah rasanya aku reveal video wedding aku sendiri kat blog. so kali ni aku nk reveal sedikit highlight wedding aku dari nikah, sanding sehinggalah majlis resepsi. rasa seronok tgk video sendiri. untuk pengetahuan semua video ni adelah shot dari kacang pixtures dan di edit sendiri oleh aku.

selain itu aku nk promot sikit la bisnes wedding videography aku ni. jika anda sedang mencari professional videographer utk majlis anda? samada majlis perkahwinan / pertunangan/ dinner/ seminar/ party/ aqiqah/ atau ape jua majlis.. hubungi kami KACANG PIXTURES.. :) http://kcgpixtures.blogspot.com/ or emel us dhilah_13@yahoo.com atau boleh saje terus call aku di 017-2197065. jom saksikan vid ini..enjoice ya..


Tuesday, November 23, 2010

ego bukan jalan ke syurga

kadang-kadang kita perlu tunduk dan akur dengan kata-kata orang. x perlu ego untuk tunjuk diri kite ni pandai dalam semua hal. hukum karma itu wujud dan aku percaya ia ada. hari ni kau buat orang esok lusa kau dapat balik ' what u give u get back'.

kau cipta dunia kau sendiri sehingga menepis setiap tunjuk nasihat org lain. kau fikir umur kau sudah cukup mampu membuat keputusan yg tepat? kau silap! sikap ego kau xkan bawa kau ke syurga lamunan kau sendiri. kau sedar x yang sikap kau sudah muak dan jelik di mata orang lain.

to be continue..

p/s: bila marah aku xsuke menulis..aku suke diam!

Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha


di kesempatan yang ade ni aku ingin mengucapkan salam aidiladha pada sume blogger dan reader. rancang perjalanan pulang ke kampung dengan cermat dan jangan tergopoh gapah di jalanraya ok. raya aidiladha ni paling best kalo dapat tgk proses korban dijalankan.dulu zaman kecik2 dul, ayah la org paling rajin bawak aku pi tgk org sembelih lembu tap bila dah meningkat muda remaja ni (remaja la sgt) aku jadi segan plak nk ikut ayah ke masjid utk tgk org sembelih lembu tu. heheh..

apepon..selamat bercuti pada korang sume dan SALAM AIDILADHA

Friday, November 12, 2010

AC Mizal kantoi??

sorg ckp mcmni..sorg ckp mcmtu (klik utk besarkan)

untuk bacaan umum

fuhh..fuhh..mmg tgh hangat sekarang citer tentang bisnes MLM gelang tungsten AC Konsortium tu telah menipu orang ramai. lebih hangat lagi bila dikatakan bisnesnya itu xde lesen. mak aii..mcm mane dia berbisness tanpa lesen ek? bukan kah lesen merupakan perkara penting sebelum memulakan ape2 bisnes.

melalui pembacaan aku, difahamkan AC ni telah mengelirukan orang ramai apabila testimonial yang dikeluarkan merupakan testimonial yang telah di copy paste bulat2 dari salah sebuah web dari luar negara yang menjual gelang juga. satu lagi, kenyataan AC yang mengatakan stok2 gelang tersebut diperolehi dari china tetap kenyataan dari khai AF (selaku speaker AC konsortium-ACK) nyata bercanggah bila dia mengatakan yang gelang tersebut diperolehi dari Transglobal,UK. adoiii mane satu betol ni yall? kalo dilihat dan dibaca kesemua testimonial di ACK memang tiru bulat2 cuma hanya ditukar nama sahaja. memang susah nk percaya sekadar membaca testimonial shj kerana setakat testimonial sesape pon boleh karang sendiri kan. lagipon..setakat ni aku x nampak pon ACK ade mengeluarkan kesahihan tentang keajaiban gelang tu dari segi penyelidikan perubatan mahupon pengesahan dari saintis atau pakar2 perubatan. dari situ kita dah boleh was-was kan. korang boleh baca lebih lanjut kat sini

lagi satu isu yang membuatkan ACK ni makin kantoi adelah bila dia menawarkan skim pinjaman kepada penjawat awam. bagaimana sesebuah syarikat yang tidak mempunyai lesen boleh menawarkan skim pinjaman sebegini? bukan kata lesen dibawah akta pemberi pinjam wang waima lesen jualan langsung pon dia xde. di dalam facebook ACK ( page ni dia dh delete pon) yg sempat aku baca pagi semalam sebelum dia delete la..dikatakan dia ade lesen dibawah anak syarikat dia. tetapi melalui pengalaman aku la sepanjang aku turun naik SSM ms daftarkan bisnes dulu,pegawai tu sendiri pernah ckp kalo company yg pegang sesuatu lesen perniagaan tu dia xleh passing lesen dia kat company lain utk jalankan bisnes. itu salah disisi undang2 hocayy. macam contoh si A bg pinjam lesen memandu dia kat si B sbb si B ni nk memandu tp xde lesen. ha..ibarat mcm tu la. korang boleh klik sini untuk baca lebih detail.

