TABUNGAN

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Thursday, March 10, 2016

Pecah Tembelang! Lelaki viral jaga kekasih koma PENIPU



Dalian, China: Tembelang seorang kekasih 'sempurna' akhirnya pecah apabila teman wanitanya sendiri mendedahkan teman lelakinya sendiri yang menyebabkan dia koma selama lapan bulan.

Liu Fenghe, 25, berikrar untuk menjaga dan setia di sisi kekasihnya, Lin Yingying, 22, setelah Lin koma akibat cedera parah di kepala pada 2014.

Kisah Liu menjadi viral dan mendapat perhatian media tempatan sehingga ada yang memanggilnya sebagai "model kekasih". Difahamkan, Liu menggunakan wangnya dan juga turut meminjam wang dari rakannya untuk membiayai kos rawatan kekasihnya itu.



Namun semuanya terbongkar setelah Lin yang sedar pada Mei tahun lalu baru-baru ini mendedahkan penyebab sebenar dia koma adalah kerana dibelasah oleh Liu.

Selain itu, Lin juga turut berkata Liu turut beberapa kali mengugutnya.

Laporan dari Telegraph menyebut, Lin sudah sedar 10 bulan lalu, namun tidak menamakan siapa yang menyerangnya kerana terlalu takut dengan akibat yang bakal menimpanya.

Lin mendakwa Liu menjaganya selama 8 bulan disebabkan rasa bersalah dan bukannya cinta.



Setelah mengetahui perkara itu, Bapa Lin kemudian membuat laporan polis.

Pasangan tersebut menjalankan perniagaan bakeri dan Lin mendedahkan dia dipukul selepas bertengkar mengenai roti yang dibakarnya hangus. 


Kredit: Siakapkeli.my

Monday, February 22, 2016

RAVER - Virus budaya yang mengancam generasi kita



Ketahian apakah yang sedang melanda anak muda sekarang ini. Bila tengok pelbagai video tarian raver yang sedang menjadi viral membuatkan aku marah dan meluat. Ye..marah dan meluat kerana rata-ratanya adalah anak-anak bangsaku sendiri. Kepala aku meligat memikirkan adakah ini yang akan jadi pelapis bangsaku kelak? Adakah budaya sebegini yang perlu anak-anak dan pewaris keluargaku terima nanti. Aku jadi takut. Sumpah aku takut!

Jangankan kata tentang sedih, itu sudah tentu la. Rasanya nak lempang sorang-sorang pun ada. MashaAllah... penyakit budaya apakah yang sedang berjangkit anak-anak bangsaku ini? Dikala kita sedang berperang dengan emosi tentang ekonomi yang semakin meruncing, dikala kita sedang terkejar-kejar ingin menjana pendapatan, dikala anak bangsa lain berlumba-lumba menjadi yang terbaik tetapi sayangnya..anak bangsaku berlumba-lumba menjadi hipster dan raver yang paling agung.

MALU!



Dik..kau tau tak dunia bebas yang kau banggakan tu tak akan bawak kau kemana pun? Tak kan bagi kau senang pun? Buka la mata mu wahai anak-anak bangsaku. Kau buka mata lihat wajah orang tuamu..bersengkang mata membesarkan kamu tapi akhirnya kamu hanyut. Nauzubillah...

Bagi yang tidak tahu apa itu RAVER, baca ni:

Apakah itu raver?

Raver merupakan penari yang menarikan tarian Rave, jadi apakah itu tarian Rave?
Tarian mengikut upbeat muzik, yang dikendalikan oleh Dj club 
dengan elektrik dancing.

Tarian ini bukanlah tarian baharu malah ia telah menapak lama di Eupore yang 
biasanya ditarikan di club-club untuk berhibur tanpa batasan.

Trend Sampah di Malaysia?

Sedih! Namun remaja melayu yang banyak mengangkut budaya tak sihat ini. 
Biasanya remaja sekolah menengah sehinggakan ada guru sekolah seakan 'menghalalkan' 
tarian ini.



Kesan
Tarian ini dikenali dengan non-stop music, jadi kebarangkalian remaja 
didedahkan dengan dadah, estacy atau pil kuda adalah 
sangat besar. Ini kerana perlu stamina tinggi untuk kekal tahan menari tanpa
 henti.





Jadi adakah ianya suatu yang salah?

Pasti ada ibu-bapa/remaja yang 'kabur' mungkin melihat tarian ini tidak salah,
 namun jika tarian ala beruk ini disajikan di tepi-tepi jalan di mall besar 
seperti Pavillion , Kuala Lumpur pastinya ia mencacatkan pemandangan. 
Selain itu terdapat pelbagai tarian masuk akal yang boleh diketengahkah 
seperti inang, zapin dan tarian soblang sari.







rujukan: cari.com