TABUNGAN

Tuesday, February 23, 2016

Inilah nama-nama Syaitan / iblis dan tugas-tugasnya yang ramai tak tahu!

Tahukah anda..syaitan/iblis juga mempunyai nama. Setiap apa yang ada dan tercipta ini kesemuanya mempunyai nama. 

Ok jom..kita ketahui apakah nama-nama syaitan/iblis ini. Semoga kita sentiasa dilindungi dari pujuk rayu syaitan yang direjam ini.

1. Zalituun – Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)
2. Wathiin – Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan – Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf – Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah – Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.
6. Masuud – Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.
7. Daasim – Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.


8. Walahaan – Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus – Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.


Jangan sesekali ambil mudah tentang air kencing..


Dalam hadist yang diriwayatkan dari Abu Huraihah ra secara mauquf, Rasulullah saw bersabda,:
” Kebanyakan siksa kubur itu disebabkan AIR KENCING.” [Shahih, HR. Ahmad dan Ibnu Majah serta dishahihkan Syaikh al-Albani dalam Irwa’ul Ghalil (280)]
Eloklah sekiranya kita baca betul-betul dan sentiasa beringat ketika nak membasuh air kencing.


Kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.


Kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu. Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.
Saya nak tambah sikit kat sini, semasa kencing, angkat kain tinggi-tinggi, lepas kencing, sila simbah kaki bersih-bersih takut air kencing terpercik dekat kaki. Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

Nak beli rumah lebih dari satu, tapi..gaji cuma RM3000 je? Jom baca untuk tahu apakah caranya

Ok hari ini, nak kongsi sedikit tentang penulisan dari Saudara Harith Faisal tentang bagaimana untuk kita membeli rumah lebih dari satu walaupun kita bergaji hanya RM3000 sebulan. Sebenarnya ini adalah perkongsian sahaja, terpulang bagi anda samada untuk menilainya baik atau tidak. Bagi aku ianya sesuatu yang menarik untuk dipraktikkan cuma perlukan sedikit masa.











Monday, February 22, 2016

RAVER - Virus budaya yang mengancam generasi kita



Ketahian apakah yang sedang melanda anak muda sekarang ini. Bila tengok pelbagai video tarian raver yang sedang menjadi viral membuatkan aku marah dan meluat. Ye..marah dan meluat kerana rata-ratanya adalah anak-anak bangsaku sendiri. Kepala aku meligat memikirkan adakah ini yang akan jadi pelapis bangsaku kelak? Adakah budaya sebegini yang perlu anak-anak dan pewaris keluargaku terima nanti. Aku jadi takut. Sumpah aku takut!

Jangankan kata tentang sedih, itu sudah tentu la. Rasanya nak lempang sorang-sorang pun ada. MashaAllah... penyakit budaya apakah yang sedang berjangkit anak-anak bangsaku ini? Dikala kita sedang berperang dengan emosi tentang ekonomi yang semakin meruncing, dikala kita sedang terkejar-kejar ingin menjana pendapatan, dikala anak bangsa lain berlumba-lumba menjadi yang terbaik tetapi sayangnya..anak bangsaku berlumba-lumba menjadi hipster dan raver yang paling agung.

MALU!



Dik..kau tau tak dunia bebas yang kau banggakan tu tak akan bawak kau kemana pun? Tak kan bagi kau senang pun? Buka la mata mu wahai anak-anak bangsaku. Kau buka mata lihat wajah orang tuamu..bersengkang mata membesarkan kamu tapi akhirnya kamu hanyut. Nauzubillah...

Bagi yang tidak tahu apa itu RAVER, baca ni:

Apakah itu raver?

Raver merupakan penari yang menarikan tarian Rave, jadi apakah itu tarian Rave?
Tarian mengikut upbeat muzik, yang dikendalikan oleh Dj club 
dengan elektrik dancing.

Tarian ini bukanlah tarian baharu malah ia telah menapak lama di Eupore yang 
biasanya ditarikan di club-club untuk berhibur tanpa batasan.

Trend Sampah di Malaysia?

Sedih! Namun remaja melayu yang banyak mengangkut budaya tak sihat ini. 
Biasanya remaja sekolah menengah sehinggakan ada guru sekolah seakan 'menghalalkan' 
tarian ini.



Kesan
Tarian ini dikenali dengan non-stop music, jadi kebarangkalian remaja 
didedahkan dengan dadah, estacy atau pil kuda adalah 
sangat besar. Ini kerana perlu stamina tinggi untuk kekal tahan menari tanpa
 henti.





Jadi adakah ianya suatu yang salah?

Pasti ada ibu-bapa/remaja yang 'kabur' mungkin melihat tarian ini tidak salah,
 namun jika tarian ala beruk ini disajikan di tepi-tepi jalan di mall besar 
seperti Pavillion , Kuala Lumpur pastinya ia mencacatkan pemandangan. 
Selain itu terdapat pelbagai tarian masuk akal yang boleh diketengahkah 
seperti inang, zapin dan tarian soblang sari.







rujukan: cari.com

Adakah fesyen kita sudah cukup muslimah? Jom tengok fesyen negara jiran kita



Baru-baru ni viral di media sosial tentang  pertunjukkan fesyen muslimah di Indonesia. Aku agak terkesan sebenarnya melihat pertunjukkan fesyen tersebut kerana seperti jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan pertunjukkan fesyen muslimah di nagara sendiri yang tercinta. Negara Indonesia merupakan negara berjiran ini sememangnya mempunyai majoriti penganut Islam.

Pertunjukan fesyen Muslimah Indonesia telah diadakan dan fesyen dan diketengahkan sangat sopan, labuh, longgar dan sejuk mata memandangnya. 






