TABUNGAN

Wednesday, December 16, 2009

hye sume..
dhila couture kini membuka tempahan bagi mereka yg ingin membeli baju2 yg moden dan terkini. sesuai digayakan oleh mereka yg mempunyai susuk tubuh yg agak berisi dan sesuai juga digayakan oleh ibu2 mengandung. bagi yg bertudung anda boleh gayakan baju tersebut dgn inner pelbagai warna yg sesuai.
mari lah jenguk ke blog kami di http://dhilacouture.blogspot.com


terima kasih....

Friday, November 20, 2009

tahniah kaklong

alhamdulilah kaklong dah selamat melahirkan baby girl mlm td secara normal pd pukul 9.59 mlm di hospital serdang.berat baby cume 2.37 saje tetap alhamdulilah sumenya sihat2 saje. kami sekeluarga amat bersyukur dan bergembira dgn kedatangan org baru dalam famili kami. insyallah jika tiada aral kaklong dibenarkan pulang petang nanti dan akan menjalani proses berpantang di rumah ibu di banting.
aku merupakan org yg paling excited coz baby ini merupakan anak buah pertamaku. hati berdebar ketika kaklong sms bgtau dia dah mula rasa tanda2 ingin bersalin dan lega apabila diberitahu semuanya selamat. baby comel ini telah diberi nama Raina Evaqairina yg bermaksud puteri sepanjang kebahagiaan.
semoga kaklong dan baby sihat selalu. x sabar nk balik banting dan tengok baby..cayang raina..

Wednesday, November 11, 2009

terima kasih suami




ahad lepas adelah hari yang membuatkan hati aku berbunga-bunga. sebabnye suami aku wat surprise. dia telah membelikan aku sebuah hp baru. sgt2 terkejut sbb sgt2 x disangka yg dia nk belikan hp baru wat aku. bile aku tny nape dia nk belikan hp ni ? dia cume jawab mmg dah niat lama n kebetulan hp lama aku agak sengal ditahap maksimum. ape pon terima kasih suami...pemberian ini amat2 dihargai. dan juga terima kasih belikan handbeg coach warna-warni itu..suke bangat. walaupon beg tu klon gred B tp aku tetap suke n hargai sepenuhnya.bulan depan wat kejutan lagi ek??? heheheheh....suke sgt.




wedding of nawwar n nazim






congrats to nawwar n nazim.. selamat pengantin baru abg man n kak dhila ucapkan. semoga kekal ke anak cucu. to nawwar..senyum2la selalu ye.

Tuesday, October 27, 2009

entri lepas geram..


semalam aku n hubby telah ke tesco ampang dengan hajat untuk membeli peti sejuk dan juga mesin basuh. memandangkan kami berdua xdela bajet besar sgt so kami decide untuk beli di tesco je. so sesampainye di tesco kami telahpun ke bahagian elektrik untuk memilih mane satu yg berkenan di hati dan termampu dek poket kami. setelah proses pilih memilih kami pon memanggil salah seorang jurujual kat situ.kami telah memilih peti sejuk jenama samsung rm806.30 dan juga sebuah mesin basuh jenama LG rm629.90. bagi kami dua bende ni amat2 berpatutan dgn kemampuan kami.


so..kami pon berlegar-legar sekitar situ utk mencari jurujual. bile terjumpa jurujual kami terus bertanyakan barang2 yg kami mau tu tapi jurujual disitu tidak menyarankan kami beli peti sejuk n mesin basuh yg kami pilih td. katanya harga memang murah tetapi itu harga display item saje. kalo nk stok yg baru memang dah xde.lebih kurang mcm dialog kat bwh ni la..


jurujual :kalo abg n kakak nk cepat leh la amik display item ni tp saya x jamin dgn kualiti dia,bg sy better amik yg baru je', kalo abg n kakak nk tau kat tesco ni mane2 brg elektrik yg ade sen kat belakang harga bermakna itu sume harga display item'

aku: erkkk..mcm tu plak ek. xknla kite nk beli display item..dah ade scratch la..

jurujual :amik yg baru je la kak..nanti kami antar pon barang dlm kotak.kalo akak nk jugak yg murah ni xde kotak tp warranty tetap same je. ala...beza dengan yg baru rm100 je kak..

aku: hmmmm...mcm ne bang?

suami: xpela kite pilih je yg lain. kite cari la harga yg affordable..

aku: dik..akak pikir jap, karang akak panggil lagi.( masa ni otak aku dah serabut memikirkan kentahape2an tesco ni)


so..kami pon pilih sekali lagi.


suami: dila, kite amik peti ais pensonic dengan mesin basuh samsung je la. yg ni xde sen belkang harga sure ade stok baru.

aku: dila ikut abg je.. (lalu memanggil jurujual td)

jurujual: so akak dh pilih ke?

aku: dik..akak nk yg ni la. penghantaran bape lame ek? (sambil tunjuk ape yg aku nak)

jurujual: alamak kak..yg ni sume dah xde stok la akak..kalo ade pon akak kene bg ktorg masa seminggu itupon xleh janji sbb driver lory xde.penghantaran cas rm40 x kire dekat ke jauh.

aku: ni pe kejadahnye pulak..sume xde stok.kalo xde stok watpe tayang kat sini.kasi angkut humban belakang la. drebar xdela ape la.. (aku dah mula hangen ni)

suami: dik..kalo kami pi tesco cawangan lain ade x brg2 ni?

jurujual: dalam rekod saya sume tesco klang valley dah xde brg2 ni kecuali tesco seremban n johor je.

aku: ape nak dihangguk sampai ke seremban johor tu. ermmm xpela dik ktorg pi tmpt lain. waste my time je la..

sebelum balik sempat plak aku ckp kat budak jurujual tu mcm ni dik, pasni panggil staf2 tesco tlg angkat brg2 ni humban je eloknye...tayang kat sini pon xde pekdahnye..bengkek betol aku dibuatnye la. jurujual tu pon mesti bengang kat aku tp aku lg hangin ko tau x.


akhirnye...aku dan suami beli kat carrefour je..ready stok n penghantaran pon percuma. kdg2 aku x pahamla servis dorg yg mcm haram jadah ni.mcm mane la dorg ni..servis teruk cekik darah plak tu..pastu jual kat customer brg2 yang dah x semenggah mcm tu..eeei geram aku.


