TABUNGAN

Monday, November 28, 2011

Cuba la untuk beri sedikit penghargaan

Seronok kan apabila berpublic holiday di hari isnin? Boleh rehat sampai muak.

Ape yg aku nk story kat sini mungkin korang pernah alami begitu juga dengan aku. Apabila kita cuba memenuhi jemputan taulan yang pada dasarnya kita memang tidak berkesempatan untuk menghadirinya akan membuatkan kita berasa sedikit ralat. Bagi aku, memang aku akan rasa sedikit ralat jika ianya melibat seseorang yang aku kenal dan aku akan cuba juga untuk berjumpa dengan orang itu walaupun pada hari berikutnya ataupun mungkin paling tidak pun cuba untuk menghubungi si dia.

Tetapi kita akan bertambah ralat apabila kita menyatakan jemputan balas bagi menghormati si dia itu namun kita diberikan alasan-alasan yang mungkin tanpa sedar sedikit sebanyak akan mencalar hati kita yang mendengarnya.

Bagi pendapat aku, jika kita menerima jemputan balas walau apa jua alasan munasabah mahupun tidak, cukupla dengan menjawab dengan perkataan 'Insyallah'. Mungkin perkataan itu tidak mencalar hati orang yg menerimanya. Apapun kita perlu fikir tentang kepayahan orang itu yang sedaya upaya berjumpa kamu demi menghormati dan menghargai pelawaan kamu.

Cubala untuk beri sedikit penghargaan walaupun pada dasarnya kita tiada hati pun untuk terima pelawaan orang itu. Kadang2 kita tak sedar pun silap kita kerana rencah kehidupan manusia sentiasa nampak silap orang berbanding silap sendiri.

Samada suka atau tidak, cubala untuk beri sedikit penghargaan.Terima Kasih :)

No comments:

Post a Comment