TABUNGAN

Saturday, June 18, 2011

lepas lalu


Asam garam hidup tak boleh lari dari melakukan kesilapan tapi ada juga segelintir manusia yang lupa erti kemaafan. ”Secantik mana rupa yang ada, sehebat mana kereta yang diguna takkan sama nilai sebentuk rasa hati’. Kehkehkeh!

Aku dan kau sememangnya berlainan ”kau di tebing aku di alur” tapi jangan lupa kita semua sama. Tetap hanyut apabila embun mengaburi tepian sungai. Wahhh, berpuitis pulak dah! Kehkehkeh! Yes! dia salah, mereka salah, kamu salah aku salah kerana hidup ini tiada siapa yang sempurna.

Lumrah hidup ”bila hati disakiti, yang menang itu yang dicari meninggalkan tahi dicelah kaki” Tapi mungkin kita lupa tiada yang betul bila kita ini umpama membuka kulit kerang ”dipecahnya dua untuk mendapat isi yang belum pasti” dan mungkin kita lupa manusia ini hidupnya seperti roda, jangan difikir hidup ini sentiasa diatas dan bongkak seperti satu hari nanti roda kehidupan kau tidak akan jatuh dibawah.

:.madah petang sabtu.:

kredit to : darkman.com




Kuatkah hati ?


aku x rasa hati aku kuat
sbb hati aku rapuh macam biskut
sbb hati aku renyuk macam tisu

aku x rasa hati aku kuat
sbb kau toreh hati aku
sampai luka itu terlalu dalam

aku x rasa hati aku kuat
sebab aku percaya kau,kau dan kau
jadi tempat aku luah kesah
tp kau pecah sume itu
macam aku ini tiada perasaan

aku x rasa hati aku kuat
bila kesilapan datang dari aku
tapi kau judge aku macam kau malaikat atau tuhan

aku x rasa hati aku kuat
bila setiap penjuru ketawa lihat
aku disaat kejatuhan

aku x rasa hati aku kuat
bila dpt tau kau hina aku di belakang

tapi aku jadi semakin kuat sebab aku ade yang SATU itu
sebab aku ade keluarga aku
sebab aku mula bangkit satu persatu
sebab bila aku percaya bende ni semua akan dapat balik pada kau
sebab bila aku percaya adanya hukum karma
sebab bila aku percaya aku x perlukan kau

FIN.

Wednesday, June 8, 2011

bisnes kecik2

salam semua..

saje nk mempromot bisnes kecik2 aku sekarang ni. masih lagi di tahap 'beginner' org kata. kat sini aku nak promosi kan produk-produk dari DHILALICIOUS. kami ada memasarkan produk seperti macarons , apam polkalicious dan juga homemade cookies in jar.

Produk-produk kami ini adalah pada harga yang berpatutan. scroll down untuk melihat produk-produk dhilalicious.


1. dhila's macarons








minimum order utk macarons ini adalah 10 pcs rm25/box tidak termasuk postage fee. setiap box mempunyai mix color dan mix flavor. antara flavor yg kami ada ialah caramel, kiwi,cappucino,choclate,strawbery,blueberry,vanilla dan lemon. kami juga menerima tempahan untuk pelbagai majlis dan juga tempahan untuk souvenir atau gift.


2. Cookies in jar








homemade cookies in jar - rasanya rangup penuh rs coklat dan kepingan badam. didatangkan khas bersama jar yg sangat menarik dan juga kedap udara. harga ialah rm26/unit tidak termasuk postage. sesuai juga untuk hadiah kepada org tersayang.


3. Apam polkalicious




apam polkadot sangat comel dan cute. dibuka untuk tempahan. satu box terdapat 25pcs berharga rm15 sahaja. kami juga menerima tempahan dalam kuantiti yg banyak dan juga utk sebarang majlis.


kepada yg berminat utk membuat tempahan produk2 dhilalicious bolehlah email kepada di dhilah_13@yahoo.com dgn menyatakan detail seperti berikut :-

nama:

no. telefon :

alamat :

nama produk yg ingin ditempah :

kuantiti:



kami mengalu-alukan tempahan dari anda..







































bersiaran kembali

hye semua..lama benar aku x jenguk blog. yela masa yg ade mmg agak terhad memandangkan waktu diopis lebih banyak berbanding watu senggang di rumah.

ok semua saksikan la produk saya dhilalicious sebentar lagi...

