TABUNGAN

Tuesday, February 16, 2016

Pengalaman kerja mengajar erti dewasa

Aku stop berblogging pada tahun 2102. Di kala itu, memang malas nak menulis. Mood turun mendadak seperti suhu yang hilang panasnya. Sepanjang dari 2012 sehinggalah januari 2106, macam-macam yang aku lalui dan harungi. Apa yang berlaku benar-benar mendidik aku jadi manusia. Begitu mengajar aku...

Di tahun 2012 aku masih lagi setia dengan Maybank sebagai Eksekutif kontrak. 4 tahun aku memperhambakan diri dengan secara kontrak di Maybank. Dijanjikan jawatan tetap namun musnah sehinggalah PRU 13, CEO Maybank dilantik menjadi menteri. Makin kelautlah harapan untuk diserap.


Officemate Maybank

Pada Jun 2013, aku diterima bekerja di salah sebuah syarikat yang mengendalikan media sosial. Tak perlu kot media sosial manakah yang kami kendalikan. SUMPAH! Ini syarikat yang paling best aku pernah kerja. Dari pengurusan sehinggalah staf-staf mereka yang sekepala dan ceria. Suasana kerja yang sangat kondusif. Aku cakap dalam hati yang aku nak kerja sini sampai mati. Aku sayang kawan-kawan disini. Aku selesa pengurusan dan HR yang baik hati disini. 

Staf yang lain juga begitu, tidak mahu tinggalkan syarikat ini. Begitulah resam, jika kita sudah selesa bekerja kita tidak mahu meninggalkannya malah hasil kerja yang datang dari hati menjadi ikhlas. Tipulah jika aku katakan yang aku tidak pernah stress dalam bekerja, tetapi disini ibarat kau stress macam mana sekalipun kau ada rakan sekerja yang buat kau hilang semua tu. Kira.. tak teruk sangatlah tahap stress tu. Normal la kan..mana-mana tempat bekerja mesti ada stressnya.
Semasa bekerja disini tidak terlintas sedikitpun rasa nak cari kerja lain. Aku cukup selesa dengan corak kerja, suasana dan kawan-kawan dan gaji yang diberikan. 






Officemate Legion Media

Namun betullah kata orang bahawa kita sepatutnya keluar dari zon selesa. Aku dan beberapa orang kawan terpaksa juga meninggalkan syarikat ini untuk mencari pengalaman kerja lain diluar. Alhamdulillah, kini aku telahpun memulakan perkhidmatan di syarikat yang baru namun masih lagi didalam bidang yang sama iaitu Social Media. Perbezaanya, di syarikat yang baru ini, tugas aku lebih mencabar selain menjalankan tanggungjawab sebagai penulis aku juga bertanggungjawab sebagai Web Editor dimana menguruskan SEO, satu perkara baru yang harus aku explore. Cuma tiada lagi penulisan politik, berita seperti sebelumnya. Kena lari dari corak penulisan yang formal. Rindu rasanya nak menulis politik. Rindu rasanya nak sakit kepala menulis dengan penuh fakta. 


Ex Legion Media dari kiri Dee, Farihin, Mamu, Nana & Aku

Tapi tak mengapalah, setiap rezeki itu sudah tertulis dan aku redha. Aku tetap bersyukur. Alhamdulillah, hubungan dengan kawan-kawan sekerja dulu masih tetap erat. Hidup mesti diteruskan dan aku gembira apa adanya. Kepada semua rakan-rakan, aku doakan agar kalian semua berjaya di luar sana. 


To all maybankers fren & Legioners... I always miss u

No comments:

Post a Comment