TABUNGAN

Wednesday, September 2, 2009

alahai domam...

hye sume...
dah lame sgt rasanye aku biarkan blog ni tanpa diupdate. almkalumlah kondisi kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. alhamdulilah kini aku semakin pulih dari demam yg agak teruk.
begini..

ahad minggu lepas aku x merasakan langsung yg aku ni x sihat. ketika itu aku dirumah ibu seperti biasa aku borak2 dgn ibu n kaklong. kebetulan ketika itu, kawan ktorg si kendut pon ade same berborak. masa tu aku ok je. dalam pukul 3 ptg aku,ibu n kaklong telah ke melaka kerana menghantar adikku balik ke uitm. dalam perjalanan ke melaka tu tibe2 je aku batuk yg agak teruk n sakit dada. aku rasa pelik sbb semuanye berlaku secara tibe2. selepas menghantar adikku ke melaka, kaklong n ibu drop aku kat stesen taman bahagia sbb aku nk balik ke kl. masa dlm tren tu tibe2 je bdn aku jadi seram sejuk dan dada aku rasa sesak nafas. sampai je di stesen setiawangsa aku terus tahan teksi n balik ke rumah sbb aku dah x tahan sgt rasanye.

sampai di rumah aku terus mencapai tuala dan mandi. aku sangka bile dh mandi aku rs segar tp sebaliknye. aku terus terbaring di katil x bermaya. malam tu tepat pukul 12 aku sesak nafas. nasib baik pil ventolin mmg dah ade kat atas dressing table. aku terus telan sebiji n tido. pagi tu aku bangun dr tido badan ku rasa teramat panas dan kakiku sejuk. batuk pula semakin menjadi-jadi. aku terus ajak suamiku ke klinik.tapi kbanyakkan klinik yg kami pergi sumenye tutup sbb masa tu dah start pose. akhinye kami ke sebuah klinik india di keramat wangsa.
tetapi alangkah hampanye sbb klinik tu cume bg ubat demam biase je. malam tu aku rs sgt2 x tahan dan mengajak suamiku ke hospital ampang. masa tu aku dah x berdaya langsung. di hospital ampang, cume bagi aku nebulizer saje. mula2 sedut sekali. selepas diperiksa, nafasku tetap sempit lalu diberi sedut sekali lagi. masa sedut kali kedua tu aku dah agak aku mesti colapsed punye la sbb aku dapat rasakan dorg dah bg overdose. aku dpt agak sbb sendi2 aku dah mula menggigil. selepas dua kali sedut oksigen tu dtg seorg doktor perempuan india memeriksa ku. dia kata aku cume demam biasa dan ade bengkak di tekak.dia bg paracetamaol n suruh balik berehat. masa tu aku x larat nk cakap kat doktor yg aku dh terlalu lemah.aku betul2 frust masa tu sbb doktor tu check aku cincai je.

masa keluar dari hospital ampang tu aku terpaksa di papah oleh suami sbb aku langsung dah x leh nk bergerak sbb mungkin overdose sukatan oksigen yg diberi. masa tu aku rs nk menyumpah-nyumpah je doktor tu.dah tau bdn aku dh lemah tp dia sumbat gak oksigen tu.aku sempat ckp kat suami yg aku rs dia kene bwk pi hospital lain gak. aku dpt rs semacam je dgn badan aku ni.
suamiku bawak aku balik n berehat dulu.dia selubungkan aku n alhamdulilah peluh kuar. sangkaku bile peluh dah kuar demamku ini akan kebah tp sangkaanku jauh meleset. aku jadi makin teruk. aku muntah2. naik pedih perut ni sbb sume isi perutku kuar.minum air kosong pon muntah. masa tu aku langsung x leh tido. selepas suamiku siap bersahur pukul 5 pagi kami terus bergegas ke hukm. sampai disane terus kene amik darah n masuk air. masa tu rasa lega sikit. tepat pukul 6 pgi aku diperiksa oleh seorang doktor muda iaitu dokor hafis. baik sgt orgnye. bile diperiksa dia bgtau aku dah kene virus fever n dah ade simptom2 h1n1. ape????

aku x admit sbb baru ade simptom2 katanye. so doktor bekalkan aku dgn antiviral n cuti selama 5 hari.so selama 5 hari tu aku kene kuarantin di rumah. alhamdulilah kini aku semakin sihat dan pulih cume batuk2 je yg tinggal.

apepon terima kasih yg x terhingga kepada suami kerana menjaga ku sepanjang sakit ni. sian tgk dia sahur n buka beli di kedai je. balik keje terus lap bdn aku, watkan air pnas.suapkan ubt utk aku.aku syukur sgt. terima kasih juga wat keluargaku yg x putus2 mengambil berat pd ku n pd kwn2 yg sudi sms n call aku bertanyakan khabar.

pesanku...

kepada kalian sume, jaga la kesihatan korg. kepada yg berbadan dua tu jagala kesihatan kamu baik2 ye..memandangkan penularan wabak jahat ni so aku pesan pd kalian sume amiklah langkah berjaga2 n jaga kebersihan diri ye..

8 comments:

  1. ermm...patut la blog n FB sunyi sepi jek.Dhila take care tau.

    ReplyDelete
  2. ish.. kesiannya dhila.. demam teruk.. mujur abe sayang ada jaga.. syukur dhila dah semakin sihat. dhila jaga kesihatan.. pakai mask tau. jgn meronggeng tempat2 sesak. sekarang keadaan tak mcm dulu.. virus jahat tu dah merata2.. takut~

    ReplyDelete
  3. kaklong :bekalan mask aku pon dh abes

    ReplyDelete
  4. farhana : tq tau...tu la sepanjang sakit saya x jenguk blog n fb langsung

    ReplyDelete
  5. bell :tu la alhamdulilah sy semakin sihat skrg. mmg virus jahat kan..

    ReplyDelete
  6. dhila
    get well soon ya..
    makan ubat tau

    ReplyDelete
  7. mala : tq tau...tp sy ni kdg2 liat sikit mkn ubat heheeh

    ReplyDelete