TABUNGAN

Tuesday, June 29, 2010

inilah berlaku bile otak kite berkecamuk

lately aku x tau ape kena dengan diri aku. segalanya serba tak kena..serba tak menjadi dan serba kalut. Mungkin inilah berlaku bila otak kita berfikir 1001 benda dalam tempoh waktu yg sama. Jadi otak kita menjadi keliru dan tidak dapat membuat sebarang penerimaan atau pemprosesan data. ya! otak kita seperti komputer.
perkara ini berlaku pada aku, segala ape yang aku lakukan serba tak kena. segala ape yang aku pegang jatuh dari pegangan. bayangkan..aku sedang memegang gelas yg dipenuhi air lalu x semena-mena gelas itu jatuh lalu air itu tumpah tanpa aku tau ape puncanya. sudu yang aku pegang juga tersasar dari mulut aku. minyak panas didalam kuali juga tumpah dari tangan aku. segala ape yang aku taip terlalu banyak kesilapan ejaan. aku kabur..
di tesco pula, ketika sedang berjalan menyorong troli aku saban kali terlanggar orang sehingga aku di marah 'ooi buta ke!'. Demi Allah aku kabur..aku blur..aku blank.. :( aku x tau ape yang aku sedang pikirkan sehingga aku jadi kosong dan khayal dalam dunia aku sendiri.
di rumah pula, bila suami minta tolong ambilkan kicap aku bagi dia sikat. jauh sangat beza antara kicap dan sikat kan..tapi otak aku cam tidak boleh berfikir dan tidak boleh menerima ape2. bila pulang dari kerja, aku kepenatan dan aku sunyi. ya! aku sunyi sekali. suami pula sudah tentu pulang lewat seperti biasa. bila aku sunyi aku akan menatap semua gambar2 raina yang di mms oleh kaklong. bile aku lihat gambar2 itu aku runtun..aku rindu. ahhh! aku tutup hp lalu bergolek2 di atas katil seperti keresahan..
ya allah..bukan ini yang aku dambakan..
jadi sekarang aku perlu lari..lari jauh dari benda2 binawe ini..aku perlu lari dari perasan2 gundah ini..beri aku sedikit keceriaan..aku sangat ingin perlukannya.. cukuplah selama ini aku berlindung di balik cermin..aku berpura2 seolah2 aku sedang gembira tetapi sungguh aku x dapat sangkal bahawa rahsia dihati ini tiada siapa yg tau..walau jari laju menaip..walau pena tegak berdiri melakar cerita..walua bibir mekar menguntum senyum namun rahsia tetap rahsia..
minggu ini aku akan bersama kesemua cinta hati aku..moga hidup aku berbunga disitu.
kuat dila! ko boleh maa...

3 comments: