TABUNGAN

Monday, April 5, 2010

pentingkah pil kesuburan itu


hari minggu yang lepas merupakan hari minggu yang begitu senggang bagi aku. jadi sementara menyiapkan baki jahitan dress kaklong yang tertetas itu aku sempat bersms dengan anak buah suami. topik kami pada masa itu adalah mengenai pil kesuburan. katanya kakak dia mempunyai seorang kawan yang kawen tapi masih belum mempunyai anak. jadi kawanye itu telah mengambil pil kesuburan bernama clomid. ceritanya pada hari itu membuatkan aku sedikit teruja dan berkeinginan untuk mencuba.


Disebabkan diri aku yang agak naif ini maka aku segera membuat sedikit pembacaan di internet. ternyata clomid ini boleh membantu wanita yang mempunyai masalah ovulasi dalam penghasilan telur-telur yang matang yang mampu disenyawakan. maka dari pembacaan tersebut, aku tidak mahu gelojoh jadi aku pikir lebih baik aku berjumpa doktor bagi memastikan tahap kondisi badan aku sebelum mengambil clomid.


bagi para wanita, nasihat aku bertemula dengan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan. takut nnt ade efek yang tidak diundang pulak kan..

Friday, April 2, 2010

Duit kocek

semalam aku terbaca tentang website yang boleh menjana pendapatan di blog ladynoe. jadi, aku pun mencuba mane tau kot2 berhasil. yela..sape tak nak tambah pendapatan kan. aku register tetapi masih kabur tentang cara penggunaaya maka aku meminta bantuan. terima kasih Aisha kerana sudi membantuku.

kini aku dah paham sepenuhnya. alhamdulilah baru semalam aku berjinak-jinak mesra dengan website ni aku dah boleh nampak hasilnya tak sampai beberapa minit pun. jadi kepada anda yang nak cuba-cuba menjana pendapatan atau cari duit kocek korang leh la klik link di bawah ye...selamat mencuba :)

http://www.fineptc.com/index.php?ref=dhilah_13

Al-fatihah


hari ni aku bangun seawal jam 5 pagi kerana suamiku yg harus bergerak ke KLIA pg ni. so aku bangun awal menyiapkan secawan kopi buatnya dan juga menyiapkan pakaianya. sambil aku menguruskan urusan tersebut, suamiku sempat melayan internet. mcm biasa website yg suami aku suke baca adalah utusan.com. mmg suami dari dulu lagi suka baca berita dan isu semasa.

terkejut.

alangkah terkejutnye aku, bila suami bgtau din beramboi telah kembali ke rahmatullah. sebenarnya dia bukanla terkena kencing tikus seperti yang dihebahkan tetapi akibat denggi berdarah. semalam aku terbaca di facebook hidd yang bagtau arwah din beramboi seolah-olah dah tau ajalnye apabila arwah menulis di laman twiitter tentang tanda-tanda kematian. serius aku takut.aku insaf.

moga arwah ditempatkan bersama orang-orang yg beriman. Aku masih ingat lagi kritikan2 beliau di rancangan raja lawak. Dia memang kelakar dan bersahaja.KINI..tiada lagi lawak segar beliau di riuh pagi era..sama-sama la kite sedekahkan al-fatihah buat arwah..amin

Friday, March 26, 2010

info EPO


Hari ini saya saja-saja nak kongsikan dengan anda perkara yang paling kritikal dalam usaha kita untuk hamil.

Tidak lain dan tidak bukan adalah berkaitan kitaran haid. Seperti yang kita ketahui, kitaran haid berkait rapat dengan kitaran hormon.Jika badan kita berjaya menghasilkan kitaran hormone yang stabil, maka kita akan dapati kitaran haid kita akan menjadi normal.

Banyak caranya untuk memastikan hormon kita berjalan dengan lancar . Tetapi kali ini saya ingin berkongsikan info satu cara yang mudah untuk kita dapatkan kitaran hormon yang stabil.

anda tahu tak apa itu GLA (Gamma Linolenic Acid)?


Ia merupakan lemak asid yang paling diperlukan oleh tubuh badan kita.
Kehadirannya boleh membuatkan kita berasa tenang dan gembira. Ia berfungsi untuk menstabilkan kitaran hormon kita dan membolehkan kitaran haid kita menjadi normal.

Pengambilan GLA (Gamma Linolenic Acid) secara konsisten dapat membantu para wanita yang sukar untuk hamil. Telah banyak kajian yang dilakukan membuktikan GLA (Gamma Linolenic Acid) dapat meningkatkan peratusan kehamilan. Dilaman babyhopes.com menyatakan kehadiran GLA ini benar-benar dapat membantu wanita untuk meningkatkan kesuburan mereka.

Ha! Mesti anda tertanya-tanya barang apakah yang mengandungi GLA ini bukan? Tidak lain dan tidak bukan adalah Evening Primerose Oil atau lebih mesra dikenali sebagai EPO. Supplement EPO ini senang sahaja untuk didapati. Banyak farmasi terkenal seperti Guardian ataupun Watson menjual EPO.Tidak salah untuk anda menggunakan supplement ini supaya ia dapat meningkatkan lagi kualiti kehidupan anda.


p/s: aku pun nk beli la EPO ni...bagus jugak produk ni kan ...

Friday, March 19, 2010

aku warnakan kehidupanku dengan kehadiran si dia


perkahwinan aku yg hampir usia setahun masih belum menampakkan tanda-tanda yang aku akan bakal menimang cahaya mata. aku masih lagi berpegang bahawa ini adalah ketentuan dan rezeki Allah. mungkin endometriosis yg aku hadapi ini masih belum baik sepenuhnya. tapi takpe la..cume kadang-kadang aku akui hati wanita mane yang tidak meruntun, sedih,kecewa dan sedikit cemburu melihat kawan-kawan lain bergambar mesra dengan anak, bergambar ketika hamil...sungguh seronok kan. aku pun tumpang keseronokan itu jugak.


pelbagai sumber bahan bacaan dan rujukan telah aku redah namun jika belum masa rezeki itu tiba tetap ia bukan berpihak pada aku. sesekali aku sedih sangat bile aku cube luahkan pada orang, mesti orang akan ckp yg aku ni 'desperate nk anak la, ade lg org yg kawen dh lama tp xde anak relax je.. atau hmmm sabar je la..honeymoon bebeh..usaha lagi x yah nk pikir..kalo tak leh ngandung amik je anak angkat abes citer (tengkorak ko..)' walaupon seribu macam alasan yg mereka berikan namun jauh di sudut hati aku ni sedih dan menjerit-jerit. seolah-olah mereka tidak paham bagaimana perasaan orang-orang mcm aku ni. :)


sedih hati ini...


tp alhamdulilah walaupun rezeki itu masih belum berpihak pd aku, aku bersyukur krn dikurniakan suami yg cukup memahami dan banyak memberi sabar kepada aku. ya..kami akan tetap berusaha. dan kini aku mempunyai buah hati yang aku anggap seperti anak sendiri. kehadiran dia ini membuatkan kehidupan aku amat bermakna. melihat matanya saje sudah cukup membuatkan hati aku tenang dan sayu. rasa teramat sayang dan sukar untuk aku menghilangkan rasa rindu.


raina...

itu lah nama yang selalu berlegar di fikiran aku. aku susah hati kalau raina tak sihat. aku ketawa bile raina tersenyum. aku sakat bile raina tengah bermain. aku damai bile lihat raina kenyang menyusu. sehinggakan kemana saje aku pergi aku akan kenangkan raina.jika ade duit lebih, pasti barang raina yang aku akan beli.


raina...entri ini khas untuk kamu ye sayang.bile besar nanti jangan lupakan ummi ngah ye..jadi anak yg baik supaya boleh jaga mama dan papa.

Thursday, March 18, 2010

sewa

pandangan hadapan
pandangan penuh

pandangan sisi


pandangan penuh



pandangan sisi
lengan cekak labu

pandangan penuh

disini aku berhasrat ingin menyewakan baju pernikahan dan persandingan aku. baju-baju ni sesuai untuk pengantin yang bertubuh gempal dan bersaiz xl-xxl.


baju nikah :
-berwarna krim lembut
- berlengan labu dan bercekak ( ade patching labuci)
- kain plain dan potongan belah 6
- ade lining
- tudung (not include)


baju sanding :
- berwarna silver grey
- potongan kebaya labuh pintu biku
- kain labuh ( ade sequin patching)
- xde lining utk baju (dipakai dgn grey inner)
- disertakan dgn korset
- tudung (not include)







sedih


ya allah dh berkurun lamanye aku biarkan blog aku ni tak terbela. sian betol..blog org lain sume hebat2 belaka..bukan ape lately aku lebih byk bersidai kat fb je. cume skrg fb di opis aku ni dh kene block so aku berpatah balik la pada blog hihihi...



mood aku arini adelah sgt sedih coz x dpt update fb. kene tggu balik umah baru dpt update fb..tu pun kdg2 P1W1max agak sengal.semenjak menjadi editor kepada bisnes suami ni, masa aku terlalu padat. rutin seharian aku dari opis terus balik umah dan wat video editing.



alhamdulilah..nampaknye bisness kami dah mula menampakkan kemajuan. hmmm...rindu rasanye pada kwn2 blog sume. mesti korang sume dah lupakan blog aku yg sepi sepon ni kan..heheheh..

apepon..aku akan update pelbagai aktiviti aku utk tatapan korang sume ye...