TABUNGAN

Friday, November 11, 2011

Pavlova Gedebom

Hai sume..macam mane ada yang dah try resepi triffle ke? Diharap sesiapa yang nk mencuba tu berjaya la ye. Ok, disebabkan sekarang ni semacam ada satu trend membuat pavlova dan sana sini memasing dok tunjuk kehebatan membuat pavlova jadi akak pun nak la jugak buat sama. Nak asah bakat pastri yang terpendam ni.eceh.

Pavlova ni aku gelarkan dia makanan potong kaki. Sangat2 x sesuai untuk pengidap diabetes kerana ianya sangatla manis.Pavlova ni adalah sejenis manisan atau dessert dari barat.Kebiasaanya pavlova ni dimakan bersama 'bitter coffee' untuk seimbangkan rasa manis pavlova tersebut dan kopi pahit.

Nak tahu sejarah pavlova x? Jika nk tahu korang boleh klik ini ---> KLIK SINI

Jom kita tengok apa bahan-bahan untuk membuat pavlova ni :-

MERINGUE

- 4 biji telur (amik putihnya sahaja)
- 1 cawan gula caster
- 1/2 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil cuka
- 1/2 tepung jagung

TOPPING

- whipped cream (beli readymate je senang)

Cara membuatnya:-

1. Pecahkan telur dan ambil putihnya sahaja. kemudian pukul telur sehingga kembang. Anda digalakkan memukul telur td menggunakan hand mixer. Gunakan high speed terus untuk mempercepatkan pengembangan telur tersebut.Kemudian sambil memukul telur td anda bolehla memasukkan gula caster sedikit demi sedikit dan pukul sehingga kembang sehingga gula tadi hancur.

Kemudian anda masukkan esen vanila dan cuka serta tepung jagung tadi.Kemudian kacau sekali lagi sehingga meringue tersebut betul-betul gebu.



Meringue yang elok dan jadi adalah apabila ianya kembang dan gebu. jika warnanya putih berkilat bermakna meringue anda benar-benar menjadi.Meringue yang terbaik adalah ianya tidak jatuh meleleh apabila kita telangkupkan bekas adunan itu.



2. Kemudian cedok meringue tersebut dan letakkan diatas papan kek.


3. Sambil itu, anda bolehla memanaskan oven selama 15 min dalam suhu 130 darjah celsius. Setelah itu anda boleh lah memasukkan meringue tadi kedalam oven dan dibakar selama 1 jam.


4. Setelah meringue tadi masak dan berwarna keemasan, anda bolehlah menutup suis dan biarkan meringue td sejuk sebelum dikeluarkan. Bagi anda yang menggunakan oven bersaiz kecil macam saya ni, saya sarankan setiap 15 min anda jenguk la meringue anda dan pusingkan meringue tersebut bagi memastikan keseluruhan permukaan meringue tadi benar2 masak dan rangup. Meringue yang merekah tu bermakna meringue sudah mulai masak.

5. Setelah sejuk anda boleh keluarkan meringue tadi dan meletakkan topping diatas permukaan meringue tersebut. Disini, whipped cream digunakan untuk membuat topping.Saya gunakan whipped cream readymate yg dijual dalam botol.Kalo anda xtahu ape itu whipped cream. Whipped cream adalah krim yg biasa digunakan untuk buat ice blended tu.yg sembur tu..tau x? huhu..



6. Kemudian anda bolehlah hiaskan buah-buahan yang masam keatas whipped cream tadi. Anda boleh letakkan strawberi atau kiwi untuk neutralize kan rs manis pavlova dan masam buah..Tetapi disini saya gunakan lebihan fruit coctail masa buat triffle tu sebabnya saya malas nak keluar pi beli strawberi. boleh? hehehe..

Pavlova yg siap... jeng jeng jeng...


Pavlova ni rasanya manis. Rangup diluar dan sgt chewy di dalam. SELAMAT MENCUBA ;)

3 comments:

  1. sedapnya memang gedebom......mewah dengan whipping cream.....aduh bilalah dapat merasa nie....

    ReplyDelete
  2. mun : try la buat di rumah..lagi puas hati tau heheh

    ReplyDelete
  3. wah....best best,,,leh jual ni..macaroon laks?:P

    ReplyDelete