TABUNGAN

Monday, October 12, 2009

bersabarla wahai hati...pena seorang hamba


Ujian dan dugaan itu datang dan pergi dalam hidup, silih berganti bagaikan siang dan malam…ujian itu hadir tanpa mengenal siapa…tanpa mengenal rupa…ujian itu datang tiba-tiba tanpa kita sangka dan tanpa kita duga, itulah kehidupan. Kehidupan ini ibarat roda, ada masanya kita di atas dan ada masa pula kita dibawah. inilah realiti kehidupan yang kita tempuh dan harungi sehari-hari…


Aku masih teringat akan satu ketika, sewaktu aku menemani suami ke bank. Sambil-sambil menunggu beliau, mataku tiba-tiba terpandang satu susuk tubuh tua yang duduk di kaki lima bersama basikal roda tiga dan sedikit barang-barang perniagaannya. Kasihan sungguh aku melihat kesusahan yang di alami pak cik tua itu. Mana tidaknya sudahlah ku lihat tidak berdaya ditambah pula kurang upaya. “ tabah sungguh hati tua itu, meniti kehidupan dengan kekurangan. Bagaimanalah kehidupan sehari-harian”.., Hati kecilku berbicara. “Kasihan, tidak adakah saudara-saudaranya yang sudi membantu??, kemana anak-anaknya menghilang?? fikiranku mula ligat bertanya persoalan demi persoalan. Jiwa halusku meronta-ronta ingin membantu walaupun yang tidak seberapa. Alhamdulillah keinginan itu tertunai akhirnya.


Syukur….Alangkah baiknya kehidupan aku jika dibandingkan dengan kehidupan pak cik tua itu..apalah sangat ujian yang Allah berikan padaku jika dibandingkan dengan pak cik itu. Apalah sangat kesusahan yang Allah berikan padaku jika dibandingkan kesusahan pak cik itu. Apalah sangat kepayahan yang Allah berikan pada aku jika dibandingkan dengan pak cik itu..beruntung sungguh kehidupan aku..Jika aku diuji sebegitu, bolehkah aku setabah pak cik tua itu??..tuhan…ujian yang sedikit pun kadang-kadang aku bersedih…


Kadang-kadang aku terfikir :


Tuhan Kenapa aku diuji?…kenapa aku dipilih untuk menerima ujian dariMu??..kenapa mesti aku menerima beban masalah ini??..

lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta”.(Al-Ankabut: ayat 2-3)


bersabarlah wahai hati…


Kehidupan itu sebenarnya pertaruhan… justeru, Allah datangkan ujian bagi menilai sejauh mana keimanan dan ketaqwaan sebenar-benar hamba... ingatlah jika kau kuat maka kau akan menang..jika kau lemah, maka kau akan kalah…Allah tidak sesekali akan membiarkan kau dalam kealpaan…percayalah wahai jiwa…


Tuhan kenapa aku tidak dapat apa yang aku idamkan??..kenapa tuhan tidak kabulkan impian??, kenapa keinginan aku tidak jadi pilihan tuhan??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :


“…..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui”.(Surah al-Baqarah : ayat 216)


bersabarlah wahai hati…


Kadang-kadang apa yang kau hajatkan kau fikirkan adalah yang terbaik untuk dirimu, akan tetapi perkara yang tak terduga olehmu dengan tiba-tiba sahaja. Kau mula mengeluh dan bersedih. Lupakah kau.. apa yang kau inginkan tidak selalu indah di sisi tuhan, kerana kau menilai hanya dari segi zahir dan luaran sahaja. Boleh jadi, perkara yang tak terduga itu terbaik untukMu..sedarlah…sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.


Tuhan kenapa Engkau uji aku seberat ini?? Kenapa aku diduga sedasyat ini??, lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :


“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."( Surah al-Baqarah : ayat 286
bersabarla wahai hati…

Jika kau diuji, yakinlah bahawasanya engkau adalah insan yang terpilih untuk mendapat kasih sayang dan rahmat Allah. Yakinlah, Dia tidak akan menguji hambaNya dengan sia-sia melainkan kau mampu untuk menghadapinya.. sabarlah wahai jiwa, sesungguhnya pertolongan Allah akan menyusul berkat kesabaranmu..Janganlah kau berputus asa dari rahmat Allah...pelangi tidak akan muncul sebelum turunnya hujan…


Tuhan kenapa aku kecewa dengan ujian ini??

Kenapa aku bersedih dengan dugaan ini?? Kenapa aku mengeluh dengan masalah ini??.. lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :


“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”.( Surah Ali Imran : ayat 139 )


brsabarla wahai hati…

Janganlah kamu kecewa dan bersedih atas ujian yang menimpa, cubalah kau berlapang dada dengan ketentuan tuhan.... bersabarlah wahai jiwa, kau sebenarnya hamba paling tinggi darjatnya disisi tuhan. Bergembiralah wahai jiwa, berkat kesabaran itu menjadikan kau hamba kesayangan tuhan..

