TABUNGAN

Wednesday, November 9, 2011

caramel triffle eva

Bersiaran kembali tetapi kali ini aku nk tepek sedikit resepi caramel triffle. ok ni sume gara-gara rakan-rakan blogger sana sini dok tepek resepi so akak pun nak la jugak kan hehehe. triffle ni aku namakan caramel triffle eva sempena nama anak buah aku iaitu raina evaqairina. ko hado?

cuti raya aidiladha yang lepas aku memang dh booking awal2 dapur ibu. Macam2 misi masterchef aku nak lakukan. memang seronok sangat which is aku mmg suka mencuba apepun resepi walhal aku bukanya nak makan sgt tetapi aku rasa puas bila berjaya memasak sesuatu resepi + dengan memasak pun kita boleh melupakan sebentar segala masalah terutama sekali masalah kerja bertimbun yang tak pernah abis kan.

ok2 tak mau celoteh panjang lagi jom kita tengok ape agaknya resepi triffle ni. So para surirumah,isteri-isteri,ibu-ibu,bapak-bapak sekalian boleh la mencuba resepi ni. simple dan mudah saje.Antara bahan-bahan yang perlu ada ialah:-

-1 tin susu cair
-7 sudu tepung kastad
-kek (ha yg ni aku beli kek siap je..senang)
-1 tin coctail fruit
-1 paket serbuk jeli

Cara membuatnya :-

1. kita potongkan kek dan susun kedalam bekas. disini aku gunakan bekas kaca transparent sbb nak nampak cantik. so boleh tgk layer by layer. Kalo nk sedap beli la kek gulung.tapi waktu ni aku guna kek span perisa pandan sebabnya dah tak sempat nak mencari kek gulung so guna aje la ape yg hado..


2. Kemudian masukkan 1 tin susu cair ke dalam periuk dan masak dengan api yg perlahan. yg ini adalah proses membuat caramel.ingat, susu ni kene sentiasa dikacau tau.kalo x nnt dia akan hangit. then, masukkan 7 sudu tepung kastad. ha yg ni masa korang nk cedok tepung guna sudu tu jgnlah membukit tau. biar dicedok rata.sbb ape,kalo terlebih tepung kastad, takut caramel korang akan keras.

caramel yg likat dan kilat tu tanda ianya dh masak
3. kemudian setelah caramel tadi masak bolehlah di tuang keatas kek yang kita susun td tu.

dan diratakan serta mampatkan lapisan kek dibawah tadi . Biarkan sejuk seketika.


4. Taburkan coctail fruit keatas lapisan caramel tadi.Pastikan korang masukkan coctail fruit sahaja ya. jangan pula korang masukkan sekali dengan airnya. karang banjir pulak caramel korang tu hehhe.
5. Then, korang bolehlah bancuh serbuk jeli dengan air panas. janganla letak byk air kang cair pulak jeli korang nanti. korang agak2 la ye.

korang juga boleh gunakan jeli perisa lain ikut selera tekak masing2 k


6. Seterusnya bancuhan jeli tadi bolehlah dituang keatas triffle kita tu dan bolehla disejukkan kedalam peti ais sehingga jeli tadi beku.


tadaaa...dah siap. triffle ni dimakan sejuk mmgla sangat heaven ya.Selamat Mencuba ;)

caramel triffle eva

agak2 boleh masuk masterchef x?

11 comments:

  1. yeaay! tq dhila.. dah lama cari cara2 nak buat triffle ni step by step.. recipe ada, tp xberani buat sbb xde keterangan secara step by step yg detail... nak cube la.. hehehe.. tq Dhila!

    ReplyDelete
  2. atikah: selamat mencuba ya..semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  3. kaklong: hahaha..ko la pulak buat.aku tukang rasa

    ReplyDelete
  4. mmg kena cuba ni,sy suka org kongsi resepi tunjuk step by step..nampak ikhlas je nk ajar....thanks 4 the resepi ;p

    ReplyDelete
  5. sedapnyer....da lame xbuat trifle...nnt nak buat jugak la:)) (aidajon)

    ReplyDelete
  6. pn.ibu: tq ya..sy mmg ikhlas nk share dgn kwn2 uhuk uhuk..selamat mencuba ya :))

    ReplyDelete
  7. senangnya..ni rasa mcm nak wat je..

    ReplyDelete