TABUNGAN

Thursday, December 23, 2010

petua murah rezeki dan amalan doa

Tergerak hati pagi ni nak cari info2 berguna yang boleh aku amalkan sepanjang kehidupan. sekurang-kurangnya aku ingin gunakan internet sebagai sumber ilmu dan secara x langsung aku boleh kurangkan aktiviti lagha' mcm fb,twitter n ym. sebab bila difikirkan benda tu sume x mampu tolong aku waktu susah jadi aku perlu cari sesuatu yang lebih berfaedah.

Dengan kuasa pakcik google aku mencari sesuatu dan aku terjumpa satu blog yang amat berguna. blog tersebut ada menceritakan tentang petua2 untuk murah rezeki dan aku rasa ianya sangat2 berguna. insyallah segala ape yang diterangkan akan aku amlkan.dan perlu selaras dengan niat kerana ALLAH dengan ikhlas.

Antara yg boleh aku konsikan dengan korang sume tentang petua murah rezeki adalah :-

  1. Selawat ke atas Junjungan nabi 100 x selepas setiap solat
  2. Baca surah Al-Waqiah sebelum tidur
  3. Puasa setiap isnin dan khamis setiap minggu.
tentang perkara no.2 tu kalo korang x sure surah Al-waqiah tu mcm mane korang google la ek..gunakan inisiatif korang sendiri.nakkan sesuatu kene usaha kan,tak gitu..

selain itu, aku ade juga mencari doa2 murah rezeki yang boleh kita amalkan setiap kali selepas solat."Ya Allah, sesungguhnya kuberlindung dengan-Mu daripada duka dan kesedihan, kuberlindung dengan-Mu daripada lemah dan malas, kuberlindung dengan-Mu daripada hidup dirundung hutang dan penindasan"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".


jadi marilah kita sama2 mengamalkan doa dan amalan ni..Insyallah kita akan diberkati kerana Allah itu maha kaya.



6 comments:

  1. Psl surah Al-Waqiah tu, ada gak dlm buku amalan surah2 pilihan, murah je harganya RM3 je. Surah tu pn ayat pendek2, senang nk baca. Elok sgt klu diamalkan. Btw, thnx for sharing ye dhila...

    ReplyDelete
  2. dhila: mmg lumrah manusia, meminta kepada-Nya.. hanya dgn mencurahkan rasa hati & doa kepada Dia, kita akan tenang.. insyaAllah.. :-)

    ReplyDelete
  3. tiada jalan lain yg sempurna selain daripada kita berusaha & bersungguh2 mendekatkan diri kita kepada Allah =)

    Insyallah, doa akak akan termakbul satu hari nanti =)

    ReplyDelete
  4. zuris:mari zuris kt amalkan..insyallah

    iman umi: tq kak nurul :)

    nurul: tq beb

    atikah: ALLAH maha pemurah..harus memohon padanya

    asna: terima kasih asna

    ReplyDelete