Tuhan bagaimana harus aku menghadapi ujianNya??,… lupakah aku, bahawasanya Allah telah memberi jawapan :
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',( Surah al-Baqarah : ayat 45 )

Wednesday, September 16, 2009

salam lebaran :)


alhamdulilah...ramadhan yg mulia ini hampir melabuhkan tirainye. aidilfitri pula bakal menjelma.mungkin anda sume makin sibuk membuat persiapan hari raya x kurang juga yang masih lagi shopping di saat2 akhir.

tahun ni merupakan tahun yg pertama aku beraya sebagai seorang isteri. namun segalanye masih di tahap yg sederhana saje.tiada ape yg over.

di kesempatan yg ade ni aku dan juga suami en.kacang ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri juga maaf zahir sahaje...batin lum lagi hheheeh...semoga raya kalian sume ceria tahun ini ye.kepada kwn2 n rakan bloggers sekelian salam lebaran kami berdua ucapkan untuk kamu semua.

SALAM LEBARAN SUME....
p/s: sempena hari raya ni,,blog ku telah bertukar baju...hehehe

Thursday, September 10, 2009

penyakit M ke ni???


hmmm..ramai yg bertanya nape blog aku ni x berhapdet. hehehh..jawapanye aku malas.
ntah kenapa lately rs sangat2 malas nk hapdet blog. skrg ni aku dok tepek kat FB je.aku rasa xde ape yg nak aku story mory kan kat sini. so kepada kwn2 yg nk jd kwn aku kat FB leh la add aku di dhilah_13@yahoo.com

kisah pose...
ramadhan kali ni aku rasakan terlalu sekejap.rasanye mcm baru je start pose aritu tup tup..dah nk raya ahad depan kan. korg sume dh wat persiapan ke? walaupun tahun ni tahun pertama aku beraya bersama suami tp persiapan yg aku wat xdela sehebat mane pon. aku cume lebihkan family. yela aku x cuti lame utk raya ni. raya yg ketiga aku dh start keje balik so cam xde mood nk wat baju raya. tp en.kacang ckp nk belikan aku baju raya nnt cume lum ade masa lagi nk pi beli. mungkin ahad ni kot apepun tggu dia ade masa nk kuar membeli.ha...pada yg dah berlaki tu jgn lupe ingatkan suami masing2 utk membayar zakat ye..wajib tu sbb kite dibawah tanggungan mereka skrg ni.

oooye mcm mane pose korg taun ni? mesti seronok kan pose bersame suami. bg aku sumenye same saje cume yg bezanye pose tahun ni membrikan aku tanggungjawab yg agak besar sbb kite la yg nyiapkan juadah berbuka n bersahur dan kite juge la jadi tukang kejut suami bangun sahur.heheh..pose tahun ni aku dah ponteng selama 6 ari masa aku demam aritu.mesti kene ganti tu...heheheh

ok la..nnt aku hapdet lagi ye. kene rerajinkan diri ni.jaga diri sume muahx100x

Wednesday, September 2, 2009

alahai domam...

hye sume...
dah lame sgt rasanye aku biarkan blog ni tanpa diupdate. almkalumlah kondisi kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. alhamdulilah kini aku semakin pulih dari demam yg agak teruk.
begini..

ahad minggu lepas aku x merasakan langsung yg aku ni x sihat. ketika itu aku dirumah ibu seperti biasa aku borak2 dgn ibu n kaklong. kebetulan ketika itu, kawan ktorg si kendut pon ade same berborak. masa tu aku ok je. dalam pukul 3 ptg aku,ibu n kaklong telah ke melaka kerana menghantar adikku balik ke uitm. dalam perjalanan ke melaka tu tibe2 je aku batuk yg agak teruk n sakit dada. aku rasa pelik sbb semuanye berlaku secara tibe2. selepas menghantar adikku ke melaka, kaklong n ibu drop aku kat stesen taman bahagia sbb aku nk balik ke kl. masa dlm tren tu tibe2 je bdn aku jadi seram sejuk dan dada aku rasa sesak nafas. sampai je di stesen setiawangsa aku terus tahan teksi n balik ke rumah sbb aku dah x tahan sgt rasanye.

