TABUNGAN

Wednesday, November 10, 2010

tips : celak arab @ kajal

contoh celak kajal *ihsan en.gugel

celak kajal aku yg hampir abes

contoh 1

contoh 2

ok kali ni tetiba je aku nk share sikit tentang celak arab. memandangkan rata-rata yg bertanya pada aku mcm mane aku mekap mata ala2 arab gitu kan..sebenarnya xdela macam arab sangat pun tp ermmm kira menjadi la jugak kan hehehe.

aku sebelum ni menggunakan eyeliner jenis liquid even sampai sekarang pun aku mmg suka sgt eyeliner jenis liquid.bagi aku liquid eyeliner senang dibentuk pada alis mata. aku akui aku seorang yg agak failed menggunakan eyeliner jenis pensil sbb kalo aku pakai eyeliner jenis pensil mmg bergetar-getar hasil alis mata aku tu. sehingalah aku diperkenalkan oleh salah seorang rakan fb yg merupakan dealer celak arab atau dengan nama popularnya celak kajal. jadi aku pun mencubalah celak ni dan hasilnye aku mmg betol2 jatuh chenta dgn celak kajal ni.

celak kajal ni mmg senang sgt utk menggunakanya. ianya sgt lembut dan mudah utk melukis alis mata maupun bawah kelopak mata. selain itu ia juga boleh dijadikan eyeshadow pada sesape yang minat jenis mekap 'smokey eyes'. ianya kalis air dan tidak mudah mengembang jika kita berpeluh mcm sesetengah eyeliner yang lain even kalo korg menangis sekalipon ianya x mudah kembang. mmg sgt recommended hocayy.

bentuknya yg kompak seakan lipstik mmg mudah utk dibawa kemana saje. aku mmg sukakan celak kajal ni.so pd korang yg mau sesuatu kelainan pd wajah x salah kalo mencuba celak kajal ni. cuba dulu baru tau.. :p

Tuesday, November 9, 2010

musim demam

ihsan pakcik gugel

pagi ni pukul 2.56 aku terjaga dari tido sebab batuk yg teruk ditambah dengan muntah2, badan pon panas je.

erm sekarang mmg musim org demam, selsema dan batuk. al-maklumla cuaca pon x menentu. sekejap panas terik, sekejap hujan lebat,sekejap hujan panas. aku pula jenis org yg mudah demam,jadi bila cuaca mcmni aku pon mudah sgt jatuh sakit. bila dah sakit memang melepek je la jawabnya.

jadi pd anda sume...bila cuaca mcmni elakkan la minum ais, kalo x..mmg mudah la dpt batuk. perbanyakkan minum air putih dan suam. jagala kesihatan korang sebelum dijangkiti demam ok.

pesanan khidmat masyarakat ngeh ngeh ngeh

Friday, November 5, 2010

shuke shuke..

see...iklan pizza

arini terjaga dari tidur seawal 5 pagi disebabkan badan rasa tidak sedap berpunca demam yg dijangkiti dari suami. memang x lena tido sebab badan rasa panas dan tekak pon rasa perit je. disebabkan x boleh nak tido maka terus bukak pc on blog. dah lama x singgah blog then bile bukak blog pagi ni hati aku agak berbunga riang coz terkejut tengok kat iklan nuffnag kat blog sendiri.

woowwee...

x sangka iklan dh appear kat blog. sebelum ni iklan mmg x kuar sbb aku sendiri x tau mcmne nk setup so buat aduan kat nuffnang tp sampai sekarang aku adjust2 still x appear gak. lama2 aku pun dh fed up dan jadi malas nk bukak blog sendiri.

jadi kwn2 sume..sudi-sudikanlah luang sikit masa korang utk klik iklan nuffnang aku ni ye..hihihi..

mode: HAPPY :))

Thursday, November 4, 2010

khidmat masyarakat


fuhh fuhh...byk betol habuk kat blog aku ni. punya la lama x update blog kan. bukan ape lately xtau nk citer ape walaupun pd hakikatnye banyak juga bende nk diceritakan.

ok la kat sini aku memerlukan khidmat masyarakat dari u all sume. sebenarnya aku dh x keje since 14/10 yg lps coz kontrak aku kat mbb dah pun tamat. so dah hampir 4 minggu aku jadi surirumah yang x bertauliah ni hehehe.tp disebabkan aku ni x bese melepakkat umah rasa janggal juga. rindu suasana di opis. setakat ni banyak jugala permohonan keje yg aku dah buat tp masih belu ade rezekinya.

jadi..

kalo u all ade info2 vacancy kat kompeni korang ke atau mane2 saje mehla share2 same dgn aku k..kadang2 khidmat bantuan masyarakat tu penting juga kan..

tengs..

Wednesday, September 29, 2010

bubur cha cha dan pengat pisang idaman kolbu

bubur cha cha jatuh chenta pandang pertama

pengat pisang very the tak tahan

korang perasan x sejak akhir2 ni kerap hujan kan. waktu malam masa setiap manusia enak dibuai mimpi kadang2 hujan turun.tau2 je mesti kt dah sejuk menggigil. tu yang rasa liat je nk bangun pi keje kan. dan waktu2 macam ni la perut kt akan berdendang sayang dan berlagu riang. aku pula, kalo waktu2 macam ni mula la terbayang bubur cha cha dan pengat pisang hangat. sedap jika dihirup bersama biskut lemak cap ping pong.hehehe..

dan waktu ini,aku sgt2 memerlukan ibu. sebabnya pengat pisang yang ibu buat mmg paling sedap yang pernah aku rasa.ni pun sambil menaip dok craving pengat pisang ibu. selain pengat pisang, bubur cha cha pon salah satu peberet aku.sedap dimakan hangat2 tau.lagi sedap kalo ditambah keladi atau keledek. ouhhh so nyummeh..

insyallah cuti hujung minggu ni aku nak masak bubur cha cha la.tp pengat pisang aku x reti buat plak.pisang ape yg sesuai untuk dibuat pengat yek? jom kt selongkar almari pakcik google...cari resepi :)

Monday, September 27, 2010

ini dugaan..terima dengan redha

contoh gambar PCOS

arini pi HKL wat checkup sbb rs teramat sakit kat bahagian pinggang,pangkal ari2 dan bahagian peranakan. bertambah teruk lagi sakit itu dah menjalar ke sekitar payudara. sakitnya teramat sangat sampai aku terpaksa menekan-nekan breast dan perut aku. jadi aku decide amik cuti emergency kerana kesakitan ini membuatkan aku xde mood mahu ke opis.

pukul 6 pagi rasa pedih kat pangkal ari2 jadi aku bingkas ke tandas dan membuang apa yg patut. selepas tu aku sambung tido sehingga terlajak ke pukul 9. apa lagi terus bangun dan cepat2 buat sarapan. bagitau suami yang aku nk ke HKL sebab risau sangat pasal sakit ni. sebenarnye sakit ni aku dh rasa dekat 2 bulan tapi aku diamkan aje. alhamdulillah puasa terakhir aku period secara natural tanpa bantuan sebarang ubat seperti sebelum ni. so aku pun pikir, oh ini mungkin sakit sebab nk period kot. tapi selepas suci period aku sakit balik.kali ni lagi teruk sebab dah menjalar ke pangkal payu dara.

pukul 2ptg aku sampai ke HKL. masa jumpa doktor aku ceritakan kesemua masalah aku ni dan doktor pun buat pemeriksaan. melalui pemeriksaan doktor kata cyst yg aku alami dah berada di kedua2 belah kilang telur. kilang telur mula membengkak. untuk pengetahuan korang sume, sebelum ni aku buat rawatan kat HUKM sbb aku ade PCOS (polycystic ovarian cyst syndrom). tp aku stop sebab x larat setiap kali jumpa doktor mcm2 pula kene bayar. dan ade pula sesetengah ubat tidak diberi percuma malah kena beli kat farmasi HUKM sebab ubat-ubat tersebut kategori ubat terkawal dan mahal. last aku traetment kat HUKM bulan julai tahun lepas. time tu kena beli ubat tiga kotak rm365. nasib baik masa tu bawak duit lebih. x sangka pulak semahal itu. pastu laproskopi rm50. pap smear rm 50. tu yag buat aku x larat nk teruskan rawatan.

tp kali ni sakit tu dtg balik dan rs makin teruk pula. aku decide pi HKL je la. sbb itu hospital kerajaan dan mungkin bayaranye pon x semahal HUKM.malam ni aku kena puasa kerana esok akan buat ujian darah. dan dua minggu lagi aku akan berjumpa doktor Arlina untuk buat pemeriksaan buah pinggang. kalo buah pinggang aku ok baru dia akan transfer kes aku ke jabatan O&G untuk rawatan cyst tu.

aku redha dengan sume ujian Allah. aku antara insan yang dipilih untuk melalui segala ini. jadi aku harus kuat dan tabah. ok..xnakla sedih2 lagi..org kata kalo muka monyok x cantik kan..jadi kene sentiasa ceria. rs sakit tu insyallah aku leh tahan dan sembunyikan.

Sunday, September 26, 2010

hati mesti kuat

semalam aku ke majlis open house salah seorang rakan, disana aku terjumpa seorang rakan yg sedang mengendong satu nyawa zuriatnya. maka aku seperti biasa terdetik lagi bila agaknya aku akan jadi seperti dia. merasai setiap moment-moment indah mengendong anak di dalam rahim sendiri. cemburu??? oh aku cuba lari dari perasaan itu. aku hepi n gembira bile melihat ibu-ibu mengandung.

aku ade seorang kawan yang bakal berkahwin dan seperti biasa keterujaanya nak berkahwen amat2 terserlah. sampai topik baju ape yg dipakai ms mengandung pon sibuk duk citer. bagi pendapat aku, x perlula terlalu teruja sgt sampai mcm tu sekali. uruskanla hal perkahwinan tu terlebih dahulu. aku senyap je setiap kali dgr dia bercerita mcm tu. bagi aku, dia masih belum jadi isteri yg sah lagi jadi x perlu terlampau obvious cerita nak mengandung la, nak mkn ape time mengandung,nak pakai ape time mengandung,muntah2 ke x time mengandung nnt bla..bla..bla..
kadang-kadang meluat pun ade.

ade lagi sorang tu pulak siap nak bet sape yg mengandung dulu. aduuyaii..aku tau la aku dh kawen lama tp x mengandung lagi tp tolongla kalo bercakap tu jgn mengguris perasaan org boleh x. aku x pahamla manusia2 ni nape perlu bebatak mcm tu sekali. aku pon x tau nak kata ape la lagi..lantak korang la kan..