TABUNGAN

Monday, October 17, 2011

tragedi 16 oct

Petang ahad yang lepas selepas suami pulang dari keje jam 2 petang, dia menyuruh aku bersiap-siap untuk keluar. Memang jadi kebiasaan jika suami x letih dia suka bawak isteri dia ni keluar. Setelah selesai makan di gerai nasi campur kakak murah di setapak, suami bertanyakan pada aku destinasi mana lagi yang nak dituju. Aku dengan pantas menjawab nak pegi sri pentas 2 sebab aku nak sangat tgk live konsert pertama vokal bukan sekadar rupa. Suami aku mmg on je. dia mmg xde masalah tetapi waktu tu masih awal lagi so suami buat kepeutusan nak lencong ke the curve dulu. Memang the curve ni jadi destinasi wajib saban minggu untuk kami berdua.

Bila sampai je dekat the curve macam biasa la kami dok cuci-cuci mata. Selepas penat cuci mata aku mengajak suami makan hot dog ikea. Aku suka makan hot dog ikea ni sbb harganya sgtla murah ditambah pula karipap panas yang sgt2 sedap bersama air yang boleh direfill banyak kali (itu yg penting ..heheh).

Sedang makan sambil berdiri dan berborak dengan suami (sedia maklum ikea dh x sediakan kerusi untuk makan) aku terdengar siren kereta polis yang sangat kuat. Aku bgtau suami tapi dia kata 'ala..besela tu'. Tetapi bila kereta polis tu semakin dekat aku terdengar polis tu bercakap menggunakan pembesar suara 'berhenti...berhenti...' .Aku terkejut dan bagitau suami lalu suami menoleh dan terus berlari keluar untuk tengok apa yang berlaku. Waktu tu aku tengok orang ramai dah bertempiaran lari menuju ke tepi jalan depan the curve. Aku pun dengan pantas keluar dari ikea juga.

Waktu aku keluar dari ikea tu aku ternampak sebuah kete waja dah tersangkut kat tgh2 divider jalan dan aku nampak polis tengah mengejar seorang lelaki dan polis tu menjerit ' tangkap lelaki tu..tolong tangkap lelaki tu'. Aku nampak suami aku dan beberapa orang lelaki lain berlari mengejar suspek tersebut.Suami cuba menendang suspek supaya suspek jatuh namun tak berjaya. Suspek berlari begitu pantas dan berlari di hadapan aku. Waktu tu aku cuba membantu dengan menarik baju suspek tersebut tapi dia lari sangat laju. Suspek berlari sambil memegang sebuah beg porch berwarna hitam. Aku fikir beg tersebut adalah beg yang berjaya diragut.Mungkin.

Dalam pada itu, polis berperut agak bulat itu dah tercungap-cungap mengejar sambil menjerit ' tolong..kamu semua disana..tangkap lelaki tu' . suspek yang berlari tadi cuba berlari masuk ke dalam the curve tetapi terjatuh setelah dikejar dan ditolak oleh orang awam. Selepas terjatuh itu orang awam membelasah suspek tadi sehingga berjaya ditangkap oleh polis. Aku bergegas berlari ketempat suspek dibelasah tadi untuk ambil gambar. Berderau jugak aku waktu tu Dah macam ala-ala wartawan gitu.

Aku x pasti motif ape suspek tadi dikejar polis. Dari rumours yang aku dengar suspek kemungkinan merompak dan kereta yang dipandunya didalam keadaan yg mencurigakan.
Setelah suspek berjaya ditangkap polis mengucapkan terima kasih kepada semua menggunakan pembesar suara, ' Terima kasih semua...Terima Kasih rakyat Malaysia' dan orang awam yg menyaksikan kejadian tersebut semua bertepuk tangan.Dah macam pertunjukkan pun ada taw..

tak dinafikan ye rakyat Malaysia mmg prihatin kan.. 1st time kejadian macam ni berlaku depan mata sendiri. Dah macam dalam drama gerak khas pulak.

wajah suspek

kereta suspek yg tersangkut kat divider


polis sedang memeriksa kereta suspek

polis dan orang awam sedang mengangkat kereta suspek
(yg baju belang hijau tu la en.suami yg turut membantu)

6 comments:

  1. wooo...hebatnya dila ngan en.suami....tgk muka suspek tu mcm indon je...indon ke?

    ReplyDelete
  2. iman umi: nk kata xtau la.rasanya melayu sebab ms lelaki ni jerit dia xde slang indon pon. xpastila kt..

    ReplyDelete
  3. ish...aku mmg geram la tgk muke org jahat tu..mmg muke jahat.nsib beik dpt bantuan abg kem dgn org ramai tngkap mamat tu.klu hrapkan polis xterkejar kot kan..sengal nye mamat.nyusahkan org je idup,

    ReplyDelete
  4. i suka tang org ramai membelasah suspek.. kalo leo ada ngan dhila.. leo pun turut gi belasah mamat tuh.. ekekkek

    ReplyDelete
  5. ain: aah super ganas muka penjahat tu.muka cam indon tp xpasti la..mmg menyusahkan org ramai.

    ReplyDelete
  6. leo: hehehe..x pasal2 suspek kene belasah free2 dr org ramai

    ReplyDelete