TABUNGAN

Tuesday, September 21, 2010

tanpa dendam dihati


Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri

Bagiku Bukan Musibah

Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja

Yang Jelik Penuh Dusta

Kau Bebas Warnai Diriku

Di Minda Yang Kelabu


Chorus

Siapa Diri Ini

Tuhan Yang Memahami

Amarah Dan Kecewa

Hanyalah Bara Membakar Jiwa


Sungguh Pun Ku Terkilan

Terguris Perasaan

Ku Pilih Berdiam Diri

Tanpa Dendam Dihati


lirik ni memang kena sgt dgn diri aku melalui situasi yg aku dan suami sedang lalui sekarang. kami xakan berdendam pada sesiapa cume terguris perasaan sahaja dengan sikap segelintir manusia yang meletakkan tanggapan negatif pada kami dan lebih2 lagi bila aku dikatakan menjadi punca semua ini. aku cume terkilan dan terguris tapi aku x membenci. biar aku berdiam diri.kerana diam itu adalah jalan terbaik.

aidilfitri 2010

pic raya ketiga..pi tesco cari brg dapor

hye..rata2 ramai yang dh upload pic2 raya kat blog n facebook. tapi entah kenapa aku malas betol nk upload pic raya. sebabnya dari awal raya lagi aku memang xde mood nk beraya.antara sebab paling utama kakak aku n gula2 hati aku si raina tu beraya di kampung sekinchan dulu. so rumah ibu kat banting agak sunyi pada raya pertama. suami pulak dari malam raya pertama dok tanya raina aje..dia kata sunyi la raina xde. raya rasa x meriah. nak keluar beraya pon xde mood.

raya tahun ni aku x apply cuti raya pon. ari isnin dah masuk keje. malam raya sehingga pagi raya kedua aku melepak umah ibu. tengahari pulak aku bergegas ke hospital memandangkan kesihatan aku x bape nk elok masa tu. mana xnya..org lain sume bersuka ria beraya tapi aku demam n batuk teruk pulak,jatuh merudum mood aku masa tu. selepas hospital aku terus beraya di keramat belah suami pulak. nasib ade kaklong suami yang datang dari johor so rasa best la jugak. ye la..aku rasa dengan kaklong suami aku ni aje yang leh kamcing. dia memang best la..

ari ahad pulak, kaklong suami dah berangkat balik ke johor. aku plak duk lepak kat umah je. suami pulak tahun ni katanya x kemana sgt. hanya nak banyak rest kat umah. nasib baik malam tu family banting sume datang umah aku..wahhh memang sgt2 best sbb dpt cium2 raina..

isnin pulak aku dah kembali bekerja..memang boring la di saat org sibuk pi beraya tp aku sibuk kat opis. ni la lumrah makan gaji hehe..erm..itu je la citer aidilfitri 2010 aku yg x bape nk best pon..

Thursday, August 26, 2010

tahniah kawan

semalam dapat sms dari pn. aishah yang mengatakan dia dah pun selamat melahirkan seorang baby boy yang sangat comel seberat 2.90kg. alhamdulillah yg x terhingga. tahniah aishah dan wahid. Akhirnya hari yg ditunggu2 telahpun tiba kan.

teruja dengar berita kwn2 yang dah selamat ni. agak2 bila pula giliran aku ya? xpela.. rezeki itu kan Allah yg tentukan. lambat ke cepat ke itu sume tentu ade hikmahnya (ayat penyedap hati..). xpela dpt kongsi kegembiraan kwn2 ni pun dh indah dah. sebelum tu, dpt berita seorang lagi rakan blogger evvyn juga dah selamat melahirkan baby boy yang diberi nama ammar rizqi. sedap namanya...

selepas ni x sabar pula menunggu giliran rakan blogger yang lain seperti aziyana,kai,hanie dan juga ain. moga mereka selamat melahirkan penyambung kasih mereka...amin.

ucapan dari aku : TAHNIAH AISHAH & EVVYN

p/s: cepat2 upload pic baby ye..auntie dhila super happy ni

Tuesday, August 24, 2010

acara bukak pose

bersiaran kembali..huhu.. sebenarnye nk story mory acara weekend yg lepas.walaupun dh basi tp tetap jugak nk citer ni. ok, sabtu yg lepas aku n sume bff berbuka pose di Tropicana golf club kat damansara. ekceli, acara ni disuggest oleh salah sorg bff aku iaitu cik inakano. dan apabila kata sepakat dah dicapai maka acara membooking pun dijalankan oleh cik inakano.