bagi aku la kan..ape2 bisnes pon xpe asalkan biar jujur. kalo x jujur atau ade niat nak kelirukan waima menipu org maka sekelip mata Allah akan tunjukkan. masyarakat sekarang banyak yg bijak pandai 10 ko cakap 1000x dia pi siasat. kalo dah kantoi..time tu ko bagi gelang free pon org xnak tau.perkara ni dah pon didalam sisatan pihak polis..biarlah mereka siasat. kepada id faker kat fb page we hate ac mizal tu...jngla korang duk laga2kan org k. tak baik.. pd admin page ACK kat fb tu..kalo korang x salah nape perlu deactive page korang.makin ko buat mcmtu..makin ramai yg ketawakan ko.

p/s: say NO to MLM-nape MLM mesti tunjuk gambar kat kete mewah sambil tunjuk gud atau tunjuk gambar pegang duit riban2...kelako pon ade kan

Thursday, November 11, 2010

aku mau secantik dia

ibu

berkenan plak aku kat sunglass ayah ni

x kira la kalo diatur gambar2 wanita cantik disebelah gambar wanita diatas ni namun aku akan tetap kata yg wanita diatas ni jauh 1000x lebih cantik. aku memang dari awal admire wajah wanita ini.tulang pipi dan rias wajah dia buat dia nampak menawan. kaklong mewarisi tulang pipi seakan wanita ini tp aku x sebab aku gedebom so tulang pon tenggelam la hihi..

sapela lagi kalo bukan anak sendiri yg mengatakan ibunya wanita paling cantik kan. kecantikan dia masih terserlah sampai sekarang walau jalur usia dah terserlah namun masih nampak segar. orang dulu-dulu pandai jaga kecantikan sebab dulu nak beli fast food pun x mampu,hanya mkn ulam-ulaman tapi sekarang kalo seminggu x dpt mkn kfc atau mekdi boleh x tido malam dibuatnye. mana x nya iklan2 di tv je dah boleh buat kt terliur.ditambah dgn air berkarbonat lagi. haishh..

ibu pernah ckp dgn aku 'ko x payahla nk tepek muka ko tu dgn krim itu krim ini sbb bende tu la yg buat ko lekas nampak tua' . bila difikirkan balik mmg betul la ape yg dia kata cuma aku ni degil suka sgt tepek mcm2 kat muka. mekap kat kedai dua hengget pon kadang aku layan tau..:p

teringat satu ketika aku dok tny kat ibu 'bu..ibu dulu mekap pki brand ape ek?' hahahah soalan ni mmg agak sengal la sikit.yela zaman dulu mana nk cekau maybelline,revlon,mac atau ape2 jela kan.nasib baik x kene smash dgn ibu hahah... ibu ckp zaman dulu mane ade brand2 tu sume. x mampu nk beli brg mekap. ibu cuma pakai krim siam jenama yetli (dah x wujud pon krim ni) pastu sapu bedak powder pastu basahkan kertas warna merah sikit then tekap kat bibir.ha tu la lipstik ibu dulu heheh..ibu ckp dulu org susah..nk beli ape2 pon x mampu jadi guna je la ape yg ade. tp bgus gak idea tu kan..kalo lipstik dh abes kt guna je kertas warna yg ohh merah makngah..sure jadi bibir anita sarawak.

lagi satu org dulu-dulu pandai jaga badan kan. sumenya solid molid. dulu sebelum kawen ibu selalu bising kat aku suh jaga badan.dia ckp anak dara bdn kene lawo tp aku nan adoo..tgk badan mak-mak kt dulu mmg lawo dan langsing gitu.zaman sekarang ni dah terlampau banyak makanan yg merepek meraban tu pasal kt ni cepat sgt lesu dan x bermaya.muka pon nampak cepat tua sbb terlampau byk chemical yg masuk dlm badan kt ni.

kesimpulanya..nak cantik kena tekad. :) (pesanan utk diri sendiri jugak ngeh.. ngeh... ngeh)