Monday, April 4, 2011

Tumpang hepi org

tahniah aboy & yana..sayam korang

Malam semalam aku jumpa client kat kedai mamak di Melawati. Client ni aku shot wedding dia hujung bulan januari yg lepas. Aku jumpa dia pun sebab nk bagi dvd wedding dia. Client ni aku suka sgt sbb dia sgt peramah + wedding dia sgt2 best sbb byk tarian tradisional which is aku mmg peminat tarian dan lagu-lagu tradisional. ok..aku mmg klasik ya.

Seperti biasa bile berjumpa dgn client aku lebih suka meluangkan sedikit masa aku yg terhad ni untuk bersembang dgn mereka. borak punya borak terus keluar topik ttg pregnant dan alhamdulillah client aku ni dah pun disahkan preggy 7 minggu. dan macam biasala aku adalah org yg super hepi bila dapat berita kenalan2 yg preggy ni. bukan ape..aku cuma menumpang sedikit rasa hepi disitu. Tak salahkan bile aku menumpang kegembiraan org lain sbb aku sendiri masih belum berpeluang merasa kegembiraan itu.

Sebelum kami beredar, aku sempat la jugak mengusap2 perut client aku. nak rasa aura org mengandung katanya. memang seronok...tp dalam hati bile ye nk rs mcm org tu jugak. takpela sabar la ye dhila..bak kata org rilekla awal lagi ko baru 2 tahun kawen. org lain 5 6 tahun kawen xde anak ok je.. bagi aku, ye la memang la ko nampak ok tp dlm hati org tu ko tau ke ok ke x ok..budus.. korang xkan tau selagi korang tak rasa sendiri.

hahah..tetiba ter emo plak.boleh?

ok.bai

Thursday, March 31, 2011

Target sekali harung


lama sungguh aku x menulis. serius sejak mula bekerja mood utk berblogging mmg xde. sampai satu tahap aku rasa nk stop blogging dan tutup kemas2. tak perlu lagi nak tabur cerita untuk bacaan sume org tapi aku sayang. sayang kerana blog la tempat aku peruk segala cerita enak dan sentap.

Aku mmg tidak cukup masa berblogging memandangkan waktu kerja aku yang memerlukan aku bekerja dari 8.45 pagi sehingga 10.00 mlm. bak kata orang keluar gelap balik gelap. setiap hari aku akan sampai lewat ke rumah dan sudah tentu masa untuk aku bersosial di internet sangat2la terbatas memandangkan nikmat tidur itu lebih indah dari nikmat internet. serius aku x tipu.

Dalam masa aku mendiamkan diri ini byk sungguh perkara berlaku. Segala2nya semakin menjadikan aku bertambah dewasa dan matang.

Aku kerja mati-matian cuma satu saje. AKU NAK SIMPAN DUIT UNTUK BERUBAT. jika ditanya mengapa sudah tentu jawapan aku adalah aku nk mengandung. lagi dua bulan ulangtahun perkahwinan aku kedua. Suami pula skrg sedang sibuk dok survey sana sini nak bawak aku bercuti katanya. Dalam pada itu, aku kesian tgk dia...boleh dikatakan setiap hari bercerita ttg anak. aku cuma mampu menjawab aku bukan tuhan.

Tahun ni tahun kerja bukan lagi tahun suka ria lepak2 di kedai mamak bercerita kosong mahupun bercerita ttg org2 yg klise. tetapi tahun ini aku panggil tahun target. Banyak target yang dah aku highlight dan berharap moga2 ianya tercapai. Jadi aku harap xdela sape2 yang salah paham dengan aku dan suami kot2 kalo x dpt join ape2 aktiviti kerana kami sendiri ade misi.

kami bukan org kaya yang nk apa sahaja petik jari pon boleh dapat. segala2nya perlu menggunakan tenaga empat kerat demi mencari ringgit.

Wednesday, March 9, 2011

buang habuk

fuh fuh... mak aii lama giler x hapdet blog. ni sume gara2 setelah aku start keje baru ni mmg xde masa untuk sebarang social networking. kepala penuh dengan keserabutan. dengan masalah2 yang klise dari orang2 yang klise..

ok aku akan cuba merajinkan diri menghapdet blog cinta hati aku ni..korang tggu hocay...

: entri taip laju-laju: