Apakah itu marah?• Marah adalah sejenis emosi semula jadi yang biasanya bersifat NEGATIF
• Marah boleh bersifat dari sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal
• Marah secara umumnya boleh diterima masyarakat tetapi bukan marah yang tidak
terkawal
Apa yang berlaku apabila anda marah?• Degupan jantung meningkat
• Tekanan darah meningkat
• Pernafasan menjadi cepat dan pendek
• Mengalami ketegangan otot-otot
• Paras hormon (adrenalina dan noradrenalin) meningkat menyebabkan pergerakan
badan terasa kuat dan pantas
Bagaimana perasaan marah timbul?Perasaan marah akan tercetus apabila berlaku gangguan yang berpunca daripada seseorang,
sesuatu peristiwa atau kebimbangan dalam hidup anda.
Kemarahan boleh berpunca dari faktor luaran apabila seseorang atau suatu peristiwa yang
menyebabkan anda berasa gelisah dan seterusnya merasa terancam.
Kemarahan boleh berpunca dari dalam diri anda sendiri apabila memikirkan atau teringat
sesuatu peristiwa yang menyebabkan anda rasa marah.
Bagaimana anda boleh menangani kemarahan anda?
3 cara yang anda boleh lakukan iaitu:
• Meluahkannya
• Menahannya
• Menenangkan diri
Bagaimana untuk menenangkan diri anda?
Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas
dalaman anda:
• Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda
• Perlahan kan atau hentikan pergerakan anda supaya kadar degupan jantung anda dapat
diturunkan
• Kendurkan atau legakan otot-otot anda
• Kenal pasti pemikiran anda yang negatif dan tidak rasional, kemudian cuba alihkan
kepada pemikiran positif dan membina
• Kenal pasti pemikiran yang positif dan juruskan pemerhatian terhadapnya
• Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah
• Beralih dari persekitaran dan sumber yang menyumbang kepada perasaan marah anda
Apakah yang boleh anda lakukan untuk mencegah daripada marah?
Kenali diri anda sendiri. Buat catatan pemantauan dalam buku mengenai bila dan
bagaimana anda dilanda perasaan marah dan cara anda mengatasinya. Apabila anda telah
mengenali diri anda, anda mampu melakukan perkara - perkara yang dapat mengurangkan
kemungkinan anda menjadi marah.
Dari buku catatan anda akan dapat mengetahui:
• Cara yang paling berkesan untuk menangani kemarahan anda
• Situasi bagaimana yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Kategori orang yang boleh menyebabkan anda berasa marah
• Anda boleh berlatih menangani kemarahan dengan kawan atau ahli keluarga supaya
anda sentiasa bersedia mengatasi kemarahan apabila ianya benar- benar berlaku nanti
• Kerap bersenam boleh mengurangkan kemungkinan anda mengalami perasaan marah
dengan:
o Memberi peluang untuk anda melepaskan tekanan dengan kerap
o Membina daya ketahanan diri terhadap stres
mode: aku tengah marah.bai