Friday, October 23, 2009

dunia makin tua, manusia makin kejam


serius aku sgt sedih membaca rentetan cerita ini. nape begitu kejam manusia sekarang? tidak ade kah sedikit kekesalan dan simpati pada si kecil yang masih tidak mengetahui ape2. memang bangsat mak n jantan tu. semoga ALLAH membalas perbuatan 2 ekor setan ni.


bergenang air mata aku baca kisah ni. org lain berusaha mcm2 utk dapatkan zuriat tp ko? ko siksa anak ko mcm binatang. weh!! binatang pon pandai jaga anak la. hantu betol !!! aku sedkit emosi kerana aku terlalu sedih + marah.


beberapa hari sebelum kejadian ni, terpampang di buletin utama kisah bayi kena buang. kdg2 aku x paham la dorg ni. dorang xde ke rasa kesian tgk muka baby tu. aku kalo tgk baby je aku mesti rs kesian, sayang. kalo aku pegang baby je mesti aku nk peluk n cium2 baby tu.sebab aku rs damai sgt bile tgk muka baby.tp dorg ni senang2 je tinggalkan bayi dlm keadaan kesejukan n kelaparan.AKU SEDIH!!!


ape nk jd dunia sekarang???? dunia makin tua,manusia makin kejam mcm manusia zaman jahiliah (tanda2 akhir zaman)

p/s: semoga arwahyarhamah adik alia aiman dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 solehah..damaimu disana

Thursday, October 22, 2009

open house & house warming pn.anil

kasi bergambo sbelum pulang
hamboiii3x kemain lagi (suke pic ni ceria je..)

ntah ape yg diboraknye..suke benor (tgk pewot kaklong beso)


kelakonye muke aku time ni


ex-3 dara pingitan (anil..baju kamu lawo la)

sabtu yg lepas kami telah ke rumah pn.anil di desa villa condo. pada mulanye kami tersesat jugak tp alhamdulilah jumpa gaks. kami tibe agak lewat kire2 pukul 9 mlm gitu, ingtkan nk jumpe blogger2 yg lain tp xdpt sbb kami lambat bebenor sampainye.

fuhhhh...mmg sgt2 shantek umah pn.anil. minat sgt tang lampu chandeliar tu. menggugat hati betol. lebih-lebih lagi warna peberet aku ungu n grey...aduiiii suke. mula2 rs nebes jugak jmp anil ni..yela pertama kali jumpa xtau orgnye mcm mane tp bile dah jumpa hambek ko...rupe2nye anil ni pon gile2 mcm aku gak.heheheh...

so...jom la lyn gambo ye..sbb penyakit M tgh melanda skrg.rs mls nk menaip.

p/s: pn.anil...sowi sy telah mengkiben pic2 ni di mukebuku anda..wink

Wednesday, October 21, 2009

cyst & endometriosis

contoh cystademas



Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.

Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.



Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.



Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.



Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.



Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.



Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.



Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.



Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.



Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.



Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
· Sakit perut
· Rasa perut penuh dan tak selesa
· Rasa berat pada ari-ari
· Sukar atau kerap kencing
· Sakit semasa hubungan seks
· Muntah dan loya.



Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.



Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.




endometriosis

Endometriosis
Penyakit endometriosis merupakan satu jenis penyakit yang agak luar biasa. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan , kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain.
Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisyu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.



Rawatan pembedahan
Sekiranya ubatan tidak memberikan hasil yang memuaskan, doktor akan menyarankan pembedahan seperti endometrial ablation. Pembedahan cystectomy disarankan kepada mereka yang mengalami endometriotic cyst.





Wednesday, October 14, 2009

kisah semalam











kadang-kadang perkara yg x disangka dan dijangka itulah yg berlaku dlm kehidupan kita. ape yg perlu kite lakukan adelah tenang dan menerimanye dgn hati yg terbuka.kejadian semalam telah membuka sedikit mata dan fikiran ku betapa pentingnya pengetahuan dan kesedaran dalam diri. tiada siapa mahu ianya terjadi tetapi kite harus beringat. dan yang pasti hikmah tetap ade di sebalik cerita duka seorang manusia.

semalam...

sudah bersiap rapi ke ofis seperti biasa bekerja demi mencari rezeki diri. dan seperti biasa suami yang akan menghantar aku ke ofis dan waktu balik sahaja aku menggunakan pengangkutan awam. sudah siap sedia mahu memulakan perjalanan ke opis tibe-tibe enjin kereta tidak boleh dihidupkan. suami berkali-kali mencuba namun tetap jua hampa. suami keluar dari perut kereta lalu memeriksa enjin kereta. alangkah terkejut apabila suamiku memberitahu bahawa bateri kereta lemah. aku sedikit kehairanan kerana suami baru sahaja menukar bateri keretanya dua minggu yang sudah tetapi mengapa ia lemah pula? suami pula menghubungi kawan2nye bertanyakan jika mereka mempunyai 'jumper'. alhamdulilah seorang rakanye memiliki 'jumper' tersebut. apabila disambungkan dengan keretanya alhamdulilah kereta kami dapat dihidupkan..

