TABUNGAN

Tuesday, January 4, 2011

Kenapa wanita mudah menangis?


Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita/isteri/ibu mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."

"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan mengerti"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.

"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Monday, January 3, 2011

Nisa dalam kenangan

kenangan bersama baby nisa (baby yg berdiri atas sekali) ketika jalan2 di ikea.pic awal tahun 2010.* aku xde dlm pic ni sbb aku tukang snap gambo.

31 disember 2010 aku ade agenda dengan kaklong untuk bawa raina jalan-jalan di ikea. Macam biasa aku akan naik tren ke taman bahagia menunggu kaklong disana. dalam perjalanan ke taman bahagia aku dapat sms dari kaklong. sms yang di forward dari kak mira. kak mira adalah kawan kaklong merangkap kawan aku juga. Sms tersebut buat aku terkejut,terkesima dan rasa nak gugur air mata masa tu jugak. Sms yang berbunyi 'doctor decide to stop any medicine to nisa.doctor confirm is nisa brain dead'. Macamtu la lebih kurang bunyi sms tu sbb aku x berapa ingat dan dah delete sms tu dari hp aku sebab aku x sanggup nak baca sms lagi. serius aku sedih.

Demi Allah aku terkejut sangat dapat berita tu sebab aku langsung x tahu yang baby nisa sedang dalam kesakitan walau aku ade facebook kak mira tetapi aku langsung x sedar setiap perkembangan. Ya Allah ape la aku ni kan. Lantas bertubi-tubi sms aku balas pada kaklong bertanyakan perkembangan baby nisa. Aku x sanggup nak dengar berita yang tidak enak.

Sesampai sahaja di stesen lrt taman bahagia terus aku ke kereta kaklong yang memang dah menunggu aku kat situ. Bile jumpa kaklong x henti-henti mulut aku bertanyakan tentang baby nisa dan x putus-putus aku berdoa moga baby nisa cepat sihat. Setiap kali memandang wajah raina pasti aku teringat nisa. Walaupun jarang berjumpa tapi aku kenal sangat pada baby nisa dan keluarganya.

Pada petang 31 disember 2010, sekali lagi aku dikejutkan dengan satu sms kak mira kepada kaklong mengatakan 'nisa safely return to Allah at 4.30pm'. Ya Allah aku rasakan macam panahan petir.Terus sebak dada aku dan rasa menggeletar seluruh badan. Jika berat berita yang didengar apatah lagi kak mira dan suaminya untuk menghadapi semua ini.

Sungguh sehingga ke hari ini aku masih lagi tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada arwah baby nisa. Menurut kaklong, baby nisa admit di SDMC hampir seminggu kerana cirit birit,muntah-muntah dan kena sawan. Menurut kak mira mungkin ade benda yang tidak elok dimakan oleh arwah baby nisa di nursery.

Aku berharap sangat2 kepada nursery2 di Malaysia ni seupaya prihatin la terhadap keselamatan anak-anak kecil yang dijaga di nursery anda. Terlalu banyak berita tentang kelalaian pihak nursery. Janganla ada lagi korban nyawa yang tidak diingini. Sesungguhnya anak kecil tidak betah atau tidak mengerti apa-apa. Korang dah amik duit tetiap bulan dari ibu bapa jadi lakukanlah amanah ini dengan sebaiknya umpama korang menjaga anak-anak korang sendiri.

kepada kak mira dan juga abg azmer..diharap bersabar dan redha dengan ujian Allah. Nisa pasti menunggu anda di syurga. Nisa..kami sentiasa merinduimu.

Penutup 2010 yang menyedihkan. Al-fatihah untuk Nur Khairunnisa.

Thursday, December 30, 2010

selamat tinggal 2010

Selamat tinggal 2010

Tahun ni tahun yang penuh dugaan.Penuh sakit.Penuh sedih.Penuh emosi dan penuh tangis. Walau ade kegembiraan tapi kegembiraan yang palsu demi orang2 di kiri kanan aku. Aku harap tahun depan 2011 aku mulakan dengan satu sinar baru. Sinar yang boleh bukak seluas-luasnya mata orang. sinar yang mampu buat aku bahagia.

selamat tinggal 2010. kau pergi tersemat pegun dalam ingatan aku. Aku impikan 'miracle' di tahun baru ini. Ya Allah, permudahkan la segala perjalanan hidupku. murahkanla rezeki ku.

selamat datang 2011. bai 2010

Tuesday, December 28, 2010

Mengawal emosi dan amarah


Apakah itu marah?

• Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
• Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
• Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak
terkawal
Apa yang berlaku apabila anda marah?

• Degupan jantung meningkat
• Tekanan darah meningkat
• Pernafasan menjadi cepat dan pendek
• Mengalami ketegangan otot-otot
• Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan
badan terasa kuat dan pantas
Bagaimana perasaan marah timbul?

Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang,
sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda.
Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang
menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam.
Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat
sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.

Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?

3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:
• Meluahkannya
• Menahannya
• Menenangkan diri

Bagaimana untuk menenangkan diri anda?

Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas
dalaman anda:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat
diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan
kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda

Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?

Kenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan
bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah
mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara - perkara yang dapat mengurangkan
kemungkinan anda menjadi marah.
Dari buku catatan anda akan dapat mengetahui:
• Cara yang paling berkesan untuk menangani kemarahan anda
• Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya
anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ianya benar- benar berlaku nanti
• Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah
dengan:
o Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap
o Membina daya ketahanan diri terhadap stres

mode: aku tengah marah.bai

Monday, December 27, 2010

ni ngidam ke atau mengada-ngada?



tetiba tekak aku malam ni nk makan buah-buahan, jagung bakar dan aiskrim strawberry. APEKAH??? so craving lar...

Friday, December 24, 2010

macaron comel


sangat suke tgk macaron. sangat comel :))

Thursday, December 23, 2010

petua murah rezeki dan amalan doa

Tergerak hati pagi ni nak cari info2 berguna yang boleh aku amalkan sepanjang kehidupan. sekurang-kurangnya aku ingin gunakan internet sebagai sumber ilmu dan secara x langsung aku boleh kurangkan aktiviti lagha' mcm fb,twitter n ym. sebab bila difikirkan benda tu sume x mampu tolong aku waktu susah jadi aku perlu cari sesuatu yang lebih berfaedah.

Dengan kuasa pakcik google aku mencari sesuatu dan aku terjumpa satu blog yang amat berguna. blog tersebut ada menceritakan tentang petua2 untuk murah rezeki dan aku rasa ianya sangat2 berguna. insyallah segala ape yang diterangkan akan aku amlkan.dan perlu selaras dengan niat kerana ALLAH dengan ikhlas.

Antara yg boleh aku konsikan dengan korang sume tentang petua murah rezeki adalah :-

  1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.
tentang perkara no.2 tu kalo korang x sure surah Al-waqiah tu mcm mane korang google la ek..gunakan inisiatif korang sendiri.nakkan sesuatu kene usaha kan,tak gitu..

selain itu, aku ade juga mencari doa2 murah rezeki yang boleh kita amalkan setiap kali selepas solat."Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


jadi marilah kita sama2 mengamalkan doa dan amalan ni..Insyallah kita akan diberkati kerana Allah itu maha kaya.