TABUNGAN

Monday, June 21, 2010

wanita aset 50 juta


semalam aku terbaca salah sebuah majalah hiburan di rumah anak buah. lalu aku terpandang satu artikel mengenai Dato' siti Nurhaliza yang merupakan artis wanita terkaya di Malaysia. beliau mempunyai aset bernilai 50 juta.


WOW..sangat membuat aku teruja..


Kalau la aset itu merupakan milik aku sudah pasti aku akan memberi sepenuh keselesaan (bukan kemewahan tetapi keselesaan) kepada kedua ibu bapa dan juga keluarga aku. bagi aku itu paling utama. kemudian aku akan beri keselesaan untuk mak mertua aku dan baru aku akan pikirkan keselesaan buat aku pula.


seterusnya aku akan bawa ibu dan ayah ke mekah dan membuat amal jariah. kata orang harta yang kita ada bukan harta milik kita selamanya jadi amal jariah itu sangat penting.


tetapi..itu hanya angan-angan kosong aku sahaja. walaupun aku x kaya tetapi aku punyai jantung hati yang sudah cukup buat aku sempurna. jantung hati aku tentu lah keluarga aku sendiri..


p/s: yang kaya janganla bongkak..

6 comments:

  1. betul tu dhila..
    selain dr mmbahagiakan keluarga dgn kemewahan yg ada..
    xlupa dgn org yg xberkemampuan..
    sedekah jariah pd yg memerlukan..

    eyh..bila la nk ade aset juta2 ni..
    ribu2 pun berat je nk duk lame lam bank..
    ahaks.. :p

    ReplyDelete
  2. Xpe la xkaya harta dunia.. biar kaya budi bahasa n akhlak kan ;D

    ReplyDelete
  3. nano: tu la ntah bila la kt nk jd kayo kan..aset byk dlm bank..wit lam bank pon nan ado je la heheheh

    ReplyDelete