dari peristiwa kereta rosak itu, aku membuat keputusan mengambil cuti kecemasan semalam dan suami mencadangkan agar aku ke hukm semalam memandangkan aku ade masa. kenapa ke hukm???

aku kesana bukan saje-saje tetapi dengan tujuan yang satu. tibe ke hukm aku terus berjumpa staff nurse dan memberitahu ingin berjumpa doktor kerana masalah haid ku yang tidak teratur sekian lame. kemudian staff nurse menjelaskan aku harusla pergi kemana-mana klinik dan mohon surat rujukan doktor.untuk pengetahuan semua, jabatan obsetrik dan genekologi ( O&G) hukm, akan memeriksa mereka yang mempunyai surat rujukan doktor sahaja.

lalu...

kami membuat keputusan terus ke pusat perubatan primer hukm di bandar tun razak untuk membuat pemeriksaan. setelah mendaftar kami diarahkan ke tingkat 2. disana aku diarahkan untuk berjumpa doktor Tan C.E di bilik 10. secara jujurnya aku sgt2 selesa dgn doktor ni. tutur katanya sgt lembut dan penerangan yg diberikan sgt2 memuaskan aku. ketika berjumpa doktor tersebut aku menerangkan masalah haid ku yg tidak teratur dan aku seringkali berasa sakit di bahgian pangkal perut dan juga aku selalu period pain tapi tiada period. setelah mengambil segala keterangan aku disuruh memakai kain yg disediakan. staff nurse dtg membantu dan aku disuruh baring dan mengangkang. dia menyuruh aku mengangkang seperti wanita yg mahu bersalin. pada masa tu, aku mmg x tahu mcm ne nk mengangkang seprti itu. doktor tan ketawa kecil dan memberitahu staff nurse tersebut yang aku belum ada pengalaman bersalin lalu staff nurse tersebut membantu aku. setelah itu doktor memasukkn sejenis alatan plastik yang telah direndam dgn sejenis cecair sejuk yang aku sendiri tidak tahu apekah namanye lalu alatan tersebut di masukkan kedalam alat sulitku dan ditekan. rasanya agak sakit dan dicampur dgn rasa malu kat doktor dan nurse tersebut. doktor bercakap sesuatu yg aku sendiri tidak tahu term-termnye kepada nurse td sambil nurse td mencatit ke dalam rekod perubatan. setelah alatan tersebut dikeluarkan, doktor memasukkan jarinya ke alat sulitku dan dia bagita keadaan serviks ku ok.. setelah itu..doktor membuat pemeriksaan ultrasound tetapi beliau gagal melihat keadaan ovariku berikutan dinding perutku yg agak tebal.


kemudian...


doktor menyuruh aku memakai balik seluar dan memanggil suamiku masuk untuk menerangkan keadaan diriku. doktor mengesahkan aku mengidap polycystic ovarian synd (PCOS) dan kemungkinan besar aku mengidap endometriosis. doktor tan telah membuat satu surat dan mengarahkan aku terus ke jabatan obsetrik dan genekologi ( O&G) untuk pemeriksaan pakar. katanya pakar akan membuat 'detail checkup' dan jika ya, mungkin aku akan dioperate ataupun ditebuk berdasarkan keadaan aku tika itu. segala-galanya berpihak pada keputusan pakar tersebut pada 2 november nanti. aku harapkan segala2nye baik-baik saje nanti.


jadual ini adelah untuk remind diri aku sendiri :-
  1. 2 nov 2009 - temujanji pakar gynea pukul 10 pagi

  2. 12 nov 2009 -temujanji pakar dietian pukul 9 pagi

  3. 27 nov 2009 - puasa & checkup

  4. 8 dis 2009 - temujanji doktor Tan C.E

aku harap semuanye berjalan lancar dan aku sihat seperti wanita normal....insyallah

Monday, October 12, 2009

bersabarla wahai hati...pena seorang hamba


Ujian dan dugaan itu datang dan pergi dalam hidup, silih berganti bagaikan siang dan malam…ujian itu hadir tanpa mengenal siapa…tanpa mengenal rupa…ujian itu datang tiba-tiba tanpa kita sangka dan tanpa kita duga, itulah kehidupan. Kehidupan ini ibarat roda, ada masanya kita di atas dan ada masa pula kita dibawah. inilah realiti kehidupan yang kita tempuh dan harungi sehari-hari…


Aku masih teringat akan satu ketika, sewaktu aku menemani suami ke bank. Sambil-sambil menunggu beliau, mataku tiba-tiba terpandang satu susuk tubuh tua yang duduk di kaki lima bersama basikal roda tiga dan sedikit barang-barang perniagaannya. Kasihan sungguh aku melihat kesusahan yang di alami pak cik tua itu. Mana tidaknya sudahlah ku lihat tidak berdaya ditambah pula kurang upaya. “ tabah sungguh hati tua itu, meniti kehidupan dengan kekurangan. Bagaimanalah kehidupan sehari-harian”.., Hati kecilku berbicara. “Kasihan, tidak adakah saudara-saudaranya yang sudi membantu??, kemana anak-anaknya menghilang?? fikiranku mula ligat bertanya persoalan demi persoalan. Jiwa halusku meronta-ronta ingin membantu walaupun yang tidak seberapa. Alhamdulillah keinginan itu tertunai akhirnya.