kalo nk ikutkan ni la 1st time aku join buffet ramadhan kat tempat2 special mcm ni.heheh..kolot kan aku.. ye la,sebelum ni aku banyak abiskan masa bersahur dan berbuka secara solo je ataupun bersama keluarga tercinta. alhamdulillah..tahun ni dapatla aku merasa.hopefully next year buffet lagik ye.

memang seronok berbuffet ni sbb terlalu banyak himpunan makanan yang disajikan.sampai dah x tau nk mkn ape.full tank ko..makananye pula sume sedap2 belaka. paling xleh lupa aku dan suami mengerjakan sepinggan udang galah.mak aih..mmg terliur la kalo dibayangkan. puas juga kami berdua mengerjakan udang tu. yang paling xleh lupa time aku mkn serunding tu. sedap sgt sampai aku dok teringat ms kecik2 dulu ibu rajin buat serunding tp sekarang ibu x rajin membuat tp rajin membeli je. ye la..nk buat serunding ni kan leceh sikit.

aku makan kira banyak jugak ms tu.hilang sekejap angan2 nk diet heheh.. balik dari berbuka pose terus ke umah dan membongkang kerana terlalu kekenyangan. buruk betol peel mak dara ni kan..jom layan piccas..


seperahu makanan

all of dessert & salad

Saturday, August 14, 2010

contoh pemakaian hijab moden yg buat aku sgt tergila2kanya..

bila tgk wanita2 yg berhijab moden ni buat aku sgt2 terbuntang bijik mata ni..dan buat aku sedikit tergila2kanya. mmg nampak sgk cantik dan ringkas. lagi satu x dinafikan penggayaan hijab moden ni bertambah cantik digayakan dengan solekan ala2 arab..(tang ekor mata tu yg mmg x tahan).

aku terpikir jugak sesuai ke berhijab moden ni dengan bentuk muka aku yg agak ketembaman dan keboolatan ni hihi.tp aku ni..kalo dh berkenan aku hentam je..yg penting mesti berani n yakin. ye x?

contoh2 hijab moden:-









cantik kan???


kredit to :http://salhazain.com/blog/?tag=hijab

salin kulit

yehaa..blog aku dh salin kulit baru...baru la nampak lawo sikit..

CEKIDOT!!!

belum terlambat lagi : edisi ucapan

saje je aku tepek gambo makanan ni..jgn mare ha..

tgk blog sendiri ni yg terbiar lama mmg la sgt kesian.ye la blog org lain sentiasa berhapdet. bkn aku xnk hapdet tp jari-jemari aku ni mmg malas betul nk menaip.lebih2 lagi bila dh xleh hapdet blog kat opis makin bertambah2 kemalasan aku ni.

ramadhan datang lagi..

kali ni masuk tahun yg kedua aku menyahut seruan ramadhan sebagai isteri. berlainan sedikit pd tahun ini berbanding tahun lepas. macam tahun lepas aku lebih banyak menghabiskan waktu balik kerja dgn bermarathon setiap bazar2 ramadhan sekitar keramat,setiawangsa,tmn melawati dan wangsa maju. tetapi tahun ni aku macam xde nafsu nk membeli juadah di bazar ramadhan, malah aku lebih selesa memasak sendiri juadah berbuka pose. bukan ape..memandangkan harga makanan yang naik so aku pikir lebih baikla aku memasak sendiri. bila masak sendiri ni senang sbbnye aku akan masak lebih sedikit utk sahur so nnt bila masuk waktu sahur tu aku juz hangatkan je.

ramadhan tahun ni..aku byk blogwalking blog2 kwn yg sdg berbadan dua ni. seronok bila baca pengalaman dorang berpuasa dan mcm2 ragam la yg dorang buat untuk pujuk baby supaya sama2 membantu si ibu yang berpuasa ni. :) indah kan..

apepun..masih belum terlambat lagi untuk aku mengambil kesempatan yg ade ni utk mengucapkan salam ramadhan. moga ramadhan kali ini lebih diberkati dan semoga kt dpt hidayah terindah di bulan mulia ini..