TABUNGAN

Friday, May 7, 2010

Cinta buat ibu

" ibu sayangkan anak-anak x pernah ade beza-beza pun. bagi ibu korang adik-beradik ni sama je. kasih sayang ibu pada korang xde kurang xde lebih.kalo korang nk makanan yg dalam mulut ibu ni pun, ibu sanggup luahkan bagi korang asalkan korang anak-anak ibu ni gembira.itu dah cukup bagi ibu"

itula antara kata-kata ibu yang x akan aku lupa sampai bila-bila. sungguh aku x akan lupa.

sempena hari ibu yang bakal berlangsung 9 mei nanti, aku buatkan satu entry khas buat seorang insan yang paling aku sayang dalam dunia ni.

ibu..

angah sayang sangat kat ibu. angah sanggup berkorban asalkan angah dapat gembirakan hati ibu. kadang-kadang bila angah dilanda masalah, angah mesti teringatkan ibu. angah x sekuat ibu. ibu wanita hebat.ibu lalui pelbagai dugaan besarkan kaklong,angah dan bani. walaupun ibu susah tapi ibu tetap cekal besarkan kami. Mampukah angah jadi sekuat dan setabah ibu?

moment paling indah ibu bersama raina masa beberapa hari raina dilahirkan. (aku suke pic ni..bagi aku pic ni ade moment tersendiri)


ibu..

sekarang angah dah kahwin.angah dah punya tanggungjawab serupa ibu dan baru kini angah tau betapa besarnya tanggungjawab menjadi isteri. ibu sumber inspirasi angah. ibu bekerja dari siang hingga malam. sampai di rumah ibu masih melakukan kerja-kerja rumah. angah nampak ibu letih dan kadang-kadang terlalu letih ibu hanya tidur beralaskan lengan. dan kadang-kadang ibu x tidur semata-mata nk temankan kaklong dan angah bersembang.ibu wanita hebat.


ibu dan ayah di hari perkahwinanku



ibu..

angah sedih bila tengok uban di rambut ibu yang makin banyak. angah sedih bila tengok kedut di bawah mata ibu. angah sedih bila tengok berat badan ibu yang mula menyusut.walaupun ibu makin berumur tapi ibu lah yang paling cantik..paling kuat..paling indah di mata angah.ibu SUPERWOMAN untuk angah.

ibu wanita paling cantik bagi aku


Sempena hari ibu ni angah nak ucapkan SELAMAT HARI IBU buat ibuku, Pn.Mesiah bt Abd.Hamid. cinta angah pada ibu adalah cinta paling hebat dan kasih sayang angah pada ibu xkan berubah walau sebesar zarah sekali pun. I LOVE U IBU...

Selamat hari ibu juga buat kaklong a.k.a mama raina yang bakal menyambut hari ibu buat kali pertama.moga kaklong dapat menjadi mama yang terbaik di kalangan yang terbaik sekaligus mendidik raina menjadi manusia berguna. sayang kaklong dan raina..gula-gula hati ummi ngah.



kaklong a.k.a mama raina evaqairina


p/s: Selamat hari ibu juga pada mommy to be pn.ain, pn. aziyana, pn.hanie, pn.aisha, pn.linda , pn.kai dan sume blogger yang bakal menjadi ibu.

Selamat hari ibu buat mama khalish(intan), mama kysh (zuris) mama alia kaiyisah , mama eisya (pn.dayu) mama zariff (pn.nano),mama adam rizqi (aan) dan sume blogger yang bakal menyambut hari ibu ni.

19 comments:

  1. alololo...terima kasih dhila. terharu tau. :)

    ReplyDelete
  2. sedih la dhila..bce entry ko ni..nnti kim salam kat mak ko k.

    ReplyDelete
  3. ain: aku pun sedih masa menaip td..ok nnt aku sampaikan. selamat hari ibu buat ko k as a mommy to be..take gud care k

    ReplyDelete
  4. meleleh air mata aku baca entry ini. aku baru ingat nak wat entri ttg ibu masa tgh drive td terfikir2 nak wat entri ini tp tggu laa nak cari idea dulu.

    bai aku smlm kan baru nak sms minta gmbr ibu dukung raina mcm kecik tu tup2 ko dah publish. aku pun suka gmbr tu. ibu mmg wanita dan heroin paling hebat dlm hidup aku. tak percaya? tgk gaji ibu yg berganda2 dr gaji anak2 dia ni. hihihi. punya ibu kuat keja kan?

    ReplyDelete
  5. kaklong: wahhh panjang nye komen ko.heheh..ye ibu mmg wanita paling hebat milik kite sekeluarga. xde galang gantinye..selamat hari ibu juga buat ko..moga jadi mama terbaik buat raina

    ReplyDelete
  6. sebak bace post ni..:)

    ape pon selamat hari ibu juga buat semua ibu2 yer!

    ReplyDelete
  7. farhana: hye farhana..selamat hari ibu

    ReplyDelete
  8. ohh terharunye bace entri ni :)
    mmg tak ternilai kan jasa seorang ibu, kadang2 kite sbg anak terlupe pengorbanan dan kekuatan dorang :)

    p/s: ohhhh sgt terharu dgn ucapan slamat hari ibu yg pertama diucapkan kat hanie hehe. Thanks dhilla. insyaallah, akan dtg...dhilla pulak akan merasainya :)

    ReplyDelete
  9. hanie: itula kekuatan seorang ibu ni mmg tiada tolok bandingnye..

    ucapan selamat hari ibu tu mmg khas buat blogger mommy to be yg x putus2 sudi membaca blog dila yg x seberapa ni. take care hanie n baby..

    ReplyDelete
  10. Terharu baca entry ni. Sampaikan salam Aishah untuk ibu Dhila okeh?

    Terima kasih atas ucapan Hari Ibu. Rasanya macam lambat lagi. Anyway, thanks ye Dhila.

    ReplyDelete
  11. alahai....terharunya dhilla.
    ur mum must be proud of u :)

    btw..thanks

    ReplyDelete
  12. zuris: hye zuris..tq n happy mothers day to u

    ReplyDelete
  13. slamat hari ibu dhila..insyaAllah suatu hari nnt dhila akan dpt title ibu..terima kasih jugk atas wish

    ReplyDelete
  14. aziyana: selamat hari ibu aziyana..terima kasih

    ReplyDelete
  15. Dhila, mmg lainla muka K.Long dgn muka Dhila.

    ReplyDelete