Syukur….Alangkah baiknya kehidupan aku jika dibandingkan dengan kehidupan pak cik tua itu..apalah sangat ujian yang Allah berikan padaku jika dibandingkan dengan pak cik itu. Apalah sangat kesusahan yang Allah berikan padaku jika dibandingkan kesusahan pak cik itu. Apalah sangat kepayahan yang Allah berikan pada aku jika dibandingkan dengan pak cik itu..beruntung sungguh kehidupan aku..Jika aku diuji sebegitu, bolehkah aku setabah pak cik tua itu??..tuhan…ujian yang sedikit pun kadang-kadang aku bersedih…


Kadang-kadang aku terfikir :


Tuhan Kenapa aku diuji?…kenapa aku dipilih untuk menerima ujian dariMu??..kenapa mesti aku menerima beban masalah ini??..

lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta”.(Al-Ankabut: ayat 2-3)


bersabarlah wahai hati…


Kehidupan itu sebenarnya pertaruhan… justeru, Allah datangkan ujian bagi menilai sejauh mana keimanan dan ketaqwaan sebenar-benar hamba... ingatlah jika kau kuat maka kau akan menang..jika kau lemah, maka kau akan kalah…Allah tidak sesekali akan membiarkan kau dalam kealpaan…percayalah wahai jiwa…


Tuhan kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan??..kenapa tuhan tidak kabulkan impian??, kenapa keinginan aku tidak jadi pilihan tuhan??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :


“…..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui”.(Surah al-Baqarah : ayat 216)


bersabarlah wahai hati…


Kadang-kadang apa yang kau hajatkan kau fikirkan adalah yang terbaik untuk dirimu, akan tetapi perkara yang tak terduga olehmu dengan tiba-tiba sahaja. Kau mula mengeluh dan bersedih. Lupakah kau.. apa yang kau inginkan tidak selalu indah di sisi tuhan, kerana kau menilai hanya dari segi zahir dan luaran sahaja. Boleh jadi, perkara yang tak terduga itu terbaik untukMu..sedarlah…sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.


Tuhan kenapa Engkau uji aku seberat ini?? Kenapa aku diduga sedasyat ini??, lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."( Surah al-Baqarah : ayat 286
bersabarla wahai hati…

Jika kau diuji, yakinlah bahawasanya engkau adalah insan yang terpilih untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Yakinlah, Dia tidak akan menguji hambaNya dengan sia-sia melainkan kau mampu untuk menghadapinya.. sabarlah wahai jiwa, sesungguhnya pertolongan Allah akan menyusul berkat kesabaranmu..Janganlah kau berputus asa dari rahmat Allah...pelangi tidak akan muncul sebelum turunnya hujan…


Tuhan kenapa aku kecewa dengan ujian ini??

Kenapa aku bersedih dengan dugaan ini?? Kenapa aku mengeluh dengan masalah ini??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”.( Surah Ali Imran : ayat 139 )


brsabarla wahai hati…

Janganlah kamu kecewa dan bersedih atas ujian yang menimpa, cubalah kau berlapang dada dengan ketentuan tuhan.... bersabarlah wahai jiwa, kau sebenarnya hamba paling tinggi darjatnya disisi tuhan. Bergembiralah wahai jiwa, berkat kesabaran itu menjadikan kau hamba kesayangan tuhan..

Tuhan bagaimana harus aku menghadapi ujianNya??,… lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',( Surah al-Baqarah : ayat 45 )

Wednesday, September 16, 2009

salam lebaran :)


alhamdulilah...ramadhan yg mulia ini hampir melabuhkan tirainye. aidilfitri pula bakal menjelma.mungkin anda sume makin sibuk membuat persiapan hari raya x kurang juga yang masih lagi shopping di saat2 akhir.

tahun ni merupakan tahun yg pertama aku beraya sebagai seorang isteri. namun segalanye masih di tahap yg sederhana saje.tiada ape yg over.

di kesempatan yg ade ni aku dan juga suami en.kacang ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri juga maaf zahir sahaje...batin lum lagi hheheeh...semoga raya kalian sume ceria tahun ini ye.kepada kwn2 n rakan bloggers sekelian salam lebaran kami berdua ucapkan untuk kamu semua.

SALAM LEBARAN SUME....
p/s: sempena hari raya ni,,blog ku telah bertukar baju...hehehe

Thursday, September 10, 2009

penyakit M ke ni???


hmmm..ramai yg bertanya nape blog aku ni x berhapdet. hehehh..jawapanye aku malas.
ntah kenapa lately rs sangat2 malas nk hapdet blog. skrg ni aku dok tepek kat FB je.aku rasa xde ape yg nak aku story mory kan kat sini. so kepada kwn2 yg nk jd kwn aku kat FB leh la add aku di dhilah_13@yahoo.com

kisah pose...
ramadhan kali ni aku rasakan terlalu sekejap.rasanye mcm baru je start pose aritu tup tup..dah nk raya ahad depan kan. korg sume dh wat persiapan ke? walaupun tahun ni tahun pertama aku beraya bersama suami tp persiapan yg aku wat xdela sehebat mane pon. aku cume lebihkan family. yela aku x cuti lame utk raya ni. raya yg ketiga aku dh start keje balik so cam xde mood nk wat baju raya. tp en.kacang ckp nk belikan aku baju raya nnt cume lum ade masa lagi nk pi beli. mungkin ahad ni kot apepun tggu dia ade masa nk kuar membeli.ha...pada yg dah berlaki tu jgn lupe ingatkan suami masing2 utk membayar zakat ye..wajib tu sbb kite dibawah tanggungan mereka skrg ni.

oooye mcm mane pose korg taun ni? mesti seronok kan pose bersame suami. bg aku sumenye same saje cume yg bezanye pose tahun ni membrikan aku tanggungjawab yg agak besar sbb kite la yg nyiapkan juadah berbuka n bersahur dan kite juge la jadi tukang kejut suami bangun sahur.heheh..pose tahun ni aku dah ponteng selama 6 ari masa aku demam aritu.mesti kene ganti tu...heheheh

ok la..nnt aku hapdet lagi ye. kene rerajinkan diri ni.jaga diri sume muahx100x

Wednesday, September 2, 2009

alahai domam...

hye sume...
dah lame sgt rasanye aku biarkan blog ni tanpa diupdate. almkalumlah kondisi kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. alhamdulilah kini aku semakin pulih dari demam yg agak teruk.
begini..

ahad minggu lepas aku x merasakan langsung yg aku ni x sihat. ketika itu aku dirumah ibu seperti biasa aku borak2 dgn ibu n kaklong. kebetulan ketika itu, kawan ktorg si kendut pon ade same berborak. masa tu aku ok je. dalam pukul 3 ptg aku,ibu n kaklong telah ke melaka kerana menghantar adikku balik ke uitm. dalam perjalanan ke melaka tu tibe2 je aku batuk yg agak teruk n sakit dada. aku rasa pelik sbb semuanye berlaku secara tibe2. selepas menghantar adikku ke melaka, kaklong n ibu drop aku kat stesen taman bahagia sbb aku nk balik ke kl. masa dlm tren tu tibe2 je bdn aku jadi seram sejuk dan dada aku rasa sesak nafas. sampai je di stesen setiawangsa aku terus tahan teksi n balik ke rumah sbb aku dah x tahan sgt rasanye.

sampai di rumah aku terus mencapai tuala dan mandi. aku sangka bile dh mandi aku rs segar tp sebaliknye. aku terus terbaring di katil x bermaya. malam tu tepat pukul 12 aku sesak nafas. nasib baik pil ventolin mmg dah ade kat atas dressing table. aku terus telan sebiji n tido. pagi tu aku bangun dr tido badan ku rasa teramat panas dan kakiku sejuk. batuk pula semakin menjadi-jadi. aku terus ajak suamiku ke klinik.tapi kbanyakkan klinik yg kami pergi sumenye tutup sbb masa tu dah start pose. akhinye kami ke sebuah klinik india di keramat wangsa.
tetapi alangkah hampanye sbb klinik tu cume bg ubat demam biase je. malam tu aku rs sgt2 x tahan dan mengajak suamiku ke hospital ampang. masa tu aku dah x berdaya langsung. di hospital ampang, cume bagi aku nebulizer saje. mula2 sedut sekali. selepas diperiksa, nafasku tetap sempit lalu diberi sedut sekali lagi. masa sedut kali kedua tu aku dah agak aku mesti colapsed punye la sbb aku dapat rasakan dorg dah bg overdose. aku dpt agak sbb sendi2 aku dah mula menggigil. selepas dua kali sedut oksigen tu dtg seorg doktor perempuan india memeriksa ku. dia kata aku cume demam biasa dan ade bengkak di tekak.dia bg paracetamaol n suruh balik berehat. masa tu aku x larat nk cakap kat doktor yg aku dh terlalu lemah.aku betul2 frust masa tu sbb doktor tu check aku cincai je.

masa keluar dari hospital ampang tu aku terpaksa di papah oleh suami sbb aku langsung dah x leh nk bergerak sbb mungkin overdose sukatan oksigen yg diberi. masa tu aku rs nk menyumpah-nyumpah je doktor tu.dah tau bdn aku dh lemah tp dia sumbat gak oksigen tu.aku sempat ckp kat suami yg aku rs dia kene bwk pi hospital lain gak. aku dpt rs semacam je dgn badan aku ni.
suamiku bawak aku balik n berehat dulu.dia selubungkan aku n alhamdulilah peluh kuar. sangkaku bile peluh dah kuar demamku ini akan kebah tp sangkaanku jauh meleset. aku jadi makin teruk. aku muntah2. naik pedih perut ni sbb sume isi perutku kuar.minum air kosong pon muntah. masa tu aku langsung x leh tido. selepas suamiku siap bersahur pukul 5 pagi kami terus bergegas ke hukm. sampai disane terus kene amik darah n masuk air. masa tu rasa lega sikit. tepat pukul 6 pgi aku diperiksa oleh seorang doktor muda iaitu dokor hafis. baik sgt orgnye. bile diperiksa dia bgtau aku dah kene virus fever n dah ade simptom2 h1n1. ape????

aku x admit sbb baru ade simptom2 katanye. so doktor bekalkan aku dgn antiviral n cuti selama 5 hari.so selama 5 hari tu aku kene kuarantin di rumah. alhamdulilah kini aku semakin sihat dan pulih cume batuk2 je yg tinggal.

apepon terima kasih yg x terhingga kepada suami kerana menjaga ku sepanjang sakit ni. sian tgk dia sahur n buka beli di kedai je. balik keje terus lap bdn aku, watkan air pnas.suapkan ubt utk aku.aku syukur sgt. terima kasih juga wat keluargaku yg x putus2 mengambil berat pd ku n pd kwn2 yg sudi sms n call aku bertanyakan khabar.

pesanku...

kepada kalian sume, jaga la kesihatan korg. kepada yg berbadan dua tu jagala kesihatan kamu baik2 ye..memandangkan penularan wabak jahat ni so aku pesan pd kalian sume amiklah langkah berjaga2 n jaga kebersihan diri ye..

