TABUNGAN

Thursday, April 29, 2010

Statement mencalar hati

klick to enlarge

statment kisah rumah tangga (KRT) di muka buku smlm sedikit membuat aku tersentak. bagaikan tidak memikirkan perasaan orang2 yang membacanya.

ayatnye lebih kurang begini:

"orang yang kurang kasih sayang akan membuat alasan belum ada anak sebagai pengikat kasih sayang"

wattefakkk!!! hello..ko ingat orang yg xde anak ni adalah orang yg kurang kasih sayang ke???? kadang-kadang aku x paham kenapa mereka ni kuarkan statement yang langsung xnk pikir perasaan orang dan aku x paham ape tujuan utama kisah rumahtangga ni di buat di muka buku. adakah kerana nak cari perhatian dan sekadar punya fan yang beriban-riban tu atau sekadar nak cari publisiti murahan sebagai propaganda menarik orang2 supaya komen lebih.

haishh...benci betul aku tgk KRT yang semakin annoying tu. mula2 aku join sbb dia bnyak reveal pasal tips2 rumahtangga yg berguna but lately kesemua statusnya lebih bersifat seperti melaga2kan orang. STUPID!!!

aku harap KRT lebih telus dalam mengeluarkan sebarang statement. jangan kuarkan statement sekadar menarik orang untuk komen je. dan jawapan aku untuk statement dia "ko la sebenarnye org yg kurang kasih sayang tu,KESIAN AKU TGK KO NI"


mood. AKU BENGANG.

Tuesday, April 27, 2010

ulangtahun pertama


Hujung minggu ini aku bakal menyambut ulangtahun perkahwinan aku yg pertama. Rasa terlalu cepat masa berlalu.kejap je dah setahun jadi bini orang.namun sampai ke hari ini aku masih tidak punya idea yang best atau idea untuk membuat sebarang kejutan buat suami.

Ada yg kate pi tgk wayang tapi kami berdua saban minggu pasti ke galaxy menonton wayang berdua. maka idea itu aku reject. ada yang kata pi makan kat tempat makan masa mula2 bercinta tp idea itu tetap aku reject sbb kami berdua xde tempat makan special masa mula2 bercinta dulu. sebabnya kami pasangan yang sempoi dan xde tmpt makan special pon. ade yang kata pi makan kat restoran arab then aku reject jugak sebab aku x minat makanan arab.ada yg kata pi honeymoon tp aku reject memandangkan pertengahan bulan mei nanti kami nak ke kelantan so harus spend banyak duit nak berbelanja kat sane.oooouhhh...dila, sumenya ko reject abes tu ko nk wat pe ni?


Adehhh...NO IDEA SO FAR..huhuhu..tapi aku ade beberapa list yang aku dah kiv kat sini:-


1) dinner kat restoran intai-intai / chili's / tgi friday / restoran berputar menara kl/ garden the curve

2) jalan-jalan pi colmar tropicale / genting / melaka / aquaria

3) beli pizza dgn jumlah yg banyak then bwk ke rumah anak yatim makan sesama dorang

4) beli kek then mkn dgn kwn2 je

5) lepak kat umah je wat mcm xde pape

argghhhh penin no idea sampai skrg. so kalo korang ade pape idea plzzz share k. sharing is caring kan...lob u

Monday, April 26, 2010

pentingnya acid folic

yup...acid folic mmg sgt2 penting. bukan untuk ibu mengandung sahaja malah bagi para isteri yang merancang untuk hamil pon dimestikan mengambil acid folic secara berdisiplin. alhamdulilah, so far aku x pernah skip mkn acid folic.


kisah yang aku baca ni sedikit sebanyak memberi kesedaran pada aku betapa pentingnya acid folic.Hiba rasa hati aku bila membaca cerita tentang pn.ain yang terpaksa menggugurkan kandungan kerana kekurangan acid folic.klik sini untuk membaca lebih lanjut.

Sekarang aku amalkan acid folic Iberet folic-500 800 mcg dari Abbot labarotaries. Harganya memang agak mahal berbanding pil acid folic biasa tetapi bagi aku xde salahnye kan jika kita nak yang terbaik untuk badan kita. Jadi, aku fikir tak mengapalah sesekali kita keluar duit sikit.


