TABUNGAN

Wednesday, February 25, 2009

sedikit motivasi buat diri




hari ini aku ade sedikit better berbanding semalam tetapi aku lebih kepada menjadi seorang yg pasif dan suka termenung. sebenarnye aku terlalu bnyk memkirkan soal keluarga dan juga soal perasaan sendiri. segala-galanye bercampur aduk menanmbahkan lagi serabut di jiwa.

aku terlalu merintih sendiri. aku ingin bebas dari segala prasangka ini. aku tersekat dan aku juga terperangkap antara 3 persoalan keluarga,kamarul dan juga hatisendiri. arghhhh....lepaskan aku dr sume bende yang mengusutkan ini.

aku benci sume titik-titik hitam kehidupan ini. aku memerluka warna-warni yg dapat menceriakan aku.fahamilah perasaan aku,ketahuilah rasa hatiku..
aku perlu sedikit motivasi dan muhasabah diri agar diri dan jiwaku menjadi lebih tenang dan sabar dengan segalanye. ape ertinya hidup jika tiada bahagia yg dapat menyulam diri ini.rahsia di hati tiada siapa yg tahu... :(

aku x tau pada siapa harus ku luahkan segala. memang bakal suamiku seorang sahabat dan teman yg sedia menjadi pendengar segala luahan hati ini tetapi dia lelaki berbeza penerimaan berbanding jika kita luahkan pada perempuan yg lebih halus dan mulus jiwanya.

kata bakal suami..., dila..biarla org buat kite.biarlah kita jadi pemerhati dan pendengar kerana berdiam diri itu lebih baik agar keadaan tidak bertambah keruh. aku membalas...yela abang..dila akan berdiam diri tetap bagaimana dgn rasa hati kite? siapa yg nk amik tau? bakal suami menjawab... selagi mampu kite ubati hati sendiri,kita lakukan sendiri..sayang. aku menjawab entahla abg,,,hati dila x sekuat abg. dila x mampu nk lalui sume ni ( sambil mencium tgn abang dan menangis)

aku sayang semua...jika mati itu dapat membahagiakan keluarga,aku sanggup laluinye asalkan tiada siape yg terluka..maafkan aku jika aku melukakan hati kalian... :(

No comments:

Post a Comment