Tuesday, August 18, 2009

PEMBUKAAN DHILA'S COUTURE


hye seperti yg dijanjikan ari ni saya ingin memperkenalkan kepada anda sume blog niaga saya.saya mengetengahkan tudung2 ct. sesuai dipakai ke sume majlis nak nak menjelang aidilfitri yg bakal menjelma ni.


so sudi-sudilah anda menjenguk ke blog niaga saya di http://dhilacouture.blogspot.com

Thursday, August 13, 2009

takziah pn. nano :(

pg td terbaca entri di blog pn.dayu dan juga pn.aziyana. aku dapat tahu smlm ayah pn.nano telah kembali ke rahmatullah. innalillahirojiun..semoga roh arwah dicucuri rahmat. sedih juga membaca berita pemergian arwah ayahnye itu.

diharap pn.nano bersabar dgn ketentuan Allah itu. segalanye telah tertulis. hidup mati adalah ketentuanye..sy dan kacang disini mengucapkan takziah buat pn.nano sekeluarga..




:(

si kecik ini

pic agak blur sbb si kecik ni yg lasak
hehehe..cayang sgt kat si kecik ni.suke tersengih n tersenyum membuat segala penat hilang. menghiburkankan hati.tak takut org. ini lah nur aleeya maisara.

Tuesday, August 11, 2009

weekend yg lepas

pic aku n wife anak buah hubby

berlatar belakangkan replika air terjun

suke bunge boolat ni..


aku yg gemok...hahah



rose cantek


teater bangsawan nilam sari-tun mamat dan mimpi tuanku


teater percume


sabtu yg lepas aku n hubby telah ke putrajaya. kami membawa sekali anak buah n baby nye. ke putrajaya untuk menyaksikan festival floria. mmg seronok disana sbb dpt tgk mcm2 jenis bunge2an. tp yg x bestnye cuaca teramatla panas terik. bile dah panas mcm tu mood jadi x berape nk best. al-maklumla putrajaya ni kekurangan pokok.tu yang terasa amat bahang. lame juga kami disane. selesai agenda pameran bunge kami sume ke alamanda untuk sesi makan dan membeli gula. untuk pengetahuan sume di kl kekurangan gule. merata cari gula tp sume tempat kehabisan gule.akhirnye kat alamanda baru dpt beli gule.punyela byk stok kat situ. balik dr alamanda kami terus pergi ke panggung bandaraya untuk menyaksikan teater bangsawan yang bertajuk tun mamat dan mimpi tuanku. best teater tu..yang paling best ianya free..so kepada peminat2 teater, bulan 10,11 n 12 ni ade pementasan teater yg bertajuk mahsuri dan bawang putih bawang merah. jgn risau sbb ianya percume je..dtgla beramai2..


so mlas nk taip pjg lebar.saksikan jela gambo2 ni ye kwn2...muah

Friday, August 7, 2009

keajaiban selawat

semalam sesuatu yang tidak ku duga berlaku ke atas diri aku. tepat jam 4.50 ptg. masa tu aku tgh sibuk wat clearance. tibe2 aku telah dipanggil oleh senior exec. dia memaklumkan pada aku ade satu proposal yang aku wat telah hilang. APE???? HILANG??? masa tu aku dah terkedu sekejap. mcm ne leh ilang. mati la aku kalo bos tau.so aku pun pe lagi dgn semangat jitu yg menebal dalam diri ni aku pun mencari la proposal tu. sume tempat aku geledah. abis meja aku tunggang langgang dibuatnye.tp heran jugak aku x nangis. selalunye aku rs nk nangis kalo bende penting hilang tp kali ni aku cool je walaupun separuh gile dok mencari.

abis satu tempat ke satu tempat aku geledah. sume staf aku tanya jawab x tahu. geram jugak aku. aku terus cek system nk tgk mane pegi proposal tu. kot2 tersalah antar mane2 department ke. tp xde gak. so aku decide nak pi cari kat area 'awaiting policy issue' tu tp hampeh jugak yang ku dapat. aku geledah plak kat area 'bank deduction' tetap jugak menghampehkan diri aku ni.
masa tu aku betul2 dah give up. dalam otak aku dah pikir lantakla kalo bos nak marah aku pun marahla.aku dah cari memang xde.penat aku cari merata tempat.

so..disebabkan penat menjadi separuh gile dok mencari aku pun duduk la kejap. masa tu baru rs cuak sikit dan masa tu aku cube pejam mata ingat betul2 mana tempat terakhir aku letak proposal tu. sambil aku berpikir tu aku berselawat. aku teringat dulu kad pengenalan aku hilang.puas mencari tp xde pastu aku selawat. pas selawat aku jumpe balik kad pengenalan aku tu. so aku pun terus berselawat. masuk lafaz selawat kali ketiga aku rs automatik kaki aku ni seperti diarahkan untuk pergi balik ke area 'bank deduction' tu.

jeng..jeng..jeng.. ALHAMDULILAH aku nmpak proposal aku tu betul2 ade depan mata aku.padahal aku dah cari kat situ berkali-kali memang xde.YA ALLAH...menakjubkan. besar sungguh kuasa mu YA RABBI. masa tu aku rs nk menitis air mata aku. bayangkan x sampai beberapa minit dengan izin ALLAH aku jumpe balik proposal yg hilang tu. aku terus ucap alhamdulilah n selawat bnyak kali.aku betul2 bersyukur.

so..dr kejadian yg berlaku semalam mengajar aku erti sabar dan sentiasa mengingati ALLAH walau ape jua terjadi. ALHAMDULILAH...
p/s: arini aku lewat sampai opis sbb ade hal.aku amik time off satu jam. sampai opis aku x dibenarkan masuk sbb level aku dah ade org kene H1N1.so level aku kene kuarantin dan aku x leh masuk. bos suruh aku amik cuti n balik tp aku xnk.yela setakat unpaid leave wat pe kan. so aku sekarang melepakkan diri kat level 2 main internet. cukup time aku balik. aku cakap kat bos aku nk wat keje kat level 2. bos xleh pantau sebab dia kene kuarantin. yahooo..jumaat yg merdeka.

