TABUNGAN

Wednesday, October 14, 2009

kisah semalam











kadang-kadang perkara yg x disangka dan dijangka itulah yg berlaku dlm kehidupan kita. ape yg perlu kite lakukan adelah tenang dan menerimanye dgn hati yg terbuka.kejadian semalam telah membuka sedikit mata dan fikiran ku betapa pentingnya pengetahuan dan kesedaran dalam diri. tiada siapa mahu ianya terjadi tetapi kite harus beringat. dan yang pasti hikmah tetap ade di sebalik cerita duka seorang manusia.

semalam...

sudah bersiap rapi ke ofis seperti biasa bekerja demi mencari rezeki diri. dan seperti biasa suami yang akan menghantar aku ke ofis dan waktu balik sahaja aku menggunakan pengangkutan awam. sudah siap sedia mahu memulakan perjalanan ke opis tibe-tibe enjin kereta tidak boleh dihidupkan. suami berkali-kali mencuba namun tetap jua hampa. suami keluar dari perut kereta lalu memeriksa enjin kereta. alangkah terkejut apabila suamiku memberitahu bahawa bateri kereta lemah. aku sedikit kehairanan kerana suami baru sahaja menukar bateri keretanya dua minggu yang sudah tetapi mengapa ia lemah pula? suami pula menghubungi kawan2nye bertanyakan jika mereka mempunyai 'jumper'. alhamdulilah seorang rakanye memiliki 'jumper' tersebut. apabila disambungkan dengan keretanya alhamdulilah kereta kami dapat dihidupkan..

dari peristiwa kereta rosak itu, aku membuat keputusan mengambil cuti kecemasan semalam dan suami mencadangkan agar aku ke hukm semalam memandangkan aku ade masa. kenapa ke hukm???

aku kesana bukan saje-saje tetapi dengan tujuan yang satu. tibe ke hukm aku terus berjumpa staff nurse dan memberitahu ingin berjumpa doktor kerana masalah haid ku yang tidak teratur sekian lame. kemudian staff nurse menjelaskan aku harusla pergi kemana-mana klinik dan mohon surat rujukan doktor.untuk pengetahuan semua, jabatan obsetrik dan genekologi ( O&G) hukm, akan memeriksa mereka yang mempunyai surat rujukan doktor sahaja.

lalu...

kami membuat keputusan terus ke pusat perubatan primer hukm di bandar tun razak untuk membuat pemeriksaan. setelah mendaftar kami diarahkan ke tingkat 2. disana aku diarahkan untuk berjumpa doktor Tan C.E di bilik 10. secara jujurnya aku sgt2 selesa dgn doktor ni. tutur katanya sgt lembut dan penerangan yg diberikan sgt2 memuaskan aku. ketika berjumpa doktor tersebut aku menerangkan masalah haid ku yg tidak teratur dan aku seringkali berasa sakit di bahgian pangkal perut dan juga aku selalu period pain tapi tiada period. setelah mengambil segala keterangan aku disuruh memakai kain yg disediakan. staff nurse dtg membantu dan aku disuruh baring dan mengangkang. dia menyuruh aku mengangkang seperti wanita yg mahu bersalin. pada masa tu, aku mmg x tahu mcm ne nk mengangkang seprti itu. doktor tan ketawa kecil dan memberitahu staff nurse tersebut yang aku belum ada pengalaman bersalin lalu staff nurse tersebut membantu aku. setelah itu doktor memasukkn sejenis alatan plastik yang telah direndam dgn sejenis cecair sejuk yang aku sendiri tidak tahu apekah namanye lalu alatan tersebut di masukkan kedalam alat sulitku dan ditekan. rasanya agak sakit dan dicampur dgn rasa malu kat doktor dan nurse tersebut. doktor bercakap sesuatu yg aku sendiri tidak tahu term-termnye kepada nurse td sambil nurse td mencatit ke dalam rekod perubatan. setelah alatan tersebut dikeluarkan, doktor memasukkan jarinya ke alat sulitku dan dia bagita keadaan serviks ku ok.. setelah itu..doktor membuat pemeriksaan ultrasound tetapi beliau gagal melihat keadaan ovariku berikutan dinding perutku yg agak tebal.


kemudian...


doktor menyuruh aku memakai balik seluar dan memanggil suamiku masuk untuk menerangkan keadaan diriku. doktor mengesahkan aku mengidap polycystic ovarian synd (PCOS) dan kemungkinan besar aku mengidap endometriosis. doktor tan telah membuat satu surat dan mengarahkan aku terus ke jabatan obsetrik dan genekologi ( O&G) untuk pemeriksaan pakar. katanya pakar akan membuat 'detail checkup' dan jika ya, mungkin aku akan dioperate ataupun ditebuk berdasarkan keadaan aku tika itu. segala-galanya berpihak pada keputusan pakar tersebut pada 2 november nanti. aku harapkan segala2nye baik-baik saje nanti.


jadual ini adelah untuk remind diri aku sendiri :-
  1. 2 nov 2009 - temujanji pakar gynea pukul 10 pagi

  2. 12 nov 2009 -temujanji pakar dietian pukul 9 pagi

  3. 27 nov 2009 - puasa & checkup

  4. 8 dis 2009 - temujanji doktor Tan C.E

aku harap semuanye berjalan lancar dan aku sihat seperti wanita normal....insyallah

10 comments:

  1. ya Allah, semoga dipermudahkan semuanya. kuatkan semangat ye dhila

    ReplyDelete
  2. hi..salam ziarah. polycystic ovarian syndrome (PCOS) tu sakit ape sbnrnya? sy kurang berpengetahuan. sian awk. hadapi dgn hati yg tenang dan tabah. InsyaAllah semua nya akan selamat. (^___^)

    ReplyDelete
  3. hanie : tenkiu kawan..moga semangat saya kuat.

    ReplyDelete
  4. FANAQILA : PCOS tu sejenis penyakit wanita yg berkaitan dgn ovari yg disebabkan kitaran haid yg bermasalah. ianya harus diubati agar memudahkan seseorang itu berpeluang utk hamil..tidak boleh dibiarkan kerana takut terjadi fibroid..saya pon kurang arif

    ReplyDelete
  5. dhila, semoga semua berjalan lancar..tabah di samping memohon dari-Nya...

    ReplyDelete
  6. ija : tq..saya pon harap begitu juga..sentiasa pohon yg terbaik dr nye

    ReplyDelete
  7. wife and her daily notes : tq...fren. moga2

    ReplyDelete
  8. kalau saya kata SABAR, bukan mampu buat hati awak sabar....

    kalau saya kata TABAH, bukan mampu buat hati awak tabah....

    tapi sentiasa semat dalam hati, TUHAN AKAN DUGA, APA YANG KITA MAMPU SAHAJA....

    p/s : terima kasih sebab awak banyak beri kekuatan sewaktu saya hadapi kesukaran kelmarin... :)

    ReplyDelete
  9. ya allah dhila..apa2pun semoga awak sihat ye..:)jgn lupe buat pemeriksaan selanjutnya..
    -evyn-

    ReplyDelete