TABUNGAN

Wednesday, October 21, 2009

cyst & endometriosis

contoh cystademas



Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.



Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.



Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.



Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.



Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.



Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.



Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.



Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.



Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.



Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
· Sakit perut
· Rasa perut penuh dan tak selesa
· Rasa berat pada ari-ari
· Sukar atau kerap kencing
· Sakit semasa hubungan seks
· Muntah dan loya.



Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.



Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.




endometriosis

Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.



Rawatan pembedahan
Sekiranya ubatan tidak memberikan hasil yang memuaskan, doktor akan menyarankan pembedahan seperti endometrial ablation. Pembedahan cystectomy disarankan kepada mereka yang mengalami endometriotic cyst.





21 comments:

  1. salam dhila.
    sye pon ade cyst jugk,
    tuh pon sye dpt taw mase cekup mengandung buat kali pertama, kire 1st dy nk buat buku merah.
    pengalaman sye mase kt hospital kerajaan masa tu amat menyakitkan hati.
    sye sedih sgt, tkot pon same.

    last decide suami isteri pergi private.
    alhamdulillah doc tuh baik sgt.
    doc ckp, cyst sye ade air.

    ReplyDelete
  2. chik star : jika x silap sy cyst air ini dipanggil corpus leteum.ianya x merbahaya sgt krn ia boleh pecah sendiri atau dgn bantuan ubat. alhamdulilah kamu dah mengandung.jaga baik2 kandungan kamu ye..

    saya hny dapatkan rawatan di hukm.saya doakan kamu dan kandungan sihat2 saje ye..

    ReplyDelete
  3. yela dhila, doc pon ckp cmtuh, dia akan mengecut dengn sendri, tpi sye rase takut sgt. sebb doc jugk bgtaw klo die xkn kecut, ade kemungkinan sye kene jlni pembedahan.

    agaknye klo sye xpregy, smpai bile pon sye xsedar sye ade cyst ni. sebb langsung sye xder simptom.

    dhila, semoga awak cepat sembuh ye.
    jgn skip mkn ubt.
    :)

    ReplyDelete
  4. chikstar: sy ade wat research pasal cyst ketika preggy. dia kata jika perlu operate tidak akan berbahaya pada janin tetapi bergantung kepada tahap fizikal seseorng tu jugak.

    apepon same2la kite doa moga semuanye selamat..

    ReplyDelete
  5. hurm..saya tak faham..adakah saya juga mengidapi salah satu yang disebutkan diatas..

    ReplyDelete
  6. sy baru menjalani pemeriksaan ultrasound.Dr dapati ada ketulan cyst di knn dan kiri ovari saya.bolehkah cyst menyebabkan pyakit endrometriosis?symptom byk samela..risau..

    ReplyDelete
  7. saya juga disahkan ada cycst. saya x dtg period dekat 3 mggu. tengah tunggu doc bagi date untuk operate.masaalahnya mmg x de period ke sampai operation date.tak pe ke sbb takut jadi lain pulak.tggu operate hosp.kerajaan kan lambat.

    ReplyDelete
  8. saye ade cyst pade 2 belah ovari..endometriosis..31 hb ni saye akan wat open cystectomy kat hospital serdang..tp saye belum berkahwin..baru bertunang..sedih sangat.dan saye pelajar tahun akhir di UKM. semester ni saye sedang menjalani perkuliahan dan bakal menduduki peperiksaan. sy sedih.

    ReplyDelete
  9. 2wiks ago sy bru found out yg sy ade cyst..
    3.5cm dn doc ckp nk operate if exceed 4cm..
    tp sy xnk operate..sy nk cuba mkn ubt dlu..
    sy da kwen almost 7months..wlupun agk bru lg, tp for me utk tempoh 7bln utk kami suami istri yg duk bsame2 agk craving to get a bby..
    stiap bln sy salu sgugut yg teruk..

    ReplyDelete
  10. salam...
    juz nk share..on 11/11 sy dh selamat menjalani operation buang cyst ni...agak besar and its abt 2kg (doctor said)..terkezut gak la tgk photo cyst sy tu..sbb sgt besar..cyst tu ade kt kiri n kanan..sy mmg tk de simptom..in fact my period as usual every month..1 week before operation je sy mcm rase xselesa dan berat kt ari2..now doctor bg pil hormon utk stop period abt 6 month dlu..after that my period akan mcm biase balik..tp tu la...next yr bln 6 nak kawen..tunang xtau lg masalah sy...doctor pun advised klu bole jgn preggy dlu for 2 yrs..camner ek nk explain kt tunang...

    ReplyDelete
  11. sy mempunyai penyakit menerogia.sy hanya dtg period 6 bln skli..tp bila sya period darah keluar hingga sy anemia..baru-baru ni doktor mengesahkan sy mempunyai ovarian cysts di bwh ovari kiri sy.sedangkan 3 thun lepas sy telah membuat scan di hospital,doktor kata cysts sy dh tiada...doktor kt cysts sy ni tumbuh balik...sekarang sudah 4 minggu sy period...adakah ini disebabkan cysts sy ini...
    i'm so worried sbb adakah ia memberi effect kpada diri kerana sy ada cysts dan pada yg sama sy masih bleeding????

    ReplyDelete
  12. sy rasa sy cam ade cyst la... tanda2 2 sume sy alami. mmg tringin nk jmpa dr.. p x tau nk ckp cmner. ade sesape leh bg maklumat. sblum ni sy dh g klinik, katanyer hanya owg dh kawen j de ubatnyer.. tol ker? xkan owg bujang xleh wat pe2?

    ReplyDelete
  13. saya dkesan ada cyst ms checkup 1st day nk buat buku merah kt klinik gov.
    ms doc tekan perut utk ultrasound tu mmg sakit...
    doc kata cyst sy ni jenis air...
    dia refer sy ke doc pakar.
    tp,benarka ianya membahayakan?

    ReplyDelete
  14. saya dkesan ada cyst ms checkup 1st day nk buat buku merah kt klinik gov.
    ms doc tekan perut utk ultrasound tu mmg sakit...
    doc kata cyst sy ni jenis air...
    dia refer sy ke doc pakar.
    tp,benarka ianya membahayakan?

    ReplyDelete
  15. Kwn sy br cite psal die kena cyst endometriomas. tu yg trus google tu. mmm... rmai rupanye kne pnyakit ni. tkutnye :( kpd yg diuji tu.. sabar ye. ujian diberi hnya kpd hmbaNye yg kuat.

    ReplyDelete
  16. Tоday, while I was at ωork, my ѕіstег stole my iPad and tеsted
    to sеe if it can suгvive a fortу foot ԁrop, juѕt sο she cаn bе a
    yоutube ѕеnsation. Ϻу аpple ipad іs now brоκen аnd she has 83 ѵiewѕ.
    I know thіs is entirely off topic but I hаd to sharе it ωith someone!


    Rеview mу homеpage - earn money uploading videos

    ReplyDelete
  17. Hi there to all, for the reason that I am genuinely keen of
    reading this website's post to be updated regularly. It contains good information.

    My weblog; wood plans for free

    ReplyDelete
  18. sy disahkan ada ovarian cyst, ianya dikesan ketika sy keguguran akhir thn lps. skrg ni masih dlm pntauan dr. sy diberiksn pil perancang utk bantu kawal n kecutkan cyst tu selama 3 bln. sedihnya sebab belum boleh lagi nk cuba conceive kali kedua. ada sesiapa boleh bagi nasihat atau pndangan?

    ReplyDelete
  19. mula2 sy x tahu sy ada cyst..tp semenjak 2 bln lepas..sy slalu sakit di bhgian kiri bwh perut..dh x tahan sgt sakit..sy pegi jmp doc..lps scan..doc ckp sy ada cyst.doc ckp jgn risau.itu cyst hormon & bg ubat.slps mkn ubat tu sy x sakit lg..tp sy rs cyst 2 masih ada...

    ReplyDelete