Thursday, August 6, 2009

wabak H1N1



hari ni agak kecoh sedikit di opis. aku tibe di opis agak lewat beberapa minit sbb lambat bangun.heheh..tp aku wat muke selamber je dtg lewat ke opis. ala..rilek la lewat cikit je.sampai di lobi opis aku terkejut tgk ramai maybankers berkumpul siap pakai face mask lagi. aku heran gak apesal ramai org mcm ade perhimpunan plak tp aku terus naik ke level 18. sesampai je kecoh bgtau ade staf level 9 yg positif H1N1. kaget sekejap aku dibuatnye..dan berita terbaru H1N1 tu dah menjangkit kepada 2 org staf lagi di level yg sama. risau tol aku. yela aku kan ade asma. aku dgr dlm radio kata H1N1 ni mudah dijangkiti pada pesakit asma dan ibu mengandung. mangsa yg terkorban pun dah meningkat.

tp dalam pada aku risau tu sempat gak aku berangan mane la tau kot2 maybank bangsar ni tutup seminggu.wahhhh syok la leh aku melepakkan diri kat umah n leh bangun lambat tp semua tu hanyalah angan-angan belaka. (wei..dhila. udah2 la tu beranganye) HAMPEHHHH....jgn harapla nk tutup seminggu. baru td dpt tau bahawasanye tiada sebarang penutupan seminggu sebab operasi bank harus complete 5 days per week ok..( elehhh maybank takut rugi ler tu)


tp apepon aku risau gak la. dah la aku ni ade asma. balik keje pon bersesak-sesak dlm tren.kat opis plak ramai yg demam, batuk n selsema.so mulai skrg kenela sentiasa mencuci tgn sebersihnya,elakkan bersesak dan sebagainye...caiyokk


p/s: sabtu ni aku keje amik ot. balik dr keje nk pi tgk festival flora kat putrajaya. kwn2 yg dh pi kata best...harus dipergikan diri ini..weng..weng

Wednesday, August 5, 2009

huhhhh...

aduiii aku x berkesempatan utk menhapdet blog kesayangan aku ni. kesibukan membuatkan aku sedikit terkejar-kejar. di opis aku jadi sgt bz kerana dipilih utk mengajar staf2 baru. sgt tensi ye bile mengajar ni rupenye..mcm tu la agaknye tugas cikgu-cikgi sekelian alam ni..lain yg diajar lain pule yg dipahamnye..nk marah pon tahan je la..bile sampai rumah aku sibuk pula mengemas rumah, memasak dan mencuci baju..fuhh lengkap tugas aku sebagai isteri ni. mmg penat sedikit tp aku rs cukup berbaloi bile suami sendawa kekenyangan masakan isterinya..puas ati..
dan sekarang aku semakin sibuk menyiapkan tempahan-tempahan tudung ct yang diorder oleh kwn2. ptg ni harus ke alang collection utk melihat tempahan yg dihantar tu ye..waduhhh semalam pagi aku menerima sms dari rakan opis seorang nice indian girl. dia meminta aku untuk mendeco hantaran pertunanganye. waik..india pon ade hantaran mcm org melayu ek..1st time aku tau ni. so ligat la pale hotak aku ni berputar2 mencari idea mcm ne nk deco hantaran berkonsepkan indian modern n stylish gitu...
ok...masa dh suntuk ni.kene stop menaip sbb aku harus berkejar ke level 18 mengajar staf baru.
pada kwn2 ku sume nantikan kemunculan DHILA'S COUTURE pertengahan bulan ini ye...:) banyak koleksi tudung2 ct yang akan saya tonjolkan nanti..daaa muah sume.
p/s:
  • 1)tahniah pd zuris. td bc blog dia dh preggy..wahhh seronoknye...
  • 2) mlm ni hubby nk bawa nonton wayang filem setem.beria-iya dr minngu lepas dia nk tgk filem setem tu..best sgt ke citer tu? aku dgr tajuk je pon dah boring. hmmmm layankan jela labu...hhaha

Monday, July 27, 2009

sri kandi hatiku

pic time ibu n ayah aku kawen
ibu mmg lawo bg aku..

pic ibu,kaklong n aku (yg baju pink tu ye..)


gambo kaklong nangis ni mmg wat aku tergelak hahahah

i love my family..

hye korg. entri kali ni aku nk citer sikit pasal family aku esp ibu aku. bg aku ibu adalah sri kandi aku. dia la wanita yg melengkapi hidup aku. bagi aku ibu adelah seorg wanita yg tiada galang gantinya.dia seorg yg cekal,tabah dan dia sgt jelita bg diri aku. semalam aku bersembang dgn kaklong ketika kami bersarapan bersama.ketika itu ibu tiada dirumah kerana bekerja. masa tu timbul citer mengenai ibu. aku khabarkan pd kaklong yg ibu teringin nk mkn durian tp ditahan keinginanya kerana mengenangkan adik aku yg jauh di melaka.sampai mcm tu sekali kasih sayang ibu terhadap anak2nye.sanggup ditahan keinginan sendiri demi memikirkan anak2. hati aku luluh dan sebak mengenangkan ibu.


