TABUNGAN

Saturday, June 18, 2011

lepas lalu


Asam garam hidup tak boleh lari dari melakukan kesilapan tapi ada juga segelintir manusia yang lupa erti kemaafan. ”Secantik mana rupa yang ada, sehebat mana kereta yang diguna takkan sama nilai sebentuk rasa hati’. Kehkehkeh!

Aku dan kau sememangnya berlainan ”kau di tebing aku di alur” tapi jangan lupa kita semua sama. Tetap hanyut apabila embun mengaburi tepian sungai. Wahhh, berpuitis pulak dah! Kehkehkeh! Yes! dia salah, mereka salah, kamu salah aku salah kerana hidup ini tiada siapa yang sempurna.

Lumrah hidup ”bila hati disakiti, yang menang itu yang dicari meninggalkan tahi dicelah kaki” Tapi mungkin kita lupa tiada yang betul bila kita ini umpama membuka kulit kerang ”dipecahnya dua untuk mendapat isi yang belum pasti” dan mungkin kita lupa manusia ini hidupnya seperti roda, jangan difikir hidup ini sentiasa diatas dan bongkak seperti satu hari nanti roda kehidupan kau tidak akan jatuh dibawah.

:.madah petang sabtu.:

kredit to : darkman.com




1 comment: