TABUNGAN

Tuesday, January 18, 2011

Tutup dan senyap



Lama rasanya x hapdet blog. Mood untuk menaip tiada. Pergi berlalu dibawa angin. Kebelakangan ni terlalu banyak perkara yang menyakitkan berlaku. Aku tidak mahu menyokong sesiapa kerana bagi aku yang salah itu tetap salah. Berlaku salah faham mungkin. Aku perlu jaga hati setiap pihak kerana di kiri kanan aku adalah madu dan racun ( hai dila..kau pikir hati org tp hati kau). Ya hati aku telah biasa disakiti. telah biasa menangisi.

Semalam aku dengan secara rasminya telah menutup akaun facebook. Mungkin untuk sementara atau mungkin untuk selamanya.Mungkin bukan aku yang sepatutnya menutup akaun facebook sendiri tetapi biarlah aku yang melakukanya semata-mata tidak sanggup lagi melihat 'perang senyap'. Mata aku sakit.Hati aku pedih. Aku ingin sekali memiliki kayu sakti yang membuatkan aku mempunyai kuasa untuk memadam api di dalam hati seseorang. Mungkin aku x mampu memberikan nasihat-nasihat yang boleh menyedarkan orang itu tapi aku x punya kuasa. Susah nak mengubah sikap seseorang itu jika ianya tidak lahir dari hati ikhlas individu itu sendiri. Kerana mulut badan binasa dan x semena-mena aku juga terpalit sama. Alhamdulillah itu dugaan.

Keputusan aku untuk menutup facebook kerana kata-kata dalam facebook la yang membuatkan banyak hati terasa walaupun secara khususnya ianya tidaklah ditujukan kepada orang itu masakan aku berani membuat kenyataan di facebook. think it! (jgn mudah judge org sebelum kau tanya org tu sendiri) Bila berlaku salah faham niat aku cuma satu untuk menjernihkan keadaan tetapi persoalan tetap menjadi persoalan. Aku tidak mahu banyak.Aku tidak mahu lebih. hanya mahukan jawapan kepada punca sebenar. itu saje.

Setiap manusia ade kelemahan dan kekurangan. Walau kau cakap itu memang sikap kau tp kadang2 sikap kita itu perlu diubah. Diubah kepada yang lebih baik.lebih matang. Bukan sikap negatif dan ego kau yang tinggi itu dibawa sampai mati. Hanya kerana kata-kata banyak hati terasa.Hanya kerana kata-kata ade orang yang akan terpalit sama. Aku bercakap bukan untuk menyokong sape-sape. Aku tidak suka menyokong sape-sape.Bagi aku salah tetap salah. Kau betulkan statement kau sebelum membenci aku.Kalau kau benci dia sebab sikap dia, Jangan kau benci aku sebab aku ni sebahagian dari dia. Aku tidak pernah 'back up' sape-sape. Bagi aku jika dia salah dia perlu perbaiki. Jika kau salah kau fikir jalan untuk sempurna. Jika aku salah aku akui. Jika tukang cerita salah maafkan dia.mungkin dia naif ( cerita kau best kan).

Sekali lagi aku tegaskan, Kau gaduh sebesar mana pun jangan sesekali keluarkan ayat 'kau tak sekolah tinggi'. Aku pantang. walau bukan kena batang hidung aku sekali pun aku cukup pantang ayat sebegitu. Pelajaran tinggi atau rendah jangan dibuat main.Itu sensitiviti. jika kau marah seseorang sekalipun, marah la atas sebab utama perbuatan salah dia pada kau tapi jangan sesekali mengeluarkan ayat 'tak sekolah tinggi'. Maaf ini pendapat aku saje.

Mungkin entri aku kali ini panjang.padat. pedas dan mungkin akan membuatkan banyak hati yang akan terluka.mungkin. atau terasa.barangkali. tapi aku tulis entri ini ntuk melepaskan ape yang terbuku di hati aku. Jika ada yang tidak puas hati mari.. jangan segan silu dail nombor aku kita berborak panjang. Aku tidak marah.itu hak kau. Apepun aku berkata berdasarkan ape aku rasa.jika x suka aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kau. Apepun sebelum kau meletakkan aku sebagai penyebab sekalipun cuba kau fikir dalam2 situasi aku sekarang bagaimana. Cuba kau pakai kasut aku berdiri di tempat aku, kau akan tahu inilah persaan aku yang perlu aku hadap. Aku di tengah2,kau perlu tahu itu.

mood: kelaut..mari jumpa aku di twitter.

Baiklah mari kite tutup buku kisah duka ini..aku x mahu dengar lagi sebab kau xkan paham,kau xkan ubah,kau xkan pikir itu silap kau. jadi aku mahu ikat rapi buang jauh2 dan mahu pergi. Pergi membuka buku baru dalam hidup aku yang bakal aku hadap segala2nya. bai

11 comments:

  1. hui!!! jadi cam eija sis... status kat fb status diri sendiri ngan hubby je... malas nak layan yg lain... huahahaa!!!

    papepun cakap kat manusia durjana yang kuarkan ayat tak sekolah tinggi tu... tak semestinya orang yang bersekolah tinggi tu terlalu pandai malah kadang yang ada PhD pun berfikiran cetek... dan tak semestinya orang yang bersekolah rendah itu cetek akal nya malah ada yang jadi ahli niaga berjaya di mata dunia... pokok pangkal ilmu beradab pada sesama manusia itu penting...

    wah!!! sory kak dila, terpanjang lak komen... kak dila cool oke... eija ada kat sini..;-)

    ReplyDelete
  2. oh twit kak dila ape ye?? sila folo eija ye... @CikCantik ;-)

    ReplyDelete
  3. kebaikan dan keburukan fb.
    merapatkan silaturrahim...juga boleh memutuskan.

    nanti kalau buat balik,jgn lupa ada kami ye :)

    ReplyDelete
  4. erk? alahai.. nape deactivate dhila. nway, if dah ok sumenye, activatela blk ek. syg tau. :)

    ReplyDelete
  5. eija: hehe..tu la..susah nk jaga semua org. x termampu.

    ok eija twitter akak @dhilakola. mari2 kt jumpa di twitter sajork

    ReplyDelete
  6. zuris: pasti akan add kamu sbb mau tgk lil kysha yg cumelcumel

    ReplyDelete
  7. dhila... org2 yang tak 'berpelajaran' je akan mengeluarkan kata2 spt 'kau tak sekolah tinggi'! *ikut hangin nih* apa dia ingat masuk uni, ada master PHD bagai berpelajaran sgt kerrrr????? hishhhhh...... tak beradab betul... kalo anak aku, mmg ku tampar2... malangnya tu anak org....

    biar dhila... diorg 'di ajar' utk berperangai demikian oleh mak bapak depa... kita jgn ikut resmi depa... kita dah berkeluarga sendiri... kita bina, kehidupan 'pembelajaran' kita sendiri... apa depa peduli? kita sakit, susah ke, ada depa nak tolong??? hmmphhhh....

    tabahkan hati... tuhan hanya beri dugaan pada org yg Dia tahu boleh menghadapinya...

    bagi Leo.. doa leo utk Dhila hanya satu skrg... murahkan rezeki Dhila utk dpt cahaya mata.... :) janji... senyum selalu ya.. kalo tak, nanti dapat baby molot muncung memanjang... tak chantek... hehe *hugs*

    ReplyDelete
  8. leo: tula even dila ade degree sekalipun dila pantang kalo org marah dan menjadikan taraf pendidikan tu sbgai satu point kemarahan dia. bg dila pelajaran tingi rendah bkn pengukur sikap seseorg.

    kalo pelajaran tinggi gaji besar mana pun tp perangai teruk pon what for kan,, haishh manusia mcm2 jenis. nk jaga hati sume org tu mmg mustahil la.

    org tu pikir kt ckp x pikir perasaan dia tp dia x pikir plak ape dia ckp tu jaga hati org sgt ke kan..

    ini genaral sape terasa terpulang

    ReplyDelete
  9. klu aku pun turut terasa apatah lagi insan yg mjadi tonggak hdup ni cuma lepasan pmr/spm... erm... susah jugak kalau jd org bijak pndai yang tlampau taksub ngan apa yg dia ada. ke mana nak kau bawa ijazah kau tu kan (maaf, khas utk yg mbuat statement kasar tu). Allah tu Maha mengetahui.

    dhila.... ko perlu kuat. aku ni pun hny lepasan dip je. tp aku pcaya klu kt btul2 usaha pasti ada hasilnya.

    stand by ur side.. insya Allah

    ReplyDelete
  10. well,let me say something about this topic:
    talk about 'kau tak sekolah tinggi'well i xdeny sometimes mmg so annoying but i admits which i penah guna this bloody statment cause nk bagi lesson for someone yg xseda diri and xhabis2 menganggu mymarriage.fyi i xde la blaja tinggi mana pon(merasa la jugak study kat Universiti)but its doesn't mean i gunakan kelebihan yg i ade tuk merendah2kan org.as i told u tadi i used that bloody statment cause nk defend myself and bagi lesson tuk org yg xabis duk kacau mymarriage.just imagine bila ade org2 yg bodoh sombong xhabis2 insult your intelligent but at the same time u still buat xtahu cause u have your own self-respect specially as org yg bpelajaran tinggi but org2 bodoh sombong tadi plak xabis2 duk disturb u dng statment2 yg ntah ape2,eh... kesabaran itu ada limit.bukan begitu???for myself yg masih punya self-respect finally i pon slumber je keluarkan that bloody statment dng cara yg cukup sopan even menyakitkan.eh...padan la muka dia!!!mcm mana pon alasan tu xmenghalalkan cara.finally i jut let it and org2 bodoh sombong tadi slowly dissepear.

    and i agree,fb mmg tempat for someone show-off, perasan tahap dewa, duk tayang body harta benda,boy pren etc and bagi statment yg ntah ape2 which sometimes buat org yg xde kene mengena turut terasa hati.pucuk pangkalnya tepuk dada tanya selera, xde kena mengena dengan skolah tinngi or not or xskolah langsung.for someone yg masih punya self-respect and tahu utk bfikir dahulu sblm buat apa2 statment etc sure xde problem with this issue.bukan ke hidup ni cuma sementara...

    for u dhila,i doakan semoga u bahagia dan dberi ksempatan utk memiliki zuriat sendiri dan menjadi seorang ibu.amin

    ReplyDelete