
semalam aku terbaca salah sebuah majalah hiburan di rumah anak buah. lalu aku terpandang satu artikel mengenai Dato' siti Nurhaliza yang merupakan artis wanita terkaya di Malaysia. beliau mempunyai aset bernilai 50 juta.
WOW..sangat membuat aku teruja..
Kalau la aset itu merupakan milik aku sudah pasti aku akan memberi sepenuh keselesaan (bukan kemewahan tetapi keselesaan) kepada kedua ibu bapa dan juga keluarga aku. bagi aku itu paling utama. kemudian aku akan beri keselesaan untuk mak mertua aku dan baru aku akan pikirkan keselesaan buat aku pula.
seterusnya aku akan bawa ibu dan ayah ke mekah dan membuat amal jariah. kata orang harta yang kita ada bukan harta milik kita selamanya jadi amal jariah itu sangat penting.
tetapi..itu hanya angan-angan kosong aku sahaja. walaupun aku x kaya tetapi aku punyai jantung hati yang sudah cukup buat aku sempurna. jantung hati aku tentu lah keluarga aku sendiri..
p/s: yang kaya janganla bongkak..










