TABUNGAN

Monday, January 9, 2012

Ostrich Farm

Lama betul x upate blog. bukan malas nk update, kalau ikutkan mmg banyak sangat nk cerita kat sini tapi bila nak mula menaip je aku rasa erm x perlu kot so tutup pc layan menjahit atau membaking.Jadi untuk entri pertama di tahun 2012 ni aku nak cerita sikit tentang aktiviti cuti tahun baru yang lepas.

Pada cuti tahun baru yang lepas aku dan suami mengambil keputusan utk bercuti di johor. Kalau ke johor sudah tentulah aku melepak kat umah sil di kota tinggi. Jadi kali ini aku beriya-iya benar nak ke ostrich farm. ini semua gara-gara adik aku yang bagitau keseronakan dia ke ostrich farm dengan kwn2 dia tu. Perjalanan dari pekan kota tinggi ke ostrich farm tu memakan masa lebih kurang 45minit jugak la.

Bila sampai ke ostrich farm ni memang seronok sebab kita bebas bersama ostrich-ostrich yang ada kat situ. Tiket masuk adalah rm12 untuk dewasa dan rm8 bagi kanak-kanak atas 2 tahun. Bagi kanak-kanak dibawah dua tahun adalah percuma.Bersebelahan kaunter masuk ada tempat makan dan makanan yang disediakan semuanya berasaskan daging dan telur ostrich tetapi harganya memangla amat cantik sekali ye..

Setiap pengunjung yang datang akan diberi penerangan tentang ostrich oleh uncle francis.Uncle ni mmg fasih dalam banyak bahasa so tiada masalah bagi pengunjung yang datang dari luar negara. Disini pihak pengelola mmg sangat-sangat welcome setiap pengunjung yang datang dan mmg kita akan rasa selesa dengan keramahan setiap pekerja yang ada disitu. Kira berbaloi la bayar rm12 tu hehe..

Jom layan gambo.




Pintu masuk ostrich farm

tiket masuk rm12 sajo

harganya mak aiii

daging ostrich ni mmg sangat lembut.aku try mkn sebatang je cukup. kalo mkn lebih rasa kembang tekak pulak sbb x biasa makan daging ostrich

telur ostrich ni mampu menampung berat manusia sehingga 130kg

ni kalau buat telur goreng mata kerbau mau seminggu x abis

baru menetas

anak-anak ostrich berumur sekitar 6 bulan

ostrich kertu

ostrich ni suka bila dipegang tang leher je.kalo korang pegang kepala dia selamatlah dia kejor korang


ostrich belakang tu tumpang enterprem jap


bagi ostrich makan. sedap x?

2 comments:

  1. syoknyer... teringin nak ke sana jugak.. waghhh sape nk tlg bawak ni

    ReplyDelete
  2. aj: mmg best tau..tp tempat dia agak terpencil sikit la

    ReplyDelete