Fesyen yang diperagakan juga praktikal untuk dijadikan telekung ketika menunaikan solat. Ia sangat praktikal. Warna yang digunakan juga warna-warna pastel yang memang lembut dan cantik dilihat.

Tak nak cakap banyak sebab nanti kena kecam pula. Apapun kita seharusnya mengambil input yang positif dan membina untuk kita pelajari dan lebih meneroka. 





Friday, February 19, 2016

Betul ke sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia? Nak tau...kena baca

Kenyataan ini meragukan kerana tidak pernah dinyatakan asas sandarannya daripada Al-Quran dan hadis. Bagaimanapun, ia seolah-olah sudah menjadi fakta yang diterima ramai sehingga penerbit filem seram berani menggunakan kenyataan di atas sebagai dialog yang digunakan di dalam filem mereka.
Asas pertama yang perlu dipegang apabila membicarakan perihal jin dan malaikat ialah keimanan kepada perkara ghaib. Oleh kerana alam jin adalah alam ghaib yang terhalang daripada alam nyata. Manusia tidak boleh berbicara tentang jin kecuali mengikut neraca Al-Quran dan Al-Sunnah.

Firman Allah ;
يَا بَنِي آدَمَ لا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لا تَرَوْنَهُمْ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ
Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.(Al-Araf :27)
Hanya kedua-dua sumber itu mampu menelah dan menembusi alam jin. Sesiapa sahaja yang ingin mengutarakan buah fikiran mengenai alam jin perlu terlebih dahulu merujuk Al-Quran dan Al-Sunnah supaya umat Islam tidak berpegang kepada asas yang rapuh, tidak berasas atau disuap dengan fakta karut dan khurafat yang tidak banyak membina iman dan minda.

Kenyataan yang terlalu umum “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia” ini secara tidak langsung akan menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah SWT dan disebut kisah mereka di dalam Al-Quran. Mereka ialah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama dan akan dihisab di akhirat kelak (Al-Rahman [55:31-36]).
Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam Al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri serta takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.
Sekiranya kenyataan “sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia” ini terus dipegang, kita secara tidak langsung akan menghukum para sahabat Nabi Muhammad SAW jauh lebih jahat daripada manusia, sedangkan para ulama sepakat mengatakan para sahabat adalah adil dan baik.
Generasi awal jin ini juga diiktiraf sebagai rasul atau utusan pendakwah dalam kalangan mereka.


Firman Allah:
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالإنْسِ أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَقُصُّونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِي وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا شَهِدْنَا عَلَى أَنْفُسِنَا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَشَهِدُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَنَّهُمْ كَانُوا كَافِرِينَ
“Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini?”)
(Al-An’am : 130)
Hakikatnya, para rasul hanya diutus dalam kalangan manusia. Namun begitu, rasul dari kalangan jin dalam ayat ini adalah wakil kepada rasul atau pendakwah dari kalangan jin yang mendengar bacaan Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW(Tafsir al-Razi). Kisah mereka ini boleh didapati di dalam Al-Quran.
Sebuah hadis turut merekodkan baginda Rasulullah SAW pernah memuji para sahabatnya dari golongan jin yang begitu sensitif terhadap Al-Quran. Baginda pernah membacakan surah Al-Rahman dari awal sehingga akhir kepada para sahabat. Selain itu, para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar Al-Asqalani tidak ketinggalan menyenaraikan nama golongan awal jin bersama nama para sahabat nabi yang lain. Antara nama yang disebut adalah Zawba’ah, Al-Adras, Hasir, Khasir dan sebagainya (Al-Isabah fi Ma’rifat aAl-Sahabah).
Mungkin ada segelintir pihak cuba mempertahankan kenyataan meragukan tersebut dengan mengatakan bukti harian jelas menunjukkan jin banyak melakukan kerosakan dan kebiadapan terhadap manusia. Banyak sekali hasutan dan rasukan berlaku yang memporak perandakan hidup manusia. Sebenarnya kejahatan serta kebiadapan itu tidak hanya berpunca daripada jin, bahkan ia juga berpunca daripada kejahatan manusia.


Firman Allah SWT:
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ (٤١)قُلْ سِيرُوا فِي الأرْضِ (٤٢)فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُشْرِكِينَ
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi ini, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan). Kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.”
(Al-Rum : 41-42)

Thursday, February 18, 2016

Inilah 8 Undang-undang didunia yang tak masuk akal!


Pernahkah anda terfikir ada undang-undang tidak masuk akal di dunia ini?  Ada sesetengah negara yang mengamalkan undang-undang yang agak pelik tetapi kemungkinan pentadbiran negara tersebut mempunyai alasan kukuh mengapa undang-undang sebegitu dilaksanakan.


Ikuti undang-undang paling gila di dunia ini :
  1. Di Switzlerland, mengepam tandas di sebuah apartment selepas pukul 10 malam adalah salah di sisi undang undang
  2. Di Singapura, salah di sisi undang-undang jika menjual dan memiliki gula-gula getah
  3. Di Scotland, jika seseorang mengetuk pintu rumah dan memerlukan penggunaan tandas, korang perlu benarkan
  4. Di Arkankas, anjing tak dibenarkan menyalak selepas pukul enam petang
  5. Di United Kingdom dilarang menjual sayuran di hari minggu dan Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
  6. Di Washington dilarang menyusui anak di tempat awam.
  7. Di Swiss dilarang berkebun di hari minggu.
  8. Di Hawaii, anda tidak dibenarkan untuk meletakkan syiling di telinga anda

Itu negara luar, kalau di Malaysia sendiri macam mana?
Tepuk dada tanyalah selera....