sampai di rumah aku terus mencapai tuala dan mandi. aku sangka bile dh mandi aku rs segar tp sebaliknye. aku terus terbaring di katil x bermaya. malam tu tepat pukul 12 aku sesak nafas. nasib baik pil ventolin mmg dah ade kat atas dressing table. aku terus telan sebiji n tido. pagi tu aku bangun dr tido badan ku rasa teramat panas dan kakiku sejuk. batuk pula semakin menjadi-jadi. aku terus ajak suamiku ke klinik.tapi kbanyakkan klinik yg kami pergi sumenye tutup sbb masa tu dah start pose. akhinye kami ke sebuah klinik india di keramat wangsa.
tetapi alangkah hampanye sbb klinik tu cume bg ubat demam biase je. malam tu aku rs sgt2 x tahan dan mengajak suamiku ke hospital ampang. masa tu aku dah x berdaya langsung. di hospital ampang, cume bagi aku nebulizer saje. mula2 sedut sekali. selepas diperiksa, nafasku tetap sempit lalu diberi sedut sekali lagi. masa sedut kali kedua tu aku dah agak aku mesti colapsed punye la sbb aku dapat rasakan dorg dah bg overdose. aku dpt agak sbb sendi2 aku dah mula menggigil. selepas dua kali sedut oksigen tu dtg seorg doktor perempuan india memeriksa ku. dia kata aku cume demam biasa dan ade bengkak di tekak.dia bg paracetamaol n suruh balik berehat. masa tu aku x larat nk cakap kat doktor yg aku dh terlalu lemah.aku betul2 frust masa tu sbb doktor tu check aku cincai je.

masa keluar dari hospital ampang tu aku terpaksa di papah oleh suami sbb aku langsung dah x leh nk bergerak sbb mungkin overdose sukatan oksigen yg diberi. masa tu aku rs nk menyumpah-nyumpah je doktor tu.dah tau bdn aku dh lemah tp dia sumbat gak oksigen tu.aku sempat ckp kat suami yg aku rs dia kene bwk pi hospital lain gak. aku dpt rs semacam je dgn badan aku ni.
suamiku bawak aku balik n berehat dulu.dia selubungkan aku n alhamdulilah peluh kuar. sangkaku bile peluh dah kuar demamku ini akan kebah tp sangkaanku jauh meleset. aku jadi makin teruk. aku muntah2. naik pedih perut ni sbb sume isi perutku kuar.minum air kosong pon muntah. masa tu aku langsung x leh tido. selepas suamiku siap bersahur pukul 5 pagi kami terus bergegas ke hukm. sampai disane terus kene amik darah n masuk air. masa tu rasa lega sikit. tepat pukul 6 pgi aku diperiksa oleh seorang doktor muda iaitu dokor hafis. baik sgt orgnye. bile diperiksa dia bgtau aku dah kene virus fever n dah ade simptom2 h1n1. ape????

aku x admit sbb baru ade simptom2 katanye. so doktor bekalkan aku dgn antiviral n cuti selama 5 hari.so selama 5 hari tu aku kene kuarantin di rumah. alhamdulilah kini aku semakin sihat dan pulih cume batuk2 je yg tinggal.

apepon terima kasih yg x terhingga kepada suami kerana menjaga ku sepanjang sakit ni. sian tgk dia sahur n buka beli di kedai je. balik keje terus lap bdn aku, watkan air pnas.suapkan ubt utk aku.aku syukur sgt. terima kasih juga wat keluargaku yg x putus2 mengambil berat pd ku n pd kwn2 yg sudi sms n call aku bertanyakan khabar.

pesanku...

kepada kalian sume, jaga la kesihatan korg. kepada yg berbadan dua tu jagala kesihatan kamu baik2 ye..memandangkan penularan wabak jahat ni so aku pesan pd kalian sume amiklah langkah berjaga2 n jaga kebersihan diri ye..

Tuesday, August 18, 2009

PEMBUKAAN DHILA'S COUTURE


hye seperti yg dijanjikan ari ni saya ingin memperkenalkan kepada anda sume blog niaga saya.saya mengetengahkan tudung2 ct. sesuai dipakai ke sume majlis nak nak menjelang aidilfitri yg bakal menjelma ni.


so sudi-sudilah anda menjenguk ke blog niaga saya di http://dhilacouture.blogspot.com

Thursday, August 13, 2009

takziah pn. nano :(

pg td terbaca entri di blog pn.dayu dan juga pn.aziyana. aku dapat tahu smlm ayah pn.nano telah kembali ke rahmatullah. innalillahirojiun..semoga roh arwah dicucuri rahmat. sedih juga membaca berita pemergian arwah ayahnye itu.

diharap pn.nano bersabar dgn ketentuan Allah itu. segalanye telah tertulis. hidup mati adalah ketentuanye..sy dan kacang disini mengucapkan takziah buat pn.nano sekeluarga..




:(

si kecik ini

pic agak blur sbb si kecik ni yg lasak
hehehe..cayang sgt kat si kecik ni.suke tersengih n tersenyum membuat segala penat hilang. menghiburkankan hati.tak takut org. ini lah nur aleeya maisara.