Acid folic ni memang sgt penting bukan saje utk kandungan malah untuk darah dan tulang kita juga. malah, wanita yang telah melahirkan anak juga disarankan untuk meneruskan pengambilan acid folic ini. jadi, seharusnya kita tidak memandang remeh acid folic ini dan harus berdisiplin mulai sekarang.
p/s: semoga pn.ain tabah menghadapi dugaan Allah.segala yang berlaku ade hikmah disebaliknya dan yg pasti ianya terbaik buat kamu dan suami..

Thursday, April 22, 2010

sayu.layu...aku xleh lelap


malam ini aku langsung xleh lelap..pusing kanan..pusing kiri.
hati sayu
jiwa layu
rasa kosong

APEKAH????



p/s: tahniah buat dayu selamat melahirkan little E yg sgt kiut.
tahniah buat kai...jaga kandungan dan diri kamu ya teman..
(rasahati = tumpang hepi ye...)

Thursday, April 15, 2010

ku damba sang wedges

aku suka sangat kasut wedges. aku percaya ramai juga antara korang yang suka kasut wedges kan..kan..kan..heehee. Dahulu aku suka sgt high heels. yela..dulu aku keje dalam bidang marketing so penampilan tu dimestikan supaya bergaya. tetapi sejak bekahwin ni aku kurang berminat dgn high heels coz bile aku pakai aku jadi mudah lemas atau x selesa.
aku damba sume wedges ini
jadi..untuk nampak bergaya tanpa high heels aku lebih minat jenis kasut wedges. kasut jenis wedges ini lebih flexi berbanding high heels dan sesuai untuk sebarang jenis penggayaan. sesuai juga untuk semua jenis bentuk tubuh badan.
vintage wedges

comel kan pink wedges ni?

wedges ni sesuai untuk office wear

Ada pelbagai jenis wedges yang menarik jika dilihat di pasaran terpulang atas pemilihan individu. dan apa jua jenis wedges tetap menjadi dambaan aku.kalo pakai wedges tentu tak lenguh kaki bila berjalan tawaf satu shopping complex sekali pun. walaupun bertumit tinggi namun ianya tetap rata. itu lah kelebihan wedges. (sedang mencari-cari wedges yang sesuai untuk ke majlis perkahwinan cousin belah suami ni next month..huhu)

Wednesday, April 14, 2010

cik inakano dah tunang

hoyee..hoyee.. ahad lepas merupakan hari bahagia untuk salah sorang bff aku iaitu cik sharina a.k.a cik inakano dengan pasanganya en.israr fadhlin a.k.a en.is. tema pertunangan adalah kaler peberet aku iaitu ungu. majlis berlangsung bersederhana saje tp ternyata meriah dengan kehadiran kawan-kawan aku yg sengal dan bebudak lelaki yang secara keseluruhannye merupakan hantu sate. heheheh...termasukla husband aku sendiri.


wit all my bff

aku sampai agak lewat sedikit tapi masih tak ketinggalan moment-moment indah cik inakano. hari tu..cik inakano nmpk sgt sweet. Ape yang seronoknye di majlis ini kami sume dijamu dengan sate. al-maklumlah cik inakano ni anak tokey sate. disebabkan x sabar-sabar nk makan sate so aku x dapat nk snap pic sate hihi..
cik inakano yg sgt sweet

aku agak teruja melihat hantaran-hantaran pertunangan cik inakano yang banyak itu..cantik2 belaka. ouhh...x sabar nak tggu wedding dorang ni. bile agaknye ye wahai cik inakano?


cik inakano wit en.is & all hantaran

apepon..aku hepi bile tgk kwn-kwn hepi. dan aku nak ucapkan semoga berbahagia pada kwn aku yang sorang ni..moga ikatan pertunangan ni mengeratkan lagi hubunagan ko dan is yang jauh di sarawak tu. ingat...dah tunang ni xleh nak menggeletis selalu hihi...:p

aktiviti weekend part 2 >> gemerlapan cahaya

yeba..yeba..sambung balik entry yg dijanjikan dulu. (baru skrg dpt paksa mood utk berblogging) hehehe. ok, selepas siap aktiviti painting tu kami sume terus decide nak pi i-city yang kami gelar kota lampu. memang seronok sbb banyak sangat lampu warna warni..yeah i like colorfull..

so..kami pon ape lagi snappy-snappy la kat situ. macam-macam aksi yang kami buat. so jom layan all the piccas...


woww..jom mandi cahaya


i loikkee

wit my bff
ouhh tumpang teduh bawah pokok cili ya..
beratur ye...nk snap2 ni