TABUNGAN

Tuesday, August 24, 2010

acara bukak pose

bersiaran kembali..huhu.. sebenarnye nk story mory acara weekend yg lepas.walaupun dh basi tp tetap jugak nk citer ni. ok, sabtu yg lepas aku n sume bff berbuka pose di Tropicana golf club kat damansara. ekceli, acara ni disuggest oleh salah sorg bff aku iaitu cik inakano. dan apabila kata sepakat dah dicapai maka acara membooking pun dijalankan oleh cik inakano.

kalo nk ikutkan ni la 1st time aku join buffet ramadhan kat tempat2 special mcm ni.heheh..kolot kan aku.. ye la,sebelum ni aku banyak abiskan masa bersahur dan berbuka secara solo je ataupun bersama keluarga tercinta. alhamdulillah..tahun ni dapatla aku merasa.hopefully next year buffet lagik ye.

memang seronok berbuffet ni sbb terlalu banyak himpunan makanan yang disajikan.sampai dah x tau nk mkn ape.full tank ko..makananye pula sume sedap2 belaka. paling xleh lupa aku dan suami mengerjakan sepinggan udang galah.mak aih..mmg terliur la kalo dibayangkan. puas juga kami berdua mengerjakan udang tu. yang paling xleh lupa time aku mkn serunding tu. sedap sgt sampai aku dok teringat ms kecik2 dulu ibu rajin buat serunding tp sekarang ibu x rajin membuat tp rajin membeli je. ye la..nk buat serunding ni kan leceh sikit.

aku makan kira banyak jugak ms tu.hilang sekejap angan2 nk diet heheh.. balik dari berbuka pose terus ke umah dan membongkang kerana terlalu kekenyangan. buruk betol peel mak dara ni kan..jom layan piccas..


seperahu makanan

all of dessert & salad

Saturday, August 14, 2010

contoh pemakaian hijab moden yg buat aku sgt tergila2kanya..

bila tgk wanita2 yg berhijab moden ni buat aku sgt2 terbuntang bijik mata ni..dan buat aku sedikit tergila2kanya. mmg nampak sgk cantik dan ringkas. lagi satu x dinafikan penggayaan hijab moden ni bertambah cantik digayakan dengan solekan ala2 arab..(tang ekor mata tu yg mmg x tahan).

aku terpikir jugak sesuai ke berhijab moden ni dengan bentuk muka aku yg agak ketembaman dan keboolatan ni hihi.tp aku ni..kalo dh berkenan aku hentam je..yg penting mesti berani n yakin. ye x?

contoh2 hijab moden:-









cantik kan???


kredit to :http://salhazain.com/blog/?tag=hijab

salin kulit

yehaa..blog aku dh salin kulit baru...baru la nampak lawo sikit..

CEKIDOT!!!

belum terlambat lagi : edisi ucapan

saje je aku tepek gambo makanan ni..jgn mare ha..

tgk blog sendiri ni yg terbiar lama mmg la sgt kesian.ye la blog org lain sentiasa berhapdet. bkn aku xnk hapdet tp jari-jemari aku ni mmg malas betul nk menaip.lebih2 lagi bila dh xleh hapdet blog kat opis makin bertambah2 kemalasan aku ni.

ramadhan datang lagi..

kali ni masuk tahun yg kedua aku menyahut seruan ramadhan sebagai isteri. berlainan sedikit pd tahun ini berbanding tahun lepas. macam tahun lepas aku lebih banyak menghabiskan waktu balik kerja dgn bermarathon setiap bazar2 ramadhan sekitar keramat,setiawangsa,tmn melawati dan wangsa maju. tetapi tahun ni aku macam xde nafsu nk membeli juadah di bazar ramadhan, malah aku lebih selesa memasak sendiri juadah berbuka pose. bukan ape..memandangkan harga makanan yang naik so aku pikir lebih baikla aku memasak sendiri. bila masak sendiri ni senang sbbnye aku akan masak lebih sedikit utk sahur so nnt bila masuk waktu sahur tu aku juz hangatkan je.

ramadhan tahun ni..aku byk blogwalking blog2 kwn yg sdg berbadan dua ni. seronok bila baca pengalaman dorang berpuasa dan mcm2 ragam la yg dorang buat untuk pujuk baby supaya sama2 membantu si ibu yang berpuasa ni. :) indah kan..

apepun..masih belum terlambat lagi untuk aku mengambil kesempatan yg ade ni utk mengucapkan salam ramadhan. moga ramadhan kali ini lebih diberkati dan semoga kt dpt hidayah terindah di bulan mulia ini..

Tuesday, July 27, 2010

dress idaman

cubaan pertama menggayakan kaftan dress paras lutut yg dipakai bersama jeans




musim perayaan kali ini rasa2nye ramai yg akan pakai kaftan dress. sana-sini org sibuk tempah kaftan dress. kat sini ade beberapa contoh kaftan dress yg menjadi igauan aku. sumenya cantik2 belaka..

Tuesday, June 29, 2010

inilah berlaku bile otak kite berkecamuk

lately aku x tau ape kena dengan diri aku. segalanya serba tak kena..serba tak menjadi dan serba kalut. Mungkin inilah berlaku bila otak kita berfikir 1001 benda dalam tempoh waktu yg sama. Jadi otak kita menjadi keliru dan tidak dapat membuat sebarang penerimaan atau pemprosesan data. ya! otak kita seperti komputer.
perkara ini berlaku pada aku, segala ape yang aku lakukan serba tak kena. segala ape yang aku pegang jatuh dari pegangan. bayangkan..aku sedang memegang gelas yg dipenuhi air lalu x semena-mena gelas itu jatuh lalu air itu tumpah tanpa aku tau ape puncanya. sudu yang aku pegang juga tersasar dari mulut aku. minyak panas didalam kuali juga tumpah dari tangan aku. segala ape yang aku taip terlalu banyak kesilapan ejaan. aku kabur..
di tesco pula, ketika sedang berjalan menyorong troli aku saban kali terlanggar orang sehingga aku di marah 'ooi buta ke!'. Demi Allah aku kabur..aku blur..aku blank.. :( aku x tau ape yang aku sedang pikirkan sehingga aku jadi kosong dan khayal dalam dunia aku sendiri.
di rumah pula, bila suami minta tolong ambilkan kicap aku bagi dia sikat. jauh sangat beza antara kicap dan sikat kan..tapi otak aku cam tidak boleh berfikir dan tidak boleh menerima ape2. bila pulang dari kerja, aku kepenatan dan aku sunyi. ya! aku sunyi sekali. suami pula sudah tentu pulang lewat seperti biasa. bila aku sunyi aku akan menatap semua gambar2 raina yang di mms oleh kaklong. bile aku lihat gambar2 itu aku runtun..aku rindu. ahhh! aku tutup hp lalu bergolek2 di atas katil seperti keresahan..
ya allah..bukan ini yang aku dambakan..
jadi sekarang aku perlu lari..lari jauh dari benda2 binawe ini..aku perlu lari dari perasan2 gundah ini..beri aku sedikit keceriaan..aku sangat ingin perlukannya.. cukuplah selama ini aku berlindung di balik cermin..aku berpura2 seolah2 aku sedang gembira tetapi sungguh aku x dapat sangkal bahawa rahsia dihati ini tiada siapa yg tau..walau jari laju menaip..walau pena tegak berdiri melakar cerita..walua bibir mekar menguntum senyum namun rahsia tetap rahsia..
minggu ini aku akan bersama kesemua cinta hati aku..moga hidup aku berbunga disitu.
kuat dila! ko boleh maa...

selingan : awan berbentuk jenazah

MasyaAllah

pagi tadi terbaca di laman 12 akhbar kosmo mengenai berita gempar di kelantan apabila seorang tentera yang baru pulang dari solat subuh terserempak dengan kepulan awan berbentuk seperti jenazah.


besar sungguh ciptaan Allah ini. Mungkin hikmah di sebalik kejadian ini adalah untuk menyedarkan kite sume di muka bumi ini bahawa kite semakin menuju akhir zaman. mari la sesama kita mengambil ikhtibar dari ape yg berlaku. Moga kita menjadi manusia yang lebih bermuhasabah diri. InsyaAllah...
Amin..