TABUNGAN

Tuesday, March 15, 2016

Wajah baru WAZE 4.0 untuk para android


Ciri -ciri baharu mula diperkenalkan untuk memberi nafas baru serta menampakkan rekaan yang lebih kemas serta relevan ke atas aplikasi penunjuk arah yang digemari ramai iaitu WAZE 4.0.
Khas buat para pengguna telefon pintar jenis android, anda kini boleh mula memuat turun aplikasi WAZE 4.0 diGoogle Play Store. Kesemua ciri baharu yang diterapkan adalah untuk memudahkan para pengguna secara optimistik di mana, pengguna mampu mendapatkan pandu arah, laporan serta berkongsi dengan lebih ringkas.


Peta Waze, menu dan sistem laporan jalan raya adalah direka untuk memberi impak kepada tahap kejelasan penglihatan pengguna. Ia secara tidak langsung menjadikan peta tidak berserabut, butang yang lebih terang dan menggunakan pin yang berwarna sebagai penanda mengikut jenis laporan.
Selain itu, aplikasi ini turut dirombak kembali dengan fokus yang lebih kuat khas untuk pemandu yang sedang dalam pemanduan. Kini, seseorang hanya perlu mengetik sekali di atas skrin paparan demi mengakses bermacam jenis ciri utama yang terdapat pada aplikasi Waze terkini. 

Walau bagaimanapun, namanya masih dikekelkan sebagai Waze seperti mana yang semua orang tahu. Perjalanan anda kini akan lebih lancar dan teratur memandangkan ia turut dilengkapi sistem ETA panel baru yang bisa menyalurkan maklumat berkenaan jalan raya kepada anda dengan lebih efisyen, hanya menggunakan satu ketik sahaja.
Bukan itu sahaja, Smart Calender pula adalah ciri yang diperkenalkan untuk sentiasa memberi amaran kepada anda supaya anda bisa sampai ke destinasi tepat pada masanya. Smart Calender akan memberi tahu anda sebarang kemungkinan buruk yang akan berlaku sehingga menjejaskan perjalanan sebelum anda meninggalkan rumah. Ia turut berfungsi untuk menghantar peringatan supaya anda bertolak pada masanya berdasarkan keadaan trafik serta jarak waktu pemanduan. Yang paling menarik, Waze 4.0 mampu menjimatkan penggunaan bateri telefon pintar anda.


Waze telah menjadi aplikasi yang paling berguna untuk para pengguna jalan raya serta berfungsi menjadi peneman setia tatkala anda memerlukan bantuan. Versi 4.0 yang wujud kini adalah merupakan evolusi nyata yang bisa mengurus perjalanan anda dengan sempurna. Aplikasi ini turut direka khas untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang komprehensif pada tahun 2016.
Waze adalah aplikasi percuma yang terdapat di hampir 160 buah negara, dalam 45 versi bahasa. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.waze.com

1 comment:

  1. For a long time i used to be usually advised I had a top notch voice for radio so I used it in navigation. In my domestic studio I recorded the same terms for the GPS app Waze. as soon as Waze is downloaded all you have to do is visit the settings and pick sound/navigation guidance

    ReplyDelete