aku masih ingat ketika kami sekeluarga susah. ya..aku akui kami bukanla golongan yg berada tp cukuplah sederhana sahaja tp kami tetap bahagia.ketika itu ibu terlalu tabah bersama2 ayah mengharungi keperitan hidup demi mebesarkan dan menyekolahkan anak2nye.kadang2 ibu menangis tp selagi terdaya dia xkan tunjuk kesedihanya depan anak2 tp aku tau ibu sedih.kadang2 ade juga sedara mara yg seolah2 menjurangkan antara yg berada dan yg sederhana tp ibu n ayah laluinye cukup merendah diri.ibu selalu pesan pd kami biar org buat kite..jgn kite buat org.aku bangga punye ibu seperti itu.

kini baru aku tau kenapa dulu ibu selalu marah kami.x bg kami kuar mlm, x bg bergaul dgn lelaki, x bg anak2nye terlalu mewah.semuanya bersebab.sebabnye ibu nk anak2 dia tau erti susah dan jadi org yg berguna dan x terlalu bebas.

sekarang aku rasa bangga sbb dulu aku pernah kene cili mulut sbb ibu nk aku jgn ckp bende2 yg x elok.aku bangga dulu ibu pukul n piat telinga aku masa mengaji sebab dia nk anak dia pandai membaca al-quran. dulu aku benci ibu pukul aku.aku ckp ibu garang x mcm mak org lain.ibu mmg seorag yg tegas ketika dia mengajar anak2 dia mengaji.aku ingat lagi peristiwa ibu baling rehal kat kaklong sbb kesalahan kaklong membaca al-quran.kenangan tu skrg dh jd kenangan manis dan impaknye skrg kami adik beradik lancar membaca al-quran hasil usaha ibu sendiri.

bagi aku ibu la wanita yang lawa.yela sape lagi yg nk ckp ibu lawa kalo bukan anak2 sendiri kan. mcm korg pon mesti begitu juga ye tak.. ibu..ayah..i love u so much forever..

Monday, July 20, 2009

aj & yazli wedding

sedap x abc coklat ni??
aku n hubby
pic dgn pengantin n kwn2
pic dgn kwn2 yg ku sayang...
pic dgn kaklong tersayang n baby dlm pewot..huhu

hye... smlm aku, hubby n kwn2 telah same2 pi majlis kawen sorg kwn aku ni pn.aj n yazli di kapar, klang. alhamdulilah perjalanan ke kapar x terasa jauh sbb hubby ikut highway baru yg melalui setia alam. sgt cepat sampai dr kl pkul 9 sampai sane 10.30.sempat lagi hubby singgah membuat pelaburan besar di stesen minyak di meru hehehe. sampai je di rumah pengantin masih belum bersiap. mak andam dia pon tgh dok mekapkan mak pengantin.amboiiii makcik pon nk mekap jugak ek heheh. so disebabkan xnk menunggu lame aku n hubby terus ke apartment pantai indah dimana kawan2 ku sume menginap.apartmen ni disponsor oleh cik pengantin.aku x join menginap disitu sbb ari sabtu tu mmg aku demam teruk.pukul 1 pagi hubby terpaksa usung aku ke ED Hospital Ampang kerana aku mengalami sesak nafas yg agak teruk sbb hubby kata bibir aku dah biru sbb xde oksigen. alhamdulilah selepas sedut oksigen aku beransur pulih. itulah penyakit aku ye kwn2 sume. penyakit yg aku tanggung dr kecik. aku xleh demam atau penat.malah menagis atau ketawa yg over pon aku xleh.kalo x mmg ke hospital la jawabnye..sbb aku ade asma. :(

ok bersambung plak kisah wedding td..dlm pkul 1 aku n kwn2 sume terus gerak dr apartment ke rumah pengantin. masa tu perut dh lapo sgt ni. aku n hubby trus capai pinggan beratur amik nasi n lauk. selesai amik makanan alih2 xde tmpt plak nk duduk. sume full. hangin tol time tu sbb tetamu yg dh siap mkn tu sume bukan nk bangun dh nmpk org ramai lgi nk duduk bersembang kat situ. bengkek je time tu..last2 disebabkan kehanginan aku pon terus je mencelah kat satu sit kosong pastu selamba je aku panggil kwn2 aku sume. time tu barula dorg nk bangun bg org lain duduk plak. yela..kalo x wat mcm tu mmg sampai esok la x dpt duduk kan...heheheh. x sangka kaklong n abg ipar aku pon dtg juga masa tu. sempat gak la snap2 gambo dgn kaklong.
tepat pkul 2 pengantin laki sampai n bersanding la kwn aku cik aj tu..serba merah mak ngah tau heheh..so pe lagi ktorg pon mencelahla nk bergambo dgn pengantin. apepon selamat pengantin baru ye pn aj. semoga bahagia..

balik dr wedding aj ktorg sume terus pi pantai remis mkn kerang bakar. x sempat snap pic kerang bakar sbb syok sgt mkn. balik dr mkn kerang bakar ktorg sume pi mkn abc coklat kat gerai fradoo seksyen 2 shah alam. yummy..yummy mmg sedap.

Monday, July 13, 2009

sekitar live mentor at dewan mbsa

semasa nama pemenang diumumkan
sore mamat ni leh tahan gak...

stacy perform better than chaq

sweet baju merah ni

aku suke one nation emcees ni..very energetic

lagu minah ni best

aku sokong black

pic auditorium mbsa dr atas
ni aku sesaje je letak pic2 sekitar mentor yg aku tgk mlm td kat dewan mbsa shah alam..tgk la ye